Followers

Thursday 19 July 2012

bosan~



Aku buka link blog aku, then suddenly keluar benda alah ni.


Aku pasti korang yang betul – betul berani je akan masuk redah gak 

Aku biarkan terus benda alah tu di situ. Mungkin itu satu petanda tuk aku, untuk simpan yang tersurat untuk mereka betul – betul ikhlas berkawan dengan aku.

Aku baru beli camera poket baru. Even aku guru seni, aku tak rasa aku ada bakat untuk ambik gambar, apatah lagi  menggunakan camera Digital Single lens reflect sebagai teman yang boleh digantung ke leher dan dibawa ke hulur ke hilir.

Nikon CoolPix s2600, same colour cam dalam gambar tu


Bagi aku, seni tidak terhad kepada fotografi berbantukan camera yang mahal - mahal. Kemahiran untuk merakam gambar dari perspektif yang baik juga perlu dititikberat. Dan yang penting adalah bagaimana seorang pengiat seni fotografi menimbulkan persoalan dan menyampaikan mesej dalam karya beliau.( Alasan dari orang tak mampu)


Bulan puasa ni, aku bukanya dengan berpuasa di rumah sewa, dan gambar di bawah adalah bilik yang aku sewa seorang bermodalkan rm 80  Agak selesa kerana hanya aku, tiada orang lain, dan keselesaan itu diserikan dengan kemudahan internet yang agak laju.



Housemates aku lain tanya, kenapa tak balik? Jawapannya, sebab aku dah balik minggu lepas. Lagipun selang 23 hari, aku akan balik kampung juga. Aku pun dah bagitahu abah yang aku tak dapat balik berpuasa bersama. Pastinya adik perempuan aku yang sulong tu akan merungut sebab aku tak balik untuk sambut birthdaynya yang jatuh 24 Julai ni. Sorry lena, nanti aku balik bawak hadiah, tu pun kalo duit aku cukup. Hehehe




Entah apa mimpi, semalam aku layan drama korea dalam external Luqman. ERK….percayalah, aku di tahap kebosanan yang agak melampau time tu. Selak punya selak movie dalam list filenya, tetiba keluar file “my girl”. Ok sila muntah. Aku pun layan, dan layan dan layan hingga habis semua episod dan akhirnya Gok Chan dapat gak bersama heroinnya. Aku suka time part kalo ada part yang sedih tu diselangi dengan lagu Sang-eo-reul Sa-rang-han In-eo 


Hahaha, anept malek, apa ni wei? Sila sedar diri. Gua bukan remaja lelaki hingusan yang dok leleh ngan drama – drama korea ni. Ok di saat aku khatam drama tu semua, aku mula sedar diri dan hidup perlu diteruskan sebagai Lelaki Melayu. No wonder ramai taste gadis Melayu leh terlintuk tengok lelaki kulit putih, err, maksud aku cerah.   Muka hero sorang- sorang cam awek plak aku tengok.

Aku bosan, tapi aku tau kelapangan tu sebelum kesibukkan. Pastinya minggu depan aku akan sibuk dengan urusan praktikal dan sekolah. Sejujurnya aku lagi suka mengajar di sekolah, dan aku lagi suka kalau time tu aku dah grad, leh dapat gaji cam kawan – kawan aku yang lain.

itu je bebelan tuk hari ni.  

mode: rindu kat  dia...rindu sangat....

Tuesday 17 July 2012

again n again

again~ lewat ke kelas. Budak - budak kelas mula dah naik muak dengan perangai aku.  Ni la masalah aku, kalau tak de jawatan atau any commitment, pastinya aku akan reveal bad sides dalam diri aku.  Budak - budak kelas dah penat geleng kepala, apatah lagi housemates yang tak jenuh - jenuh menyindir. Tak pe la, silap aku gak, penyakit tak boleh tido malam.

Lewat kalo lecture tak de tak pe. Aku boleh lupa plak pagi tu ada kelas dengan Dr Mazlan. adoi. memang teruk aku kena, Dr Mazalan relax je, tapi aku la yang malu. hehe. Sorry Doctor, janji tak wat lagi.

erm...Dont know how to start, maybe aku dah mula rasa bosan dengan routine kelas. Mungkin aku tak proffesional, atau mungkin aku rasa cam terlalu senior sampai leh break any rules that i want.

entahlah, yang pasti practicum nnt kena buat betul2. cuba kurangkan kelemahan diri.  Well budak - budak kelas aku tau aku jenis cam mana, Even aku selalu malas- malas dalam kelas. dorang still percaya setiap sorang dari kami ada kelemahan dan kelebihan masing - masing. Cuma masalah lewat ke kelas tu, seeloknya tak patut berlaku sebab dah 4 tahun kan bersama. hahaha

ok, practicum jangan lewat. kalo sebulan dulu record aku cantik. tak kan aku tak boleh kekalkan prestasi yang cam dlu kan. A solid ma practicum gua.~

Monday 16 July 2012

berlakon sebagai guru



Practicum is around the corner, tinggal lagi berapa hari lagi, gua seorang manusia biasa perlu berlakon sekali lagi. Sebelum ni sebulan tempoh diberi untuk melatih diri menjadi seorang manusia boleh dipanggil cikgu, guru ataupun sir. Panggilan yang acapkali disebut keramat, namun bagi ku, seorang guru pelatih , Ia adalah tanggungjawab.


Bagaimana panggilan guru tersebut mengubah personality aku secara vice versa. Kau mungkin tak percaya manusia seperti aku juga bisa mengajar sebaik mana guru lain. Aku bisa membangkitkan rasa seronok di kalangan murid, menyemarakkan semangat mereka dan mengajar mereka erti kehidupan. Seperti mana aku mengajar murid begitu juga mereka mengajar aku tentang nilai – nilai kehidupan dan apa ertinya bergelar manusia dewasa.



Soalan biasa, “ kau mengajar murid sekolah rendah’?”  Ya, jawapanku yakin. Tanpa perlu ada rasa segan mahupun malu, namun bukan rasa takbur dan riak merajai hati. Tiada beza yang begitu ketara, tiada satu dasar yang menindakkan kepentingan pendidikan awal manusia di satu institusi yang dipanggil sekolah rendah. Semuanya hampir sama, mendidik dan mengajar manusia dari pelbagai cabang ilmu, kemahiran dan nilai agama dan kemanusiaan.  Jadi mengapa perlu rasa malu jika pelanggan perkhidmatan aku adalah golongan insan  yang berumur dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun? Anggap ini satu takdir yang dibuat dengan perancangan Tuhan.



