Followers

Friday 29 July 2011

sendiri

      Jam menunjukkan 2.12 pagi. Aku tengok housemate aku semua yang lain dah tidor, kecuali Luqman, dia memang suka berjaga malam. Aku baru lepas kemas peralatan seni aku. Penat beb amik course dalam bidang seni even dalam education sekalipun. Apa yang budak - budak fine art buat di universiti, aku di IPG pun kena buat benda yang sama. Cuma disebabkan  bidang aku lebih kepada arah Pendidikan, bukannya pengiat seni, maka hasil karya aku pun sekadar surface.

      ok, tu pembuka bicara pada malam ni. Tak de ape pun aku nak kongsikan kat blog ni. Benda yang aku nak cerita adalah lebih kepada luahan perasaan dan emosi seorang lelaki.

         Berumur genap 21 tahun, adalah satu nikmat yang Allah bagi kat aku, Sepanjang usia tersebut, dah 3 orang gadis yang aku anggap istimewa selepas mak aku dan adik- adik perempuan aku.

            Istimewa yang aku highlight kat sini bermaksud seorang yang aku sayang lebih dari seorang kawan. Alhamdulilah, aku tau aku sekadar lelaki yang biasa biasa, pendidikan agama pun tidak setinggi mana, nak kata baik, jauh sekali. Selalu buat dosa dan sebagainya (tiada apa yang dibanggakan). Tapi sampai ke hari ni, aku rasa Allah dah pertemukan aku dengan gadis - gadis yang baik. Dari segi perwatakan, agama dan sikap. 

Aku ramai kawan perempuan, dari tomboy hinggalah seseorang yang layak digelar ustazah.Mungkin sebab aku kurang bergaul dengan budak - budak lelaki waktu sekolah dulu menyebabkan aku berkawan dengan perempuan ( aku bukan lelaki lembut). 

Start dari situ, aku jadi tempat luahan masalah, yang kadang - kadang nasihat yang aku beri secara spontan pun dorang anggap sebagai penguat semangat. Bermula dari situ, aku mula kenal satu persatu perangai perempuan, ada yang lemah lembut, ganas, garang, bijak, tak yakin pada diri sendiri, kuat cemburu dan sebagainya.

        Tapi antara ramai - ramai tu, hanya tiga orang ni saja yang mampu buat keegoan aku runtuh. Cinta pertama aku start dari tingkatan 3, kemudian tingkatan 5 dan terakhir ketika aku berumur 21 tahun. Macam aku cerita sebelum ni,  ketiga - tiga gadis yang aku kenal adalah wanita yang baik - baik. Persahabatan istimewa yang terjalin pun hanya sekadar perjumpaan yang boleh dikira dengan jari ( cinta jarak jauh) dan alhamdulilah hingga kini aku yakin dan aku pasti aku tak pernah bersentuhan kulit secara sengaja gadis yang aku sebut tu.

 Mungkin sebab aku tak cukup berani nak buat dosa antara dua jantina yang berlainan dan aku takut kelakuan aku tu akan menyebabkan akibat yang buruk pada adik - adik perempuan aku nanti. MINTAK SIMPANG.......amin.

      Kadang - kadang, aku hairan kenapa Allah mempertemukan dua insan yang bercinta tapi akhirnya insan tu berpisah. Kalo aku 5 tahun lepas ( 15 tahun) aku akan cakap, dia tak setia la, curang la, bla. bla . bla. Egosentrik aku sangat kuat ketika tu, so daya untuk menyalahkan orang lain adalah menjadi keutamaan bagi budak - budak lelaki yang putus cinta. 

      Selepas aku dah meningkat dewasa, barulah aku tau, yang Allah mempertemukan dua insan ini supaya manusia sedar bahawa mereka mempunyai perasaan sayang terhadap orang lain. Sengaja Allah temukan lelaki dan wanita, untuk mereka sedar bahawa naluri mereka tidak songsang. Allah mengehadkan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana Allah lebih tahu jiwa dan nafsu hambaNya. Baik lelaki atau perempuan, jika nafsu menjadi ikutan akhirnya dada dada akhbar dipenuhi dengan berita penjumpaan mayat bayi yang lengkap ataupun separuh lengkap selepas dijamah anjing, burung gagak, dan semut -semut sampah. Tu yang dijumpai, yang gagal ditemui?



Dan sengaja Allah memisahkan dua insan ini untuk kebaikan yang pastinya susah untuk manusia melihat hikmahNya dengan mata fizikal semata - mata. 

Mungkin kerana hubungan ini akan mendorong kita melebihi batas sepatutnya
Mungkin kerana kita masih lagi tidak bersedia zahir dan batin
Mungkin kerana kita masih ada tanggungjawab lain yang lebih mustahak untuk dilunaskan
Mungkin kerana dia bukan jodoh kita.......... 
Dan pastinya Allah lebih Maha Mengetahui

Aku terima suratan dan takdir jika insan yang aku sayang bukan jodohku.
 Aku rasa cukup dengan tiga gadis telah dipertemukan dalam hidup ni, aku mengenal kasih sayang seorang wanita terhadap lelaki yang mereka sayang.

