Followers

Saturday 18 February 2012

lawatan ke kelantan

Aku baru je balik dari  Kelantan, ada sedikit kajian lapangan kat sana. Disebabkan kajian lapangan bawah unit PSV tak jadi, kitaorang terpaksa dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil untuk mulakan kajian lapangan sendiri. 

Kali ni, kena buat kajian pasal apresiasi pengaruh seni terhadap sesuatu binaan ataupun tinggalan - tinggalan lama. Bagi aku, kalau pengaruh seni terhadap sesuatu binaan, key word dia mestilah antik, telah berusia berpuluh ataupun beratus tahun dan bermakna (mempunyai sejarah - sejarah yang bermanfaat)

ada dalam 3 lokasi yang geng kitaorang dah pergi,  untuk Kelantan, kami pergi Masjid Kampung Laut, dan Muzium Istana Jahar

untuk Masjid Kampung Laut, daripada detail kami yang dapat dari  penduduk kat sana. Masjid ni dah berusia 300 tahun. Binaan asas adalah dari 4 tiang seri dan tidak menggunakan sebarang paku. agak menarik.

Masjid ni dibina berdasarkan peristiwa beberapa ulama yang berlayar dari Champa, Petani dan Acheh, yang mengalami masalah ketika kapal mereka bocor di tengah perjalanan. Sepanjang perjalanan itu, mereka berdoa dan bernazar, sekiranya kapal mereka selamat sampai di daratan, mereka akan membuat masjid. Alhamdulilah, dengan kuasa Allah, kapal mereka selamat sampai di Tumpat Kelantan, dan hasil kerjasama orang tempatan, masjid ini dapat didirikan. 


ni anjung dalam masjid, aku rasa bahagian sini ada yang dah renovate, so tak rasa perlu masuk untuk kajian bahagian ni


 antara bahagian yang aku fokuskan pada teratak dan atap. Ada pengaruh seni oriental Thailand pada binaan atap.

Kubah dia tak seperti design - design masjid yang ada pengaruh seni Islam secara total. Sebab design atap dia lebih mirip kepada kesenian siam. Sususnan atap dia pun sisik ikan mirip kepada susunan bagunan atau tempat amal ibadat di kebanyakkan Thailand


Lokasi di dalam masjid, ada empat tiang seri. Aku mintak maaf sebab aku tak buat kajian secara ilmiah lagi tentang pengaruh kesenian Melayu melalui ukiran seperti awan larat. Masa aku snap gambar ni, aku dapat detect ukiran melayu  pada tiang seri sebab tiang seri ni dah berusia beratus tahun, so aku rasa aku nak buat perincian pengaruh kesenian Melayu dan kesenian Thailand pada Masjid ni.


ni satu lagi corak ukiran pada masjid tu. Cuma aku rasa sangsi, sebab kayu tu masih lagi baru, so macam dah keluar sikit dari skop yang aku nak kaji.


design yang terdapat pada dinding - dinding masjid. Walaupun dah beratus tahun, ketahanan masjid kayu  ni masih lagi utuh dan tahan. Kadang - kadang, bila fikir balik, hebat juga orang Melayu, seni membuat rumah kita sebenarnya pernah di tahap yang membanggakan. Melalui Kesenian ukiran Melayu dan designnya yang agak unik membuatkan aku terpikir, siapa arkiteknya? siapa tenaga pekerjanya? dengan alatan apa mereka membentuk kayu balak menjadi tiang seri?  Serius, rasa sayang kalo tingalan - tingalan bangunan warisan ni tak dikaji. Hilang nilai warisan bangsa yang pernah satu ketikanya menjadi saksi perkembangan agama Islam di Tanah Melayu.



  gambar ni ketika kami di Muzium Kelantan, sekejap je kitaorang kat sini, sebab tak banyak kajian yang boleh dilakukan.


gambar kat pintu gerbang Negeri Kelantan. Bangga seh, dapat gak aku jejak kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang.

lawatan seterusnya ke Muzium Istana Jahar, 


dari pengamatan aku, Istana ni ada pengaruh dari seni barat, seni melayu dan pengaruh kesenian siam. Kenapa? Tengok tangga besi, sejak zaman kebangkitan eropah , Kesenian barat telah berkembang dari karya besifat 2 dimensi seperti lukisan dan catan kepada seni 3 D, seperti arca dan perhiasan dalaman rumah. Tangga tu antara salah satu bukti pengaruh kesenian barat, melalui penggunaan besi sebagai salah satu kompenan dalam rumah. Belum lagi aku lihat kesenian Melayu menggunakan besi sebagai medium perhiasan rumah selain senjata - senjata melayu seperti keris, tombak dan kerambit.


yang sebelah tu kawan aku, Luqman dan sebelah lagi Sarah Sabirah, 



corak pada tapak tangga. Antara sebab kenapa aku katakan ada pengaruh barat pada Istana ni. Yang pertama, Kesenian ukiran Melayu lebih tertumpu kepada kayu bukannya besi, dan ukiran melayu mempunyai unsur - unsur mistik dan berunsur flora dan fauna. Manakala barat lebih tertumpu pada seni geometri pada hiasan besi di dalam rumah. (sorry, aku buat inferens awal dengan sedikit pembacaan sebelum ni, tunggu aku kaji betul2, aku akan baiki fakta mana yang patut)


dinding dan lantai di tingkat atas Istana, di belah kanan korang boleh nampak ukiran Melayu sebagai penyeri anjung, dan sebelah kanan korang boleh tengok susunan papan seperti di rumah - rumah lama yang mengekalkan architecture dahulu kala.

focus pada lebih dekat




gambar gua, pengaruh genatik banjar dan  siam. Dulu aku cerah, tapi sebab abah selalu heret aku berkebun, sekarang korang dah boleh tengok kesenian genatik banjar secara asli. Dark and tall?? ok, aku admit aku pendek. 

No comments:

Post a Comment