Mungkin aku bukan semulia manusia lain, sering kali aku rasa panggilan cikgu itu diibaratkan satu gelaran yang berat hendak dipikul dengan bahu. Apa yang kau rasa sekiranya kau berjalan – jalan ke bandar memakai seluar pendek dan tiba – tiba seorang anak murid memanggil kau dari jauh dengan panggilan ‘cikgu!!’ dan percayalah setiap pasang mata masyarakat akan tertumpu pada mu dari atas rambut hingga ke pangkal lutut. Dan di situ kau tahu bahawa masyarakat sudah mula menilai mu bukan lagi seorang yang biasa tapi seorang yang dipanggil guru. Sekecil – kecil kesalahan boleh menjadi sebesar jenayah membunuh kerana seorang guru telah dilantik masyarakat untuk menjadi model yang baik kepada anak – anak mereka. Rosak seorang guru, maka rosaklah sebuah genarasi.

Dua bulan tempoh diberi, lupakan kecermelangan yang lepas. Bukan pointer yang menjadi taruhan, tapi kepercayaan dan tanggungjawab yang jadi sandaran. Berikan buku RPH, akan dikarang beberapa skrip drama yang pastinya tiada mesej lain kecuali mendidik. Berhadapan dengan murid, membina kenangan, baik pahit mahupun manis, akan ku tempuh setiap detik kerana aku percaya ini jalanku.


Aku bisa menjadi seorang pelakon, namun aku berharap lakonan ku tidak menyakiti sesiapa. Seperti aku hurai dalam post – post yang lepas, aku seorang guru, juga manusia biasa, tidak mengimpikan syurga dan tidak bersedia untuk neraka. Mungkin amalan  melalui ilmu yang aku tinggalkan pada murid aku, kalau tidak banyak, sedikit pun jadilah untuk aku jadi jadikan alas di padang masyar kelak.

Wednesday 11 July 2012

semua lelaki punya nafsu

ketahuilah, saya pun mcm lelaki lain, punya nafsu, tapi saya bersabar, dan tundakan keiginan saya terhadap apa yang saya sukai. Saya tak bersedih kerana setiap perkara yang baik pastinya mengambil masa untuk menguji sama ada saya layak atau tak untuk awak. Jadi saya bersabar dan tersenyum kerana Allah tu kan maha penyayang

Friday 6 July 2012

perempuan. hahaha


ada apa dengan lelaki setia?



Dalam hidup ni, korang akan mengalami satu perasaan yang dipanggil cinta. Dan biasanya umur macam aku ni, cinta muda mudi tu perkara biasa. Aku cam korang, pernah bercinta dan kecewa dan yakni lelaki belajar mengenai sesuatu dari pengalaman cinta mereka.

Bagi aku, cinta dan setia ni kadang – kadang satu subject matter yang agak complicated. Biasa kita dengar, lelaki curang, lelaki tak setia, lelaki hidung belang, lelaki suka pasang spare part dan macam – macam lagi. Aku toleh kiri, aku toleh kanan, aku rasa jarang – jarang kes yang dinyatakan berlaku sebab lelaki tak semua macam tu. Bagi aku, bergantung pada pilihan perempuan tu tersebut menentukan lelaki apa yang dia inginkan. Jika inginkan terlalu sempurna, pastinya banyak persaingan dan jika berjaya mendapatkan lelaki yang dia inginkan, belum pasti hatinya tenang.

Hal yang ingin aku utarakan dalam isu kali ini adalah mengenai lelaki. Korang pernah dengar mengenai kisah lelaki setia? Jarang – jarang berlaku? Aku masih rasa lelaki setia tu masih ada, mungkin wajahnya tak semanis dan sekacak Suami Irma, tetapi kewujudan golongan lelaki seperti itu ada cuma korang je tak perasan.

Dalam seminggu ni, entah apa cerita, dua tiga orang member (lelaki) dok mintak pendapat aku. Ada dua isu yang biasanya buat lelaki pening kepala, antaranya girlfriend dah mula nak cari penganti baru, ataupun ex bf kepada girlfriend (bekas kekasih dah mula mai nak tagih janji lama).

KES YANG PERTAMA ( GIRLFRIEND DAH MULA MENGGATAL CARI LAKI LAIN DAN SIBUK POST GAMBAR SEKSI KAT FACEBOOK)

Nasihat aku, awatlah hangpa bodoh sangat, pergilah cari lain, tak usah la dok kalot sangat sal awek cam tu. Kalau niat hang nak cari awek tuk ringan2 buat main dan sebagainya, sila stay, tapi kalo niat buat isteri, sila cari lain. Hang tak tengok ka video ustaz Azhar, wanita yang banyak melayan ramai lelaki tak elok dijadikan isteri.

Dah sah – sah dia memang jenis attention whore, hang nak ka bakal isteri kau kaki gila glamour? Post gambar kat facebook sambil terdedah cleavage pastu tulis kat kat picture, “awak suka saya tak” . Dan selang 5 minit pastu buat dok status “saya nak cari suami yang boleh membimbing, bukan yang asyik nak mengurat tapi boleh ajar tutup aurat”. Damn, dia sendiri post gambar half nude pastu ralat tulis ayat gitu. Sah – sah dia attention whore beb. Bagi aku, bukan kau je dayus, ayah dia ngan abang – abang dia pun dayus sebab bagi anak perempuan tunjuk benda tu kat public (facebook ok).

Ramai lagi perempuan elok – elok. Hang je dok pulun cari yang lawa padahal cover ngan tepung je tu. Hang setel sendiri la.

Selang 2 – 3 hari, dia kabor dia da break ngan gf dia, rupanya gf dia dah couple lain sebelum dorang break….sabarlah neh. Hang laki baik, Insya Allah dapat yang baik – baik.

KES KEDUA (AWEK DOK LAYAN BEKAS KEKASIH LAMA)

Aiseh….gua pernah hadapi masalah ni bro. Meh sini aku kabor. Kita lelaki, jangan sebab perempuan, kita bergaduh sesama sendiri. Kita tak de hak atas perempuan tu. Tapi perempuan tu ada hak atas diri mereka sendiri. Kalau mereka seorang yang jujur, pandai menghargai maruah dan takut kehilangan seorang lelaki yang betul – betul ikhlas, dia tak kan layan ex dia lebih daripada seorang kawan. Tapi kalau awek hang lebih – lebih, hang nak buat apa pun tak guna gak. Tinggalkan je.

