Followers

Monday 13 February 2012

aku dan perguruan

Pernah tak korang rasa, dalam hidup ni korang sebenarnya tak punya banyak pilihan? Ada masa korang terpaksa memejam mata dan gengam erat tangan sekepal yang mungkin dan hadapi apa jua yang mendatang dengan hati terbuka?


Bila masa tu korang sedar, yang kita sebenarnya hidup digalasi dengan tanggungjawab. Ada benda yang kita terpaksa telan sesuatu benda tu dengan anggukan kepala walaupun hakikatnya benda tu sebenarnya agak pahit untuk dikemam dalam mulut apatah lagi nak ditelan ke usus perut.


Itu lah perasaan yang aku alami masa mula – mula diperintah masuk melanjutkan pelajaran ke IPG. Seriously, waktu aku berumur 17, Result  aku time tu  5 A , dan beberapa B dan 1 C. Aku budak Sains Stream, apa yang aku ingat, aku dapat A1 untuk paper Chemistry dan A2 untuk paper Seni Visual. Addmath aku dapat B3. So aku kira aku agak condong ke bahagian Sains dan kira – kira. Siap pasang niat lepas dapat result, nak masuk matriks, amik engineering ke  apa (al maklumlah budak – budak).


Tapi apakan daya, abah suh aku masuk maktab ( sekarang IPG) . Aku macam mogok r dengan abah, sebab kenapa cikgu? Kenapa tidak proffesion lain? Arkitek ke? Lawyer? Atau apa – apa saja course seperti perladangan? Sains politik dan sebagainya? Aku susun isi – isi hujah dengan kemas ibarat ahli politik permatang pauh.


Tapi apakan daya, abah aku dulu wakil pidota dan perbahasan untuk USM 2 tahun berturut – turut pada zamannya . Setiap pandangan mentah aku dicantas dan dipangkah atau ditroll dengan bersahaja. Dan akhirnya kaki dan tangan aku diikat, mulut disumbat tisu dan dicampak ke dalam bonet kereta untuk didaftarkan sebagai guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail. TERENGGANU.


Oh, sudah jatuh digelek stem roll, dah digelek, ditanam hidup – hidup pula. Aku punya perspektif pada orang pantai Timur agaklah negatif time tu. Mengenangkan beberapa kawan aku yang kaki kutuk orang belah sana, so secara tak langsung membina satu pandangan stereotype dalam diri aku pada orang sana.

Maka bermulalah hidup aku sebagai guru pelatih.  Mula – mula memang agak suck gak r,  sebab aku ni kurang berdisiplin orangnya, makan dan minum aku tak kira masa, tidur dalam kelas tu memang sentiasa dalam rutin harian sampai kawan – kawan pun rasa menyampah dengan perangai aku.

Benda tu aku buat, mungkin sebab aku masih tak dapat terima situasi aku yang sebenar time tu. Aku macam tak de perasaan bangga bila outing atau keluar buat reunion dengan kawan – kawan lama sebab diorang panggil cikgu.


Selalunya bila reunion, aku akan rasa malu dengan diri sendiri, bila kebanyakan kawan – kawan ada yang amik engineering, accountant, management, architecture, medic dan sebagainya. Aku time tu cuma seorang cikgu ? cikgu, sekolah rendah plak tu.


Tetapi bila aku makin besar, aku makin sedar, dunia memang tak seindah yang kita harapkan, tapi Allah  tak pernah memberi sebarang ujian tanpa hikmah disebaliknya. Aku rasa aku tak de la matang sangat sekarang ni, tapi sekurang – kurangnya cara permikiran aku dah berubah sikit demi sedikit bila aku jadi guru pelatih kat Terengganu sepanjang 4 tahun ni.


Aku belajar bahawa bidang perguruan memang satu cabang ilmu yang agak indah sebab masa depan genarasi akan datang ( anak – anak korang) tu di bawah tangan golongan guru seperti kami.


Pastu aku mula suka dengan proffesion perguruan sebab kerja ni memang tak jadikan aku kaya di dunia, tapi Insya Allah aku akan kaya raya dengan doa- doa anak murid aku di akhirat nanti. Bila pikir balik, sekolah rendah pun satu institusi pendidikan yang agak penting. Bayangkan professor yang mengajar korang teori – teori di university, dan bandingkan cikgu – cikgu sekolah rendah yang mengajar korang membaca dan mengira. Tanpa kemahiran membaca dan mengira, mungkin aku pun tak berada di sini dan korang pun tak mungkin berada di Universiti, So tak de sape pun cakap kedudukan dan martabat seorang guru tu dinilai tinggi dan rendah nilainya berdasarkan institusi pendidikan yang mereka berkhidmat.


Paling best, bidang perguruan ini mendidik dan mewajibkan aku untuk jadi manusia yang boleh dicontohi oleh anak murid aku berdasarkan nilai – nilai murni. Seorang guru kena tunjukkan tauladan yang baik supaya anak murid pun akan terikut perwatakan guru yang mereka suka.

Tu je la bebelan aku malam ni. Kesimpulannya, ada benda yang kita nampak macam satu penderitaan, kesedihan berpanjangan, seksaan luaran dan dalaman. Tapi hakikatnya sesuatu pengalaman hidup yang pahit  tu diibaratkan macam hubungan baja dengan pokok. walaupun baja berbau hamis dan busuk, dia membantu pokok membesar dengan sihat dan akhirnya mengeluarkan bunga yang mekar dan menghasilkan buah yang masak ranum setelah tiba masanya.

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

No comments:

Post a Comment