Followers

Thursday 16 February 2012

aku dan kuda.

Cahaya matahari senja melingkup masuk ke bilik, sambil dihembus syahdu angin dari kipas, aku memeluk bantal dan tidur sepuas hati. Hari tu mesyuarat dengan pensyarah sampai ke petang membuatkan aku terus rebah ke katil bila sampai ke rumah.


Aku buka neck tie, dan biarkan diri ku berbaring lena di tilam yang empuk. Baru 15 minit nak lelap mata. Handphone Samsung yang rm 70 tu berbunyi – bunyi. Aiseh, aku malas nak angkat, sekali tengok nama tertera “unknown” terus aku cepat – cepat bangun.


‘unknown’ tu merujuk private no yang mewakili no abah aku sebenarnya. Mana boleh aku biar abah mengambil kesempatan untuk bahan aku kalau dia tahu aku tido lepas asar. Mau 3 jam kena leter pasal tabiat ni pastu mula cerita zaman muda dia dulu join Pelapis masa kat USM dulu. Kira nak compare aku ni tak seaktif dia waktu muda – muda dia dulu.


Aku adjust suara aku dalam masa 2 saat,  suara anak teruna yang baru bangun tidur perlu ditukar kepada suara anak muda yang baru lepas bertani. Biasa kalo ada awek – awek call, aku mesti buat suara bangun tidur, biasalah, budak – perempuan memang suka dengar suara lelaki yang baru bangun tidor, sound husky and manja at the same time. Tapi kalau dengan encik abah? Memang makan penampar je la jawabnya.


Aku: Hello, assalamualaikum abah, kenapa bah?

Abah: waalaikumusalam, saja je telefon kau. ni ha, kau macam mana? sihat? Buat ape tu?

Aku: baru habis kelas tadi, tapi ada mesyuarat sampai petang ngan lecture, anip jadi pengarah projek tahun ni (nada bangga).

Abah: baguslah tu, tadi abah call veterinar Kluang, anak kuda yang ko tempah tak de lah nept, kuda – kuda tu ada 35 ekor cukup – cukup untuk student kat sana. Takpelah, tahun depan kita mohon lagi



gambar ayah aku dengan kuda - kuda aku

Aku: erm... (frust)  kalau macam tu tak pe la bah, nanti anept pergi sana, tengok dlu, kalo kita boleh buat rayuan…..(nada hampa)

Abah: tadi pengarah cakap, untuk anak lembu droughmaster, ada 6 ekor. Harga sekilo rm 6, semua jantan, ko rasa macam mana?




ni lembu droughmaster dewasa

Aku: ,erm ( dalam hati mencongak – congak) kalo sekilo rm 6, anak lembu, 8 bulan dalam 100 kilo, so seekor tu dalam rm 600, pergh, bapak murah.  (dalam hati)
Abah, amik ar semua, murah kot, serius,

Abah: tu la, abah pun rasa murah, sebab baru rm 3600 untuk semua, banding dengan lembu susu yang kita beli ni dulu.   Abah ada kelas nak pergi mengajar ni, nanti abah call ko lagi. Jangan tido plak. Assalamualaikum.
Aku : waalaikumusalam,  (tersengih – sengih)


Erm, aku termenung panjang, rasa agak malang dan bertuah dalam waktu yang sama. Rasa malang, sebab 6 ekor anak kuda yang aku mohon untuk beli dari Institut Veterinar Kluang tak tercapai. Padahal surat tu dah dipanjangkan ke Pengarah Veterinar Putrajaya, dah lulus, sampai ke induk kluang, tak cukup kuda pula? Frust2.



kenapa aku rasa bertuah?  yang pertama, abah aku tak kan tinggalkan aku bila hal – hal berkaitan dengan business dia. Kadang – kadang, hampir semua benda dari tenaga pekerja Indonesia, ternakan, dan penjualan ternakan, dia akan amik pendapat aku sebelum dia buat keputusan.


Dalam hidup ni, tiada apa yang lebih membahagiakan hati kedua – dua ibu bapa bila anak – anak mentaati apa yang mereka perintahkan, Dan macam tu gak dalam hati seorang anak, tiada yang lebih menggembirakan bapa mengiktiraf dan menghargai usaha si anak dalam menarik perhatian ibu bapa mereka.


Bapak aku minat dengan penternakan lembu, aku pula minat dengan penternakan berkuda. Persamaan kedua – dua bidang ni? Dua – dua penternakan menyumbang kepada keuntungan. Cuma untung rugi tu biasalah dalam perniagaan.  Kuda aku pernah mati seekor, menyebabkan aku frust tergolek bila kuda betina aku tu nazak kat dakapan aku


Bila bapak aku suruh aku sembelih, aku macam protes, aku nak kuda aku mati dalam keadaan semula jadi. Tak kan aku nak makan kuda tungangan sendiri?  Lepas kuda tu mati, 3 hari selepas tu emosi aku dah stabil semula. Aku mula pikir balik kalau kuda tu aku sembelih, dan aku sedekahkan daging – daging tu kepada anak – anak yatim atau jiran tertangga, mesti keluarga aku akan dapat pahala sebab bagi makan kat orang lain. Dan kuda aku tu tak mati sia – sia. Pengalaman kali ni mengajar aku, walaupun kita dilanda emosi yang teruk, ada masanya kita perlu ketepikan emosi dalam membuat keputusan untuk kebaikan akan datang

.
Baru – baru ni, kawan dalam facebook aku dapat seekor anak kuda, owh, gua takjub sebentar tengok anak kuda dia. Sangat cantik dan kelihatan akan membesar menjadi kuda yang sangat – sangat cergas dan sihat.
Bawah ni beberapa gambar dia dengan anak kuda dia. Aku dah mintak kebenaran untuk guna gambar dia dalam dalam blog aku ni. Semoga sukan berkuda terus mendapat hati di tempat anak tempatan.








semua - semua gambar to credit to kawan aku Dizay Ajid. Banyak benda aku respek orang Kelantan, dorang  tak tinggal solat walaupun tengok bola di stadium dan satu lagi, dorang ada penternakan kuda yang tak de kat  negeri lain. Solute ore kelate. 

No comments:

Post a Comment