Kepada ketiga - tiga gadis tersebut, terima kasih kerana mendewasakan saya. Saya pasti saya dah banyak buat silap, buat kamu sedih, risau,  dan rindu. Saya mintak maaf atas kekasaran, keegoan, kedegilan dan kesedihann  yang pernah saya lemparkan pada hati kamu yang lembut dan suci

Mungkin bukan jodoh kita buat masa kini, dan mungkin jodoh kita dengan orang lain. Saya mendoakan awak bertemu lelaki yang jauh lagi baik dari saya. Dan bila dah jumpa penganti, jagalah dengan elok.

 Insya Allah , demi masa depan, saya akan berusaha untuk berubah  Tapi percayalah yang bila saya dah bekerjaya, da bersedia dengan ilmu agama, dan mungkin jodoh saya antara kamu bertiga ataupun orang lain, saya akan masuk meminang secepat mungkin ( aku terpaksa tangguh impian ladang kuda aku)

buat masa sekarang ni, biarlah menyendiri, kerana aku pasti, jika umur aku panjang, akan ada jodohnya nanti. 

Tuesday 26 July 2011

mencari baka lembu

Assalamualaikum. Hari ni hari Rabu, tepat pada pukul 9.08 minit, kelas Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran bermula macam biasa. Setiap orang memberi komitmen penuh dalam membentangkan slide power point tugasan masing - masing. Lain pulak ceritanya dengan aku yang jasadnya sahaja dalam makmal komputer tapi hati mengenangkan halaman rumah. Niat di hati, nak je aku amik moto modenas ber cc 100  pastu pergi stesyen bus di Kuala Terengganu, beli tiket dan berlepas balik ke Muar.

Tapi apakan daya, dari Kuala Terenggau ke Muar memakan masa hingga 7 jam (campur waktu driver bus berhenti makan dan isap rokok). Kalo aku balik hari khamis malam jumaat. maka aku akan sampai pada pagi Jumaat di Muar. Memandangkan sebarang kuliah di pantai Timur ni bermula pada hari ahad, maknanya aku kena berlepas balik dari Muar pada hari Sabtu malam Ahad (sampai pada pukul 5 pagi). Bayangkan masa aku lepak di Muar tak makan lebih dari 48 jam. Belum hilang penat naik bas, dah kena pulang balik ke Terengganu.

Tapi tak pe lah, yang aku pasti bila aku posting, Johor antara salah satu negeri yang siap sedia menerima anak rantaunya pulang. Sebagai seorang bakal guru, menjadi kesanggupan aku untuk diposting ke mana ceruk sekali pun. Tapi jauh di sudut hati, kembali ke tempat asal dan berkhidmat di tempat sendiri menjadi idaman di benak anak watan Johor.

Kesedihan ini aku pendam dalam hati (chewah). Cukuplah dengan luahan hati yang tak seberapa, mari kita ke agenda seterusnya. Semalam housemate aku cakap ada pameran PERTERNAKAN di stadium runtuh Terengganu.  Aku tersenyum gembira kerana pastinya orang - orang macam aku lebih menggemari bidang pameran seperti ini berbanding pameran pc fair or kuih raya.

Terlibat dalam bidang penternakan dan perladangan bersama - sama ayah aku mendidik aku menyemai satu hobi dalam diri iaitu perternakan. Aku pasti kat sana mesti baka - baka penternakan yang terbaik dari ladang dipamerkan . Sebelum ini, kerajaan Malaysia ada menganjurkan pameran penternakan di Kuala Lumpur. PAMERAN MAHA kalo tak silap aku.

Kebiasaannya, haiwan penternakan yang akan aku aim sepanjang pameran adalah LEMBU. YEAH. Melihat baka - baka lembu yang kebanyakannya baka cross lembu - lembu dari luar negara membuatkan aku teruja. Bagi mereka yang mepunyai hobi atau menceburi bidang penternakan sebagai salah satu bidang kerjaya pasti tak kan melepaskan peluang melihat baka - baka lembu luar negara.

kenapa teruja? apa yang begitu hebat tentang baka lembu dari overseas? apa baka lembu di Malaysia tak cukup menarik? kurang daging?

ok, wahai pembaca yang aku sayang sekali. Kerana aku menceburi bidang ini, menjadi fardu kifayah bagi aku menerangkan maklumat  kepada kamu semua yang pastinya tak terdapat dalam silibus di sekolah.

