Followers

Friday 30 December 2011

aku dan bulan 12,

bulan 12, bulan yang sungguh sukar di akhir 2011 


bulan 12, ramai yang relate bulan 12 ni cam bulan honeymoon bagi budak - budak sekolah, budak maktab dan mana - mana student yang cuti panjang pada bulan Disember ni.


bulan 12 tahun ni mmg tough r bagi aku, serius, kalo korang pernah baca entry2 jiwang aku sebelum ni, semua pada awal bulan 12, tapi korang dah x dpt baca dah, sbb aku dah delate. Kadang - kadang menjadi jiwang dalam hidup apabila dilanda masalah cinta adalah benda paling benda bodoh sebenarnya.


benda ni aku tak sedar bila kadang2 aku cam menulis ikut emosi sedih aku, tapi ada gak mmber2 yang baek tegur, so aku ok dah, dan hidup kena teruskan. Mana - mana yang bukan kepunyaan aku, tak menjadi hak untuk aku rasa rugi, jadi cool dan berlagak macam biasa dan kekalkan ego . masalah perempuan tolak tepi, cam member2 aku cakap, 'kita bakal cikgu, dah keluar tentu ada kerja, bila posting, awek2 dah start calling2, so x de hal la nak sedih~ ok2, aku setuju ngan pendapat dorang~ bernas!! 


belajar sampai habis,kerja dlu, cari duit, sambung master, baru kahwin~ deal, azam gua 2012. 

Sunday 25 December 2011

sedih? tu semua perkara biasa

Bulan 12 tahun ni memang tough sikit la bagi aku. Banyak benda aku hilang, macam- macam, tapi pas pikir2 balik semua ni ujian. Tuhan nak duga kita, kita ni hambaNya yang kuat atau tak. Baik kita ni jahil atau alim, kaya atau miskin, cerdik atau bodoh, semua manusia tu mahluk ciptaanNya takde siapa terlepas dari ujianNya.

aku ni da la jahil, fardu ain pun kadang - kadang skip, kaya x la, sederhana je, tapi baru aku tahu, Allah nak uji kita sbb nak dengar rintihan kita dalam solat kita, mintak pentunjuk ape semua. Dia Maha Pencipta, rindu mendengar suara hamba - hambaNya, meminta pertolongan dan petunjuk KAN Allah tu Al Rahman Al Rahim maha Pengasih dan maha Penyayang, .....aku tak tau korang cam mane, tapi bila aku serahkan segala kesedihan pada Maha Pencipta, aku rasa bahu aku dah ringan, kepala aku dah tak serabut, jiwa aku tenang.

Saturday 17 December 2011

bila orang mula kata aku mat jiwang

Gua lepak kat tepi beranda ( kat kebun) lepas pergi membaja pokok sawit.  Penat beb, ada dalam 6 ekar gak aku ngan adik lelaki aku, Arip dan ayah aku membaja tadi. Penat tok sah cakap r, peluh ngalir cam air paip je.  Yanto pulak sibuk meracun sorang – sorang pakai mesin.

 atas tu beranda selalu aku lepak sambil tengok - tengok farmville family

Pukul 5 petang, kerja selesai. Memang terduduk gak la aku dibuatnya. Maklumlah, dalam setahun ni berapa kali je aku cuti panjang untuk tolong family aku berkebun, so kudrat – kudrat jantan time sekolah dulu dah mula kurang, gua tengok adik aku Arip maintain je kuat. Yanto tak usah cakaplah, setakat baja cap kuda singa berat 50 kg setiap satu, dia pikul saja je atas bahu.  Gua syak dia ni ada pakai saka r,

Time tu aku pikir kejap, kalo tak de pekerja Indonesia kat Malaysia ni, silap – silap memang jam la kilang – kilang sawit kat Malaysia ni, Felda pun boleh jatuh bankrupt kalo tiba – tiba Indonesia panggil balik rakyat diorang dari kerja kat sini.Tapi tu la, orang kita tak pernah sedar, suka sangat kutuk bukan – bukan pasal sumber tenaga dorang ni atas beberapa isu yang aku kira cam remeh je.

