Followers

Wednesday 29 February 2012

anak korang, anak murid aku = anak aku

Dua tiga hari mata aku tertumpu pada screen laptop compact ku yang dah agak usang. Macam aku tulis sebelum ni, aku kena buat video montage identiti korperat untuk subjek multimedia kreatif. Alhamdulilah, itu projek sudah selesai, dan aku rasa aku dah boleh delate software – software videographer tu, sebab software tu buat laptop aku jadi berat gila. Nak klik refresh pun, makan masa 4 saat,  jadi harus hukumnya untuk kita buang sesuatu yang tidak mengguntungkan.


gambar hiasan


Cuma aku rasa sayang gak nak buang, sebab banyak ilmu yang aku belajar melalui projek ni. Korang pun sedia maklum, aku ni guru pelatih. Nak masuk mengajar, identiti kena menarik, alat bantuan mengajar tu juga perlu lebih advance. So aku decide, videographer menjadi satu platform untuk aku tarik minat murid – murid aku belajar. Tak kan ajar pakai chalk and talk je kan? Itu zaman sekolah rendah kita, handphone nokia 3100 pun masih lagi grand seperti status Iphone 4 sekarang.


nokia 3100

 Budak – budak sekarang pun dah cukup advance dah. Pernah ada sorang murid datang ke kelas, tayang blackberry torch dia tahun lepas. Mulanya budak tu macam bangga la bila kawan – kawan dia tengok handphone dia. Aku suruh budak tu simpan, sebab aku tak nak bertanggungjawab kalau berlaku apa – apa. Murid tu anak orang kaya,  so biasanya daya respect dia pada guru tu mungkin kurang, apatah lagi dengan guru praktikum macam aku. Tengah hari tu time aku nak balik, aku dengar suara teriakan budak, aku cepat – cepat la pergi kelas tu, tengok kalau berlaku apa – apa. Rupa – rupanya budak yang bawak handphone blackberry dah hilang handphone dia.


Ikutkan hati aku yang egosentrik, nak je aku cakap ‘ha padan muka, tu la cikgu dah cakap simpan handphone tu, kan dah hilang” . Tapi aku malas nak besarkan hal, aku pujuk, tepuk – tepuk belakang badan, bagi hilang sedu tangisan dia. Pastu aku bawak dia pergi jumpa guru penolong kanan. Aku cuma guru praktikum,  jadi aku tiada kuasa untuk buat keputusan apabila melibatkan hal kehilangan atau kecurian macam ni. Tiada tindakan boleh dibuat sebab semua murid dah balik dah time tu. Tengah hari tu, aku dengan guru penolong kanan, jumpa parents budak tu, cerita hal sebenar dan akhirnya parents tu mintak maaf kat pihak sekolah. Sebelum aku balik, aku sempat melihat budak tu kena tarik telinga ngan mama dia.  HEHEHE.


gambar hiasan



Bila pikir balik, zaman memang dah berubah. Zaman kita dulu, tiada istilah IPHONE 4, tiada laman sesawang Facebook. Dan waktu aku darjah enam dulu, handphone bapak aku sebesar batu bata dan harganya rm 500 dan untuk beli sebuah laptop, ayah aku terpaksa pergi ke KL  dan harganya rm 5000 sebuah. Sekarang average harga untuk sebuah laptop, adalah rm 2000 ke atas dengan macam – macam hardware dan software yang lebih grand.


macam ni la model laptop bapak aku dulu . waktu tu tahun 2002

Teknologi semakin murah dengan kemudahan yang semakin dipertingkatkan. Satu kebaikan bagi perspektif aku. Cuma ada satu benda yang merisaukan, Teknologi yang diharapkan menjadi satu medium untuk memudahkan kerja manusia menjadi satu parasit kepada anak – anak kita.

Mungkin kita tak sedar, sebab kesibukan kita dengan kerja membuatkan kita alpa dengan perkembangan adik – adik kita yang masih bersekolah. Kemudahan – kemudahan teknologi yang kita beri pada anak – anak kita tanpa satu pemantauan boleh menyebabkan anak kita hanyut dengan dunia khayalan.


