Followers

Friday 23 September 2011

aku dah cakap dah~ Bukan aku sorang je yang berfikir Melayu ni suka berpolitik

(Sinar Harian 19 Sept 2011)

Isu zakat dan dakyah Kristian menjadi sepi buat seketika, apabila isu komunis menutupi. Itulah budaya politik Malaysia. Satu isu belum selesai untuk diperbahaskan, muncul pula isu baru. Selepas ini akan muncul pula isu lain. Akhirnya nanti, semua isu tergantung, tidak dapat diselesaikan sehingga ke akar umbi. Kita seolah-olah hilang fokus. Masalah terus menjadi masalah, tanpa penyelesaian. Kita asyik berpolitik.

Berkaitan dengan isu Mat Indera dan komunis, setakat ini lebih 942 laporan polis telah dibuat ke atas Mat Sabu. Beberapa hari lagi akan melebihi angka 1000. Bayangkan berapa banyak masa,wang ringgit dan tenaga terbuang, untuk melayan dan membincangkan isu yang boleh dianggap ‘remeh’ ini. Ini belum termasuk saman menyaman yang akan berlaku dan desakan demi desakan dibuat supaya sejarah kemerdekaan ditulis semula mengikut versi sebenar. Siapa yang untung, siapa yang rugi, fikirlah sendiri. Tolak campur, tolak campur, umat Islam juga yang rugi. Masa depan masih kabur berbanding orang lain yang telah jauh meninggalkan kita, menunggu masa untuk mengambil kesempatan.

Suka atau tidak, kita akan terus berurusan dengan negara-negara komunis seperti China dan Russia bagi mengekang hegemoni barat yang semakin mencengkam. Dengan makna, dari aspek diplomatik, kita akan terus berhubung dengan negara komunis demi kemajuan negara seperti lawatan pemimpin komunis negara China baru-baru ini, selagi mana kita tidak terpengaruh dengan ideologi dan pemikiran mereka.

Waima, saya merasa amat pelik, kenapa kita harus ‘melayan’ isu ini yang ditimbulkan oleh Mat Sabu ini, sedangkan banyak lagi perkara besar yang perlu diberikan perhatian, seperti masalah ekonomi negara, masalah kemiskinan semakin menghantui sehingga boleh menyebabkan akidah tergadai, gejala sosial yang semakin menakutkan, perkauman yang semakin menebal, kelemahan umat Islam yang semakin ketara, bahasa Melayu yang semakin terhakis dan banyak lagi isu yang tidak menyebelah umat Islam. Biarkanlah Mat Sabu dengan labu-labunya.

Sejarah akan tetap kekal sebagai sejarah. Sama ada ia perlu ditulis semula atau tidak, bergantung kepada keadaan. Apa yang perlu dibuat hari ini kajian ilmiah perlu banyak dilakukan dari masa ke semasa untuk membuktikan fakta sejarah tersebut, jika masih samar dan dipertikaikan. Bukannya dengan saling mengkritik dan menghentam, seolah-olah dunia akademik ini begitu sempit. Sedangkan semua tahu bahawa dunia akademik tidak ada sempadan. Hari ini mungkin kajian kita sesuai dan relevan, mungkin tidak untuk masa hadapan. Ia akan menjadi bahan sejarah. Kajian baru perlu dibuat untuk membuktikannya. Marilah kita bersama-sama melakukan kerja-kerja yang membawa lebih banyak faedah daripada mewujudkan budaya bebal dan pandir seperti yang dibahaskan oleh Allahyarham Profesor Syed Hussein Al-Attas, telah saya sentuh sebelum ini.

Menurut beliau, golongan intelektual adalah orang yang mengabdikan diri untuk memikirkan idea dan masalah bukan kebendaan dengan menggunakan kemampuan akliah. Ia membawa maksud bahawa memiliki kelayakan akademik dan mempunyai gelaran, sebagai contoh, gelaran professor, masih belum layak untuk menggelarkan seseorang itu sebagai seorang intelektual jika tidak berfikir. Misalnya, Herbert Spencer, yang tidak mempunyai kelayakan akademik, tetapi diiktiraf dan dikategorikan sebagai salah seorang intelektual pada zamannya. Cara Spencer berfikir dan tindak tanduknya menepati ciri-ciri golongan intelektual sebagai seorang ahli falsafah, biologis, psikologis, sosiologis dan politikus.

Tidak perlulah saya membandingkan dengan ketokohan dan kehebatan Nabi Muhammad SAW. Walaupun Baginda seorang yang tidak tahu membaca dan menulis, tetapi pemikiran intelektualnya begitu terserlah berpandukan kepada wahyu Allah SWT. Perkara ini sengaja disenyapkan oleh orientalis barat kerana mereka tidak mahu agama Islam ditonjolkan sebagai pelopor budaya intelektual.

