Followers

Friday 1 June 2012

member lama, dan topik kahwin


Gelas yang berisi teh o ais aku sedut menggunakan straw di warung sedikit hadapan dari pasaraya Econsave. Terasa sedikit kelegaan menyusuri anak tekak selepas berhempas pulas mencuba menukarkan lemak- lemak di badan supaya menjadi otot – otot yang pejal di Burly Gym.

Gadis di depanku, Intan hanya minum air kosong yang diisi dengan beberapa ketulan air batu dan santapan malamnya hanya sup sayur.

Aku: ko diet ke beb?
Intan: hahaha, tak de la, aku jaga badan sikit, lagipun rugi la workout malam – malam pastu makan benda berat – berat.


Aku hanya tersenyum sambil melihat ke arah dapur warung tersebut. Sambil mata melirik kepada pelayan wanita dengan harapan supaya mee bandong yang aku tempah tu sudah siap di masak. Aku manusia, yang mempunyai nafsu makan yang tinggi, mungkin kerana sepanjang hidup aku, dididik, kerjanya kasar, maka makannya pun kasar.

Sementara menunggu makanan yang tak siap – siap, aku ambil kesempatan berborak dengan rakan lama.  Sudah enam bulan tak bertentang mata, bertanya khabar pun hanya di facebook yang kita tahu, alam virtual hanya sawindara manusia semata – mata.

Banyak yang kami borakkan, dari study, melencong kepada life, dan kos pengajian masing – masing. Bercerita tentang pengalaman hidup. Dan macam – macam lagi, dan dari perbualannya aku tahu, kita berdua sudah melepasi alam remaja. Kita tidak lagi bercerita tentang fesyen, artis – artis Malaysia dan sewaktu dengannya. Umur 22 tahun, aku pasti baik lelaki dan perempuan, topic perbualan yang sering dibangkitkan, antaranya adalah kahwin~

Intan: cam ne ko dengan special ko tu?
Aku: hahah, mana ko tahu aku ada special? Ko tgk facebook aku ea?
Intan: haha, mestilah, orang mana beb?
Aku: orang Kelantan, tapi ada masalah sikit la beb
Intan: apsal?
Aku: bapak dia tak bagi dia kahwin orang luar, frust aku, cinta dah separuh mati dah ni

Aku dengan intan hanya tergelak mendengar pengakuan ikhlas aku. Nasib baik brother cina kat sebelah tu paham perangai anak muda cam kitaorang. Kalo jenis yang tak tahan, mahu kena sound gak rasanya.

Intan: alar, biasa lar beb, orang Kelantan memang cam tu la, dorang nak kahwin dengan kaum dorang je
Aku: ( diam sejenak) erm memang la, tapi dulu aku ingat bapak dia bagi, tengok la dulu macam mana.

Malam tu, perbualan kami boleh dikatakan berkisar tentang kahwin. Intan bercerita tentang pak cik sedaranya yang baru melangsungkan perkahwinan.  Banyak perkara yang sering diutarakan pasal kahwin ni. Antaranya kalo nak kahwin sekarang, sekurang – kurangnya kena ada 30 K dalam tangan. Orang lelaki la yang biasanya yang banyak keluar duit. Gayannya menyampaikan isi seperti ahli kewangan yang berpengalaman, lupa plak, member aku ni amik finance kat UITM kalo tak silap aku. So no wonder la kalo dia pro sikit bab – bab gini.

Banyak rumusan yang boleh dibuat pasal topic kahwin ni, antaranya, lelaki akan lewat kahwin sebab nak kumpul duit dahulu, nak beli rumah, kereta dan sebagainya. Kos kahwin bukan macam kos beli kereta, banyak bezanya. Kalau beli kereta, paling – paling pun, downpayment je dahulu, lepas tu semua ansuran bulanan. Kalo kahwin? Mak bapak perempuan sah – sah nak secepuk terus, kalo dia kata 10 k sebagai hantaran, so 10 k la ko kena cari sepanjang tempoh kerja tu. Itu baru hantaran, belum lagi kenduri kendara, pakaian pengantin pelbagai tema, set pelamin tiga tingkat, kek kahwin 10 tingkat, argh, itu semua adat semata – mata.

Malam tu perbualan kami tamat tepat 10.30 rasanya, aku malas nak keluar lama- lama dengan anak dara orang, kang mulut orang mengata, nanti nama mak bapak aku gak naik kan. Jadi aku tutup majlis forum malam tersebut dengan sepinggan mee bandong dan 2 gelas teh o ais.

No comments:

Post a Comment