Kadang – kadang aku tak paham betul ngan perangai kaum aku ni. Dah jadi ex, tinggalkan jela. Tak yah dok gatal mengayat balik ex lama yang dah jadi kekasih orang tu. Tengok aku, once an ex, forever an ex. Aku siap pulun halau depa semua jauh dari hidup aku. Wat menyemak je.

Selang 2 3 hari, awek dia lari duk ikut ex dia…

KES KETIGA. (EX DOK RAYU BALIK SEMULA AFTER BREAK DENGAN MAMAT LAIN)

Ok bro, jangan jadi bodoh. Orang dah pernah buang kita, so kita jangan dok ralat nak offer diri jadi pengubat luka. Kita sendiri pun tak tahu entah apa mamat tu dah buat sebelum dia break dengan ex kau kan. Bagi aku, kita jangan jadi anjing, duk makan sampah yang mahluk lain tinggalkan. Banyak lagi pilihan, tak yah la mendambakan diri menunggu ex – ex kau. Macam kawan aku cakap, once an ex, the feeling wont be the same anymore.

Ketiga – tiga kes yang dinyatakan adalah lelaki – lelaki setia. Dan kesimpulannya lelaki yang setia adalah golongan yang sering dipermainkan oleh kaum wanita.

Kawan perempuan aku tanya, kat dunia ni tak de ke lelaki yang setia? Aku jawap “ada, tapi kaum perempuan sendiri yang memupuskan diorang”....gua berlalu sambil meninggalkan kawan perempuan gua yang tercengang -cengang menerima jawapan camtu.

Tuesday 3 July 2012

pasar raya vs kedai runcit melayu



Life diteruskan macam biasa, tiada apa yang baru cuma kewujudan shoping complex iaitu Tunas Manja dah mula dibuka berhampiran dengan kawasan perumahan kitaorang. Sebelum ni aku merupakan pengguna yang lebih senang untuk ke kedai runcit berbanding ke Mydin ataupun Giant di bandar Kuala Terengganu.

 Tiada yang lebihnya Tunas Manja berbanding dengan shopping complex Hock Kee Seng (shopping complex yang berdekatan dengan rumah sewa aku duduk sekarang. Mungkin kerana promosi pembukaan membuatkan harga – harga sedikit murah dari segi barang runcit dan produk yang lain.

Persoalan yang bermain di minda aku sekarang, bukannya megahnya sesuatu kawasan perumahan kerana adanya sebuah atau lebih shoping complex, tapi nasib peniaga – peniaga runcit yang biasanya terdiri daripada peniaga Melayu.

Bila sebut isu kaum Melayu, ramai orang akan bangkitkan isu racist, tapi lebih baik kita lihat skop ni dari segi kekuatan ekonomi orang Melayu di kawasan perumahan kita. Berapa banyak kedai – kedai runcit yang sudah lama ataupun baru bertapak terpaksa gulung tikar kerana kehadiran shopping complex di kawasan kita.

Aku tak nafikan, lambakan shoping –shoping complex macam tesco, Giant, econsave banyak memberi impak, sama ada positif ataupun negatif bergantung pada kita untuk menilai menggunakan kematangan akal fikiran. Antara impak positifnya, pengguna seperti aku boleh membeli barang –barang keperluan dengan harga yang lebih murah.  Semua sedia maklum, shopping complex mempunyai keupayaan untuk membeli barang dan produk secara borong. Formula pembelian borong, lebih banyak dan berat kuantiti yang diambil, maka kos pembelian akan jadi lebih rendah. Jadi tak mustahil kalau shoping complex boleh menawarkan harga barang yang lebih murah dengan kualiti yang sama seperti di kedai runcit.

Semua benda pakai duit, even ko nak park kereta kau di kawasan bandar, kau dah dikenakan caj. Dengan hidup yang sentiasa menuntut kuasa kewangan, pastinya aku memilih untuk membeli barang dengan harga yang murah. Cuma keperihatinan aku terhadap nasib peniaga runcit mula terkesan bila petang tu aku nak beli 1 barang, iaitu pisau cukur. Mengenangkan hanya 1 barang je nak dibeli, so better aku pergi ke kedai runcit. Dipendekkan cerita, akak cashier ( owner kedai) kongsi masalah yang dia hadapi dalam dua tiga hari ni.

Pendapatan seharian dia sebelum ni tak kurang dari rm 250, tapi sejak kehadiran shoping complex ni, nak dapat rm 50 sehari pun susah. Dia pun tak nafikan harga barang kat shoping complex lebih murah kerana dorang mampu borong banyak. Berbeza dengan kes akak ni, dia menjual barang dengan harga yang sedikit mahal disebabkan harga borong yang tinggi bahkan lebih tinggi dari dari harga di pasar raya. Jadi, bagaimana golongan peniaga ini mahu survise?

 Aku suka untuk beli barang dengan kos yang lebih rendah, tapi aku tak nak tengok peniaga – peniaga Melayu ni gulong tikar. Aku cuba untuk menjadi Melayu yang lebih gembira melihat bangsanya berjaya berbanding teruja melihat bangsa kita jatuh satu demi satu terpaksa bungkus.  Berapa ramai orang Melayu yang sanggup keluar dari medan selesa dan berusaha mencari rezeki dengan berniaga? Sedangkan kita orang Islam tahu, 9 per 10 kunci kekayaan adalah dengan berniaga, itukan sunah nabi.

 Aku rasa sejarah yang sama akan berlaku di tempat aku, banyak kedai – kedai runcit Melayu terpaksa tutup kerana tiada sambutan lagi bila kehadiran Pasar raya Econsave di Muar dulu.

Sampai bila orang Melayu majoritinya kerja makan gaji? Lebih senang untuk terima gaji tetap dari majikan berbanding berniaga sendiri dan sampai bila peniaga dan pengeluar produk majoritinya bukan dari tenaga Orang Melayu itu sendiri.

Jawapan yang mudah, ramai orang Melayu macam aku lebih gemar jadi pengguna…..lebih mudah untuk membeli dengan barang dengan kos yang lebih rendah, dan biasanya terlepas pandang akan kekuatan ekonomi orang Melayu itu sendiri.

Aku rasa, dalam masa 2 bulan, kedai akak tu akan tutup…..kerana jarak antara kedai runcitnya dengan pasar raya tidak sampai 500 meter. Dan di saat itu, Orang melayu akan hilang seorang lagi peniaga..

Saturday 30 June 2012

tua dah aku



Yeah, dalam masa beberapa jam lagi, mahluk tuhan ni akan berusia 22 tahun. Adakah aku excited kerana no pangkal 21 tu akhirnya naik ke satu angka? Jawapan aku mestilah tak, nak tau sebab apa? Sebab aku tahu, setiap saat yang  aku tinggalkan bersamaan setiap saat aku menghampiri saat kematian.

