Followers

Monday 30 January 2012

lecture aku sempoi

hahaha, ko nak tau kenapa aku suka belajar kat maktab? sebab ada sebilangan lecture yang sempoi. Sempoi maksud aku di sini, boleh berlawak dan bergurau dengan students.

Di pendekkan cerita, hari ni ada subjek etnik dan budaya.  Lecture ni, stiap kali kelas dia, aku akan ketawa sampai terkeluar air mata sebab dia pandai berjenaka. Serius beb, dia suka pasang video lawak2, pastu dia pun tak segan silu nak menyanyi sekali dalam kelas. Serius bhai, aku akan ketawa sampai aku terpaksa mintak luqman tepuk belakang aku sebab semput keluarkan carbon dioxide tanpa henti.

pagi tadi, dia pasang video ni dalam kelas. pastu dia siap nyany kuat2. Gila sempoi


hahah, part tak boleh belah time dia tarik pitching tinggi, serius. kalo ada gajah lalu pun boleh mati semput ketawa tgk dia nyanyi. Apa2 hal, subjek dia selalunya student score~

Saturday 28 January 2012

dilemma lelaki...kebahagiaan sekarang untuk masa depan ataupun sebaliknya

Dua tiga hari ni gigi aku sakit, serius….aku sebelum ni makan nasi mesti penuh sepinggan. Sekarang ni nak habiskan separuh pun rasa perit. Biasanya kalau makan ngan kawan – kawan, aku paling cepat habiskan makanan aku, sekarang ni aku paling last.




Hari ni pergi kelas macam biasa, aku cuba jadi runner untuk segala program kelas. Dah nama Ketua Unit, kerja kenalah buat. As usual, aku akan buat to do list. Rancang setiap benda yang aku kena buat untuk hari ni dan aku akan pastikan setiap benda yang aku rancang tu aku buat walaupun sikit.





Sejak jadi single, I mean really2 single, aku tak de keep in touch dengan mana – mana perempuan. Aku rasa macam ada space untuk diri sendiri dan untuk family. Aku tak de bagi harapan kat mana – mana perempuan supaya dorang pun tak bagi harapan kat aku. Better play safe kan.




Aku sekarang komited dengan kerja dan life aku, duduk kat maktab, aku buat kerja aku sebagai student, duduk kat  rumah, aku akan buat kerja aku sebagai anak, tolong parents ape semua



Couple? Well, sekali ko terjebak dengan couple, ko akan ketagih untuk couple. Serius, ikutkan naluri aku, bukan susah pun cari pengganti, tapi aku bukan lelaki – lelaki yang tak de harga diri kan.  I mean, I am not so desperate to gain love from a lady. Sebelum aku couple dengan mana – mana perempuan pun, hidup aku steady, aku boleh study macam biasa, buat kerja aku macam biasa. Dan alhamdulilah, setiap kerja yang aku rancang 4 tahun lepas cam Asb, capai a greater pointer, become a good teacher berjalan lancar.



Aku pernah cakap kat one of my ex dulu, saya nak buat loan 100 k for asb, Well, cita tu empat tahun lepas, dan macam aku sangka, dia tak percaya dan dia tergelak kecil sebab impian tu macam susah je (memandangkan aku baru lepas spm). Well aku dah buktikan kat dia masa dia lawat aku tahun lepas, aku dah buat loan tu, bukan 100 k, but 200 k. Perinsip aku satu je, aku risk taker, Everything I do, I do it big.






Aku seorang perancang, dan pastinya tak semua rancangan yang kita rancang tu akan menjadi seperti yang kita nak. Tapi Tuhan pun ada sebut, dia tidak akan mengubah nasib hambanya sekiranya hambanya tak berusaha sendiri. Aku rancang untuk masa depan, bukan untuk aku seorang, tapi untuk si dia yang bakal jadi isteri aku.  Aku berusaha, gila – gila berusaha, sampai ex aku pun cam rasa terabai,terbuang dan rasa disisihkan dalam hidup aku dan akhirnya seperti ex – ex lain. Dorang akan meninggalkan aku.





Aku tak paham, plus tak mengerti, perempuan tak suka pasangan hidupnya yang malas, tak pandai merancang, tak tau mencari duit sebab kaum perempuan perlukan satu benchmark  untuk mencapai hidup bahagia. Seperti kebahagiaan, kewangan yang kukuh dan sikap lelaki dalam mencari duit tersebut. Aku cuba capai dari segi ekonomi, yet...the results remain the same.




 Semu ni aku dah tengok sendiri dengan mata aku macam mana kawan – kawan aku yang ditinggalkan oleh gf sendiri atau tunang sendiri bila perempuan mula tak yakin dengan keupayaan lelaki tersebut mencari rezeki.  Aku tak sampai hati tengok kawan – kawan aku yang frust menonggeng sebab perempuan disebabkan masalah accountability.




Aku tak nak jadi lelaki macam tu. Walaupun fitrahnya aku suka bersenang lenang, aku tak nak dipandang tak guna oleh kaum perempuan. Start dari couple,aku mula buat kerja betul – betul. Study betul – betul untuk dapat pointer yang tinggi, supaya gf aku boleh bangga sebab aku ni boleh dikelasfikasikan sebagai lelaki yang pandai. Aku rancang masa depan aku betul –betul, belajar hidup bersederhana sebab aku tahu, lelaki yang hanya tahu bermewah untuk diri sendiri tak akan dapat hidup bahagia bersama pasangannya.



Tapi macam biasa, cara lelaki berfikir tak sama macam perempuan fikir. Aku rancang untuk tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang tak sama dengan kaum wanita yang lebih pentingkan kebahagian di sekeliling mereka (sekarang)  tanpa apa –apa pegangan yang kukuh. Mungkin perbezaan hormone menjadikan ruang permikiran dua jantina ni tak selari menyebabkan aku terpaksa melepaskan dorang pergi.


Sedih tak payah cakaplah, meletakkan diri aku sebagai seorang perayu memang satu pengalaman paling aku tak boleh lupa. But its ok, cam aku cakap sebelum ni, datang dan pergi insan dalam hidup kita memang satu keperitan, baik lelaki ataupun perempuan. Dua – dua ada perasaan.


Sekarang ni, aku dengan hidup aku, dorang dengan hidup dorang. Aku rancang hidup aku seadanya, sebab menjadi fitrah manusia mencari kebahagiaan, tetapi kebahagiaan tanpa usaha hanyalah fatamorgana yang sia – sia. Macam budak – budak sekolah baru couple la~

Point aku hari ni? Kepada lelaki, bina diri, bina ekonomi dan paling penting bina ahlak, aku rasa selain masalah kewangan, salah satu punca napa perempuan tinggalkan lelaki adalah kerana masalah accountability dalam agama. Macam mana lelaki tu kata nak bimping perempuan, kalau solat lima waktu pun terkontang kanting (nasihat untuk diri aku sendiri sebenarnya) . Sekarang ni aku tengah bina ahlak aku balik, solat 5 waktu wajib sehari semalam. Yang perkara sunat, buat sikit2. Biar kecil yang penting istiqamah.