Petang tu, cuaca ok, tak hujan, mendung – mendung kelabu je awan, so memang best la kalo nak riding kuda petang – petang cam ni. Aku suruh Yanto sediakan kuda, aku plak pergi amik saddle (pelana) dengan head collar. Yanto offer untuk pakaikan pelana pada kuda tu, aku cakap tak pe, gua boleh handle sorang kuda ni, malu lah kalo pandai riding tapi tak pandai pakaikan saddle pada kuda sendiri.

yang ni Yanto, baju merah tu adik aku, baju biru kawan waktu sekolah, Intan 

Cam biasa,lepas siap semua, bawak kuda jalan  anak – anak dulu, pastu henjut sesedap yang boleh supaya kuda boleh pergi laju. Gua paling enjoy time kuda start canter masa turun bukit. Memang enjoyla kan, sebab gua boleh rasa angin berdusup – dusup lalu kat tepi telinga. Tapi still tak boleh lawan masa aku riding kuda kat stable kuda kat Terengganu. Kuda aku baka Padi A, yang aku riding kat Terengganu, kuda thoroughbreeed, baka yang lebih besar. Masa riding kuda tu, ko akan rasa lebih stabil dan langkah kuda tu lagi jauh dan laju. Kalo nak dibandingkan dengan motor, memang langit dengan bumi la. Aku dah mula hilang minat pada moto panther aku yang dah tersadai kat uma. Aku sekarang tengah kumpul duit untuk tambah lagi bilangan kuda kat ladang aku tu. Nanti kalo dapat kuda bersaiz besar, cam thoroughbred, bimo, arab ke, boleh join sekali pertandingan lumba kuda kat Kelantan.


  yang ni kuda thoroughbreed, training kat Terengganu stable

Yang aku punya ni padi je, huhu, tunggu lagi 2 tahun, aku nak beli thoroughbreed

Lagi satu bukan apa, kalo kuda aku dah membiak cam lembu – lembu kat kebun ayah aku tu (mungkin 4 hingga 6 tahun) , aku berniat nak bagi seekor kuda  untuk bakal Isteri aku lepas kahwin nanti. Biar dia surprise tengok hubby dia romentik gila, orang lain belikan kereta or motor untuk isteri, aku belikan kuda untuk dia. Biar bila waktu free, dia datang ladang tu, main – main dengan kuda,  nak riding ke apa (jangan risau, nanti abang ajarkan) kalo tak pandai gak, tak pe, ayang naik kuda, abang pimpin kat bawah.  So jangan takut, kalau tiba – tiba kuda tu hilang kawalan sebab abang kan ada.

jangan risau, time tu, abang dah tak main kuda padi, kita beli kuda besar, boleh naik berdua. wakakaka


haha, yang baju merah tu kawan aku, nadirah

Semalam, ada orang post, kata aku jiwang bila baca blog aku, well tak salah rasanya aku nak jiwang selagi aku tak keluarkan unsur lucah~ sendiri mahu paham r der.

Wednesday 14 December 2011

reality and sarcastically, pengaruh wang dalam hidup orang perempuan.

   Aku tak tau nak mula bicara ni cam mana. Macam biasalah, setiap kali aku tulis blog, aku akan tanya soalan macam ni “ pernah tak korang bla bla bla ?” Soalan tu sebenarnya lebih kepada niat aku untuk relate pengalaman aku dengan pengalaman korang supaya  mesej yang aku cuba sampaikan lebih bermakna dan secara tidak langsung menyentuh hati korang.

   Well,  baru semalam rasanya aku post pasal kewangan dan kuasa duniawi, realiti dan perancangan. Alhamdulilah, aku tak harapkan satu rating yang tinggi, sebab yang aku tekankan adalah mesej yang cuba disampaikan dapat diresapkan dalam hati korang. And the result, agak memberansangkan, ada sms – sms dari sahabat handai yang memberi respon positif dan berminat dengan cara penulisan aku.

   Ok, enough with that intro, kalau semalam, bila aku menulis tentang perancangan kewangan, apa yang lebih aku tekankan adalah peranan lelaki itu sendiri  dalam merancang kewangan mereka. Mungkin seorang dua yang perasan, bila aku suruh gadis – gadis di luar sana berbincang dengan bf mereka mengenai pengurusan dan perancangan kewangan, antara tujuannya


1.     Lelaki itu mempunyai lebih kesedaran dalam perancangan masa depan keluarga secara ekonomi, sosial dan paling penting rohani.