Lembu- lembu yang asli ataupun pure made from Malaysia adalah lembu KK( LEMBU KEDAH KELANTAN). Lembu KK adalah lembu yang mempunyai saiz badan yang averange, kebiasaannya berwarna coklat jingga. Lembu ini mempunyai daya tahan penyakit yang baik, senang dibela ( boleh dibela secara pilot atau dilepaskan makan rumput) . Namun begitu, jika dibandingkan saiz Lembu KK dengan lembu dari luar negara, ternyata Malaysia masih ketinggalan jauh dalam membiakkan lembu secara professional.

Aku akan cuba upload gambar - gambar lembu baka Kedah Kelantan. Tapi memandangkan wireless di IPG sekarang agak perlahan, aku  akan upload pada isu yang seterusnya.

Nanti aku amik gambar masa pameran tersebut. Harap pameran kali ini tak menghampakan aku

Sunday 24 July 2011

biar papa asal bergaya. oh yeah

Hari ni hari ahad, Di Terengganu, kelas/ hari bekerja/  dan kerja - kerja am dimulakan pada Hari ahad. Berbeza dengan rutin harian aku di negeri Johor,  di mana hari ahad tu adalah hari bapa - bapa bersantai di atas kerusi, duduk di halaman rumah, sambil minum seteguk dua air kopi buatan  tangan si isteri. Anak - anak pulak time tu boleh layan duduk depan tv sambil menonton animasi Dragonball di TV 2,  karton  Bey Blade di TV 3  dan tak ketinggalan karton Digimon di NTV 7. Suami Isteri tersebut hanya tersenyum melihat karenah anak mereka sambil kedua - dua tangan memegang erat antara satu sama lain.chewah



dragonball


digimon tamers


beyblade.


Sampai sini sahaja intro yang tak begitu berkaitan. Apa yang aku nak sampaikan sekarang bukannya untuk aku mengimbau kenangan - kenangan lama tapi nak mengajak korang untuk berfikir dan menghayati lirik lagu - lagu di bawah.





Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di pentas dunia

Sengaja aku ambil lirik - lirik lama iaitu perkataan " Melayu" itu dikekalkan dalam lagu tersebut. Walaupun dalam versi baru, perkataan 'Melayu' itu digantikan dengan perkataan 'kita' supaya lagu tersebut lebih bersifat perpaduan dan tidak hanya dinyanyikan oleh kaum Melayu sahaja.

Mungkin ritma, rentak dan lirik lagu ini tidak dapat menandingi carta lagu hits dalam hati korang seperti lagu Aishiterru, Percaya padaku oleh Ungu , Muka buku oleh Najwa latif dan sebagainya. ( tu hak korang, dan aku tiada hak untuk menafikannya)

OK,  sekarang cuba kita menilai mesej dalam lirik lagu 'anak kecil main api'. Macam ayat - ayat aku sebelum ni, aku percaya yang korang ni dah baligh lagikan mumayyiz. Dah cukup besar untuk menilai mana satu nasihat dan mana satu hiburan semata - mata. 

Aku tak kata yang lagu - lagu yang aku nyatakan di atas tu berbentuk hiburan semata -mata. Aku percaya yang setiap lagu ada keunikan, kekuatan dan nilai sedap di dengar bergantung kepada selera peminat sesuatu muzik.  Tapi hari ni aku bukan nak cerita tentang nilai kemerduan sesuatu lagu, kelunakkan suara penyanyi yang mendayu - dayu, BUKAN. Tapi aku nak cerita pasal mesej, info dan nasihat yang boleh ko dapat dalam lirik  lagu "anak kecil main api".

Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita

Pernah tak korang terfikir yang satu hari nanti, bila korang dah berkahwin, ada keluarga, ada anak? Mesti pernahkan (nak - nak kaum perempuan, selepas habis belajar, KAHWIN, kerana fitrah ibu mereka semakin meluap - luap dalam diri yang hanya boleh diselesaikan oleh kaum lelaki) .Please dont deny it, woman needs man as much we need them to)



Ok, stop with that pembayang , kita  teruskan kepada agenda kita. Bila korang dah berkeluarga, korang akan mula memenuhi tanggungjawab sebagai suami isteri dan sebagai ibu bapa. Sebagai ibu bapa, apa yang korang tinggalkan untuk anak - anak korang nanti? Sebelum korang berkahwin, pernah tak bakal suami / isteri korang merancang ekonomi keluarga pada masa akan datang ? Adakah dengan membuat jamuan kahwin secara besar - besaran sudah menunjukkan kemampuan suami itu menguruskan rumah tangga?



Ramai yang di kalangan kita terutamanya orang Melayu yang sanggup berhutang keliling pingang (membuat loan sehingga puluhan ribu) semata - mata  ingin mengadakan majlis berkahwin secara besar - besaran. "Biar papa asal bergaya"  adalah resmi yang sering kali orang kita pakai untuk menunjukkan kuasa wang kita yang tidak seberapa jika dibandingkan kerugian yang bakal ditanggung oleh golongan pengantin yang baru mendirikan rumah tangga dari segi kualitatif dan kuantitatif.

