Followers

Saturday 25 February 2012

aku dan dota, satu usaha proses ilmiah?

Hawa dingin aircond bersuhu 16 ccmembuatkan aku mengigil di belakang kelas. Sambil menunggu laptop aku render video montage  korporat, aku duduk termenung . Nak tengok, apa lagi yang perlu dimuatkan di dalam folio amali nanti.

Sebenarnya, 1 minggu ni, aku sibuk belajar menggunakan software – software baru untuk video story. Contoh, sekarang ni aku belajar guna software vegas pro 11. Sebelum ni aku belajar guna adobe after effect.  Bunyi macam pro plak aku jadi videographer, padahal aku noob gila. Last – last, 40 percent video aku  tu menggunakan perisian Window Live Movie Maker.  Sian laptop aku, terpaksa menjadi peneman untuk slow learner macam aku.

Sony vegas pro 11


adobe after effect

Sambil menunggu laptop aku terkedek – kedek render video berkualiti HD 8 mbps tu,  tetiba facebook aku berbunyi, ternampak 1 notifaction merah pada bahagian mesej.  Ingatkan awek mana nak ushar aku, rupanya kawan laki. Hilang keterujaan aku sebentar tadi.

Member : dota jom

Aku: malas r, ade kerja

Member: ada kerja ke ada awek?

Aku: choi, aku banyak kerja r dowh, serius, tengok la malam nanti ke.

Member: OK,  tadi aku dapat buat ultra kill, best gila dowh.

Aku: ok ( malas nak layan) hahaha

Aku sebenarnya x de la pro pun main dota, sekadar main suka – suka. Maksud aku, ni antara 1 platform untuk aku berkawan sesame budak – budak laki. Korang kena paham lelaki ni, terdiri dari pelbagai identiti. Untuk mencari kesepakatan, adalah melalui dota.



Dota ni, dari kaki bola hingga ke kaki surau pun main. Sebab game ni mudah untuk dipelajari.  Aku start main game ni secara part time sejak kawan aku shahril kenalkan game ni kat aku lepas SPM dulu. Ingat kat Johor je game ni popular, bila masuk maktab, tu dia, siap ada pertubuhan dota IPG lagi.

Aku tak minat bola sepak, sebab taste semua orang tak sama. So bila jumpa kawan – kawan, apa la sangat modal aku nak bercerita.  Knowledge aku tentang EPL, Manchester , Chelsea dan sekutu denganya adalah di tahap yang amat memalukan. Sebab tu bila ada kawan aku ajak aku tengok match bola kat mamak, aku refuse, sebab aku tak minat dan tak tahu apa yang dipanggil perasaan semangat cintakan bola sepak luar negara.




Yang aku tahu, aku penyokong pasif untuk skuad Harimau Muda dan skuad Harimau Malaya.  Aku sokong sebab puas melihat pekerja – pekerja Indonesia ku frust tertonggeng  melihat skuad bola sepak kita membenam garuda dalam perlawanan yang lepas. Aku ingat lagi, time Yanto ( pekerja abah aku) buat lawak sebelum game bermula

Yanto: bang anep, kalau Indonesia menang ya malam ini, esok saya mahu diberikan cuti, cuti kemenangan

Aku: tu ko kena tanya tokey la, habis tu kalau Indonesia kalah?

Yanto:kalo kalah, saya mahu mogok satu hari, hahaha

Aku: ahahha (tergelak sama) dalam hati ( kebodohan apakah ini?)

Ok, back to main issue, pasal dota tu, satu je tips aku nak bagi kat awek – awek luar sana, kalo dapat bf kaki dota ni. Korang kenalah banyak bersabar. Sebab dota ni tak ke mana pun sebenarnya., Dota tak menjurus bf korang ke kancah maksiat sebab yang main pun 90 percent nya adalah kaum lelaki. Cuma satu pembaziran masa je la bagi aku. Untuk membuatkan dota ni kelihatan seperti satu benda yang ilmiah dalam bidang akdemik, aku cadangkan mana – mana guru pelatih untuk buat thesis

‘PERMAINAN DOTA, SATU PLATFORM MEMBENTUK PERMIKIRAN BERSTRATEGI  DAN KREATIF DI KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH’


aku baru je terbaca satu thesis pasa dota, klik sini kalo nak baca

Nampak tak logik kan? Relax la, fitrah kanak – kanak itu sendiri adalah belajar melalui bermain. Kalau 10 tahun yang lepas, bapak aku larang aku bermain computer games, baca komik. Sekarang untuk aplikasi teknologi dalam pendidikan, mereka gunakan computer games dalam satu sesi pengajaran. Untuk tarik perhatian murid mempelajari sejarah, kita dah tak guna teks, kita guna komik, sebab kajian menunjukkan proses kanak - kanak mendapatkan dan menyimpan maklumat dalam otak lebih mudah menggunakan gambar atau image berbanding penggunaan kata yang meleret – leret.


Sesuatu benda mungkin nampak mustahil pada hari ni, tapi siapa sangka 10 tahun akan datang akan jadi rutin harian kita. Siapa sangka, manusia akan kembali menggunakan wall facebook untuk meluahkan perasaan seperti manusia dulu yang berkarya di atas dinding batu. Siapa sangka manusia akan kembali tidak bertamadun apabila melakukan seks sesuka hati tanpa satu ikatan yang sah? Dunia berubah beb.


P/S : aku tak de la minat sangat main dota, sekadar bermain untuk berkawan. Bukan ke mencari seribu sahabat itu jauh lebih baik dari mencari seorang musuh.

2 comments:

  1. org power jer boleh render video. mak jemah nak render drowing pun nak muntah darahhh :p

    ReplyDelete
  2. haha, x de la power pun, lemau2 je , baru nak belajar

    ReplyDelete