Followers

Wednesday 8 February 2012

Memiliki rumah? antara realiti dan harapan

Definisi Rumah

Secara umumya, rumah adalah merujuk kepada suatu binaan untuk tempat tinggal(Kamus Dewan, Edisi Baru). Pada masa yang sama, rumah juga disebut sebagai rumah kediaman, bangunan kediaman, harta tanah kediaman, tempat tinggal dan seumpamanya.

gambar hiasan

Bangunan kediaman mengikut Undang-Undang kecil Bangunan Seragam 1984 adalah “sesuatu bangunan atau sebahagian daripadanya yang direkabentuk, dipadan atau digunakan untuk kediaman manusia.”

Menurut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, rumah kediaman didefinisikan sebagai“bangunan atau tanaman yang digunakan kesemuanya atau sebahagian besarnya yang dibina dan dipadankan untuk kediaman manusia”.

Susan Charles (1977) dalam bukunya yang berjudul Housing Economics mendefinisikan rumah sebagai “mana-mana tempat penginapan yang berasingan”.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam laporan terbitannya iaitu Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah Malaysia 1998/99 juga menggariskan definisi tempat tinggal sebagai “sebarang jenis tempat yang bertutup yang bebas dan berasingan yang dibina sebagai (atau dijadikan) rumah untuk kediaman”.


++++++++++++++++++++++

Dua tiga hari ni banyak program, dan kebetulan aku baru je habis kursus multimedia dekat Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.  Kursus tu amik masa sehari je. Dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.



Sepanjang perjalanan aku dalam bas nak balik semula ke maktab, ada beberapa iklan jual rumah tertera di persimpangan jalan raya. Aku mula rasa bosan duk dalam bas. Aku cuba nak borak dengan classmate aku, Iqah, budak Kulim Kedah dalam bas tu. Bukan apa, saje je nak mengisi masa terluang sementara menantikan kami selamat sampai ke destinasi.


ini bukan gambar hiasan, sememangnya  bas dalam gambar itu adalah bas yang kami guna untuk pergi ke BTPN. 

Kalau ajak bersembang dengan Iqah, macam – macam cerita lawak keluar,  sebab dia ni cepat ketawa kalo aku buat lawak. Pastu aku mula bagi soalan cepu emas kat dia “Iqah, hang rasakan, agak – agak, umur berapa kita boleh beli rumah sendiri? Iqah cam tergamam bila aku aju soalan macam tu. Yer lah, soalan yang tiba – tiba keluar dari mulut seorang rakan yang pada mulanya bersifat hilai tawa dan dan kini menjadi soalan serius yang tidak terjangkau idea dan pengetahuan semasa.

gambar hiasan

Tak de la serius mana pun soalan aku, sebab kalau tanya mana – mana individu pun, membeli dan memiliki rumah sendiri merupakan salah satu perancangan yang wajib bagi golongan bekeluarga.


“Entahlah, sebab cek rasa la kan, rumah lah ni makin mahal, buat rumah atas pokok kot” seloroh Iqah dalam slang utaranya sambil disambut hilai tawa sebagai penyeri ayat.


inikah rumah cuba digambarkan oleh Iqah? kalo rumah macam ni, aku pun nak buat

Huhu, aku da agak, bagi aku, yang baru nak mencecah umur 22 tahun, mungkin ramai yang berpendapat kami ni masih muda, masih mentah untuk merancang, tidak perlu kisah tentang kehidupan selepas tamat belajar. Focus pada apa yang kita belajar di Institusi pendidikan dan sekiranya ada masa, kita boleh buat part time sebagai pengiat politik pra matang seperti kawan – kawan kita yang sibuk post isu politik di Facebook sedangkan kualiti assignment pun cecah markah paras hidung.


Balik dari maktab , aku acces Mudah.MY. Saje je nak usha harga – harga rumah dekat Muar, tempat kelahiran aku. Aku pun tak tahu kenapa rasa ingin tahu aku sangat kuat, macam tak sabar nak beli rumah sedangkan, pendapatan, ops, elaun aku hanyalah rm 559 sebulan. Kalau nak tunggu pendapatan aku sebagai seorang guru, mungkin aku kena belajar mengurus kewangan aku.  Permulaan kerja sebagai guru DG 1 -1 ,  dengan starting basic gaji adalah  rm 1989, campur elaun mungkin rm 2500? Mampu tak dengan pendapatan tersebut aku mempunyai kediaman idaman sendiri?