Dari segi kuantitatif, golongan ini akan mengalamai masalah kewangan pada permulaan mendirikan rumah tangga. Dibebani dengan hutang hasil mengadakan jamuan besar - besaran,  Kos berpindah ke rumah baru( perabot, kemudahan am dan keselesaan) dan tidak lupa juga pengangkutan (kereta, motor, penggunaan minyak terutamanya). Sebelum ini hidup anda hanya berdua, mungkin tidak begitu terasa berat hutang, bagaimana pula jika akan hadir insan baru (anak kecil) dalam hidup anda berdua? Dari berdua,  kepada bertiga,  kemudian berempat, berlima dan sehingga cukup satu team pasukan bola dalam rumah korang? (rezeki Allah nak bagi, redha je la)


Dari segi kualititatif, kesan bebanan hutang yang menimbun akan menimbulkan stress dalam hidup berkeluarga. Faktor kegagalan menguruskan ekonomi dengan berbelanja secara melebihi kemampuan menyebabkan keluarga itu berhutang secara rambang tanpa memikirkan impak buruk tindakan tersebut. Tekanan stress yang melampau menyebabkan hilang komunikasi berkesan di antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak seterusnya menyebabkan perbalahan yang menjurus kepada penceraian.


Akhirnya, hutang - hutang lama kos majlis perkahwinan korang yang cemerlang, gemilang  dan terbilang selama 10 tahun lepas hanya akan langsai selepas anak korang yang pertama memasuki darjah empat sekolah rendah. 


Tak cukup dengan itu, korang tambah lagi hutang korang dengan membeli kereta baru, atas desakan kawan - kawan yang tak mahu korang ketinggalan dalam TREND BERKERETA MEWAH ( sedangkan rumah yang korang sekeluarga duduk tu adalah rumah sewa mula -mula korang hidup berdua hingga beranak pinak ). 





Nasihat aku, kalo korang dah berkeluarga, antara benda yang paling penting untuk disenaraikan dalam senarai untuk membuat loan adalah memiliki rumah sendiri.  Realiti masyarakat di Malaysia sekarang lebih gemar menukar kereta macam menukar baju (terutamanya kaum lelaki) sedangkan anak - anak korang dah merengek - rengek x selesa duduk di atas tanah orang lain.





Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda

Ramai yang beranggapan 'bumi dipijak milik orang' bermaksud tanah dijajah oleh penjajah luar negara. Berbeza pula dengan perspektif aku yang menganggap minda - minda kita yang dijajah dengan mentaliti kemewahan, kepuasan, dan keseronokan yang sementara akhirnya menyebabkan anak - anak kita merempat di kawasan kelahiran sendiri. Tiada tanah untuk bermain, Tiada tempat untuk berlindung, sekadar meneduh di tempat orang. NO VALUE OF SELF BELONGING . TIdak ada rasa kepunyaan di tempat kelahiran sendiri kerana tiada apa yang diwariskan oleh kita kecuali krisis hutang dan budaya menggadai segala harta pusaka demi kepentingan diri kita tanpa memikirkan  nasib genarasi akan datang.
.
Secara realitinya, benda ini berlaku dan akan terus berulang di kalangan masyarakat Melayu kita. Terpulang sama ada kita ingin mengulang kesilapan yang sama atau berubah untuk kebaikan anak - anak kita.

SILA RUJUK PERENGGAN PERTAMA AKU DALAM ARTICLE INI, MAMPUKAH KITA BERADA DALAM SITUASI SEDEMIKAN DENGAN SIKAP KITA YANG SEDEMIKIAN RUPA.......

Saturday 23 July 2011

impian dan harapan

aku ada impian....Impian aku nak tubuhkan ladang kuda~ KUDA


Ramai yang tanya, "kenapa pelik sangat impian ko? X de impian lain ke? boleh ke tercapai ngan gaji cikgu?

Nasihat aku, kalo jumpa orang - orang macam ni, sila ignore, jauhi, elakkan, jangan tegor. kenapa? kerana orang - orang macam ni mempunyai nilai estim yang rendah tapi mereka malu nak mengaku kelemahan mereka. Salah satu cara mereke menutup kelemhan mereka dengan memandang rendah dah mengkritik idea orang lain berdasarkan persepsi mereka sendiri. (Fadhilah Kamsah, 2006)

ok, enough with that group of people. Mari kita cerita pasal impian. Sebelum aku nak tahu impian korang, kenalah buka cerita pasal impian aku dulu dan kenapa aku pilih ladang kuda sebagai impian aku.

Dipendekkan cerita, bapak aku ( CIKGU MALEK) suka mengumpul tanah. Hasil berjimat cermat dan hidup bersederhana beliau, bapak aku berjaya mengumpul sehingga 40 ekar tanah ( tanah murah, tanah kampung, tanah rezab Melayu). Tanah - tanah tersebut bapak aku buat ladang sawit. 