2.    Lelaki akan lebih terurus apabila sistem kewangannya dirancang oleh pihak kedua iaitu Isteri dan turut dilaburkan untuk pihak ketiga iaitu orang tua dan anak – anak.

3.    Lelaki bertindak sebagai ketua keluarga dan isteri berperanan sebagai penasihat, juru runding dan naib pengerusi dalam berbincang untuk perancangan ekonomi keluarga, pinjaman kewangan dan sebagainya.

  Kalo korang pernah baca satu post aku,  yang bertajuk “status menyirap”  dalam blog ni, secara tidak langsung korang akan paham kenapa sesetengah perempuan adakalanya mengukur kualiti seorang lelaki berdasarkan kuasa duit mereka.


    Mungkin ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan di atas, tapi itulah realiti, suka atau tidak,  itulah nasib orang lelaki yang baru nak mula hidup mereka sebagai orang dewasa yang mula bekerja. Kuasa duit yang terhad yang tidak selari dengan arus kemajuan dunia yang sering menuntut kita berbelanja lebih dari kemampuan dan keperluan. Kesannya, ramai lelaki yang sering menggaru kepala, bila disoal mengenai simpanan, perancangan kewangan untuk masa depan, dan paling – paling menyentak hati bila bakal mentua dah mula bagi warning kalo hantaran nanti kurang dari rm 15 ribu.




   No wonders lelaki mati lebih awal dari wanita…seriously…pembangunan dan kemodenan adakalanya memendekkan jangka hayat kita.

  Ok, hari ni aku nak menjentik kesedaran orang perempuan pula dalam pengurusan kewangan korang.

Sebelum aku membebel lebih jauh, take some few notes tentang fakta – fakta di bawah.

1.     Purata jangka hayat perempuan adalah 4 hingga 5 tahun lebih lama dari lelaki. Secara purata mereka akan menghabiskan akhir 1/3 dari hayat dengan tidak berkahwin, tetapi bujang  samada menjadi janda ataupun bercerai

2.    Hamper 85 peratus orang tua adalah perempuan

3.    80 peratus penghuni rumah kebajikan adalah perempuan

4.    60 peratus perempuan tidak mempunyai pencen

5.    Perempuan masih lagi memperolehi pendapatan 20 peratus hingga 40 peratus kurang dari lelaki walaupun mempunyai taraf pendidikan dan pekerjaan yang sama

6.    Di antara wanita berumur 35 hingga 55, kira – kira 1/3 perempuan dan 2 / 3 akan menjadi miskin ketika mencapai umur  70an

7.    Untuk setiap tahun yang diperuntukkan oleh orang perempuan untuk menjaga anak, mereka perlu bekerja 5 tahun tambahan bagi mendapatkan balik pendapatan yang hilang, pencin,dan kenaikan pangkat.

8.    20 peratus dari wanita tidak berkahwin

Sumber : Minguan wanita, keluaran istimewa Unit ASNB

  Aku rasa korang semua dah cukup matang dan dapat menilai fakta – fakta di atas. Masalah pengurusan kewangan tidak terhad kepada kaum lelaki sahaja.  Berdasarkan fakta- fakta di atas, memperlihatkan perancangan kewangan untuk tempoh masa yang panjang sangat diperlukan agar korang tidak reput di kemudian hari.

  Dalam kehidupan seorang wanita dewasa, ada beberapa stage yang akan, mungkin dan terpaksa dialami oleh korang sepanjang hidup ni dalam pengurusan kewangan.