Banyak iklan yang aku ushar dekat Mudah.my. Macam window shoping la, beli tak pun



Erm, lepas ushar satu demi satu, aku da start termenung panjang. Cuba mencari satu titik pertemuan antara realiti dan impian…. Mampu tak aku pada masa depan memiliki rumah sendiri. Kalau 10 tahun lepas, Parents aku berjaya memiliki rumah banglo  di tanah rezab Melayu berkeluasan 535 sq.m yang dalamnya ada 4 buah bilik, dua bilik air dan 1 stor, ada laman depan dan belakang, kiri dan kanan untuk dihiasi dengan pokok – pokok bunga dan buah dan 2 tempat parking kereta . Harga rumah tersebut adalah rm 140, ribu ringgit. Cukup selesa untuk membesarkan kami lima beranak.


Sekarang? Rumah banglo di keluasan 535 sq.m di Muar yang dikenali sebagai Bandar pencen, harganya sudah mencecah rm 400, 000! Gila, dalam tempoh 10 tahun, harga naik hampir empat kali ganda?


Aku mula rasa tak selamat, mula rasa kurang yakin dengan keupayaan kewangan aku pada masa depan. Tak salah rasanya aku beli rumah teres untuk permulaan, tetapi aku aim higher dari tu.


Dulu bapak aku pernah cerita, selepas dia masuk universiti, dia diambil sebagai anak angkat oleh keluarga yang agak berada. Dia belajar duduk di rumah banglow, start dari situ, dia pasang impian untuk beli rumah besar untuk sebagai tempat berlindung untuk keluarga. Dia tahu kemudahan fizikal dan persekitaran yang harmoni mampu menyumbang kepada perkembangan sihat  anak – anak.


Tak kan aku yang dulu dibesarkan di rumah banglow, anak – anak aku nanti dibesarkan di persekitaran yang berbeza dengan bapa mereka? Aku nak anak aku rasa selamat berada di rumah, aku nak anak aku tidur nyenyak bila aku balik kerja. Aku tak nak nanti bila anak – anak aku mula mempersoalkan tanggungjawab aku, bila bapak mereka membesarkan mereka di rumah yang agak kurang selesa, sedangkan atuk mereka besarkan bapak diorang ni di kediaman yang besar.


Sekarang ni aku tengah membaca thesis ROSADAH BT. MAHAMUD dan
KHADIJAH BT. HUSSEIN sekadar nak menambah pengetahuan aku tentang fenomena membeli rumah di Malaysia.

KAJIAN KE ATAS KEUPAYAAN GOLONGAN
BERPENDAPATAN SEDERHANA DALAM MEMILIKI RUMAH
DI KAWASAN JOHOR BAHRU.
ROSADAH BT. MAHAMUD
KHADIJAH BT. HUSSEIN
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2002

Sangat – sangat berharap, satu hari nanti aku akan jumpa satu solution untuk beli satu kediaman yang selesa untuk anak dan bini aku. Serius, rasa sangat – sangat bersyukur bila aku tak ketagih dan tak berminat pada kereta mahal – mahal sebab habbit ni mungkin membantutkan aku untuk menyimpan wang untuk membeli rumah.

 Kalau beli rumah, harga tiap – tiap tahun naik, kalau aku mati pun, insuran akan cover kos pembelian rumah, sekurang – kurangnya isteri dan anak – anak aku ada tempat untuk berlindung dari hujan basah dan panas terik.

Tiba – tiba Luqman masuk ketuk bilik aku, “mung dah solat Isa (isyak) belum? Kalo belum, pergi pat, sampai tua nanti dok pandai jaga masa semayang”. Leter Luqman kepada aku dalam slang Terengganunya.

Lupa pulak aku, hukum alam, sebesar – besar rumah kita ada, kubur juga rumah terakhir kita. Tanggungjawab pada manusia, tanggungjawab pada Tuhan jangan lupa.


No comments:

Post a Comment