Sekarang ni, aku Cuma berdoa kat Tuhan, mungkin kalau umur aku panjang, ekonomi aku dah mantap, ahlak aku da ok, aku berdoa dipertemukan dengan perempuan yang tahu menghormati aku. Boleh terima baik buruk aku dan sedia dipimpin sebagai isteri. Nak cari yang baik, diri kenalah baik dulu kan. Selamat merancang wahai lelaki, dan pimpinlah diri mu sebelum kamu memimpin isteri mu.




lesu........

baru sampai Terengganu. tumpang kereta kawan aku , Koro. Thanks to him, perjalanan aku ke negeri ni berjalan lancar. 

malas nak tulis banyak, baju pun tak gosok lagi. Elaun dah masuk, aku check dalam account aku. Tak de rasa apa- apa. cukup dengan syukur dengan nikmat Tuhan bagi.

Aku dah deactive facebook aku. bukan ape, setiap kali aku online, mesti aku nak stalk dia.

pas ni, apa2 pasal luahan, aku luah kat blog ni. Senang,....


Thursday 26 January 2012

cikgu uthman thambi. dalam kenangan

benda ni aku tulis kat facebook aku dlu....3 tahun lepas jujur ikhlas dari hati gua....


hari ni 13 Mei, tak lama lagi hari guru...disebabkan malam ni malam jumaat, so aku amik kesempatan tuk baca yassin tuk kedua - dua arwah atok ngan nenek aku. Tak lupa gak ngan tuk arwah cikgu yang paling aku respek sekali dalam hidup aku ' cikgu Uthman Thambi"

sesudah bacaan yasin, aku tutup dengan doa.. aku berdoa mintak ketiga - tiga insan ni diletakkan di tempat orang 2yang beriman....dan semoga Allah mengampunkan dosa2 mereka ketika mereka masih hidup...

aku tutup Kitab Yassin, n lepak kejap atas katil, bukak laptop compact aku pastu check facebook ngan email. seronok pula bila tgk status bdk2 ni, kelakar pun ade. aku tgh seronok tergelak - gelak coment kt status dorang. tetiba hp aku berbunyi, dpt msg, dari sape ntah. " bila ko nak balik muor? jom lawat kubur cikgu uthman, lama dah kita x jumpa". aku diam kejap, siapa plak send msg pukul 12 malam mcm ni...tgh2 pikir tu la aku teringat kenangan masa aku form 5 dlu..

mungkin sesiapa yang pernah duduk belajar sama2 ngan aku, kenal ngan arwah cikgu ni. Arwah merupakan seorang individu yang banyak mengajar aku. bukan aku je, ramai lagi anak2 murid dia yang berjaya hasil asuhan dia ni. bukan aku nak riak ke, jauh sekali nak cakap besar, tp hasil didikan dia, ramai gak yang dapat cemerlang masa aku exam spm dulu tu.

Jujur aku cakap, aku bukanlah budak pandai, bukan aku je cakap, cikgu2 kt sekolah aku dlu pun cakap aku tak pandai. aku bukan sahaja tak pandai, aku malas buat kerja sekolah, penat dah cikgu2 sekolah basuh aku, tp mmg muka aku pun bukan muka pelajar harapan sekolah. last2 cikgu pun give up.

kalau korang perasaan kt sekolah - sekolah dlu, budak2 pandai, cikgu agung2 kan. siap wat kelas tambahan percuma lagi. Time hari hari terbuka, siap puji depan mak bapak. antara contoh2 ayat cikgu " anak puan ni mmg pandai, kalo dia wat betol2, insyallah boleh jadi doktor" tak pun cikgu tu akan cakap " belajar betol2, saya tengok muka awak mmg muka straight A" dan mcm2 lg ayat - ayat manis kononnye untuk memberi kata - kata sokongan kat pelajar - pelajar dorang yang bijak. 

Tapi berdasarkan analisis aku, kebanyakkan pelajar2 cemerlang bukan sebab guru yang mengajar di kelas, tapi sbb mereka dapat kelas tambahan di luar, di pusat2 tuisyan yang mantap, dengan guru yang berpengalaman. tp kena bayar lebih la.

Pelajar - pelajar yang sederhana mcm aku ni, sekadar utk memenuhi kuata pelajar di sekolah je, ade ke x de , sama je yang penting kami semua kena lulus spm supaya gred sekolah tu x merosot. Mcm siot je kan, tp tu la hakikat pendidikan di Malaysia sekarang ni. kalo dlu, cakap cikgu penuh nasihat, tp sekarang penoh muslihat, biaslaah cikgu join MLM ( multilevel marketing) , nak lariskan produk jualan kt sekolah je. sbb tu aku pernah give up belajar, terasa mcm nk berhenti pun ade

Tapi aku tau, Allah x kan biarkan hamba - hambNya terus dalaam kekufuran. satu hari, kawan baik aku,Khalil bawak aku ke suatu tempat. dia kata nak bawak aku jumpa seorang guru ni, dia bukan guru sekolah, tp ada kelulusan Ph.D . dia boleh ajar macam2 subjek, fizik, math, addmath, dan sebagainya. Sebot je nama2 subjek tu, mmg bulu roma aku meremang, bukan sbb takut ngan hantu, tp takot ngan paper subject tu. mana tak nye, baru miggu lepas aku dapat 1 per 100 dari paper add math. mmg bising gila parents aku, segala sumpah seranah keluar, tp x kan aku nak salahkan mak ayah aku plak. kesian dorang cari duit, supaya aku leh belajar n dapat result yang baik, tp aku bg dorang result yg mcm tu.

OK, back to the stories, tempat tuisyen tu dikenali sebagai RT muar, ataupun rukun tertangga. dari luar, aku tengok tempat ni biasa2 je. Boleh kata 100 percent tmpat tuisyen ni berdindingkan kayu dan beratapkan bumbung yang agak rapuh. rasanya lagi elok aku panggil tempat tuisyen sebagai rumah .Bila aku masuk rumah tu, aku tgk ramai pelajar dari pelbagai lapisan umur. Dari form 1 smpai form 5. Aku tgk dorang wat study group, ada gak yg study sendiri2. aku pelik, btol ke tempat tuisyen ni? mcm tempat lepak2 je aku tgk.

Sedang aku mengamati setiap pelusuk kelas tersebut, tiba - tiba ada sorang insan masuk dalam rumah RT tersebut. Seorang yang aku boleh nilai sebagai orang tua, bertepatan dengan umur dia, berpakaian lusuh, bermisai tebal dan rambut dia agak keputihan skit, banyak berfikir agaknya. Berbadan sederhana seperti lelaki - lelaki biasa di Malaysia. Dia berjalan bersahaja tapi agak perlahan, faktor usia mungkin. Aku rasa umur dia dalam lingkungan 60 oan. Dia berdiri di hadapan dan memberi salam kepada seluruh kelas. Salam dihulurkan dengan nada suara yang besar, garau dan agak menakutkan bagi sesiapa yang tak biasa menjawab salamnya. kehairanan menjelma bila pelajar - pelajar di situ menjawab salamnya dengan mesra dan terukir senyuman di setiap muka masing - masing. Dari riak wajah mereka, aku tau, bahawa orang tua ni mesti seorang yang disenangi dan dihormati. Walaupun perwatakannya kasar, mesti ada yang istimewa tentang insan ini.

