Followers

Monday 6 February 2012

kebapaan, satu fitrah atau tanggungjawab?

Malam ni perut aku memulas,  menangis – nangis mintak nasi. Sebenarnya aku dah 3 hari tak makan nasi, dan 3 hari tak makan malam. Ni semua ikutkan nasihat member aku si doktor pelatih yang kata ‘’ kalo nak cepat kurus, jangan makan nasi, makan protein cam ayam, telur ke, ikan” Ujarnya dengan penuh keyakinan.


Okay, aku terima nasihat doktor pelatih tu sebab member baik kan. Kesannya, tiap  - tiap malam badan aku mengigil macam perokok tegar sangap nak hisap rokok. Mula rasa temperature aku naik, nak pegang pen pun rasa tak larat. Mungkin gangguan kepada metabolism badan.


Malam tu aku nekad, capai kunci motor, terus pergi  ke warung berdekatan. Sampai sana, terus panggil cik adik waiter, “ nasi goreng telur mata sa air teh beng sa, wat cepat sikit neh,  gastric dah rasa.”


gambar hiasan

Tengah aku menahan kesakitan, mata aku terpana melihat seorang bapa yang berbaju melayu hijau dengan kain pelikat, menggendong anak perempuan kecilnya  di tangan kanannya.  Kain pelikatnya ditarik manja  oleh dua orang lagi anak lelaki yang purata umur  3 hingga 4 tahun.


gambar hiasan


Mereka duduk di meja yang terletak di hujung kedai. Aku tengok si bapa tu panggil waiter, mintak nasi goreng kampung dua pinggan, dan telur mata tiga. Air milo ais tiga gelas untuk si anak, dan si bapa tu hanya mintak teh o kosong yang kurang manis.


gambar hiasan 

Kadang – kadang, aku suka menilai di sebalik tindak tanduk orang. Setiap apa yang manusia buat, mesti ada sebab yang logik diterima. Entah kenapa, malam tu aku buat inferen. Si bapa bawak anak – anak dia pergi makan sebab isteri dia tengah pantang nak bersalin kat kampung. Jadi si suami bawak peranan sebagai bapa dan ibu kepada anak – anak yang  seramai tiga orang ni. Si suami tak de masa nak masak makanan berkhasiat untuk anak – anak dia, jadi dia bawak anak – anak dia pergi makan makanan panas dekat warung berdekatan.


Si bapa beli  2 pinggan nasi goreng dengan 3 biji telur mata,  dia suap nasi setiap seorang anak – anaknya. Lepas tiga – tiga anak tu disuap, baru si bapa suap nasi ke mulut dia sendiri.  Seorang si  anak lelaki mengadu dia tak suka makan sayur, dan seorang lagi cakap dia tak suka makan nasi goreng dengan telur.  Si bapa, panggil lagi waiter dan pesan mee goreng mamak dan tak nak sayur. Lepas dapat mee goreng, Si anak  disuap seperti yang dilakukan 10 minit yang lepas.


Anak – anak diberi minum milo ais yang harganya lebih mahal dari teh o kurang manis yang diminum oleh si bapa. Si bapa macam tak kisah kerana kemanisan hidupnya adalah anak – anaknya. Si anak lelaki mengadu lagi, milo ais yang diminum rasa sangat manis dan sejuk sangat dan adiknya mengadu, sakit perut kerana terlampau kenyang. Si anak perempuan di pangkuan merengek tidak  berkesudahan.



Tapi aku tengok si bapa, masih tenang melayan anak – anaknya.  Jauh di sudut permikiran aku yang tak matang, si bapak minum teh o kurang manis sebab nak jaga kesihatan dia. DIa jaga kesihatan supaya dia kekal  cergas dan sihat untuk cari rezeki untuk anak – anak ni membesar.  Si anak minum milo ais supaya keperluan badan mereka terisi dengan makanan – makanan berzat dan mereka tidak kelaparan di tengah malam.



 Si bapa mungkin pernah merasai hidup susah, jadi dia tidak mahu pengalaman zaman kanak – kanaknya itu menimpa pada anak – anak dia. Sebab itu si bapa tidak pernah mengeluh bila si anak mintak makanan kerana itu adalah salah satu tanggungjawabnya memberi makan dan perlindungan kepada mereka.



Tengah aku  mengelamun, nasi goreng yang aku order tu pun dah sejuk. Dan terdengar perbualan si bapa dengan lelaki lain. “ Takziah atas pemergian isteri mu, Allah lebih menyayangi dia lebih dari kita di sini”.

Bapa tunggal rupanya……….

Nampaknya inferens aku silap, dia bukan lagi sekadar seorang bapa, dia juga sebagai ibu kepada anak – anaknya.
  
Malam itu, entah kenapa, aku rasa rindu nak dengar suara ayah aku.




Lelaki mungkin keras dan nampak ego dari jasad, namun jauh di sudut hatinya, ada satu perasaan kasih sayang yang dipanggil nilai - nilai kebapaan......


harap suatu hari nanti, aku dapat menjiwai nilai tu sepenuh hati.

No comments:

Post a Comment