Bukan seperti segelintir masyarakat hari ini yang jelas masih kabur tentang makna sebenar intelektual. Mereka ternyata telah menyelewengkan makna hakikat ilmu yang sebenar. Bebalisme dan kepandiran semakin menjadi-jadi. Kita gagal melahirkan golongan intelektual, yakni masyarakat menjadi malas berfikir. Lebih parah lagi kemalasan berfikir ini turut terbawa-bawa oleh kalangan elitis sehingga menjadi bebal, yang membawa maksud tumpul otak atau bodoh. Misalnya, orang kaya sepatutnya berfikir bagaimana membantu orang miskin atau golongan yang memerlukan. Ini tidak, kerjanya asyik mengintai artis untuk dikahwini. Perkahwinan mereka inilah diperbesar-besarkan oleh media seolah-olah tidak ada lagi isu lain yang lebih penting.

Istilah ini bukan bertujuan untuk merendahkan martabat seseorang, tetapi pemikiran ini perlu dibenteras kerana ia diibaratkan parasit yang berserabut dalam pemikiran masyarakat. Gejala ini menunjukkan pelbagai kepincangan masyarakat terutamanya dari segi keinginan dan kemampuan menuntut ilmu. Antara sikap yang ditunjukkan dalam gejala bebalisme ini adalah kelesuan berfikir, sikap acuh tak acuh, tidak berminat terhadap budaya ilmiah dan tidak mempunyai daya cipta yang baik.

Paling ketara bagi mereka yang terperangkap dengan gejala ini ialah tidak menghormati ilmu pengetahuan dan pandangan ilmiah. Tidak mempunyai kecintaan terhadap hujah yang tertib serta tidak memberi penghargaan terhadap budaya ilmiah itu sendiri. Akibatnya, wujud kemalasan intelek yakni untuk berfikir lebih jauh. Sedangkan kita semua tahu bahawa otak perlu dirangsang (stimulate) supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Bebalisme akan menyebabkan masyarakat membangun tidak lagi berminat mendapatkan ilmu pengetahuan berguna. Jika adapun usaha mencari ilmu, ini dilakukan bukan kerana niat ingin membantu masyarakat, tetapi disebabkan oleh politik, pangkat, nama dan sebagainya.

Budaya inilah yang telah membelenggu pemikiran masyarakat kita. Syed Husein berkata: “Menjadi salah satu ciri bebalisme untuk mengharapkan orang lain percaya pada apa yang dikemukakannya tanpa memberi alasan atau penjelasan apabila pokok permasalahan tersebut di luar dari pokok permasalahan biasa. Bebalisme juga tidak mempunyai kecintaan kepada hujah yang tertib dan rasional apabila membahaskan suatu pokok permasalahan atau isu”.

Paling menyedihkan menurut Syed Hussien apabila gejala ini terus diwarisi dari satu generasi ke generasi lain. Natijahnya, gejala sukar dihapuskan dan menimbulkan persoalan mengenai kemampuan serta cara terbaik untuk keluar daripada gejala yang membelenggu masyarakat ini. Justeru, jika kita benar-benar mahu melihat perubahan, pemikiran bebalisme dan pandir yang perlu dibenteras. Jika tidak, kita tidak akan ke mana-mana. Sesama sendiri bercakaran. Ilmu tidak meningkat, masa dan tenaga terbuang, negara tidak membangun, sehingga menyebabkan orang lain mengambil kesempatan. Siapa yang rugi akhirnya?

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Pensyarah Kanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Thursday 8 September 2011

orang kita, politik dan ekonomi

Lama gila tak update. Ada dekat sebulan dua kot. Alhamdulilah, aku masih lagi bernyawa dan waras seperti dulu.

Malas nak cerita panjang, raya settle sudah, tak kan nak cuti lama – lama. Tokey kilang kasut bata pun boleh bankrupt  kalo pekerja nak cuti je tul tak.

Hari ni, aku rasa malas nak cerita pasal cinta, awek, perasaan sensatif. Buang masa je cita panjang – panjang kalo  balik – balik, cerita yang sama berulang kembali .Bosan.

Aku pun tak tau kenapa hati aku rasa terdetik nak menghurai perspektif aku mengenai orang kita, kaum aku sendiri.

Sebelum aku melangkah lebih jauh, aku nak korang semua tau yang aku ni Melayu, Bapak aku berketurunan Banjar, berasal dari Batu Pahat dan mak aku pun Melayu, berasal dari muar.  Cuma aku tak pasti keturunan apa . So leh kira aku ni cam pure breed punya Melayu, tak da mix2.

Banyak benda yang aku leh hurai pasal kita ni, Cuma aku rasa aku kena kecilkan sedikit topik yang ingin aku hurai hari ni. Lets talk about politics and economy scene of Malays in this country.