Dari situlah aku berkenalan dengan seorang insan yang digelar cikgu Uthman. Beliau merupakan seorang yang berpewatakan kasar, tetapi ada kelembutan ketika beliau mengajar. Cara pengajarannya yang verstyle, tidak terlalu formal, tetapi cara penyampaian yang menarik membuatkan kami semua senang dengan beliau. Beliau juga suka mengamalkan personal teaching, di mana beliau akan pergi ke seorang demi seorang untuk mengajar. Beliau suka bertanya, bahagian mana yang kami x paham dan beliau akan menerangkan sebaik mungkin.LAGI SATU, beliau x pernah kisah sgt pasal yuran, sbb ada budak2 ni belajar dgn dia secara percuma, selama bertahun2

Antara kelebihan beliau ialah beliau boleh menerima setiap kelemahan pelajar dan beliau boleh menukarkan kelemahan tersebut menjadi kekuatan dalam diri mereka. Secara jujurnya, aku belajar menghargai diri sendiri bila aku berjumpa ngan cikgu...


Beliau banyak memberi nasihat serta dorongan kepada orang mcm aku ni. Mengajar aku menerima sesuatu kegagalan dan dari kegagalan tersebut menjadi ilham untuk kita mencipta kejayaan. sepanjang enam bulan aku belajar ngan cikgu...sepanjang tu berlaku perubahan drastik dalam diri aku. Aku berani menyatakan pendirian aku, aku kenal siapa diri aku dan paling penting, aku belajar menghargai diri aku sendiri. semuanya kerana jasa seorang guru. kalau x kerana beliau, mungkin tempat aku bukan di sini. Aku ingat balik setiap ujian yang aku amik, ada peningkatan. peningkatan sedikit demi sedikit akhirnya, result aku dah sama taraf ngan kebanyakkan budak kelas kedua kt sekolah aku. ( aku sains stream). 


Sedang aku seronok belajar di bawah asuhan seorang guru, pertengahan bulan 5 2007, cikgu kena strok ...aku terdiam, bukan aku je, tp semua anak - anak murid dia terdiam dan terkelu lidah. Aku mcm x percaya tp tu la hakikatnya...x kering air mata kami dbuatnya, untuk kali pertama, aku merayu kt Tuhan supaya jangan tarik nyawa hamba ALLAH yang sorang ni. siang malam aku berdoa dan berdoa. Aku ingat lagi kami pernah buat solat hajat beramai - ramai kt tempat tuisyen tu. Masa tu, aku rasa dunia aku kelam, tak tau nk buat ape.

Alhamdlulilah, nyawa cikgu panjang lagi time tu, dia dah recover, tp bukan 100 percent. Aku rasa terharu ngan sebak bila tgk cikgu cuba nak jadi kuat macam dulu. Dia sanggup berulang alik dari rumah dia ke tempat tuisyen yang jaraknya hampir 12 kilometer menyeberangi jambatan sungai muar, semata - mata nak pastikan anak - anak murid dia ni boleh belajar. Cikgu cuba sembunyikan kesakitan yang dia alami, dengan senyuman, cuba bergelak tawa ngan pelajarnya sekadar untuk mengubati rindu kami. Dia juga cuba mengajar mcm dlu, tp aku tau, daya dia dah x seperti dulu, tp semangat dia yang aku kagumi, berkorban demi anak bangsa tanpa mengharapkan sebarang ehsan. Aku ingat lagi kata - kata cikgu dulu ' saya tak pernah tagih simpati sesiapa, kerana saya ada maruah diri, dan kamu semua ni ibarat maruah saya".


Cikgu cuba bertahan demi kami, sehinggalah kami semua amik spm dan sempat mendapat result spm kami. alhamdulilah, berkat dorongan mak ayah n cikgu Uthman, aku sendiri ax percaya aku dapat result yang agak cemerlang, mungkin tak sehebat seperti insan lain, tapi aku belajar menghargai diri sendiri. dan perasaan aku sendiri lebih kepada gembira berbanding kecewa. selepas petang tu, kami bercadang nak jumpa ngan cikgu. aku ngan budak2 ni bawak moto secara beramai - ramai ke rumah cikgu. kami kecewa, sbb cikgu x de kt uma, n no phone dia pun x dpt dihubungi.

bulan 5 2008, aku dapat sumber yang cikgu kena tahan kt wad, aku contact kawan2 yang lain untuk melawat cikgu kt hospital muar. dia sedang terlantar atas katil di hospital. sampai kt sana, aku ditemani dua orang sahabat baik aku, Arham n Azyan...aku tgk cikgu. diam terlantar. Sebak hati aku tgk cikgu. Menurut Arham, cikgu ada ketumbuhan kt otak..perlu di operate. kalo x, jangka hayat dia x lama. sedang aku ngan Arham berborak..mata cikgu terbuka sedikit, aku capai tangan cikgu, aku rasa dia dah kurus. perutnya kempis, x sebuncit dulu, yang tinggal cuma tulang - tulang yang dibaluti kulit. aku cium tangan cikgu, sejuk, kesan hawa dingin agaknya, aku cium dahi cikgu. terasa nak mengalir air mata aku melihat cikgu menderita seperti ini. aku dongakkan kepala, menahan air mata yang hampir jatuh. aku cuba berborak dengan cikgu, sebab Arham kata, cikgu paham apa yang kita cakap, walaupun dia x dapat berinteraksi balik. aku tgk lirik mata cikgu, memandang ke arah kami bertiga...mungkin dia sayu melihat kami, anak - anak muridnya yang kian dewasa...situ perjumpaan terakhir aku ngan cikgu sebelum aku pergi melanjutkan pelajaran kt matirks negeri sembilan.

selang brapa bulan, aku dapat pelbagai tawaran melanjutkan pelajaran, dan akhirnya, aku memilih maktab sebagai pusat pengajan aku....pada bulan 8 2008...aku dapat panggilan dari sahabat baik aku, Arham, "cikgu dah meninggal"...inalilahwahirajiun,,aku terdiam...rasa senak di hulu hati, dan tergamam seketika, masa tu aku aku tgh belajar kt trganu, trasa nak balik, tp mana boleh, sbb asignmen berlambak2. apa yang aku boleh buat ketika tu, cuma menyedekahkan yasin kepada arwah cikgu...sebagai kewajipanaku sebagai orang Islam dan sebagai anak muridnya

aku capai yassin...aku mulakan dengan 3 kali bacaan alfatihah.., bila bibir mula meniti bacaaan yasin, terasa air mata aku mengalir, aku kesat air mata, aku deraskan bacaan aku. Selama ni aku sangka aku kuat, rupa2 nya, aku lemah bila ditimpa ujian begini. wajah cikgu sentiasa dalam ingatan ketika aku membaca yassin, dan tiap kali tu juga, air mata aku akan mengalir...aku bukan seorang yang cepat menangis, cuma jiwa aku cepat tersentuh bila ingatan - ingatan aku pada Cikgu Uthman kembali menemani diri.

pada hari guru yang akan datang, aku mintak kita semua menyedekahkan yassin pada cikgu Uthman dan guru - guru kita yang pernah mengajar kita, kalo x mampu dengan yassin, cukuplah sekadar dengan surah Al Fatihah......TERIMA KASIH CIKGU.........

saling sokong menyokong antara kaum, dosa ?

