Followers

Monday 14 May 2012

kita x dapat puaskan hati semua pihak......itu betul



Hidup ni….kadang – kadang memang susah. Suka atau tak, kita kena belajar untuk buat pilihan. Pilihan yang kadang – kadang tiada satupun akan mengembirakan hati kita. Kau tak sanggup untuk lukakan hati sesiapa termasuk hati kau sendiri, tapi bila tiba saat tu, adakah kau akan lari dari realiti lalu melukakan hati insan – insan yang menyayangi mu?

Kita Cuma manusia biasa…manusia yang tak lari dari kesilapan, tak lari dari buat salah.  Namun setiap kali dalam membuat pilihan, kita akan fikir sejenak, betul ke pilihan aku ni?  Tak salah ke pilihan aku ni? Dan apabila keputusan ini melibatkan pasangan hidup, pastinya lebih dari keberanian yang perlu dirangkul untuk mencapai kata putus. Siapakah yang akan kau pilih, dia yang pernah membahagiakan kau, atau si dia yang baru mengenali hati budi mu?

Mereka kata, what past is past, she was your past, its time for you two to move on. Namun hati aku akan cakap, si dialah yang memilih untuk menemani diri ku saat aku tiada apa –apa. Adilkah aku meninggalkan dia saat aku sudah didatangi insan baru?



Tapi kau tak mengkhianati sesiapa. Hati kau menerima kedatangann insan baru ketika kau masih sunyi, akui, bahawa kau mula menyayangi dia seperti mana kau menyayangi diri kau sendiri. Kau tak perlu bohong, jangan lari dari masalah, face it, kau dan insan lama tiada harapan.  Kenapa perlu kau menoleh untuk kali kedua pada masa silam? Teruskan kehidupan, rencanakan hidup dan langkah masa depan.

Jangan dipersiakan yang baru menyayangi mu demi sesuatu yang telah kau tinggalkan. Si dia juga punya perasaan, haruskah kau persiakan insan yang mengubat luka di hati mu demi insan yang telah lama berlalu pergi? Adilkah kau meranapkan harapan org lain demi peluang kedua kau bersama yang lama?

Hati aku bermonolog lagi, tanpa ada rasa sesal, deras menghentam luka. Ya, dia insan lama dalam hatiku dan  dia yang tahu baik dan burukku. Diriku yang asalnya hanya remaja bermasalah, yang kerap kali kau panggil kutu jalanan. Namun dia menerima cacat cela ku dengan hati yang ikhlas tanpa ada rasa sesal.  Terpisah kerana tiada jodoh, namun kami redha takdir kami begini.

Bergelar bakal guru, ramai anak – anak dara menghantar perasaan, namun dia masih di situ, menggangap aku masih yang dulu tanpa title guru di pangkal nama ku . Sungguh aku terharu kerana ada insan yang mengenal baik dan burukku namun masih lagi setia untuk menjadi teduhan  untuk aku berkongsi masalah.

Jika diberi pilihan, aku tak mahu memilih, tapi adilkah keputusan ini untuk kalian?

No comments:

Post a Comment