Followers

Monday 14 May 2012

kita x dapat puaskan hati semua pihak......itu betul



Hidup ni….kadang – kadang memang susah. Suka atau tak, kita kena belajar untuk buat pilihan. Pilihan yang kadang – kadang tiada satupun akan mengembirakan hati kita. Kau tak sanggup untuk lukakan hati sesiapa termasuk hati kau sendiri, tapi bila tiba saat tu, adakah kau akan lari dari realiti lalu melukakan hati insan – insan yang menyayangi mu?

Kita Cuma manusia biasa…manusia yang tak lari dari kesilapan, tak lari dari buat salah.  Namun setiap kali dalam membuat pilihan, kita akan fikir sejenak, betul ke pilihan aku ni?  Tak salah ke pilihan aku ni? Dan apabila keputusan ini melibatkan pasangan hidup, pastinya lebih dari keberanian yang perlu dirangkul untuk mencapai kata putus. Siapakah yang akan kau pilih, dia yang pernah membahagiakan kau, atau si dia yang baru mengenali hati budi mu?

Mereka kata, what past is past, she was your past, its time for you two to move on. Namun hati aku akan cakap, si dialah yang memilih untuk menemani diri ku saat aku tiada apa –apa. Adilkah aku meninggalkan dia saat aku sudah didatangi insan baru?



Tapi kau tak mengkhianati sesiapa. Hati kau menerima kedatangann insan baru ketika kau masih sunyi, akui, bahawa kau mula menyayangi dia seperti mana kau menyayangi diri kau sendiri. Kau tak perlu bohong, jangan lari dari masalah, face it, kau dan insan lama tiada harapan.  Kenapa perlu kau menoleh untuk kali kedua pada masa silam? Teruskan kehidupan, rencanakan hidup dan langkah masa depan.

Jangan dipersiakan yang baru menyayangi mu demi sesuatu yang telah kau tinggalkan. Si dia juga punya perasaan, haruskah kau persiakan insan yang mengubat luka di hati mu demi insan yang telah lama berlalu pergi? Adilkah kau meranapkan harapan org lain demi peluang kedua kau bersama yang lama?

Hati aku bermonolog lagi, tanpa ada rasa sesal, deras menghentam luka. Ya, dia insan lama dalam hatiku dan  dia yang tahu baik dan burukku. Diriku yang asalnya hanya remaja bermasalah, yang kerap kali kau panggil kutu jalanan. Namun dia menerima cacat cela ku dengan hati yang ikhlas tanpa ada rasa sesal.  Terpisah kerana tiada jodoh, namun kami redha takdir kami begini.

Bergelar bakal guru, ramai anak – anak dara menghantar perasaan, namun dia masih di situ, menggangap aku masih yang dulu tanpa title guru di pangkal nama ku . Sungguh aku terharu kerana ada insan yang mengenal baik dan burukku namun masih lagi setia untuk menjadi teduhan  untuk aku berkongsi masalah.

Jika diberi pilihan, aku tak mahu memilih, tapi adilkah keputusan ini untuk kalian?

Saturday 12 May 2012

buat si dia, harap kamu baca



Aku try nak cari 1 ayat mudah, yang bisa membuat kau mengerti masalah aku, tanpa  ada rasa perjudis mahupun prasangka. Bukan aku mahu menunjuk siapa salah mahupun betul, jauh sekali nak menghakimi tindakan kau buat keputusan untuk putus kawan.

Berat hati si pembaca, berat lagi hati si penulis ni.  Kita pernah terputus hubungan 3 tahun lamanya kerana hal kita yang tak kesampaian. Masing – masing membawa hati yang luka dan biar masa yang mengubat segalanya. Bila hati kita suda redha, kita saling mencari, bukan untuk menjalin cinta, tapi utnuk menyambung kembali sisa – sisa persahabatan yang masih ada.

Aku sambut kehadiran mu sebagai kawan, malah aku tempatkan diri kau di posisi penting iaitu sebagai kawan baik aku.  Segala buku lama telah aku tutup, dan aku buka buku baru bersama mu, iaitu buku persahabatan.  Banyak jasa dan kebaikan yang telah kau beri, dan kepercayaan telah terbina antara kita sebagai sahabat. Biarpun berlainan jantina, aku pasti kau lebih mengenali hati budi ni lebih baik dari orang lain.

Ya, aku telah ada penghuni baru dalam hati ini, mungkin silap aku tak memberitahumu hal ini sejujurnya. Bukan niat aku untuk melukakan hati sesiapa, sebab itu aku pendam dahulu rahsia ini, kerana aku takut kau mungkin terkejut dan berasa terasing.  Buat pengetahuan mu, aku mmg agak bz dua bulan lepas. Tak percaya? Pg tanya housemate aku, jadi pengarah project, assignment, praktikum dan segala bagai. Jangankan nak meluang masa untuk kau, dengan awek aku sendiri pun aku tak layan. Makan minum aku pun entah ke mana, itu belum lagi waktu tidur yang kadang - kadang cuma berbaki 3 jam sehari. 