Apa yang berlaku hari ni? Family aku sambut birthday aku sehari lebih awal, sebab hari Isnin ni aku ada kelas, so  jamuan cukup simple. Take away KFC dan Pizza Hut dan makan kat rumah. Sebab aku manusia yang suka buat sesuatu perkara tu jadi simple. Mula – mula aku cadang nak sambut makan tom yam kat kedai tanjung Muar tu. Ni semua gara – gara aku kenal mamat siam jadi tukang masak kat situ. Tapi niat aku terpaksa dibatalkan kerana sebuah kereta keluarga masuk bengkel. So tak muat nak letak 7 orang ahli dalam sebuah kereta proton saga. Dah la adik beradik aku sorang – sorang kus semangat.

Hari ni, aku deactive facebook aku sampai 2 Julai sat.  Dulu mula – mula rasa excited la kan. Orang wish birthday kat wall kita. Rasa dihargai la kononnya. Last – last aku rasa cam pelik je. Mungkin sebab aku bukan lagi budak sekolah yang baru kenal facebook. SO aku amik tindakan untuk melenyapkan diri aku seketika dari laman sosial tu.

Ulang tahun, hari jadi, adalah benda rutin sebenarnya. Kalo nyawa aku panjang sampai 20 tahun, it means 20 kali aku akan mengadap hari yang sama Cuma dengan tahun yang berbeza.

Umur aku dah nak masuk 22,  banyak benda yang cuba aku lihat dan rungkai. Aku cuba belajar dari pengalaman dan kerana pengalaman tak selalunya manis, jadi banyak juga kesilapan yang pernah aku buat dalam hidup ni.

Aku pernah lukakan hati – hati orang yang menyayangi aku, dan tak lupa gak sepanjang hidup ni aku kenal pelbagai orang dan ragam. Sepanjang hidup ni, aku belajar mengenal tanggungjawab dan cuba laksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan sebaik mungkin. Walaupun tak sebaik orang lain, aku tetap cuba untuk menjadi lebih baik dari semalam.

Aku kadang – kadang cuba membandingkan diri aku dengan orang lain ( kebanyakkannya kawan – kawan sebaya). Ada orang kata tindakan seperti itu hanya merugikan diri sendiri, kerana hanya dua kemungkinan yang biasanya berlaku, kita akan berasa cemburu ataupun rendah diri tahap kronik kerana kejayaan kawan – kawan kita.

Erm, aku tak buat perbandingan berdasarkan kejayaan semata – mata. Aku lihat jalan yang dia lalui dan cabaran yang dia tempuhi. Bukan senang untuk mencapai kejayaan, biarpun kejayaan nampak manis padahal di sebalik dinding, penuh dengan onak dan duri yang terpaksa dilalui. Kita biasa cemburu dan iri hati melihat kejayaan orang lain, tapi jarang – jarang kita cuba menjadikan kesusahan dirinya sebagai satu insipirasi untuk kita mencapai kejayaan dalam diri kita.

Aku berkawan dengan sesiapa sahaja, baik dari seorang yang bekerja tidak memerlukan kelulusan tinggi sehinggalah mereka yang mempunyai degree, Master dan sebagainya. Bagi aku kelulusan ijazah tidak mencerminkan kewibawaan seseorang. Sebaliknya tinggi ilmu dan budi perkerti itu menjadikan individu tersebut mulia di mata manusia.

Berumur awal 20 an, aku cuba melawan fitrah diri aku, iaitu panas baran. Aku cepat marah tapi cepat sejuk tapi aku sering terlupa bahawa saat ‘cepat marah’ boleh melukakan hati orang ramai di sekeliling aku dalam sekelip mata. Dan di saat ‘cepat sejuk’ membuatkan aku sedar kesilapan aku, namun aku sedar, saat itu sudah terlambat.

Belajar untuk menjadi seorang yang sabar, belajar untuk menjadi seorang ketua, belajar menjadi orang yang menerima amanah dan belajar untuk menghargai cinta. Walaupun aku seorang lelaki yang ramai kawan perempuan, tapi aku rasa rekod kesetiaan aku tak pernah lagi tercalar, haha. Sesiapa yang pernah tinggalkan aku, mesti korang rasa bersalahkan? Relax lah, sedangkan roti di mulut boleh terlepas ke tangan orang lain. Inikan pulak jodoh yang tidak nampak zahirnya.

Cukuplah bebelan dan luahan hati, aku tengah tunggu si dia ni. Kata nak wish sama – sama,  dan dia mungkin tak tahu, aku ni cepat merajuk. So kepada reader. Aku rasa mesti korang cari blog aku pas aku deactive fb aku kan? Thank u sebab concern dan thank u sebab ingat hari jadi aku. Semoga Allah membimbing aku menjadi manusia yang baik. Amin

Thursday 28 June 2012

Lelaki Johor rajin?



Lelaki johor rajin? Entahlah, satu pandangan stereotype yang agak dangkal bagi aku. Kadang – kadang kita memang tak boleh nak menilai sesuatu sifat golongan tempatan mengikut logistik dan faktor geografi.

Sebelum aku menulis lebih panjang, sewajarnya aku nak bagitau yang aku merupakan Johorean sejati. Abah aku dari Batu Pahat, dan mak aku dari Muar. Dan kalo check balik surat beranak aku, dilahirkan di Hospital besar Muar dan pertengahan Ic aku O1.  Cukup lengkap bukti untuk menerangkan aku juga Johorean dan harapnya tiada mana – mana pembaca cuba membuat kesimpulan awal yang aku ni orang negeri lain dan cuba memburuk –burukan imej prestasi lelaki Johor yang boleh dijadikan calon menantu pilihan.



Back to the main question, lelaki Johor rajin? Satu soalan dari kawan, mungkin kerana buah hatinya orang Johor dan timbul rasa ingin tahu mengenai tabiat lelaki Johor dari perspektif aku.  Aku hanya tersenyum, tak tau nak cakap apa. Kalau di iya kan, nanti mereka cakap, orang Johor ni bangga diri, Kalau dikata tidak, mulalah orang kampung kata aku tak sedar diri.

Jawapan aku, sebenarnya mengikut perangai dan tabiat orang tu gak sebenarnya. Kalau dari kecil dia didedahkan dengan persekitaran gotong royong, kenduri kendara ataupun selalu disuruh tolong mak dia buat – buat kerja rumah, even dia duduk kat planet Marikh pun, dia akan tetap bawa tabiat rajin dia. Kelas tak jawapan aku? So bagi aku, malas dan rajin seorang lelaki bukan dinilai berdasarkan faktor geografi tapi lebih kepada pendidikan keluarga tu sendiri.