Rokok pall mall satu dik” ujar aku kepada budak casher di kedai runcit bapaknya. “ Rokok to habislah bang” sambil matanya melihat diri ku atas dan bawah. Dalam hati aku pelik, macam mana boleh habis? Rokok ni makanan ruji orang melayu dan indon. Kalo macam tu bagi rokok suria ke, nusantara ke? Budak indon aku tu dah kedarah nak isap rokok” aku berseloroh. Itu pun dah habis gak bang


Habis gak? Dah tu budak – budak endon aku ni nak hisap apa? Tak kan rokok dunhill? Lawan tokey dah ni. Sebenarnya aku tak hisap rokok, tapi sebab dari kecik aku belajar belikan rokok untuk budak – budak endon, so tak de lah kalut sangat kalau kaki – kaki smoker cerita pasal rokok ni. Dunhill mahal kot, sekotak sahaja dah boleh makan tengah hari dengan makan malam. Tak berbaloi rasanya beli sekotak rokok jika nilainya sama dengan kos makan tengah hari dan malam ko.


Tengah aku duk kalut pikir pasal rokok, datang pulak mak cik dalam pertengahan umur dengan cucunya. “ Tepung habis ke dik? Mak cik nak buat kuih macam mana? Gula pun main catu – catu ni ha”. Budak tu diam, mesti bengang sebab customer dah mula buat complain tentang isi kedai dia. Aku pun pikir gak, apa guna kedai runcit kalau barang yang kita nak beli tak de.


Datang pulak bapak budak tu merangkap tokey kedai menyelamatkan keadaan. “Sekarang kan tahun baru cina, memanglah banyak barang tak de, dorang kan pengeluar, kalo dorang cuti, kita peniaga pun sebenarnya menjual barang – barang yang ada je la.


Aku berlalu pergi dari kedai tersebut. Pastu aku mula pikir dalam – dalam. Tengok keadaan sekeliling aku, semua kedai – kedai milik orang cina tutup kerana cuti menyambut perayaan mereka termasuk kedai – kedai melayu sekali). Pastu aku teringat balik hari semalam, bila aku nak beli paku payung 3 kilo, sebab nak buat atap untuk kandang lembu. Bila pergi kedai hardware (milik orang cina) ada satu notis tampal kat pintu ( bercuti sehingga 28.1.2012) 

Aiseh, terbantut plan aku nak buat projek tu, paku dah tak de. Bukan kedai Melayu tak de jual, Cuma harga bapak mahal. Aku pergi ushar harga paku tu dekat kedai hardware Melayu, bapak mahal, 3 kali ganda dari harga sebenarnya. Bukan aku bodoh, tak pernah beli barang – barang ni semua, agak – agak la kan nak pancung pelanggan.



Berpegang kepada pepatah melanium ‘siapa lagi nak bantu orang melayu kalau bukan orang melayu sendiri’ aku pun amik gak, mengenangkan si penjual ni orang Melayu, sebangsa dan seagama dengan aku, pada hakikatnya dia sebenarnya memancung pelangan – pelangan kaum dia sendiri.


Pastu aku mula teringat satu picture iklan kat fb, suruh boikot barang – barang orang cina, macam tepung ape semua. Menilai dari situasi yang aku hadapi baru – baru ni, kalau aku boikot barang dorang, ada ke produk Orang Melayu yang boleh ganti produk yang telah diboikot tu? Berapa sumber kekuatan ekonomi orang melayu?Ada jaminan dari si tukang boikot, bahawa dengan cara memboikot barang halal dari kaum lain, kebajikan peniaga orang Melayu akan terjamin?


Cuba kita nilai pada tenaga pengeluar produk di negara kita . Kita semua sedia maklum, pengeluar gula terbesar di Malaysia adalah orang cina, pengeluar makanan asas macam tepung, mee kuning, tu semua hasil kerajinan mereka.


Mana kekuatan ekonomi orang Melayu? Ramai dari kita suka jadi pengguna, bukannya pengeluar. Sebab tu bila cuti tahun baru cina, kedai – kedai runcit Melayu tutup, ramai yang complain, padahal dorang tak tau, kalau barang tak sampai dari pengeluar, macam mana kedai runcit Melayu nak berfungsi.


Kadang – kadang pelik, ramai orang Melayu cakap, orang cina menindas mereka melalui ekonomi apa semua, tapi yang aku nampak secara realiti, kita sebenarnya saling bergantungan. Orang Melayu memerlukan barang – barang asas seperti mee kuning, tepung, telur dan bahan makanan lain untuk berniaga makanan kat warung (contoh) . Dan orang cina juga memerlukan duit orang Melayu sebagai pengguna yang membeli produk mereka. Apa guna ada barang dan produk hebat dan halal, kalau tiada si pembeli. Dan orang cina pun tahu orang Melayu menganut agama Islam, cukup sensatif dengan isu sumber halal dan haram.


Ni baru aku sentuh sektor sumber makanan, belum sektor – sektor lain lagi.


Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan ,kita semua saling bergantungan, hidup di bumi Malaysia, tak bermakna berlainan bangsa kalau tak saling membantu. Ramai dari kita cakap orang lain racist, padahal kita yang sangka kaum lain racist, kaum itu gak sama – sama membantu menaikkan ekonomi Malaysia.


P/s : balik dari uruskan ladang, bukak facebook, dua tiga budak maktab cuba tunjuk hero dalam laman sesawang dengan pengetahuan politik dorang yang suam – suam suku….Apa nak jadi, aku pun tak tahu la……..

guru dan usahawan, antara tanggungjawab dan pulangan pendapatan

Seekor demi seekor ayam kampung aku keluarkan dari sangkar. Ayam – ayam tersebut dipindahkan ke reban Makcik Ros dengan segera. Melihat dari kesibukannya melayan pelanggan yang datang ke pasar, aku dengan abah terus menghulur tangan untuk menolong memudahkan kerjanya.


Siap sahaja urusan, setiap berat ayam akan dikira dan pembayaran dilakukan antara peniaga dan pengeluar. Alhamdulilah, pulangan hari ini agak lumayan. Rm 1450 berpindah tangan. Abah mengghulur duit tersebut kepada aku untuk dikira. Not Rm 100 dan not Rm 50 disusun rapi dan dikira denga teliti. Aku hulur semula duit tersebut pada abah dan mengganguk tanda’ cukup’.


Itulah rutin aku sepanjang cuti sekolah ni (cuti sem). Tolong abah berniaga ayam kampung dan ayam daging. Selepas urusan menjual ayam selesai, kami bergerak pulang ke kebun kerana ada urusan lain untuk diselesaikan.


