Lelaki johor rajin? Entahlah,
satu pandangan stereotype yang agak dangkal bagi aku. Kadang – kadang kita
memang tak boleh nak menilai sesuatu sifat golongan tempatan mengikut logistik
dan faktor geografi.
Sebelum aku menulis lebih panjang,
sewajarnya aku nak bagitau yang aku merupakan Johorean sejati. Abah aku dari
Batu Pahat, dan mak aku dari Muar. Dan kalo check balik surat beranak aku,
dilahirkan di Hospital besar Muar dan pertengahan Ic aku O1. Cukup lengkap bukti untuk menerangkan aku
juga Johorean dan harapnya tiada mana – mana pembaca cuba membuat kesimpulan
awal yang aku ni orang negeri lain dan cuba memburuk –burukan imej prestasi
lelaki Johor yang boleh dijadikan calon menantu pilihan.
Back to the main question,
lelaki Johor rajin? Satu soalan dari kawan, mungkin kerana buah hatinya orang
Johor dan timbul rasa ingin tahu mengenai tabiat lelaki Johor dari perspektif
aku. Aku hanya tersenyum, tak tau nak
cakap apa. Kalau di iya kan, nanti mereka cakap, orang Johor ni bangga diri,
Kalau dikata tidak, mulalah orang kampung kata aku tak sedar diri.
Jawapan aku, sebenarnya
mengikut perangai dan tabiat orang tu gak sebenarnya. Kalau dari kecil dia
didedahkan dengan persekitaran gotong royong, kenduri kendara ataupun selalu
disuruh tolong mak dia buat – buat kerja rumah, even dia duduk kat planet Marikh
pun, dia akan tetap bawa tabiat rajin dia. Kelas tak jawapan aku? So bagi aku,
malas dan rajin seorang lelaki bukan dinilai berdasarkan faktor geografi tapi
lebih kepada pendidikan keluarga tu sendiri.
Aku orang Johor, tapi aku
rasa kerajinan aku di peringkat biasa- biasa je. Aku suka buat kerja ladang, sebab aku suka.
Even bapak aku tak bagi duit gaji pun, aku tetap suka pikul tong racun dan
meracun 5 , 6 ekar dalam masa sehari.
Aku suka membaja pokok sawit sebab hasil buahnya nanti abah aku dapat,
dan benda paling best dalam hidup aku
adalah tengok abah aku senyum sebab tak risau sangat pasal masalah kewangan
disebabkan hasil sawit ada.
Aku tak rajin sangat buat
kerja rumah. Mungkin kerana permikiran aku agak kuno sikit. Aku selalu harapkan
adik – adik perempuan aku masak dan kemas rumah. Yer la kan, kerja ladang aku
dah buat, korang buatlah kerja rumah. Well dan macam biasa tabiat buruk selalu
abah aku tegur. Abah kata tak elok
lelaki malas – malas. Nanti kalau bini kau mengandung, tak kan kau nak suruh
dia basuh baju untuk kau, kalau bini kau nak beranak nanti, tak kan kau nak
suruh bini kau masak. Itu baru ada anak sorang, kalau 5 orang anak?
Erm, style tak jawapan abah
aku? Sentap kan? So untuk mengurangkan situasi tegang, aku pun buatlah kerja –
kerja rumah. Mungkin betul cakap orang tua – tua, perkahwinan adalah bukan
semata – mata pencantuman antara penis dan vagina, tapi lebih kepada tolak
ansur dalam keluarga. So sebagai lelaki,
kenalah kurangkan sikit ego, dan tolonglah isteri anda di dapur (tak kira kau
asalJohor, negeri Sembilan atau Sabah Serawak sekalipun)
Aku suka buat kerja rumah kalau adik perempuan
aku yang pertama tu tak de. Maksudnya, kalau dia cuti belajar, dia handle
bahagian kemasan dalam rumah dan masak memasak. Aku plak handle bahagian
kemasan luar rumah macam sapu sampah, bersihkan longkang, bakar sampah dan sebagainya.
Kalau adik aku habis cuti sem. So aku handle semua, dari kemas rumah sampai
masak.
ayam masak lemak cili api, telur masak kicap dan sayur goreng. Senang je. |
Lelaki Johor pandai masak? Tolonglah jangan sterotype. Masak tu adalah
kemahiran dan kehendak individu. Kalau laki kau asal overseas sekalipun, dia
boleh masak masakan Melayu, itu adalah kerana minat dan kehendak dia sendiri
untuk belajar masak.
So point aku sebenarnya kita
tak boleh nak menilai kerajinan seorang lelaki berdasarkan negeri. Dan
kerajinan lelaki itu bersifat luas ye puan – puan. Rajin juga boleh dikelaskan
kepada minat yang berbeza – beza . Rajin kumpul harta, rajin tolong isteri,
rajin beribadat dan rajin berpoligami.
Kau sentap? Bawaklah bersabar.
hahaha
Semua negeri ad rajin n mls trpulang kpd sikap individu bkn negeri.
ReplyDelete