Aku ingat lagi beberapa individu yang gemar mengkritik usaha ayah aku membeli tanah - tanah murah di kawasan kampung dan ceruk - ceruk hutan. Ramai yang kata tanah yang ayah aku beli tu murah, x de harga, kawasan hutan, sarang babi hutan. KALAU JUAL BALIK PUN TAK LAKU. 

Ternyata sangkaan mereka tu silap besar. Kawasan yang bapak aku beli pakai gaji cikgu yang kononnya kecik (dari persepsi sesetengah masyarakat) yang dahulunya hutan belukar kini bertukar menjadi ladang sawit dan pokoknya membuahkan hasil sawit sehingga 15 tan satu bulan ( pokok baru 3 tahun)

kalo 1 tan = rm 765
15 tan = rm 11,475 sebulan


ok, start dari situlah bapak aku mula pasang angan - angan nak buat perternakan lembu secara besar - besaran. Ayah aku sanggup tangguhkan hasrat nak pakai kereta baru dia untuk buat loan beli lembu. Aku ingat lagi, dia merata - rata cari kawan - kawan yang membuat perternakan lembu. Macam - macam individu yang kami jumpa dalam bidang perniagaan ni. Ada yang boleh dibuat kawan, ada juga yang suka ambil kesempatan. Tapi ayah aku tak pernah serik. Dia usaha lagi sampai berjaya.

 Dia pernah cakap ngan aku. "kalo hari ni orang tipu kita, biarlah.....orang macam tu tak kan senang hidup, kalo dia tipu duit abah rm 3000 pun, nilai dia cuma rm 3000 tu je la. lepas ni orang da x percaya kat dia lagi"

hehe, kadang - kadang aku tersenyum bila terkenang balik cerita ni. Aku ni hidup biasa je. Masa zaman sekolah, budak - budak sebaya aku lepak kat shopping complex, main motor, lepak kat cyber cafe. Kerja aku plak time tu tanam pokok sawit, tanam pokok pisang, meracun rumput dan sebagainya. Bapak aku sengaja biar aku hidup susah supaya biar aku tau susah senang cari duit. Dia harapkan anak - anak dia berjaya tapi jangan cepat lupa diri.


ok, nostalgia lama - lama boleh buat aku sebak.......kita kembali pada tajuk utama. lepas bapak aku bela lembu ( lembu - lembu tu semua dah membiak jadi 70 ekor semuanya)






ok, impian bapak aku tu dah tercapai,  pastu dia tambah lagi impian dia nak bela kambing, itik, ayam, arnab....last sekali kuda

DAN HASILNYA:






Ayah aku beli 3 ekor kuda padi (dah boleh tunggang) waktu aku lepas habis SPM. Gembira tak terkata. Sejak dari tu, hobi aku pada kuda meningkat dengan secara mendadak. Lepas pergi Ladang kuda di Negeri sembilan. Aku pun pasang tekad. Nak buat Ladang kuda kat tanah ayah aku. Buat masa sekarang ni kuda banyak terdapat di Kelantan dan Perak.Tunggulah bila aku dah ada gaji, akan aku buat PUSAT LATIHAN BERKUDA DI MUAR.  Aku nak jadi cikgu yang serba boleh, aku nak buktikan dekat masyarakat yang kerjaya guru bukan hanya untuk cukup - cukup makan. Dengan gaji guru ni, kami dapat develop kepada ruang kerjaya yang lain. 

BIARLAH ORANG YANG MENILAI KITA HARI INI MENGATAKAN KITA GILA, TIDAK REALISTIK, ANGAN - ANGAN MAT JENIN, TAPI SIAPA TAHU, ESOK LUSA ORANG TERSEBUT AKAN TERDIAM MELIHAT KEJAYAAN KITA PADA MASA AKAN DATANG.

DARE TO DREAM MEANS DARE TO ACHIEVE
DARE TO ACHIEVE MEANS DARE TO SUCCESS

AFRAID TO DREAM MEANS YOU AFRAID TO YOURSELF


TREND OR VALUE?

ok, hari ni cuti.....kalo korang duduk kat kl, jb atau kuantan, mungkin korang akan keluar jalan - jalan. pegi dangga bay ke, lepak shopping complex ke. pg ushar awek yang jalan - jalan kat tempat korang. Biasalah norma remaja yang duduk bandar.