1.  Wanita bujang

so what? aku memang syok kat dia pun

 Dalam peringkat ni, korang bertanggungjawab atas segala masalah seperti pinjaman, perbelanjaan, kebajikan orang tua, adik beradik dan sebagainya.  Benda – benda cam ni korang dah tak boleh nak letak atas bahu mak ayah lagi sebab menjadi tanggungjawab korang untuk melindungi dan bukan lagi dilindungi. Korang kena bijak merancang kewangan korang secara individu dengan mengambil kira tangungan di bawah agar masa depan korang lebih terjamin

2.  Berkahwin

wanita berkahwin dan bekerjaya

Bila korang berkahwin,  dan korang merupakan wanita yang bekerjaya bermaksud ada dua sumber pendapatan keluarga iaitu si suami dan si isteri. So kira suami dan isteri ni pasangan ekonomi dan anak – anak merupakan asset yang perlu jaga rapi dengan perlaburan yang stabil. Contohnya kehidupan yang ideal, kewangan yang mencukupi dan jaminan keselamatan keluarga seperti perubatan dan pendidikan anak – anak. Benda ni penting dowh, perkahwinan bukan takat ko duk sanding atas pelamin 3 4 ribu, pastu malam ko ngan laki ko leh layan asmara dana n tiger show atas katil. Kalo ko tak sedarkan laki ko, sape lagi?

3.  Berkahwin – suri rumah sepenuh masa




Bagi aku, bila menjadi seorang wanita, berhenti kerja kerana ingin menjadi suri rumah yang efisyen kepada suami dan anak, itu merupakan satu kerjaya professional dan pengorbanan yang mulia untuk keluarga.  Tidak menyumbang sumber pendapatan kepada keluarga tidak bermaksud si isteri tidak berfungsi dalam meringankan beban suami, tapi pelbagai alternative yang boleh diguna pakai dalam perancangan kewangan keluarga.  Si isteri boleh

Ø  membuat jadual pengurusan beli barang dapur dan rumah dengan harga yang berpatutan
Ø  mengurangkan kos pendidikan tuisyen anak – anak dengan mendidik sendiri anak – anak selepas waktu sekolah
Ø  mengurangkan kos makan di luar dengan menyediakan masakan yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga dengan kos yang jauh lebih rendah.
Ø  Mengemas rumah dengan cita rasa sendiri sekaligus mengurangkan kos untuk mengaji pembantu rumah Indonesia

See, siapa kata suri rumah bukan kerjaya? Aku tak nak mintak lebih, kalo si isteri boleh sambut aku yang letih bekerja sepanjang hari dengan senyuman manis dengan secawan teh dan sedikit ondeh – ondeh pun da cukup. Kalo boleh cabutkan kasut dan urutkan kaki cam cerita ombak rindu pun dah kira heaven bagi gua. Serius. Hati aku tersentuh part maya Karin cabut kasut dan picit kaki aoron aziz dalam movie tu.haha
part ni memang buat aku touching, serius

4.  Janda/bercerai/ kematian suami – perempuan merupakan ketua rumah tangga
  Pernah tak  dalam hidup korang, yang tengah couple, baru nak kahwin, lama dah kahwin terpikir sesaat “kalau suami aku {tinggalkan aku/ kawin lain/ ceraikan aku/ mati dulu} apa jadi kat aku ea? Macam mana anak – anak nanti? Macam mana pengurusan kewangan keluarga?



  Untuk pengetahuan korang, selaku ibu tunggal, korang merupakan tempat bagi anak – anak bergantung. Walaupun lelaki bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak - anak, tidak semua lelaki yang sedar akan tanggungjawab mereka, dan untuk pengetahuan korang, jangka hayat lelaki memang pendek berbanding perempuan jadi tak hairanlah kalau kadar bilangan ibu tunggal di Malaysia ni meningkat dengan mendadak.


Jalan penyelesaian
Ø  Tetapkan perancangan kewangan besama suami untuk anak – anak agar masa depan pendidikan, kos perubatan dan insuran ditanggung bersama .
Ø  Mempelajari ilmu pengurusan kewangan dengan berkesan melalui agensi – agensi yang berdaftar
Ø  Hidup bersederhana dan berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan.
Ø  Hidupkan satu perniagaan dan turut serta dalam program keusahawanan  yang dianjurkan oleh persatuan  ibu – ibu tunggal  di Malaysia.

  Panjang dah aku bebel, korang menilai sendiri, mana fakta dan auta, reason aku tulis semua ni, sebab aku pun ada dua orang adik perempuan, so bila aku tulis benda ni semua, aku harap adik- adik perempuan aku baca dan sekurang – kurangnya bila aku tak de, dorang boleh baca warkah aku kat sini. Mana tau, bakal isteri aku pun boleh baca semua ni. Hahahahah.