Aku kadang – kadang pelik tengok abah. Gaji dan elaunnya sebagai seorang guru penolong kanan di sekolah menengah adalah rm 6500 lebih. Kecemerlangannya dalam PTK 2 tahun lepas telah membolehkan abah untuk naik gaji melanggar dinding. Hasil jualan sawit abah melebihi rm 8 ribu hingga 11 ribu sebulan. Itu tidak termasuk lagi hasil jualan ayam kampung dan ayam daging yang puratanya rm 5000 hingga 6000 sebulan. Jika dikira purata pendapatan abah sebulan adalah rm 18 ribu hingga 23 ribu sebulan.


Tapi abah masih lagi dengan kereta proton saga lamanya.’ JBU 5760’ masih setia berkhidmat untuk abah. Abah tidak gemar bergaya mewah. Cukuplah dengan berbaju lusuh dan berseluar jean yang sudah pudar warna, sudah cukup untuk abah berasa yakin bergaul dengn orang di sekelilingnya. Kasut kuning Phua Chu Kang menjadi teman setia abah ke kebun untuk melindunggi kakinya dari terluka. Abah tidak guna handphone tocuh screen mahupun IPAD, cukuplah dengan Nokia yang mempunyai kemudahan MP3 dan camera 2 megapixel.


Meskipun abah tidak begitu kisah dengan penampilan hariannya, tetapi abah professional, apabila urusan kerjanya sebagai seorang guru. Abah mesti dilengkapi dengan pakaian kemeja dan seluar slack berwarna gelap yang siap digosok. Tali leher dan tag nama sentiasa menghiasi bajunya dan kasut kulit gelap sentiasa dikiwi. Abah pernah cakap ‘ pakaian tidak mencerminkan peribadi seseorang tetapi bila bergelar seorang guru, wajib baginya menjadi contoh untuk anak murid dengan berpakaian kemas dan berdisplin”. Teringat beberapa kali aku ditegur oleh abah sebab terlupa memakai tag nama ke sekolah. Abah pernah tegur “ manusia memang tak boleh lari dari membuat kesilapan, tetapi menjadi seorang guru, kita perlu menunjukkan tauladan dan bukannya kesilapan yang boleh dipertikaikan oleh anak murid kita”.


JBU 5760 masih meluncur selesa di atas jalan raya. Aku mengelamun sendirian di tempat duduk penumpang. Melihat pokok – pokok sawit yang rendang mengundang satu perasaan damai di hati. Kerinduanku pada Muar terubat bila melihat daun sawit yang menghijau.


Entah kenapa petang tu, aku menceritakan apa terbuku di hati selama tiga tahun kepada abah. “Anept sebenarnya tak minat nak jadi cikgu, abah” Perlahan nada suara aku bersuara. Abah tidak memandangku kerana fokusnya ketika memandu. Abah bertanya “sebab apa ? bukan dah tiga tahun belajar kat maktab, masih tak minat lagi?”


Anept rasa Anept lagi sesuai jadi penternak, usahawan ternakan, macam yang kita buat sekarang ni. Anept suka kerja macam ni, pendapatan lagi banyak. Kalau Anept duduk kat sini, kita boleh kembangkan lagi business kita. Sebelum ni kita hantar ayam daging hidup dekat pasar, dekat peraih, kenapa kita tak hantar terus ayam yang siap diproses ke kedai – kedai makanan?

Kalau ayam yang dah siap proses di pasar, harganya rm 7 hingga rm 8 sekilo, dorang amik dengan kita rm 3.50 hingga rm 4.50 sekilo. Mereka untung atas angin abah. Kita buat penghantaran terus ayam yang sudah siap diproses kepada pelanggan. Kita letak harga rm 5.50 untuk sekilo ayam. Kita sudah untung antara rm 1 hingga rm 1.50 untuk setiap sekilo, begitu juga dengan pelanggan, harga kos sudah dapat dikurangkan. Dua – dua untung, dah kira win – win situation la kan.


Abah diam sambil tersenyum nipis. Abah mula membuka bicara “ abah setuju dengan pendapat kau, tapi sabarlah, jangan tergopoh – gopoh, jangan ikut darah muda sangat nanti merana diri. Abah tahu, antara sebab ko tak minat jadi cikgu sebab kau lagi senang kerja ikut kehendak kau. Kau tak suka diarah oleh orang lain, kadang – kadang kau suka memberontak bila kau dipaksa atau dikerah melakukan sesuatu yang kau tak suka.


Cakap abah memang betul, aku lagi senang kerja mengikut cara aku sendiri. Tak suka dipaksa akan sesuatu pekerjaan yang aku tak minat. Aku masih lagi ingat pengalaman bekerja di kedai makanan segera MCD di Muar selepas SPM . SHITT sungguh rasanya. Berdiri selama 8 jam, buat berger, bersihkan lobby, buang sampah apa semua, kerja separuh mati, kena maki dengan Manager. Bila cukup bulan, tengok – tengok gaji aku cuma RM 450. Rasa sunguh – sungguh tak berbaloi masa tu. Terus aku buat surat berhenti dan aku janji dengan diri aku yang aku tak kan kerja bawah orang lagi.


Abah tau kau suka dengan kerja sekarang ni. Kau lagi senang bekerja sebagai boss, mengarah budak – budak endon mengikut kehendak kau. Abah tau semua tu sebab abah yang latih kau untuk uruskan pekerja – pekerja kita bila abah tak de. Abah tahu diri kau macam mana, degil, tak sabar, cepat marah, keras kepala, suka ikut darah muda dan semua sikap ni yang menyebabkan kau kau tak minat nak jadi cikgu sebenarnya.


Kata – kata abah tepat ke dahi, terus menusuk ke hati menyebabkan aku sedikit terpana. Diam kelu seribu bahasa. Tiada hujah – hujah yang dapat mematahkan kata – kata abah melainkan mendiamkan diri.


Abah tahu semua perangai kau, sebab perangai tu semua dapat dari abah. Abah dulu pun keras kepala, degil dan panas baran. Sebab perangai ni lah abah digelar guru disiplin yang paling garang di serata daerah Muar. Sebut sahaja Cikgu Malek, pastinya bekas pelajarnya dari beberapa buah sekolah di Muar akan tersenyum menggenangkan hukuman rotan yang mereka terima akan kenakalan mereka. Aku sendiri sebagai anaknya tidak terlepas dari kegarangan abah, sudah beberapa kali sebat dan rotan singgah di badan dan alhamdulilah, aku membesar menjadi manusia.


Walaupun banyak sikap negatif pada diri kau, tapi abah tahu kau jenis tabah, kau tak suka mengalah bila diuji dengan sesuatu masalah. Kau suka berusaha dan terus berusaha. Bila kau sukakan sesuatu, kau akan berusaha sebaik mungkin untuk dapatkannya. Walaupun kau cepat marah, kau cepat sedar dan cepat sejuk. Kau tak kekok untuk minta maaf dengan orang yang kau lukai walaupun kau ni manusia yang egonya tinggi.


Anept, ada satu benda yang kau kena sedar dalam hidup ni. Kita hidup ni bukan untuk kejar harta dunia semata – mata. Sehebat manapun manusia dengan hartanya, bila dia mengadap Tuhan, semua hartanya akan lebur, takwa dan amal ibadatnya di dunia yang menjadi kayu ukur sama ada dia akan ke syurga atau ke neraka.