 berbeza gak kalo korang duduk kawasan kampung, pekan atau luar bandar. mungkin korang akan keluar ngan kawan - kawan. pergi tangkap ikan kat tepi parit. main sungai. kalo duduk tepi pantai tu. leh naik sampan, pegi pulau - pulau terdekat dan mandi pantai. kalo jenis rajin tolong mak bapak tu. mesti dorang tolong mak bapak dorang noreh  getah, potong buah sawit. tanam nenas sebagainya (dapat pahala beb, duit pun masuk).Sebab tu budak - budak kampung lagi lasak berbanding budak banda



r.Tapi tu semua cerita tahun 90 an. Sekarang ni dah x de beza dah. Kalo korang jenis teliti perhati tempat persekitaran korang belajar. korang boleh nilai fesyen - fesyen kawan - kawan korang. kalo dulu , people can judge other by their appearance. Nowadays budak - budak yang berasal dari hulu kampung pun berfesyen lebih ranggi dari budak yang betul asalnya dari bandar. Tak percaya? Cuba korang tanya budak - budak dalam course korang ( yang over fashion)



                                " aku tengok ko ni fashionable, ko asal dari mana beb?

Member ko yang tersipu - sipu malu kucing tu akan jawap " I asal JB" cis, nampak benar membohong, baru sem lepas aku nampak ko beli tiket balik Tangkak.


Johor Bharu


                                                               Tangkak

Kadang - kadang aku tak paham betul cara orang Melayu ni fikir,  kita terlalu mengejar satu ikutan atau trend yang sebenarnya tabiat mengikut trend - trend ni hanya akan menghabiskan duit, nilai diri, dan jati diri korang sendiri.

korang nampak tak situasi aku cuba gambarkan tadi. Kerana terlalu ikutkan trend, kita malu nak mengaku tempat asal kita?

Biarlah dia budak kampung ke, budak hulu ke? itu cara dia, tak pakai duit ko pun kan? Pergh, kalo macam ni cara korang berfikir, aku pun tak tau nak menilai macam mana lagi. Pernah tak korang dengar tentang semangat kekitaan (self belonging) pada tempat asal korang. Jangankan kerana sesuatu trend, kita hilang jati diri kita.

Pernah dengar cerita si Tanggang tak? bagaimana kerana Tanggang malu akan ibunya yang kelihatan daif , dia malu nak mengaku yang  dia anak kepada perempuan daif tu.  Kesan dari perasaan malu mengaku tentang asal usulnya, Tanggang disumpah oleh ibunya menjadi batu.




Tahun lepas, ada member aku ni pulang dari overseas, (cuti sem) aku tengok dia still macam dulu. x de bezanya dari segi luaran dan dalaman, Yang aku nampak, permikiran dia makin bercambah, kalo bercakap pun dah tak cerita lagi pasal benda karut - karut. Dia cerita pasal perancangan dia dalam 10 tahun lagi. Nak buat business lepas belajar dan dia cakap lepas ekonomi dia dah kukuh baru dia nak kahwin.

Dia pernah cerita ngan aku tentang bagaimana bila orang luar bertanyakan asal usul dia. Dia dengan bangga menjawab " I from Malaysia"

orang tu tanya lagi, which state of Malaysia? member aku jawap" Johor"

oh you from Johore? I have been there for 3 years. which part of Johore? member aku dengan tersenyum jawab " Muar"

korang nampak tak? Bagaimana kawan aku tu tanpa rasa malu mengaku tempat asal usul dia? Dia boleh je tipu mat salleh tu, cakap dia asal KL ke, JB ke, tapi sebab self belonging dia kuat. Dia tetap mengaku tempat asal usul dia yang sebenarnya.

Cara member aku ni, pakaian dia simple je, balik overseas pun jumpa ngan aku pakai seluar jin lusuh ngan baju T sambil menyarung selipar jamban di kaki. Tempah air pun air teh tarik je bro. cukup simple dan tawaduk . Tapi bila berdiskusi, macam - macam idea keluar.  Macam ni lah yang dinamakan perubahan, bukannya kita berubah di luar, tapi bila tiba bab perkongsian pendapat dan pencambahan idea, kita blur seribu bahasa.

Kerana terlalu ikutkan trend. Kita hilang jati diri
kerana terlalu ikutkan trend. Kita malu dengan tempat asal kita
Kerana terlalu ikutkan trend. kita hilang segala - galanya.

Aku asal MUAR, dan aku anak kampung, tapi aku tak lupa diri



                                         Muar dalam kenangan

Friday 22 July 2011

Sesuatu yang biasa tapi sering kali terlupa

Kepada pembaca yang sudi ,menjengok blog aku, aku tak pasti jantina korang, latar belakang korang, amalan korang semasa hidup .Semua tu adalah rahsia peribadi yang kadang kala boleh dikongsi dan ada kalanya elok disimpan untuk diri sendiri.