Tuesday 13 December 2011

KEWANGAN DAN KUASA DUNIAWI, ANTARA PERANCANGAN DAN REALITI


    Pernah tak dalam hidup korang, maksud aku, korang yang sekarang, yang masih lagi tak tahu masa depan korang macam mana. Masih lagi was – was sama ada Ijazah – diploma yang korang pegang ni mampu menampung keperluan korang untuk 5 – 10 tahun akan datang?


   Mesti ada kan? Don’t worry about that sebab bagi aku, Malaysia ni masih lagi sebuah negara yang mampu membekalkan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Pucuk pangkalnya adakah kita berpuas hati dan bersyukur dengan kerja yang kita dapat melalui gaji yang bakal diperoleh? Dan bagaimana pula kita menguruskan kewangan kita adalah menjadi titik tolak kepada kejayaan kita merancang kewangan yang sempurna mengikut gaya hidup yang sederhana.


    Seperti korang, aku pun  pasti akan terikat dengan hutang – hutang seperti bayaran ansuran rumah, bayaran ansuran kereta, pendidikan anak – anak, makanan, perubatan dan sebagainya. Bagi mereka yang tidak mempunyai satu perancangan kewangan, korang sebenarnya sedang mengali kubur korang secara perlahan – lahan, malangnya, apabila hendak dikambus, tiada seorang pun yang akan menolong. Itulah realiti, Bagi aku, mereka yang gagal merancang kewangan sebenarnya menjurus diri kepada satu sistem pengurusan diri yang tidak teratur melalui pengaliran wang tanpa matlamat yang kukuh.

Antara kesilapan – kesilapan yang sering berlaku dalam pengurusan  wang adalah


First mistake, sentiasa menanguh untuk memulakan sistem perancangan


     Ini merupakan salah satu masalah yang terdapat di kalangan masyarakat pada usia muda. Kejanggalan akan sesuatu sistem kewangan menyebabkan kita rasa malas untuk menguruskan kewangan kita sendiri.  Sikap tangguh menanguh antara punca mengapa orang Melayu terutamanya gagal memiliki satu sistem kewangan  yang stabil dan dapat menyumbang kepada simpanan.


    Nasihat aku kepada gadis – gadis, bila dah berkahwin nanti, gesa suami korang  untuk berbincang bersama, buat satu pelan kewangan keluarga untuk tabung pendidikan anak – anak, insuran perubatan , pinjaman rumah dan sebagainya. Jangan terlalu focus kepada kehidupan berdua sahaja tetapi  focus kepada perancangan keluarga yang pastinya ada anak – anak yang bakal dilahirkan untuk dibesarkan.


  Jangan tangguh, apa kata, masa korang keluar dating sebelum kahwin tu,  try uji kepintaran bf merancang kewangan dia, tanya perancangan masa depan dia macam mana? Bagaimana gaji dan simpanan KWSP akan dihabiskan untuk pendidikan anak – anak dan kehidupan selepas pencen nanti?


    Ni sikit – sikit tanya, U nak bagi berapa ribu untuk hantaran I? Mak I kata nak 20 Ribu, sebab I ada Ijazah,  ( u yang nak kahwin ke mak u yang nak kahwin? )
U nanti, nak anak lelaki ke perempuan? Kalo lelaki nama ape? Kalo perempuan nama ape? Kalo  kembar camne plak? Jadi matang please, tu soalan budak- budak bercinta masa PMR dulu


Second mistake, gagal menetapkan  matlamat kewangan dan cara mencapainya


   Korang pernah tak dengar lagu ‘Mantera beradu’ Malique dengan M Nasir, ada lirik dia tulis

“gagal merancang, merancang kegagalan”


   Well, aku admit, ayat ni memang betul, tiada siapa yang merancang untuk gagal, tak der, cuba ko tanya penagih dadah tepi jalan, “ dulu awak memang rancang untuk jadi penagih dadah ke?”  mesti dia jawab tak de kan. Tapi ramai yang gagal merancang akhirnya terjerumus dalam kegagalan

   Back to main point, bila ko menguruskan sesuatu, ko kena tetapkan matlamat ko, tanya diri, melalui pengurusan kewangan ni, apa yang korang impikan? Menghantar ibu bapa pergi haji ? memiliki rumah sendiri sebelum umur mencecah 35 tahun?  Berkahwin satu lagi? Dan macam – macam lagi.