Aku diam membisu,


Menjadi cikgu, ini bukanlah satu peluang pekerjaan semata – mata. Kerja ini memang tidak akan menjadikan kau manusia yang kaya dengan harta dunia. Tapi bila di akhirat nanti, kerja inilah salah satu platform untuk kau menempatkan diri kau di syurga.


Bila kau menjadi seorang cikgu, kau telah diamanahkan untuk mendidik pelajar kau dengan ilmu dan nilai murni. Mak bapak sekarang sibuk bekerja sehingga lupa tanggungjawab rohani pada anak – anak, sebab tu ramai bangsa kita jadi penagih dadah, jadi bohsia, jadi penagih dadah. Sapa lagi nak dipertanggungjawabkan kalau bukan kaum guru sendiri?


Niat kita bukan hanya untuk mengajar murid pandai membaca dan mengira, tapi mengajar mereka tentang nilai – nilai norma masyarakat dan keagamaan. Mendidik mereka bahawa hidup ni tak semanis yang mereka sangka dan akan ada timbang tara untuk setiap perbuatan yang mereka lakukan.


  Abah tahu kau tak minat nak jadi cikgu sebab kau rasa susah dipertanggungjawabkan dengan hal – hal macam ni. Amanah adalah benda paling berat dan mati adalah benda yang paling dekat. Sebab itu, abah pilih untuk jadi cikgu, sebab rasa tanggungjawab pada anak bangsa sendiri dan agama. Abah tahu setiap pekerjaaan yang halal abah buat, akan ada pahala disebaliknya dan semulia – mulia pekerjaan selepas Nabi adalah guru.


  Ada tiga benda yang bermanfaat untuk anak adam selepas mati. Pertama, ilmu yang berguna yang ditinggalkan, kedua doa anak yang soleh dan ketiga amal jariahnya semasa di dunia. Abah rasa, pekerjaan cikgu amat sesuai dengan konsep ilmu yang berguna dan insya Allah, konsep amal jariah tu abah cuba capai. Cuma abah risau konsep kedua tu, Sambil mata abah menjeling aku.


  Aku mula menukar topik “abah majlis konvokesyen PhD abah tu bila? Senang sikit Anept nak amik cuti nanti. “ aku tersengih – sengih kerana terpaksa menukar tajuk, takut lebih banyak lagi syarahan yang bakal dilontarkan oleh abah nanti.

Tuesday 24 January 2012

cinta itu memang sakit dan menyakitkan

 banyak kerja~ kerja banyak, tak terkata, malas nak menulis. Aku suka balik kampung time cuti ni, tadi ada satu part yang paling aku benci tentang diri aku, bila masih teringat kat dia. God, she hates me already, why cant u make me hate  her like the way she did.

i cant love u anymore, even to see your picture already make me feel uncomfortable. delate all your pics in my laptops because you already did the same thing long time ago. when someone said to me, Isteri adalah anugerah, gf adalah masalah. now i find it true. Even you already left me, yet the pain still inside my chest.

dear God, tolonglah bawak kenangan ni semua pergi.

Thursday 19 January 2012

     Kaki melangkah laju diiringi bunyi tapak kasut merejam lantai dengan keras.  Jalan ku membawa ku ke kooperasi. Tekak terasa sangat haus disebabkan aku berleter kat budak – budak kelas aku sebentar tadi. Pening kepala nak uruskan kertas kerja B.I.G yang x setel – setel menyebabkan emosi aku sedikit terganggu macam perempuan datang bulan hendaknya.


         Berbekalkan duit rm 3 yang terdapat dalam poket, aku mencapai setin Red Bull di peti ais  untuk mengisi tenaga. Aku capai beberapa helai duit not seringgit dan hulur kat akak kooperasi tu. Alhamdulilah, ternyata JPP sem lepas begitu bijak memilih pekerja yang sesuai dalam bidang ni. Akak  yang jaga kaunter merangkap cashier sungguh cantik dan comel. Pandai pihak Kooperasi gunakan teknik marketing. Duit yang aku hulur tadi disambut dengan senyuman dia. Hilang sudah penat di hati, kegelisahan pasal kerja pun hilang terbang entah ke mana.
 

        Pastu aku terus gerak, beli Thumb tack apa semua, atas arahan Big Boss yang mahukan setiap lubang – lubang tingkap ditutup dengan kad board (untuk pastikan hawa dingin aircond tak keluar). Lepas tu sila pastikan, guna thumb tack, jangan guna stapler gun. Aku sendiri terpinga – pinga bila Big Boss bagi tiga batang tukul. Aisehmen…..kenapa la kerja senang – senang dijadikan susah.


     Sampai kat kelas. Aku bahagi tugas apa semua kat budak – budak lelaki, sambil ditemani oleh beberapa kawan perempuan yang agak ringan tulang untuk tolong sekali. Tengah – tengah aku nak menukul, tetiba datang anak buah aku ni yang nak mintak kebenaran. Aku ingat kebenaran apa, rupanya dorang nak tukar tempat praktikum atas dasar suka sama suka.


      Erm, aku time tu pikir kejap,  teringat balik bila aku bagi peringatan kat anak – anak buah aku tentang peranan Ketua Unit (tugas aku) . Apa – apa hal yang melibatkan hal kelas, sila inform pada aku terlebih dahulu. Ternyata dorang ni sungguh professional, even ada yang nak balik (dah habis kelas) dorang akan inform aku. Well, dorang memang professional, so aku pun kenalah tunjuk aku ni professional gak kan.


    Aku mulanya mintak dorang call wany, merangkap ketua segala ketua dalam hal praktikum (wakil pelajar) tapi wany cakap, mungkin ketua unit praktikum tak bagi sebab data semua dah masuk ke computer. Tinggal nak hantar surat je ke pihak sekolah masing – masing. Pastu aku bincang dengan anak – anak buah aku, dengar masalah dorang. Then aku decide, aku akan iring dorang jumpa ketua unit praktikum.


    Mula aku cuak gak kan, sebab baru dua hari lepas, Wanny dengan Ina kena marah teruk dengan Ketua Unit Praktikum sebab dengar cita ada anak buah  yang mendahlui ketua unit pergi jumpa Ketua Unit Praktikum tuntut benda – benda yang tak munasabah dalam praktikum ni. Senang cerita ada guru pelatih yang buat kepala sendiri, rasa hebat habis pastu pergi buat tuntutan yang tak releven.Kesannya ketua Unit yang kena marah.


   Sampai depan pejabat Unit Praktikum, aku doa la sikit, selawat tiga kali dalam hati. Puh kanan puh kiri depan pintu pejabat tu. Mintak Allah lembutkan sikit hati pensyarah – pensyarah dalam jabatan ni.  Aku rasa anak – anak buah aku tak perasan tindak tanduk aku (confident yakin) . Jumpa pensyarah tu, terus aku bagi salam mesra dan aku sambut tangan dia dahulu, salam dan cium tangan,. Tunjukkan rasa hormat, pastu mintak maaf sebab amik masa dia. ( teknik ni bapak aku yang ajar, kira aku tengah menguji kesan teknik ni pada pensyarah)


   Aku pun cerita yang aku ni wakil anak – anak buah aku, cerita masalah dorang, dan dorang   ni nak tukar pun atas dasar suka sama suka. Mula aku tengok muka encik pensyarah ni cam nak makan orang,  tapi mungkin sebab punya baek greet yang aku bagi, dia pun tak jadi nak marah. Last – last jump to conclusion, dorang dapat kebenaran tukar tempat tapi kena berurusan dengan pensyarah yang menguruskan data plak lepas pukul 2.30 tengah hari. ( ternyata teknik ni memang berkesan)


    Ok, kita orang pun menunggu kat luar pejabat dahulu semasa nak tunggu pensyarah yang uruskan data tu sampai. Pastu aku cakap kat dinna (salah sorang anak buah) yang aku nak balik kelas, tengok kerja budak – budak ni macam mana, kalo ada masalah, contact aku balik.