Tapi satu je aku pasti, yang x kira apa jua bangsa, rupa dan asal mana pun manusia tu. Allah dah kurniakan satu nikmat kat kita iaitu PERASAAN. Aku tak geti nak melawak dalam berbicara, dan sekiranya penulisan aku ni sedikit mengguris perasaan korang, aku terlebih dahulu mintak maaf.

back to the main issue. FEELING. YES, perasaan, semua orang ada perasaan, even banduan yang duduk di penjara pun ada perasaan.Perasaan marah kerana dipenjarakan, atau mungkin perasaan rasa bersalah atas kesalahan dilakukan dan mungkin juga perasaan sedih mengenangkan keluarga tersayang yang dipisahkan melalui tembok batu dan geriji besi.


  Tanpa perasaan, manusia akan bekerja dan berfikir macam robot. x de feel dalam melakukan sesuatu kerja. Hilang rasa teruja dalam untuk hidup, idea - idea kreatif manusia sekadar jadi bahan lawak semata - mata.Semua ni akan berlaku sekiranya manusia itu mula hilang nikmat perasaan dalam diri mereka.

 Korang pernah tengok tak cashier - cashier yang kerjanya tekan mesin duit, amik barang customer, scan dekat scanning machine pastu bungkus dalam plastik. kalo nasib ko baik, maybe cashier tu akan mengguris senyuman manis kat korang (mungkin faktor wajah korang hensem or cun). kalo nasib ko tak baik. jangankan senyum, paling pun tak nak. terima kasih ? korang jawab "sama -sama" dalam hati je la

ok. Yang aku sebut di atas tu adalah kepentingan perasaan dalam diri manusia. Macam mana korang menguruskan perasaan dan emosi dalam diri korang, macam tu lah hubungan korang dengan keluarga, alam sekitar dan rakan - rakan.

Rasanya tak perlu aku ulas panjang lebar tentang perasaan dalam diri manusia. Aku percaya yang korang semua da besar. Maksud aku, korang dah dewasa, dah rasa 1001 perasaan sepanjang perjalanan hidup. Gembira, sedih, marah, takut. cuak, rasa bodoh, diperbodohkan. dan sewaktu dengannya.

OK, move to the next level. berdasarkan perasan - perasaan yang aku dah nyatakan, pernah tak korang terdengar pepatah Melayu "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". ataupun pepatah mat salleh, " imagine if you in my shoes" 

kedua - dua pepatah sebenarnya mempunyai maksud yang sama, iaitu kesengsaraan orang lain yang boleh dilihat dari mata kita kita sendiri.  sebagai contoh kita akan rasa sebak bila tengok makcik tua yang duduknya di kaki - kaki lima sambil tangannya memegang secawan bekas buruk yang berisi 50 sen dan jika rezeki dia lebih mungkin, ada beberapa helai duit kertas biru bernilai seringgit setiap satu. 

cuba korang pejamkan mata sejenak........aku amik masa korang dalam 5 minit untuk bayangkan situasi ni. bila korang dapat bayangkan....pejamkan mata lagi dan bayangkan perempuan tua tu adalah ibu korang........


wajah seorang ibu, perempuan, ( dan anda juga akan menjadi ibu jika anda  seorang wanita)

scene dua.

Bayangkan seorang lelaki tua (pertengahan umur) berwajah gelap, berkulit kasar, kesan membanting tulang untuk menyara keluarga. Jelas tepampang garis - garis kasar di muka kesan bahang matahari. Kalo tak kerana kulit - kulit yang menampung tulang - tulang badan, mungkin badannya sudah rebah ke bumi. Kesengsaraan  dunia yang begitu jelas terpampang di wajah lelaki tersebut, 



buat seperti situasi pertama tadi........pejamkan mata.....lapangkan fikiran....dan bayangkan lelaki tua tersebut adalah ayah anda...
Ayah, lelaki ( jika anda lelaki, anda juga akan menjadi seorang ayah)

_
_
_
_
_
_
_
_
_

JIKA ANDA MASIH MEMPUNYAI PERASAAN...CONTACTLAH MEREKA. TAK PERLU UCAP BETAPA ANDA SAYANGKAN MEREKA KERANA MEREKA TAHU TANGGUNGJAWAB MEREKA. 

tak perlu ucap " i love u mom" hanya pada hari ibu kerana bagi mereka hari - hari ibu adalah hari di mana anda mula keluar dari rahim, disusukan dari payu daranya dan diberi kasih sayang hinggalah anda juga akan bergelar ibu pada suatu hari nanti.


tak payah susah - susah cakap " you are the best dad" kerana seorang ayah tak kan heran walau sikitpun pujian melambung dari seorang anak. Yang diharapkan adalah, anak lelaki tu membesar dalam keadaan sihat, pandai mengurus diri dan keluarga. Peranan lelaki dalam kehidupan adalah sebagai abang, suami dan ayah dalam keluarga. Tak mustahil jika seorang ayah lebih banyak mengharapkan anak lelaki dalam melakukan kerja kerana niatnya hanya nak kan anak lelaki tu bersedia memikul tanggungjawab di bahunya kelak.