Sepanjang 21 tahun aku hidup kat bumi  Malaysia, seharusnya aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu dan menikmati hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Ini semua terjadi disebabkan usaha  orang – orang lama yang berkecimpung dalam politik yang sedar tentang hak istimewa orang Melayu untuk genarasi akan datang.  Tapi entah kenapa, semakin lama aku mengenali suasana politik orang kita di Malaysia, semakin aku rasa rimas dan sakit hati. Itu tak termasuk pening dengan binggung dengan sikap orang kita yang suka berpolitik tak kira masa
.
Kenapa aku sakit hati? Meh aku hurai satu persatu. Kalo dulu, aku rasa tak de r kecelaruan politik macam zaman sekarang. Kes tuduhan liwat yang sampai sekarang tak settle - settle, kes pasal kek 3 ribu, kes rasuah  berjuta – juta sampai leh wat bangglo  walaupun pekerjaan asal Cuma doctor gigi. kes pasal pembunuhan model ntah dari mana ntah, macam – macam kes sampai aku rasa setiap hari berita tv 3 tu penuh dok cita pasal kes – kes orang yang berprofile tinggi terutamanya yang membabitkan politik.

Itu baru kat tv, tak termasuk lagi belaci – belaci yang dok mempertahankan tindak tanduk parti dorang yang sah – sah aku rasa dorang dapat bahan pun dari internet, temu ramah orang – orang politik kat tv yang pastinya menyalahkan parti pihak lawan atas kelemahan parti sendiri.

Aku malas nak cerita panjang pasal orang – orang atas ni. Dorang sure – sure makan besar, naik kereta pun kereta mewah. Tu tak termasuk elaun – elaun khas untuk orang – orang kenamaan yang menceburi bidang politik.  Hasil sampingan banyak membantu kot? Halal dan haram tu antara dia dengan Tuhan,  siapa aku nak tuduh rezeki dia tu halal ke tak.  Dorang tu dalam umur pertengahan dah, banglo kata pergi, van jenazah kata “ nak tumpang?”

Yang aku pentingkan sekarang adalah remaja Melayu kita. Dok terikut sangat pasal hal politik sampai terabai apa yang lebih penting.Yang  biru dengan fikiran birunya, yang hijau dengan fikiran hijaunya.  Yang aku peliknya, beza warna bendera parti  dengan perjuangan, tetapi dua – dua Melayu.

Melayu derr, makan sambal belacan guna tangan kanan, cebok bontot pakai tangan kiri, tapi bila tiba hal politik, masing – masing nak tunjuk parti dorang adalah parti maksum. Tak pernah ada salah dan silap, dosa?  Cam tak pernah berlaku.

            Cam korang confident sangat parti yang korang sokong memperjuangkan ideologi politik korang. Korang pasti ke 100 percent yang ke semua ahli parti korang tu akan memperjuangkan hak korang? Serius shit. Tak semua derr, kalo ada 10 orang ahli politik, aku leh confirmkan 7 daripadanya adalah ahli perniagaan dan contractor yang hanya inginkan  keuntungan dan hasil duit yang berlipat ganda.

Baik biru mahupun hijau, ketujuh – tujuh individu yang aku sebut tu ada dalam kedua – dua parti. Tak yah nak cita panjang la. Zaman politik kita bukan cam zaman politik atuk nenek kita dulu, di mana zaman tersebut diceburi oleh orang – orang yang berlatar belakangkan pendidik,ustaz – ustaz, guru – guru, individu yang mempunyai nilai  patriotism yang tinggi. Serius ceritalah, aku sempat berjumpa dengan golongan – golongan ni waktu aku kecik, tapi aku leh menilai semangat patriotism  dorang lagi tinggi. Arwah nenek aku dulu orang kuat biru, tapi tak pernah menerima imbuhan apa – apa. Apa yang diperjuangkan ialah untuk agama bangsa dan negara.  Tiada kontrak pembinaan juta – juta. Simpanan pun setakat 2 3 ribu je. Buktinya, arwah nenek aku duduk di rumah kampong, bertemankan ayam dan itik peliharaan tanpa sebaran swimming pool di sebelah kediaman.

Baik di warong, dalam kereta, even in facebook, budak – budak sebaya aku, tua sikit, tua bangka, dok cerita pasal politik. Parti lawan salah, parti lawan banyak buat dosa, ini tak betul, itu tak betul bla – bla, doa ditimpa bala, mati kubur tak muat dan macam – macam lagi kritikan yang disertakan dengan cacian.

kadang – kadang, aku diam, kadang – kadang aku join, sekadar nak menambah pengalaman mengenai sikap orang kita, juara politik tak kira masa. Tapi serius lawak beb, dok cerita politik bagai nak rak, cuba korang ajak sembang mengenai perancangan ekonomi sendiri untuk masa akan datang? Setakat dua tiga ketul ayat, pastu perbincangan tu akan sepi…….