TIada sebab untuk kau rasa terasing, aku tak pinggirkan kau, aku cuma bz. Ini mmg routine aku sebagai student IPG, life kami sangat2 bz di pertengahan sem. Mana tak nya, assignment sampai 10 nak kena hantar, tu belum lagi final project, praktikum apa semua.

Sejujurnya aku tak pinggirkan kau, kau masih kawan baik aku. Aku Cuma perlukan 1 waktu yang sesuai untuk beritahu aku ada seseorang. Aku terkejut kenapa kau amik keputusan untuk putus kawan? Tak perlu cam tu, Aku tak simpan dendam akan perpisahan dlu, kenapa kau masih mengulang sikap yang sama?

Yang keliru,
Anept malek

Sunday 6 May 2012

bila lelaki putus cinta? tak kan nak baca buku, 'la tahzan, jadilah wanita paling bahagia'



Orang kata cinta itu melengkapkan fitrah manusia, baik lelaki mahupun perempuan, dua – dua perlukannya. Tanpa cinta, manusia akan sunyi, rasa kesepian, rasa tidak dihargai dan sebagainya.

Bagi aku, cinta ni banyak maksud,  maksud dari skop aku, setiap cinta ada tujuan. Contoh, cinta pada Allah, untuk mendapatkan keberkatan Nya, menjadi hamba yang berserah segala – galanya kepada yang Maha Pencipta. Cinta pada ibu bapa untuk mendidik kita menjadi anak yang mengenang budi kepada jasa dan pengorbanan ibu bapa melahirkan dan membesarkan kita. Semoga cinta yang disemai membawa martabat diri kita ke lebih peringkat yang lebih baik dari semalam, baik di pandangan manusia dan lebih mulia di sisi Allah Taala.

Berpijak semula pada realiti dalam pandangan mata aku, manusia lebih mudah tertarik pada cinta berlainan jantina. Bagi aku, itu normal, yang tak normal kalau cinta sesama jantina, mintak simpang. Aku macam lelaki – lelaki normal, sentiasa tertarik pada perempuan.  Begitu juga sebaliknya, perempuan sentiasa suka mengundang perhatian lelaki untuk memandang mereka.

Cukup la dengan intro 3 perenggan tu. Yang ingin aku utarakan bukannya pengertian cinta dari skop pandangan manusia yang baru berusia 22 tahun tapi lebih kepada bagaimana nak handle perasaan ni.

Jadi lelaki, kalau sekadar pandai mengurat, tapi tak pandai jaga hati perempuan, tak boleh gak. Ibarat membeli kereta, kalau sekadar pandai membeli tapi tak pandai jaga, kereta pun boleh hancur lebur. Camtulah perasaan perempuan. Dan orang lelaki juga kena ingat, bersederhanalah dalam mencintai kaum wanita selagi mereka bukan di kalangan keluarga kita.


Contoh, baru ni aku spend masa yang berharga dengan keluarga aku. Dan tup – tup tu la si dia nak call, dan secara automatiknya aku akan reject call dia, sebab kat depan mata aku time tu, ada mak dan abah aku, adik - adik aku. Jika difikir secara logic, family lagi penting.  Aku tau dia merajuk, sebab dia rasa perlukan aku time tu untuk lepaskan rindu yang terbuku.  Aku bagitau,  aku jalin hubungan dengan dia, bukan untuk menjadi boyfriend, tapi untuk menjadi bakal suami. Seorang suami yang baik sentiasa pentingkan keluarga, baik dalam jaga mahupun tidurnya. Aku sanggup balik tumpang kawan on the spot dari Terengganu ke Johor, semata – mata nak raikan kejayaan ayah aku dapat PhD dia. Semua ni aku buat sebab cinta aku pada keluarga aku. Dan kalau dia dapat bersabar, Insya Allah, dengan izin Tuhan, dia menjadi isteri aku dan salah sebahagian keluarga aku.



Si dia pernah tanya, cintakan saya tak? Dan aku jawap tak, sebab lelaki hanya akan melafazkan cintanya selepas setahun perkenalan dengan orang yang mereka sayang. Kalau korang cakna (perempuan) korang akan dengar bf korang melafazkan ‘I love u’, ‘sayang awak’  untuk tempoh tahun pertama. Yakininya, ayat yang dilafazkan menyatakan saya sayang awak, lebih dari seorang kawan baik, tapi tidak bermaksud saya akan mencintai awak lebih dari saya meyayangi diri saya dan keluarga. Lelaki ni memang ego, aku pun tak tau kenapa perasaan ni ada pada orang lelaki. Tapi janganlah korang risau sangat kalau bf korang tak lafazkan 3 perkataan indah tu sebab setiap kali waktu malam, muka korang la yang dorang akan terbayang sebelum nak tidur, dan wajah – wajah korang la akan menyerabutkan kepala dan time tu la dalam kepala kami akan dok pikir “ dia kah yang terakhir dan selamanya?”.