Aku orang Johor, tapi aku rasa kerajinan aku di peringkat biasa- biasa je.  Aku suka buat kerja ladang, sebab aku suka. Even bapak aku tak bagi duit gaji pun, aku tetap suka pikul tong racun dan meracun 5 , 6 ekar dalam masa sehari.  Aku suka membaja pokok sawit sebab hasil buahnya nanti abah aku dapat, dan  benda paling best dalam hidup aku adalah tengok abah aku senyum sebab tak risau sangat pasal masalah kewangan disebabkan hasil sawit ada.



Aku tak rajin sangat buat kerja rumah. Mungkin kerana permikiran aku agak kuno sikit. Aku selalu harapkan adik – adik perempuan aku masak dan kemas rumah. Yer la kan, kerja ladang aku dah buat, korang buatlah kerja rumah. Well dan macam biasa tabiat buruk selalu abah aku tegur.  Abah kata tak elok lelaki malas – malas. Nanti kalau bini kau mengandung, tak kan kau nak suruh dia basuh baju untuk kau, kalau bini kau nak beranak nanti, tak kan kau nak suruh bini kau masak. Itu baru ada anak sorang, kalau 5 orang anak?



Erm, style tak jawapan abah aku? Sentap kan? So untuk mengurangkan situasi tegang, aku pun buatlah kerja – kerja rumah. Mungkin betul cakap orang tua – tua, perkahwinan adalah bukan semata – mata pencantuman antara penis dan vagina, tapi lebih kepada tolak ansur dalam keluarga.  So sebagai lelaki, kenalah kurangkan sikit ego, dan tolonglah isteri anda di dapur (tak kira kau asalJohor, negeri Sembilan atau Sabah Serawak sekalipun)



 Aku suka buat kerja rumah kalau adik perempuan aku yang pertama tu tak de. Maksudnya, kalau dia cuti belajar, dia handle bahagian kemasan dalam rumah dan masak memasak. Aku plak handle bahagian kemasan luar rumah macam sapu sampah, bersihkan longkang, bakar sampah dan sebagainya. Kalau adik aku habis cuti sem. So aku handle semua, dari kemas rumah sampai masak.

ayam masak lemak cili api, telur masak kicap dan sayur goreng. Senang je.


Lelaki Johor pandai masak?  Tolonglah jangan sterotype. Masak tu adalah kemahiran dan kehendak individu. Kalau laki kau asal overseas sekalipun, dia boleh masak masakan Melayu, itu adalah kerana minat dan kehendak dia sendiri untuk belajar masak.

So point aku sebenarnya kita tak boleh nak menilai kerajinan seorang lelaki berdasarkan negeri. Dan kerajinan lelaki itu bersifat luas ye puan – puan. Rajin juga boleh dikelaskan kepada minat yang berbeza – beza . Rajin kumpul harta, rajin tolong isteri, rajin beribadat dan rajin berpoligami.


Kau sentap? Bawaklah bersabar. hahaha

Tuesday 26 June 2012

membaca.


Masuk ni, dah dua minggu rasanya aku menetap di Terengganu. Awal sem, banyak waktu – waktu di kelas aku terbuang, mungkin kerana lecture aku sendiri mempunyai komitment lain dalam pelbagai urusan di IPG.

Dan seperti biasa, waktu – waktu kosong tersebut dijadikan I.S.L yang membawa maksud independent self learning atau dalam bahasa kasarnya, ikut suka lu.  Dan demi menjadikan waktu – waktu ikut suka aku sedikit ilmiah dari biasa. Aku pun pergilah menjejakkan kaki ke perpustakaan.

Wow? Terkejut. Aku bukannya kaki study, tapi aku kaki membaca. Aku suka membaca hasil nukilan penulis yang menulis berdasarkan pengalaman mereka . Walaupun hasil tulisanya tidak membawa erti apa – apa kepada orang ramai. Tapi bukan ke manusia itu suka menilai berdasarkan pemerhatian, dan bukannya pembacaan, dan kadang kala, nilai di sebalik pengalaman itu lebih bermakna berbanding caci keji kerana pemerhatian kita bersifat sebelah pihak sahaja.

Kadang – kadang membaca dari pengalaman orang, akan menjadikan kau lebih bersedia untuk merungkai masalah di sekeliling. Cuba kurangkan novel cinta, maksud aku, bukan novel tu tak bagus. Cuma kadang – kadang, bila pengalaman hidup ko mengenai cinta, ko akan hilang focus. Percayalah aku, anggap cinta itu satu keperluan, bukannya satu kewajipan penting dalam hidup.

seorang imam

seorang imam tak bisa cerewet dalam memilih makmumnya, tapi makmum berhak untuk cerewet untuk memilih imam mereka. Hal ini sangat mudah, kerana imam dipertanggungjawabkan untuk membimbing makmum dalam solat.

hal yang cukup mudah difahami tapi kenapa aku masih lagi terawang - awang...Kehadiran mu membuatkan ku bahagia, tapi pada masa yang sama aku derita dengan kelemahan diri sendiri. Mungkin kau tak mengerti, di waktu magrib tadi, air mata aku meruntun jatuh dalam sujud rakaat ketiga. 

aku masih lagi tidak yakin dalam membimbing siapa2 dalam solat ku. Bagaimana aku ingin dipertanggungjawabkan untuk membimbing mu....

aku takut kehadiran mu sekadar pinjaman Allah, untuk menyedarkan betapa banyak khilafnya diri ini. Tapi pada masa yang sama aku teringin memiliki mu. Tapi wajarkah seorang fakir agama menerima sebuah permata ciptaan Mu Ya Allah...


Monday 25 June 2012


Aku tutup buku 'Mengatasi Rasa Marah', hasil nukilan Dr Fadzilah Kamsah. Melihat Jam di handphone menunjukkan jam 2.15 pagi. Mungkin penyakit tidak boleh tidur sudah mula menghantui diri. Sementara melihat screen laptop. Terasa sunyi di waktu malam,  ops, maksud aku, awal pagi. Si dia sudah tidur dan sms terakhirnya menguntum senyuman di wajah ku.

Ya,  aku sudah tidak lagi keseorangan, aku suka perasaan ni, Cuma aku takut untuk kecewa, kali berapa pun aku tak tahu. Malam merenung masa depan, mungkin bagi umur 22, adalah menjadi perkara biasa untuk golongan seperti aku. Mencari erti makna hidup, di samping mengira – gira waktu sekiranya umur aku tidak panjang.