Zaman mereka dah lain. Internet di hujung jari, begitu juga maksiat. Untuk pengetahuan korang, ada murid sekolah yang dah kenal apa itu seks melalui video porno sebelum umur mereka mencecah 10 tahun.  Bagi aku umur tu sangat muda, seriously, aku tak rasa budak – budak lelaki dah mencapai tahap baligh waktu mereka di sekolah rendah secara semula jadi. Kerana faktor – faktor video – video porno local, ramai murid lelaki dah matang terlalu awal. Bukan matang dari segi berfikir, tapi dari segi nafsu. Mula pandang kawan perempuan sebagai satu symbol seks, dan perbincangan dengan kawan mereka berbicara tentang tubuh badan wanita sedangkan umur mereka belum masuk belasan tahun.




Ada sekali, aku ikut cikgu senior, tangkap budak sekolah darjah empat tengah download video lucah Luna Maya  dan Ariel Peter porn kat makmal Komputer.  Tu satu kes, bila kena kaunseling dan selidik, rupanya dia dah berniaga video – video yang dia download tu kat kawan – kawan budak lelaki secara Bluetooth handphone ke handphone. 1 video 50 sen . Gila hebat, aku dah boleh nampak potensi ciri ciri keusahawanan bapak ayam kat budak sekolah tu.






Sekarang kau nampak tak, kenapa ramai budak – budak sekolah, terutamanya pelajar Melayu dah termengandung sebelum mereka berkahwin? Dan itu yang mengandung, belum lagi kira kes buang anak dan kes gugur bayi. Dan paling menakutkan bila ramai gadis yang akhirnya mengaku bahawa mereka pernah melakukan seks sebelum berkahwin ketika mereka di bangku sekolah lagi. Dan itu semua perbuatan lelaki Melayu yang rosakkan anak dara Melayu


Takutkan? Tapi itulah realiti, benda ni semua bermula dari ibu bapa, adakah korang rasa memberi kemudahan teknologi sewenang – wenangnya kepada anak – anak  akan menjadikan anak korang tu lebih pandai dari individu lain. Mungkin pandai dari akedemik, tapi dari segi sahsiah belum pasti. Bukti dah banyak, korang tengok sendiri, berapa ramai anak Melayu, bijak akedemik dengan teknologi, tapi akhirnya melanggar nilai – nilai norma adat timur dan agama Islam. Melayu berkahwin sesama jantina pun dah ada.


tak kan melayu hilang di dunia, tapi x de sape sebut tak kan  lelaki melayu jadi gay?

Aku cukup risau sekarang.  Tugas guru sekarang dengan tugas guru 20 tahun lepas masih sama, mendidik manusia menjadi manusia, bukan mendidik manusia menjadi robot bila bekerja dan menjadi binatang bila bersuka ria.

Tugas masih sama, Cuma cabaran dah berbeza. Kalau dulu bapak aku mengajar anak murid berlawan dengan kebodohan ilmu, sekarang turn aku pulak mengajar, bukan lagi berlawan dengan kebodohan ilmu tetapi melawan kebodohan sahsiah akibat anasir negatif teknologi.


Apa yang penting, berbalik kepada diri sendiri, aku buat tugas aku sebagai guru, mendidik manusia dengan ilmu dan nilai diri. Gunakan teknologi sebagai alat bantu mengajar. Korang pulak buat tugas korang sebagai abang dan kakak, ibu dan bapa, pantau adik – adik korang, anak – anak korang. Gunakan teknologi untuk belajar bukan untuk merosakkan diri.


Sampai bila kita nak tengok anak muda Melayu kita majoritinya penagih dadah, perempuan yang berjual tubuh, mat – mat rempit dan tak lupa juga bapak – bapak ayam. Sampai bila dowh………


gambar hiasan, tapi itulah realiti

2 comments:

  1. nice info.. mmg berlaku pd dnia sekarang.. thnks 4 write it..

    ReplyDelete