Setiap pertemuan ada perpisahan, dan kadang – kadang, bagi lelaki setia, benda macam ni yang paling ditakuti oleh kami semua ( aku tergolong ke? ).  Lelaki yang baik dan setia pasti akan meruntun air mata untuk lepaskan perempuan yang mereka sayang. Dan di saat – saat akhir perpisahan tu la korang akan dengar pengakuan ikhlas lelaki yang mereka sebenarnya sayang sangat – sangat dan cintakan korang sepenuh hati. Mungkin lelaki lafazkan itu sebagai satu pengharapan supaya korang balik semula ke sisi dia, tapi Korang pun dah tawar hati. Jadi mungkin yang terbaik adalah melepaskan korang pergi. Argh, syahdu gila.



Nasihat pada golongan brother – brother yang baru putus cinta, be strong ok, adakalanya fitrah manusia akan menghargai sesuatu kehilangan lebih dari waktu kehadiran. Pengalaman mendewasakan kita, dan gua bukan gay nak comfortkan korang, tapi lebih kepada nilai brotherhood di kalangan kita. Oleh sebab tu aku rasa terpanggil untuk bagitau jangan sedih – sedih sangat dan jangan menampakkan kejatuhan nilai maskulin korang.



Perempuan belajar cinta dari bacaan novelnya, sebab tu bila korang tengok perempuan single ni, kerja dia baca novel je, nak – nak novel cinta, semua ni untuk mengisi fantasi cinta dorang akan lelaki idaman dalam novel tersebut.  Tapi lelaki tak bro, kita belajar cinta dari pengalaman, pengalaman itu realiti, bukan dibuat – buat mahupun direka oleh tangan manusia tapi takdir Tuhan yang menentukannya. Kalau ko dapat harunginya dengan hati terbuka, kau kuat,  tapi kalau kau duk merenung masa lepas, ko lemah.


Bila ko sedih, itu normal, kuda aku mati pun aku sedih, inikan pula ko kehilangan perempuan yang pernah sayang kat ko. Tapi bila kau kehilangan sesuatu, cuba tengok sekeliling ko, ko still ada family yang harapkan kau membina kejayaan untuk diri sendiri dan untuk keluarga.  Lelaki ni lain bro. Perempuan kalau sedih – sedih putus cinta, cukup 3 bulan, ada la orang masuk minang. Lelaki? Kau sedih la 3 tahun pun, belum tentu ada awek –awek nak minang ko unless kau ubah diri ko. Belajar untuk bina usaha, bina kewangan, bina rumah ke, bina la apa – apa, janji halal dan menguntungkan.


Kalau kau tengok kawan – kawan ko yang frust tergolek sebab perempuan, antara sebabnya, parents dorang tengok ada lelaki lain yang lebih layak untuk anak perempuan mereka, baik dari segi moral, kewangan dan segala bagai. Dan yang pastinya kelebihan lelaki tersebut akan menampakkan nilai korang ni rendah.  

Materialistik? Benda ni biasa bro, adat orang Melayu yang mementingkan harta benda dari budi bahasa, dan ada ibu bapa yang cakap, dengan budi bahasa boleh bagi makan anak aku? Siapa teman lelaki kau? Lawyer? Doktor? Artis? Kalau cikgu, x maen.  ( ada satu scene dalam filem  P Ramle, ibu mertua ku)


So, cari kerja, cari lubuk duit, kaburi mata mereka dengan kemewahan kau ada. Itu normal, sekuat mana pun cinta perempuan, at last dorang akan tengok balik kemampuan kewangan ko. Jangan cita ko tak masuk Universiti, tak de degree, tak de kerja. Ko bukan tak de degree, ko tak de pengalaman, kalau ko tengok betul – betul, ramai usahawan sekarang ni, dari berniaga sejak dari sekolah. Sekarang ni income 5 k dalam tangan  berbanding aku yang baru terkedek – kedek nak kumpul duit menggunakan ijazah yang pastinya basic baru 2 k.




Jadi, focus, udah – udah la melayan perasaan, Kau tau kenapa lelaki boleh kahwin 4? Sebab we are worthless. Pak busu aku pernah cakap, once kau berjaya di pandangan manusia ( ada duit, harta apa semua ) perempuan akan kejar kau even muka ko tak hensem dan sebagainya. Muka ko hensem la macam mana pun, tapi kalau tak de kerja, perempuan tak kan pandang ko. Perempuan bila makin tua, dorang akan fikir tentang kestabilan kewangan. Cinta sejati no 2, yang pertama kewangan keluarga dan bila sebut kewangan keluarga, pastinya jatuh ke bahu ko wahai cik suami.



SO, move on dude, bila ko single ni, ko focus pada life ko je skang ni. Kau boleh buat kerja lebih masa, pergi kursus,berniaga dan sebagainya. Bila ko dah berjaya, tak perlu cari perempuan sebab perempuan akan kejar korang.  Be tough ok. Benda yang paling best bila ko berjaya, dan ex – ex ko tu akan tersentap dan akan pikir ‘nyesalnya tinggalkan kau’ sambil tengok pakwe dorang yang baru dan merungut tak tentu pasal.


Sorry kaum wanita, entry ni untuk orang lelaki yang baru putus cinta, harap jangan kecik hati :p