   Sampai kat kelas, Wallah~ ternyata budak – budak lelaki kelas aku memang bertanggungjawab, Cuma aku je suka lari dari kerja. Semua lubang – lubang cermin dah ditutup dengan kad board. Insya Allah, lepas cuti raya Cina, dah boleh pasang air cond.

After several minutes, anak – anak buah aku yang nak tukar praktikum tu tak jadi plak tukar. Dorang dah jumpa alternative lain untuk selesaikan masalah dorang. Aku tak kisah pun dorang tarik balik, sebab dorang sendiri yang jumpa jalan penyelesaian  yang lagi baik dari sebelum ni.  Lagi pun aku pun suka gak kes – kes macam ni. At least aku try nak develop diri aku untuk jadi individu yang boleh mendengar masalah orang lain dan boleh dibawa untuk berbincang. Dan anak buah aku pun tak rasa segan or susah nak mengadu masalah dorang.

Esok aku akan konvoi ramai – ramai dengan budak – budak Johor untuk balik ke Muar. Malam ni kemas barang apa semua. Pastu tdo…….


percayakah korang, aku layan lagu ni selama tiga hari tiga malam~ aku pun tak tau kenapa. 

Tuesday 17 January 2012

sombong dan ego




Aku lepak sorang – sorang dalam libarary IPG sambil ditemani buku – buku dan majalah di rak. Jam di handphone menunjukkan pukul 10 suku pagi.  Hawa dingin aircond yang sejuk nyaman mengundang satu perasaan senang di celah ketiak ku yang kebasahan. Sambil – sambil mencari satu buku yang sedap dibaca untuk mengisi ruang kelaparan perut yang tidak kesudahan. Mata aku liar melihat junior – junior perempuan yang kian meningkat dewasa dan semakin comel jika dibandingkan dengan kakak – kakak senior mereka yang kian kelihatan tua dimamah dek usia. Kesan pemakanan duit elaun gamaknya.


Sedang mata aku gatal tidak bersempadan, tiba – tiba pengamatan ku tertumpu pada satu majalah, bukan majalah Mangga, or majalah artis  tapi Majalah Solusi Isu no 40. Tangan aku pantas mencapainya secepat mungkin takut diambil oleh orang lain.



Aku amik dan baca satu – persatu  helai demi helaian. Dengan kusyuk mata meniti setiap bait – bait perkataan .  Dan ada satu rencana yang menarik minat aku, “Apabila Hati Bongkak” tulisan HJ. Zainuddin Ali.


Ayat intro dia memang menarik dan menyentap hati aku, “orang yang sombong ialah orang yang memandang dirinya sangat sempurna dari semua segi,  sering memandang rendah pada orang lain, menggangap orang lain tidak layak untuk mengerjakan suatu urusan malah dia juga enggan menerima kebenaran” (Haji Zainuddin Ali, 2011)






Banyak input yang dapat aku terima dari hasil tulisan beliau, cara – cara penulisannya yang ringkas tapi padat dengan isi – isi yang bernas serta disertai dengan hadis dan surah yang sah. Antara yang disentuh dalam rencana beliau ialah larangan bersikap sombong,  akibat bersikap sombong dan hukuman yang diberikan kepada orang sombong di akhirat.



Orang yang sombong  di akhirat nanti akan mendapat kehinaan daripada Allah  dengan dikecilkan  saiz tubuh mereka sekecil semut, dan kehinaan datang  dari pelbagai sudut kepada mereka DARI SEGENAP PENJURU.


Rassullah bersabda dalam hal ini, maffumnya, “orang yang sombong akan dihimpunkan pada hari akhirat dalam bentuk semut –semut kecil berkepala manusia. Dari segala tempat datang kehinaan pada mereka, mereka digiring ke penjara ; neraka jahanam yang disebut bulas , di bahagian atasnya yang menyala – nyala  dan mereka diberi kotoran najis penghuni neraka”. (Riwayat al Tirmizi dan Ahmad)




Serius lepas baca artikel ni, aku mula reflect pada diri aku sendiri. Selama ni aku memang manusia ego dan ego itu sendiri adalah sombong, dan kerana sikap sombong ni Iblis dibuang dari syurga tetapi kenapa manusia macam aku masih nak mengamalkan ego?


Aku pernah ego pada kawan – kawan aku, pernah sombong dengan orang tua, kadang – kadang pernah sombong dengan Allah, tapi Allah masih lagi bagi aku peluang untuk bernafas. Punyalah banyak perintahnya yang aku tinggalkan tapi Allah masih lagi bagi nikmat rezeki kat aku. Dan aku yang tak sedar diri ni masih berlaku sombong dengan nikmat Tuhan beri. Aku selalu anggap setiap rezeki yang aku dapat adalah hasil usaha aku dan keluarga aku. Padahal, semua ni milik Tuhan, Dia boleh amik bila- bila masa je yang dia nak. Bila pikir – pikir balik, aku ni kecil je. Entah kenapa kaki merasa berat hendak ke kelas menggenangkan rasa sombong tu pernah ada   dan masih lagi menjadi darah daging dalam sifat aku………





Sunday 15 January 2012

praktikum, antara teori dan praktikal.

     Dua tiga hari ni memang kecoh pasal isu praktikum dalam batch aku. Dalam dua tiga suara di dalam kelas menggesa untuk aku mendapatkan maklumat praktikum seperti senarai sekolah yang ditawarkan, tarikh praktikum dan sebagainya.

       Secara jujurnya, ini kali pertama aku handle isu praktikum ni sebab sem – sem sebelum ni lebih kepada pembelajaran secara teori dan praktikum ni menjadi satu medan praktikal ataupun ‘hands on’ kepada guru pelatih sem 5. Bagi aku, (yang tak tau lagi praktikum ni macam mana) praktikum ni macam satu lapangan kepada kita orang untuk belajar menjadi guru dalam gelanggang pendidikan yang sebenar.

    Kalau dalam kelas – kelas pendidikan sebelum ni, kita diajar mengenai teori – teori pembelajaran seperti teori behaviorisme, teori kognitif, teori mentalis dan macam – macam teori yang merangkumi segala kelakuan dan tingkah laku manusia dalam proses pembelajaran. Bila aku menyentuh aspek manusia, client aku pastinya budak – budak bawah umur, purata umur mereka dalam 7 hingga 12 tahun.