Alhamdulilah, jalan aku rasa dipermudahkan dari setiap perkara. Kita sering merungut akan sesuatu musibah, rasa kesunyian dan kebuntuan sering merajai diri. Namun kita lupa pertolongan Allah itu ada walaupun acap kali aku melupakan perintahnya. Hidup seperti kebudak – budakan, namun aku sedar maut sering merindui untuk bertemu. Dan jika saat itu menjelma, adakan aku akan bersedia?

Thursday 21 June 2012

kau nilai murid kau atas dasar apa?

Penilaian dan pengukuran. sebagai seorang bakal guru, atas dasar dan standard apakah kau akan mengukur potensi anak - anak murid kau nanti? satu saoalan yang sering bermain di minda aku. Adakah aku akan menjadi seorang guru yang penyayang, atau seorang guru yang sterotype yang bisa menghukum masa depan muridnya mengikut emosi dan perasaan semata - mata.

Ya, lapangan aku sekolah rendah, namun kelulusan aku nanti sama sahaja dengan seorang guru yang mengajar di sekolah menengah. Bukan gred gaji yang menjadi persoalan tapi lebih menyentuh kepada komitmen diri sebagai individu yang dipanggil cikgu.


Aku mengajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Setiap strategi pengajaran dirancang rapi selari dengan objektif pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan pelajar. Semua hasil penilaian murid perlu dikaji dan guru akan melihat balik kekuatan dan kelemahan murid tersebut. Ada benda yang sepatutnya semua guru kena sedar, penilaian tidak seharusnya berlaku antara satu pihak kerana tanpa kita ketahui, murid juga bijak menilai guru.


Sejujurnya, aku juga pernah menilai guru ketika bergelar pelajar sekolah. Kesan dari penilaian awal remaja, aku sering menjauhi individu yang dipanggil cikgu, kerana mereka tidak mengetahui dan tidak memahami kehendak seorang murid. Yakninya, aku bukan pelajar pintar, dan sering kali dianggap sebagai murid kelas pertengahan dan dianggap picisan oleh sesetengah guru kerana masalah tingkah laku. 

Aku pernah diherdik, lebih dari beberapa kali oleh guru, dirotan juga sudah lali. Diperlakukan deraan emosi dan fizikal dari tanggapan seorang pelajar. Dan pernah juga aku mencuba untuk mogok study dan guru penolong kanan ( sekarang sudah bersara) acap kali menggugut untuk memberhentikan aku dari sekolah yang terkenal dengan prestasi tinggi di daerah itu. 


Sekarang, aku kembali, dan ternyata guru yang mengatakan aku akan berakhir dengan masa depan kelam, tertelan ludahnya sendiri. Bagi aku, siapa kita hendak menghukum masa depan murid bagaimana hujungnya nanti? Tidakkah mereka mengerti jika semua murid diajar untuk menjadi doktor, arkitek, engineer, guru dan sebagainya, siapa yang akan menjadi peniaga? usahawan muda? programmer atau apa - apa sahaja yang selari dengan keupayaan dan minat mereka?

Bagi aku, setiap murid adalah sama, tiada perbezaan sama ada murid kelas pertama, pertengahan ataupun akhir. Yang membezakan mereka adalah minat, bakat dan motivasi mereka sendiri. Jika murid kau bercita - cita untuk menjadi pemandu lori, kerana ayah dia pun drebar lori, tak sepatutnya kau perkecilkan motivasinya. Sekurang - kurangnya, bagitau, cita - cita awak mulia, tapi apa kata awak up lagi, jadi tokey lori, buat perniagaan sendiri, jadi owner kepada lori awak tu.


Apa yang aku kesalkan, tak ku sangka, tabiat menilai dan mengumpat murid/pelajar di kalangan guru masih lagi berlegar - legar dalam bilik guru. Mereka berbincang tentang masalah tingkah laku murid, tapi mereka tak menyelesaikannya secara proffesional. Bagi aku, sampai bila tabiat ni akan berakhir? Guru hakikatnya adalah pembimbing, bukan penghukum. 


Kalau kerja guru adalah untuk buang murid, baik jadi tukang sapu. Kerja kita adalah untuk polish bakat dan keupayaan murid, bukan untuk menilai murid atas berapa banyak A yang dia dapat. Ya aku tak nafikan, sistem pendidikan kita bertunjangkan peperiksaan, tapi peperiksaan itu tidak mencerminkan kejayaan murid pada kehidupan selepas alam persekolahan. Berapai ramai kita lihat, murid yang mempunyai keputusan peperiksaan yang cemerlang, tapi kejayaan di alam kerja hanya di peringkat sederhana. Dan tanpa kita sedari, murid yang pernah kita hina sewaktu alam persekolahannya dahulu kini berjaya memiliki perniagaannya sendiri dan mampu menyewa tempat di shoping complek yang besar yakninya, sewa bulanan tidak kurang dari rm 2 ribu sebulan?

Nilailah murid seadanya, jika mereka silap, maka tegurlah mereka, sedikit peringatan dan amaran, namun sedarkan mereka sebab mengapa mereka dihukum. Murid bukanya bodoh, mereka mengerti sebab dan akibat sesuatu perlakuan. Dengan cara ini mereka akan belajar, baik mereka kelas pertama, pertengahan mahupun kelas akhir. 

nota de kaki: aku sangat berterima kasih pada guru pendidikan khas dan guru pemulihan. Aku tak pandai baca sampai darjah dua, terus guru kelas aku campak aku ke pendidikan khas, Nasib baik cikgu tu caring, dan dari kelas pendidikan khas, aku naik ke pemulihan, dan dipendekkan cerita, aku jumpa lagi cikgu tu balik di sekolah aku buat praktikal dulu. Cikgu tu menangis terharu. dan aku rasa dia pun tahu, dalam hati aku sebak, sebab tanpa dua orang cikgu tu. Hidup aku mungkin tak di tahap ni. Terima kasih cikgu

kau cari yang cantik atau yang dengar kata?