Mereka lakukan dengan hati yang terbuka, tanpa mengharapkan sesen pun dari anda. Jika orang mengatakan hidup keluarga anda miskin, tapi ibu bapa anda hanya tersenyum kerana dalam diri mereka, anak - anak adalah harta dunia akhirat.

jika hari ni kita (termasuk aku) merindukan teman wanita/ teman lelaki
jika hari kita (termasuk aku)  leka dengan permainan komputer online
jika hari ni kita (termasuk aku) terlalu sibuk menyiapkan tugasan assignment

mungkin sedetik dari sekarang, kita (termasuk aku) akan menerima panggilan..... "anept, mak ngan abah dah X DE.........

kuda oh kuda

hari Jumaat, macam biasalah, setiap pukul 1.00 tgh hari, kaum lelaki yang beragama Islam akan pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat termasuklah aku. Kat Terengganu, cuti am jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu.

Macam biasalah, rutin orang lelaki bujang, kalo cuti mesti bangkit dalam kul 10 hingga 11. Subuh pun bukan takat subuh gajah, dah tahap dinasour dah. Jangan tipulah korang bangun awal, pastu pegi jogging kat tepi pantai. Itu semua DUSTA. Tak baek bohong, mak marah ~

ok, enough with that unrelated info. lets straight to the point. korang mesti baca title kat atas tu kan? KUDA. YES, hari ni aku nak cerita sedikit pengalaman aku tentang kuda.


                         KUDA, antara salah satu haiwan kegemaran Nabi Muhamad S.A.W

Kuda adalah sejenis haiwan mamalia daratan, berkaki empat, bernafas menggunakan paru - paru dan ssering digunakan untuk pengangkutan pada zaman dahulu . Terdapat pelbagai jenis dan aneka kuda di serata pelosok dunia ni. dari ceruk hutan, kawasan pasir, gunung dan di kawasan salji sekalipun, kuda ni ada. Ramai yang masih keliru tentang kewujudan kuda di Tanah semenanjung Malaysia dan kawasan Sabah dan Serawak.



          Apa yang aku nak cuba sampaikan kat sini. kalo ko tanya budak - budak bandar, mereka akan jawab macam ni "kuda - kuda kat Malaysia ni berasal dari negara luar sebab Malaysia mana ade kuda". ok, aku tak kata jawapan mereka tu salah dan tak kata jawapan mereka tu 100 percent betul.

        Maksud aku di sini, jawapan dorang tu ada betulnya yang kuda - kuda di Malaysia ni kebanyakannya kuda import dari negara - negara barat seperti Australia dan sebagainya. Antara jenis kuda import yang terdapat di Malaysia seperti kuda Thoroughbred, kuda Warm Blood, dan Arabian Horse, ataupun kuda arab


Kuda Thoroughbred

                                                                   Black Thoroughbred

                                                                     Kuda  Warm blood 


     Ayah aku dengan salah satu kuda Warm blood milik member dia.
korang boleh buat perbandingan saiz kuda tu ngan badan ayah aku kan. sure big right ?
( focus to the  horse,not my father)

last but not least, Arabian Horse ataupun kuda ARAB




Ada banyak benda aku nak cerita pasal kuda arab ni, tentang, kenapa kuda dinamakan kuda arab, tapi dibiakkan secara professional di negara Australia.  Kalo korang jenis teliti, korang boleh lihat keunikan kepala kuda ni jika dibandingkan dengan kepala kuda lain. kepala kuda arab lebih berbentuk tirus dan lebih aerodynamic berbanding kuda lain. 

Harga untuk sepasang pure Arabian Horse boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit, tak termasuk penghantaran yang mencecah puluhan ribu dolar US. Mesti korang pelik, kenapa mahal sangat? Jawapannya, kuda arab dinobatkan sebagai kuda yang terbaik di antara kuda seluruh dunia.  Dari segi ketangkasan, kecantikan, dan kelajuan, kuda arab telah diakui menduduki tempat teratas. 

Sampai sini dulu cerita aku. Tak banyak benda yang aku boleh kongsi, sebab ilmu aku pun baru menyapa tebing sungai, tak sampai dasar lagi. Insya Allah, aku try banyakkan sumber pengetahuan tentang haiwan yang Istimewa ni 


                                FAKTA: kuda adalah sejenis haiwan yang sensatif dan manja ^ ^

Thursday 21 July 2011

Assalamualaikum

ok. buat pertama kalinya aku menulis blog......Aku tak tahu nak tulis ape...maybe a little bit information of me will be a good start. 

Nama diberi Mohamed Hanif Bin Abd Malek
1 Julai 1990
Muar Johor. 

Sedang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam bidang Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah (bakal cikgu). 

Tak berapa mahir sangat dalam penulisan (masih belajar). Tujuan menulis blog adalah untuk mencuba, atas desakan faktor teknologi mungkin.