      Aku dah mula terbayang pengalaman aku yang lepas  bersama budak – budak sekolah. Walaupun tempoh program PBS sebelum ni hanya 1 minggu untuk satu sekolah dan 4 buah sekolah  yang telah aku pergi dah menggenapkan tempoh 4 minggu yang bersamaaan sebulan di sekolah. Sepanjang  tempoh tu aku muka kenal konsep teori  yang kita belajar kadang – kadang tidak sama dan mungkin agak sukar untuk diaplikasikan dalam konteks lapangan kerja yang sebenar.

    Teori kognitif ke mana, teori behavior ke mana, tu belum teori  pengawalan bilik darjah lagi, semua ke laut. Time tu la korang mula rasa yang kemahiran tu kadang – kadang jauh lebih penting dari teori semata – mata. Kalau sebelum ni, dalam buku Mok Soon Sang, ayat dia lebih menjurus cikgu ke arah guru yang lebih mesra murid pada awal perkenalan bagi membina imej guru yang positif.




      Aku cabar mana – mana bakal guru terutamanya guru perempuan, cuba first day korang jumpa murid - murid ni, pastu buat – buat lembut dan friendly macam artis yang menyanjunggi peminat agar peminat menyanjung mereka kembali (cam yang konsep guru yang dianjurkan Mok Soon Sang).  Check the result after 2 or 3 week, dorang ni akan mula naik kepala dan martabat korang sebagai guru tidak lebih dari baby sitter dorang kat rumah. Time tu la bila lecture datang nak observe korang, kelas jadi hinggar binggar, budak – budak mula tak dengar kata, bising jangan cakaplah, korang tengah mengajar sesuatu konsep ni, rupa – rupanya budak sekolah darjah tiga tengah main hp kat belakang kelas korang handle tu.  Secara tidak langsung, perspektif guru pembimbing dan lecture yang datang menilai tu sendiri akan akan jatuh terhempas seperti perasaan hormat murid pada korang.


kelemahan teori


Ivan Pavlov theory 

      Bila aku jarang menggunakan teori – teori seperti teori Ivan Pavlov, teori Robert Glasser dan mana – mana teori pendidikan barat tidak bermakna aku menolak 100 peratus teori dorang. Ambiklah mungkin separa atau suku dari teori – teori tersebut dan cuba aplikasinya dalam konteks pengajaran yang sebenar. Tengok keputusannya macam mana?  Adakalanya konsep peneguhan dan ganjaran boleh digunapakai , seperti pemberian gula – gula kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan jawapan yang betul dapat menyumbang kepada pencapaian objektif pelajaran. Tetapi terlalu banyak ganjaran dari segi bentuk  lahrian  akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan peribadi manusia yang hanya bekerja untuk mendapatkan sesuatu kepentingan dan bukannya atas dasar tanggungjawab.


     Contohnya, jika hari ni seorang guru pelatih sering memberi hadiah walaupun tidak mahal, dan proses peneguhan ini berulang kali menggunakan ganjaran berbentuk fizikal. Lihat keputusan seterusnya, seorang guru berhenti memberi hadiah, bagaimana pula motivasi murid – murid tersebut selang 2 – 3 hari kemudian, adakah makin meningkat? Ataupun makin merundum.

        Aku pernah baca satu kajian seorang Proffesor (mintak maaf, aku betul – betul lupa siapa prof dan tajuk kajiannya) dalam satu kajiannya, 20 orang murid diminta melukis satu karya setiap seorang, selepas siap melukis, 10 orang murid tersebut diberikan hadiah sebagai ganjaran (tanpa pengetahuan 10 murid yang lain). Ujian ini dijalankan sebanyak 3 kali dan setiap kali ujian dijalankan, hadiah diberikan kepada 10 orang murid yang sama. Untuk kajian keempat, mereka diminta untuk menghasilkan lagi karya lukisan Cuma kini tiada hadiah sebagai ganjaran. Hasil kajian mendapati, mereka yang sering menerima ganjaran enggan untuk melukis mahupun mengambil bahagian dalam ujian ini lagi. Manakala mereka yang tidak menerima ganjaran masih lagi melukis dan terus melukis faktor minat dan dorongan motivasi dalam bentuk pujian dan penghargaan menggunakan kata – kata. Jadi tak hairan kalau aktiviti yang bersifat kemanusiaan kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat, kerana kita telah diajar dari kecik untuk mengejar ganjaran yang lebih bersikap fizikal dari menolong orang tanpa mengharapkan balasan apa – apa.




        Macam tu juga konsep amal ibadat kita dengan Tuhan, ramai dari kita beribadat nak kejar ganjaran syurga yang dijanjikan Allah Taala, tapi kita sering lupa peranan kita sebagai hamba. Menjadi tanggungjawab kita mentaati perintah Allah sebab kita ni hambaNya dan bukannya mengharapkan ganjaran syurga semata- mata. Macam contoh, korang menjadi ibu bapa, dan mempunyai dua orang anak. Anak pertama bekerja dengan korang kerana dia mengharapkan ganjaran upah dari korang, manakala anak yang kedua bekerja dengan korang sebab dia ikhlas dan sedar itu tanggungjawab anak untuk berkhidmat kepada ibu bapa mereka. Sekarang aku tanya, antara kedua – dua anak ni, mana yang korang lebih sayang?


    Macam itu la sepatutnya ditekan dalam pendidikan, kita ajar murid bukan semata - matan kerana nak kejarkan 5 A (ganjaran) dalam UPSR, tetapi supaya mereka sedar tanggungjawab mereka sebagai murid (untuk belajar) dan tanggungjawab mereka sebagai anak menghormati guru seperti menghormati ibu bapa mereka sendiri.






 Jadi, to all new teachers out there, sebelum mengajar atau bergaul dengan budak, jangan berikan mereka ganjaran membuta tuli tetapi terapkan dulu rasa hormat mereka pada anda. Once you control the class, korang dah berjaya untuk ke peringkat seterusnya, tetapi sekali murid hilang rasa hormat pada anda, sampai akhir tahun nanti mereka tidak menghormati anda.

        Secara jujurnya, aku rasa konsep ganjaran dalam pendidikan sebagai peneguhan itu perlu, Cuma bergantung pada kepimpinan guru itu sendiri. Sama ada ingin memancing murid menggunakan harta benda atau menarik minat murid dengan menggunakan kata – kata motivasi dan dorongan yang lebih berbentuk kemanusiaan berbanding aspek fizikal semata – mata.

      Segala pengalaman dan kemahiran tu boleh kita dapat dari mana sahaja  bak kata Adam Adli (yang digantung 3 semester) , Cuma pengisian sesuatu makna dalam pengajaran itu yang penting sebab murid akan belajar dengan makna dan bukannya kerana faktor kebendaan. (ni ayat aku)

     p/s ; Sampai sekarang aku pelik, kenapa orang barat sering menggunakan haiwan (seperti anjing, chimpanzi, hamster) untuk kajian perubahan tingkah laku, dan paling aku pelik, kenapa mereka boleh aplikasikan kesan – kesan  perubahan tingkah laku dalam lapangan pendidikan  dan paling aku tak boleh terima bila teori – teori ni diajar kepada guru pelatih untuk ajar anak bangsa.