   So, katakan lagi 5 tahun korang bz dengan kerja, tak salah rasanya, korang amik sebatang pen warna biru, amik sehelai kertas warna putih, tulis matlamat korang untuk waktu sekarang.

Contoh

-           - Apakah tiga maltamat kewangan aku?
-           - Bila jangka masa pencapaian?
-            - Berapa yang diperuntukan setiap bulan?


Third mistake, kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik


    To ladies and gentleman out there, secara realiti, gaji yang kita dapat sering dihabiskan untuk membeli barang – barang mahal yang adakalanya kepentingan itu hanya sementara. Maksud aku mungkin setahun or 6 bulan, korang mula rasa, menyesal gila beli barang ni. Beli itu, beli ini, so wang yang diperuntukan untuk simpanan, hilang begitu sahaja.


   Contoh, Handphone, gadget, barang kosmetik dan sebagainya hanyalah mainan media massa  yang dipenuhi iklan – iklan untuk menggalakan korang berbelanja lebih dari keperluan korang sendiri. Kesannya, korang tidak mempunyai lebihan wang setiap bulan untuk disimpan dan sekiranya tabiat ini diamalkan dalam hidup, you will never have moment of sanity in this world of chaos, trust me.


    Kenapa? Sebab Korang terlalu ikut trend semasa, tengok member pakai hp touch screen, korang nak pakai gak, tengok member korang ikat perut nak beli I Pad, korang pun sama nak ikat perut dan bontot,  semata – mata tak nak ketinggalan trend gaya hidup serba glomour. Be yourself, live your life, jangan terlalu ikutkan suasana kalau diri lagi selesa hidup bersederhana.


Fourth mistake, keenganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah


    Just for your information, ayah aku ada penasihat dia sendiri, so bila ayah aku pergi bank untuk berjumpa penasihat dia, dia akan bawak aku sekali. Tak selalu, tapi setiap pertemuan tu pastinya aku dapat Ilmu dan manfaat yang berguna.
   
    Pernah tak kawan – kawan universiti,  saudara mara dan sahabat handai dari ceruk mana, ajak korang join Mlm? Skim cepat kaya dan pembelian Insuran dan unit saham yang tidak menepati cirri – ciri perlaburan duit yang selamat? Mesti pernahkan. Alhamdulilah, sehingga kini, aku tak pernah menyertai mana – mana Skim cepat kaya dan Mlm (walaupun sering kali digoda, dirayu dan sebagainya) kerana perlaburan duit yang menjanjikan pulangan modal berlipat ganda dalam jangka masa yang singkat sebenarnya satu scam ataupun tipu muslihat perniagaan semata – mata.


   Pergi jumpa mana – mana penasihat kewangan atau saudara mara yang ada kerja kat bank, dorang tak kan sekali – kali Join Mlm, kerana dorang lagi tahu sepak terajang Perniagaan cam ni.

   Nasihat aku senang je, kalo sakit jumpa doktor, nak buat pelan rumah impian, jumpa akrkitek, nak anak jadi pandai, jumpa cikgu, nak urus kewangan, jumpa penasihat kewangan. Simple kan?

Thursday 8 December 2011

Simpanan ASB aku....

well caya atau tak, sebenarnya aku dah buat pinjaman kat bank sebanyak 193 ribu ringgit Malaysia dan perlu lunaskan hutang tu dalam masa 20 tahun. Damn, aku rasa banyak - banyak budak maktab, aku paling miskin sekarang ni sebab menangung hutang yang banyak. 


wait a minute, aku pinjam bukan buat beli BMW k, aku tukarkan sebagai Amanah Saham Bumiputera + rm 10, 000 sebagai simpanan tetap.

Untuk tiga tahun pertama, aku kena bayar faedah kepada bank sebanyak rm 886 sebulan,Selepas 3 tahun pertama, aku kena bayar rm 1241sebulan. Ish2, gaji gua dah la ciput starting basic je rm 1890 je, so cam ne aku nak bayar ni?