Semua lelaki cari perempuan cantik? itu fakta, kalau ko tengok berapa ramai kawan perempuan ko berhias semata - mata untuk kelihatan cantik di pandangan mata lelaki. Baik pakaian, make up, dan minyak wangi, semua itu cuma satu cara untuk menarik perhatian kaum adam.

balik pada tajuk asal, cari yang cantik atau budi bahasa? Check balik definisi cantik kamus dewan edisi terbaru

cantik

  1. sangat menarik apabila dipandang (berkenaan (dengan) orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dan lain-lain), sangat elok (bagus, molek)
    Ayat: gadis yang cantik ; barang-barang perhiasan yang cantik ; bagaimanapun cantik nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dengan ikhlasnya
Pernah tak korang dengar peribahasa moden 'yang cantik tu lah susah nak jaga, dan yang paling gorgeous itu adalah paling tinggi maintenance nya. Tak pernah? anggaplah itu peribahasa individu.  Cantik bersifat subjektif, itu betul. Takrifan kecantikan seseorang wanita berbeza mengikut klasfikakasi standard dan penilaian seorang lelaki. Jika kau seorang wanita, dan kau seorang yang boleh dikelaskan sebagai orang yang cantik, jadi ko patut bersyukur.



Ramai wanita ingin kelihatan cantik kerana perhatian seorang lelaki dan orang awam. tapi mereka lupa kecantikan fizikal itu tidak kekal dan bersifat sementara. Semua benda yang baru akan buruk, dan semua individu yang cantik juga akan kerepot. Jadi bagi aku, jika wanita itu cantik, itu hanya luaran, dan aku seorang yang jujur, jika wanita itu cantik dari pandangan aku, aku pujinya cantik, tapi aku juga manusia yang berhati perut, jika seorang wanita meminta pandangan tentang keindahan dirinya, satu coment ikhlas dari ku, ' kau cantik dan percayalah make up hanyalah pembantu, kau tetap indah tanpa mereka (bahan kimia).


Semua orang suka awek yang cantik, tapi perempuan selalu terlupa yang lelaki lebih perlukan isteri yang dengar kata dan taat setia. Aku bukannya alim, dan tak lupa gak aku lelaki yang tak kurang setannya, tapi untuk mencari isteri, aku prefer yang lebih dengar kata, pandai jaga tutur bicara dan kecantikan asli seorang wanita lebih terserlah apabila dia menumpahkan kelembutan dan taat setianya pada si suami.




Adakah aku seorang yang jiwang malam ni? tak juga, to be realistic, kecantikan dan ketampanan seseorang individu itu tidak kekal, tapi budi bahasa dan perangai yang baik itu lebih bersifat tahan lama. Pipi awek kau gebu pada awal remaja 20 an, cukup 50 tahun yang gebu tu sama ada akan montel dan tembam, atau yang tinggal hanya tulang pipi, buah dada yang mantap pun akan jatuh, bf ko ada six pack?  after 40 years, yang tinggal hanya 1 pack, dan aku mungkin salah seorang dari padanya.

Back to the main topic, kau cari yang cantik atau budi bahasa?  macam pak cik aku cakap, nak cari isteri, cari yang dengar kata, yang boleh kau harapkan untuk jaga kehormatan keluarga sama ada kau ada atau pun time kau pergi out station. Carilah seorang wanita yang bersifat keibuan, yang boleh mendidik anak - anak kau. Biarlah dia tak score markah 9 per 10 kecantikan kulit macam iklan pencerah muka, tapi sekurang - kurangnya dia score gred A + dalam pengurusan rumah tangga. 




Cakap kosong tak guna gak, aku tengok pak cik aku selalu out station, tapi anak - anak dia semua menjadi, sebab orang rumah dia memang pandai mengurus semuanya.  Result exam anak - anak dia semua cemerlang, dengar kata dan sebagainya. Kita belajar dari pengalaman orang. Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sampah, kitar semula supaya ia boleh dijadikan pengajaran yang berguna buat kita semua.

nota de kaki: apakah itu perkahwinan bagi perspektif aku? perkahwinan adalah penyatuan dua individu yang berbeza jantina yang telah melalui prosuder yang betul, secara amnya adalah nikah. Perkahwinan adalah mengenai bagaimana dua individu tersebut bertolenransi membina kepercayaan dan komitmen dalam menghasilkan sebuah keluarga. perkahwinan secara amnya adalah bermula apabila, si lelaki melafazkan, aku terima nikahnya, dan terhenti sejenak apabila, satu hari nanti, si suami atau si isteri cakap dalam hati, aku mandikan jenazah kau hari ni, dan tunggulah, aku akan menyusul tak lama lagi. 

mode: jiwang tak masal~.

Tuesday 19 June 2012

mari merepek di awal sem



Damn….one word that would describes everything. Aku sebenarnya agak depressed la dua tiga hari ni. Masalah family, mak aku eksiden sebelum ni, so aku ngan abah kena uruskan semuanya, dari proses amik kereta dari balai, hingga ke bengkel. Good thing, kawan – kawan kelas aku sangat memahami dan dorang sanggup cover hamba Allah yang sorang ni untuk dua hari attendant.

After two days absent without any m.c, aku rasa benda yang melibatkan eksiden kereta mak aku tu 90 % dah setel. Aku pun slow talk dengan abah, orang nak balik maktab, dorang rindu dah tu. Dorang tu to refer kawan – kawan kelas aku. Kitaorang da empat tahun bersama, belajar satu bumbung, duduk bawah dua air cond, mengadap muka lecture yang sama tiap – tiap sem. So boleh disimpulkan kita orang ni dah macam 1 family.


Aku amik tiket bas mayang sari, pukul 9.00 malam ke kuala Terengganu, dan macam biasalah, disebabkan aku ni bakal cikgu yang kononnya mesra alam. Setiap kali naik bas je, mesti dapat kawan baru. One thing for sure, orang boleh nilai seorang cikgu dari segi percakapannya.  Normaly, kalo dengan stranger, adab tu biasalah aku jaga, cakap dengan tone lembut, sopan santun tu kena ada, even stranger tu merupakan seorang apek yang berpakaian seluar pendek dan ber tshirt pagoda.


Tapi kalo dengan member, tak de punya aku nak berlembut, nak – nak perempuan, lagi sedap aku bagi kutukan. Mungkin sebab orang johor, lagi rapat seseorang, lagi kuat kutukan. Itu fakta dowh~


Sebelum naik bas, abah aku suh aku cari jodoh, kalo boleh junior – junior maktab. Aiseh, itu kalo junior nak kat aku, kalo tak nak? Tak kan aku nak promote diri cam calon jpp waktu proses pengundian.

Recently,  aku terpaksa berkasar dengan seseorang, mungkin sebab aku memang tak nak ada apa- apa hubungan dengan dia. Sometime dia kena sedar yang seorang gadis tak boleh memiliki dua perhatian dari dua lelaki yang berbeza. Salah seorang pasti akan terluka. Biarlah dia nak marah ke, terasa ke, yang aku pasti di akhir sem nnt, boyfriend dia pun mesti paham tindakan aku ni kenapa. Aku bukan perampas yang akan merampas akan sesuatu yang ditinggalkan dan aku tak amik hak orang.