Ni la yang dapat aku simpulkan tentang tabiat buruk orang kita, politik hebat, tapi ekonomi sendiri kayap. Cerita politik berjam – jam, sampai kebun getah pun tinggal, ladang sawit terbiar. Tak de inisiatif untuk memajukan ekonomi sendiri. Yang kita tahu cuma mencari kesalahan orang lain walaupun hakikatnya orang tu tak pernah ada kaitan sangat dengan kita.

Camtu lah gak dengan remaja sebangsa aku sekarang ni. Kalo jumpa, kalo tak politik, cerita pasal liga bola  sepak eropah, cerita pasal band – band rock, pasal awek, paling tak boleh blah cerita pasal freemason, dajal, sekarang apa cita? Semua  diam sepi. Aku kalo jumpa budak – budak cam ni, memang aku diam je,  malas nak bukak cita, sebab dorang sendiri akan syok sendiri bercerita tentang perkara yang aku kira sia – sia.

Kadang – kadang, aku rasa silapnya orang kita, adalah kita selalu ingat yang melalui politik sahaja kita dapat memperjuangkan hak bangsa dan agama kita di bumi Malaysia. Padahal aku tak pasti sama ada orang kita ni buta atau buat – buat buta yang orang Cina dah buktikan yang mereka mampu memperjuang dan membela nasib – nasib kaum mereka melalui ekonomi dan perniagaan.

Munkin korang tak tau, atau mungkin aku yang dibesarkan dengan suasana perniagaan berteraskan pertanian dan perladangan sedar akan situasi ni. Meh aku cerita kat korang, ada seorang apek ni, perniagaannya berteraskan pertanian. Pertanian je der, dia tanam cili kat tanah 12 ekar tanah rezab orang Melayu yang telah dipajak.  Tapak semaian tu betul – betul sebelah tanah kebun ayah aku. Korang nak tau, selepas 5 bulan, setiap hari dia boleh bawak keluar sehingga 1 tan cili untuk dijual di pasar. Cuba korang  tanya kat pasar, brapa harga sekilo cili? Biar aku jawap, sekilo cili boleh cecah rm 10 beb, kalo 1 tan? Itu baru sehari, kalo 30 hari?

Aku rasa, silapnya orang kita, adalah nak duit dengan jalan yang mudah. Cam contoh aku bagi kat atas tadi, tak nak  usahakan kebun, pajak kat orang Cina tuk 10 tahun, dapat la dalam rm 60 ribu, pastu pg joli habis – habisan. Tapi orang cina tu bijak, dia boleh cover balik kos pajakkan tu dalam masa 2 tahun. Baki 8 tahun tu dia boleh wat keuntungan ratusan ribu dan boleh cecah hingga juta Dia tak tanam pokok sawit, sebab lepas 10 tahun nanti, pokok sawit tu jadi orang melayu punya. Jadi dia tanam pokok – pokok cili, sayur – sayuran, kacang panjang, terung. Bijak kan?

So apa jadi kat orang kita tu tadi? Orang kita tu pegi beli kereta baru, beli perabot baru. Lepas tu, duit lebih simpan sikit dalam bank ataupun melabor dalam pelaburan yang belom pasti sahih, untung lagi jauh dan mungkin kena tipu. Masa terluang untuk kebun, dihabiskan untuk berbincang isu – isu politik kat kedai kopi. Jangan marah la kalo ada bangsa lain claim orang kita malas, sebab sesetengah orang kita memang suka macam tu.

So mana pergi perjuangan politik kita?  Mana ideologi, manifesto, dan  idea untuk memperjuangkan nasib orang kita? Mana der? Jawapannya benda – benda tu ada kat facebook, korang boleh tengok budak – budak baya aku, tua sikit, tua bangka dok post pasal hal – hal politik kat Malaysia ni. Kalo perjuangan  biru diperkatakan memperjuangkan hak kaum Melayu, dan Hijau memperjuangkan Agama Islam, tetapi entah kenapa aku tengok Orang kita, Melayu yang Beragama Islam, saling bertelagah sesama sendiri tapi tak pernah cuba berganding bahu untuk mengangkat ekonomi orang kita yang berketurunan Melayu dan beragama Islam.

Siapa cakap melalui politik sahaja, martabat kaum Melayu akan naik, Siapa cakap melalui politik sahaja, Imej agama Islam akan cemerlang? Jatuh dan naik bangsa dan agama kita bukan disebabkan faktor kaum lain, tetapi sebab sikap orang kita sendiri yang suka bertelagah sesama sendiri terutamanya dalam bidang politik.