Jawapanya senang je, tahun pertama je aku bayar pakai duit sendiri, tahun kedua aku bayar pakai dividen. Dividen? yeah, dividen. Tahun lepas kalo tak silap aku, dividen tahun lepas adalah 7.5 %. so katakan tahun ni pun 7.5 %,  so 


ramalan yang mungkin aku akan dapat = 7.5% x rm 200, 000
= rm 15, 000


jumlah tanggungan tahun kedua = rm 886 x 12 bulan
= rm 10, 623

dividen - hutang bank secara tahunan
= rm 15, 000 - rm 10 623
= rm 4, 368


yeah ada baki lag rm 4, 368


yang atas ni untuk tempoh 3 tahun pertama (36 bulan)


selepas tahun keempat, bayaran meningkat kepada rm 1241 sebulan untuk tempoh 264 bulan
so jumlah hutang tahunan yang perlu dibayar
= rm 1241 x 12
=rm 14, 892

ramalan dividen + bonus kesetiaan 10 tahun (1.0)
= 8.5 percent x 200,000
= rm 17,000

dividen tolak hutang bank secara tahunan 

=rm 17,000 - rm 14, 829
= rm 2,171 

benda ni aku akan buat selama 20 tahun, after that rm 200, 000 tu aku punya, yeah !!!




Tuesday 6 December 2011

surat rasmi darjah 5

baru - baru ni aku karang satu surat rasmi untuk mohon membeli kuda kat veterinar kat kluang. Aku buat benda ni pun selepas lawatan aku kat sana, Serius, murah kot, tp tu r, sekarang ni setiap urusan jual beli kena lalu putrajaya. So ni sample surat rasmi aku. hehe. ak tau aku suck tulis surat -surat formal ni



Mohamed Hanif bin Abd Malek
No 14 -18, Lorong Perkasa,
Jalan Haji Jaib,
84000 Muar
Johor Darul Takzim

______________________________________________________________________________

Pengarah,
Bahagian Latihan Dan Pembangunan Kerjaya,
Jabatan Perkhidmatan Veterinar,
Kementerian Pertanian Dan Industry Asas Tani,
Wsima Tani, Blok Podium, Lot 4g, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerjaaan Persekutuan,
 62630 Putrajaya.                                                                                              6 DISEMBER 2011

Tuan,

Permohonan Untuk Membeli Kuda  Di Institut Veterinar Malaysia

Saya seperti yang bernama di atas dengan sukacitanya ingin mengemukakan pemohonan untuk membeli 5 ekor kuda baka Pony  Cross yang terdapat di Institut Veterinar Kluang Johor dengan harga yang berpatutan.

2. Untuk pengetahuan tuan,  Saya merupakan penternak yang meminati kuda. Saya telah mempunyai  3 ekor kuda padi yang telah dilatih untuk ditunggang. Walaubagaimanapun saya mendapati bahawa kuda – kuda saya tidak mampu untuk membiak seperti yang diharapkan.

3. Buat masa ini, saya mempunyai tanah yang ditanam dengan kelapa sawit sebanyak 41 ekar dan saya juga mendapati bahawa persekitaran tersebut dapat menyumbang sumber makanan yang mencukupi kepada kuda – kuda saya. Selain itu, kawasan saya juga mempunyai kandang kuda dan dalam perancangan, saya akan menambah lagi kandang kuda bagi menampung kuda baru di samping memberi penjagaan yang optimum kepada mereka.

4. Antara objektif saya menternak kuda antaranya untuk meluaskan penternakan kuda di daerah Muar. Melalui cara ini, rakyat setempat dapat mengenali dan didedahkan tentang haiwan ini dan berpeluang untuk belajar menunggang kuda seperti yang dituntut dalam sunah Nabi Muhamad S.A.W.

Sukacitanya saya sekiranya tuan dapat menerima pemohonan saya untuk membeli kuda di organisasi tuan. Saya telah memilih untuk menternak kuda kerana saya berminat untuk meluaskan lagi penternakan kuda di Johor oleh rakyat tempatan dalam merancakkan lagi produktiviti penternakan di kalangan kita. Saya percaya bahawa langkah ini dapat menyumbang satu fenomena yang positif dalam bidang penternakan.