Bagi aku, Tuhan maha adil, even aku yang banyak dosa ni, Tuhan masih lagi amik berat, aku sedih sebab dia, tapi akhirnya Allah bagi lagi rezeki lebih melimpah ruah. Pointer aku 3.78 sem lepas, seriously aku pun tak jangka, gila apa, aku leave hall 30 minutes earlier, yet result macam budak yang jawap paper tebal 8 muka surat. Kadang – kadang kita tak jangka kan? Sebab tu orang cakap, jodoh, rezeki, maut semua di tangan Tuhan.

Last msg dari dia, kami bahagia bersama, dia pun dah berubah dan bla blab la ( hello, ko dulu pun pernah bahagia ngan aku gak). Err….seriously, aku tak kisah dan tak amik cakna, korang nak bahagia, nak tergolek ke ape? Itu bukan urusan aku. Aku ada fixed future aku sendiri. Bukan niat nak takbur, ko rasa bahagia dengan situasi cam ni? Come on, ex ko budak maktab, aku pun budak maktab, permikiran kami tak sama, tapi one thing for sure, kenapa nak amik gadis yang tak tetap pendirian untuk dijadikan isteri? Nasihat aku, kalo tak nak ditinggalkan untuk kali kedua, (macam dia buat kat ko dulu) ko belajar betul – betul, masuk u. Cuba elakkan kolej atau pinjaman ptptn yang maksimum.Jangan jadi wanita yang tak boleh hidup tanpa lelaki, tapi jadilah perempuan yang lelaki perlukan sebagai teman hidup. Ada beza ok

Aku ? aku hanya berdiri di atas pentas dunia, aku tak mengimpikan syurga dan tak bersedia untuk neraka. Tuhan maha adil dan saksama, tapi kalo ko terus lalai dan terleka, tak mustahil untuk dia tinggalkan kau untuk kali kedua. Daa.. I close my case

Wednesday 13 June 2012

Membeli belah, bukan fitrah aku



 Dalam hidup ni, banyak benda yang aku tak suka buat, antaranya menemani perempuan membeli belah.  Korang tau je la, wanita dan shoping memang tak boleh dipisahkan. Mereka rambang mata melihat itu dan ini, dan akhirnya hanya satu atau dua je yang berkenan di hati
.
Mengenangkan ramadhan makin nak dekat, adik perempuan aku tak habis – habis desak aku untuk membawa dia ke Bandar Tangkak untuk membeli kain baju rayanya. Aku tengok abah, dari riak wajahnya, memang aku tahu yang dia hendak bersara dalam menguruskan baju raya adik beradik aku. Cukup dengan penyerahan kad bank dan kunci kereta bermaksud, sekarang ni, kau uruskan adik – adik kau, abah nak tengok boleh tak kau uruskan family?

Aku tak pandai dalam bab – bab pakaian perempuan, biasanya aku mintak kawan perempuan aku untuk teman aku beli baju raya perempuan ni. Sebab biasanya perempuan memang pandai sikit pasal kain dan tawar menawar. Tahun lepas sebab tak sempat, aku ajak adik – adik perempuan aku untuk beli baju siap kat Baitulmall Muar, dan sebab last minit, memang banyak la kos yang dikeluarkan.


Orang perempuan ni, baju raya, bukan sehelai,  paling – paling kurang pun 2 3 helai baju kurung.  Kalo tak beli, mahu muncung bibir sedepa. Tu belum kira tudung yang kalo boleh nak sedondon dengan corak bunga - bunga kat baju tu.  Jadi perempuan, memang complicated. Dorang cerewet, jarang aku jumpa perempuan yang cakap, “alar, baju raya 2 3 tahun lepas kan ada lagi, pakai je la”.

Yang paling aku tak paham, dorang sering merungut tak de baju untuk pergi ke sesuatu majlis, padahal boleh setiap bulan aku tengok dorang dok tambah koleksi baju kurung, manik dan sebagainya. Koleksi tudung jangan cerita la, tudung bawal, tudung endon, pashmina, selendang yang dok lilit – lilit kat leher. Dan paling kerap aku tengok awek – awek sekarang layan fesyen Hana Tajima, ok la, sweet, elok bertutup dari terdedahkan?


Sampai je bandar Tangkak, gedung tekstil Johor.  Memang banyak la kain – kain yang boleh ko pilih berdasarkan kos dan citarasa ko. Semua ada. Ada yang sampai 70 peratus discount, ada yang beli satu percuma satu lagi. Ada yang ofter kalo beli selori kain, boleh dapat discount gila – gila. Dan disebabkan Tangkak merupakan satu tempat yang menjual pelbagai aneka kain, persaingan memang sengit dari setiap peniaga. Masing – masing tak nak kalah buat promosi, dan pelayan – pelayan biasanya terdiri dari anak – anak dara hingga ke mak cik – makcik yang masih lagi bergetah yang tak jemu – jemu melayan pelanggan membeli kain.




Perempuan ni ada satu habbit, kalo dia pergi bershoping, dia nak pelayan ada sekali sebelah dia supaya senang dia nak pilih, banding dan beli kain tersebut. Berbeza dengan aku, aku suka jalan – jalan, tengok – tengok, belek – belek, semua aku buat sorang diri. Bila dah confirm, baru aku amik barang tu dan bawak ke kaunter. Tak de privacy dalam membeli kalo ada pelayan di sebelah ko. Rasa macam diperhatikan,  tapi kalo pelayan tu cam Lisa Surihani, Shila Amzah ke, mungkin aku pertimbangkan untuk berada di sebelah.



Aku tengok ada golongan brother dok pilih kain, aku senyum kat bro tu pastu bro tu senyum balik kat aku .  Teman girlfriend ke? Dia senyum lagi, biasalah orang perempuan kan? Time tu aku dengan dia tergelak – gelak. Lelaki dan window shopping adalah ibarat minyak dan air. 


Siap membeli apa semua, aku nak balik rumah seawal mungkin. Sampai je rumah, aku membantingkan badan ke tilam.  Aku boleh angkat sawit sampai penuh satu lori, tapi untuk teman adik aku shoping kain selama dua jam, boleh membuatkan aku terlena selepas asar. Penat…

Ada sepasang kain tu, cantik sangat, even aku lelaki, aku rasa nak hadiahkan kain tu kepada sesorang untuk dibuat kebaya or baju kurung, Sometime bila ko single ni, mula la ngada – ngada nak berteman, hampeh punya nafsu. hahah