Bersama ini, saya lampirkan beberapa keping gambar dan resume untuk rujukan tuan. Saya amat berharap di atas penerimaan tuan.

Yang benar

 

Mohamed Hanif bin Abd Malek 
(900701 - 01 - 5453)

Sunday 4 December 2011

gambar sekitar farmville keluarga aku


ok, tercapai gak impian aku nak upload gambar - gambar aktiviti keluarga aku kat ladang kami. Tak nak cerita banyak, scroll ke bawah and enjoy the view ok. explanation akan  cuba diberikan untuk setiap gambar yang aku snap


OK, kalo korang masuk ladang aku time 3 hingga 5.30 petang, lembu aku akan meragut rumput cam gambar di atas ni. 



yang baju merah tu adik aku yang bongsu, 'Afiq', dia tengah cuba nak main - main dengan anak lembu susu yang baru kami beli



Anak lembu susu ni aku tak lepaskan lagi time ni. Bapak aku suruh kurung dalam kandang untuk 3 hari supaya diaorang ni boleh adapt dengan suasana persekitaran. So kira jadi lembu feedlot jap, hehe

lembu susu ni dikenali sebagai Friesian Cow. Kat Malaysia, baka lembu Friesian terlah di crossbreedkan dengan lembu baka Sahiwal di New Zealand supaya genatik baru anak lembu tersebut dapat menyesuaikan mereka dengan cuaca dan persekitaran permakanan di Malaysia


well, anak lembu ni memang jinak, aku cuma hulur ibu jari je, mesti dia jilat dan hisap ibu jari aku. Seronok gak la tengok karenah dorang ni nak manja - manja


ok, sekarang ni, kita cuba nak sesuaikan anak - anak lembu Friesian dengan lembu - lembu baka lain (brahman cross, kedah kelantan,  droughmaster)  


well, macam yang aku agak, lembu friesian ni memang mudah untuk adapt dengan kawasan sekeliling, kalo dulu kat kandang lama makan pallet, sekarang ni diorang dah cuba belajar makan rumput, daun sawit, tahu, dan tak lupa gak aku bagi roti, (sekali sekala x pe)

hehe, ni adik perempuan aku, Ela, dan sebelah tu kawan dia, haha. Yang sebelah tu nama dia Mok Mok. Baka Brahman crossbreed Umur baru mencecah 2 tahun pada tahun depan. So kira dia ni terselamat la dari korban Raya Haji tahun ni. 


Biasanya bapak aku letak harga untuk lembu saiz cam ni dalam rm 2600, serius, memang murah. Pernah sekali aku pergi ke kandang lembu yang lain, aku tanya la, berapa harga saiz camni, RM 3000 + RM600 siap korban.  Beza rm 1000 der. Tapi bapak aku cakap " tak pe, kita nak mencari customer tetap, bukan nak cari keuntungan sahaja, abah niat sedekah masa jual tu sebab bagi abah, sapa lagi nak tolong orang Islam kalo bukan orang Islam sendiri". Pastu sampai sekarang, aku tak berani nak bercanggah pendapat bila abah jual lembu dengan harga cam ni.





ok, ni aku (yang tengah dengan adik beradik lelaki aku) Arif yang berbaju kuning oren (19 tahun) dan Afiq yang berbaju (14 tahun) Sekarang ni Arif tengah tolong ayah aku uruskan ladang ni semasa ketiadaan  aku kat Muar. Aku pernah janji kat diri aku, lepas ni, aku balik bertugas kat Muar, aku akan luaskan lagi peranan ladang ni dalam business. Biar adik - adik aku hidup senang dengan titik peluh kami sekeluarga. 

haha, ni Ela dengan anak kambing, dia memang suka ngan kambing, sampai sekarang aku tak tau kenapa




Arif dengan mesin choper. Mesin ni untuk proses daun sawit jadi hancur untuk makanan lembu, kuda dan kambing. Nampak senang, tapi sebenarnya penat sebab nak pergi cari daun lagi, naikkan atas lori, bawak ke ladang, procces, pastu bagi haiwan ternakan ni makan.

camni la daun sawit selepas proses, ok lar, tu je dari kebun aku, nanti ada masa aku upload video plak.