Followers

Friday 24 February 2012

komitmen aku

Dua tiga hari ni perasaan aku diselebungi dengan rasa negatif terhadap individu.  Sebagai seorang manusia, rasa macam tu perlu dibuang jauh – jauh, jangan terlalu ikutkan dendam.  Hulurkan rasa maaf kerana dia juga seorang manusia.

Aku banyak kerja 2 - 3 hari ni, Insya Allah, Isnin ni, lecture nak semak final projek kitaorang, Pastu member aku Ahram dah mula tegas sikit dengan attitude aku dengan business kami.
Aku tak kisah dia berlaku jujur, sebab memang silap aku pun. Ada masanya aku kerja suka bertangguh. Tu yang menyebabkan banyak kerja sekali dihimpun pada tarikh yang sama,
Dalam hidup aku sekarang, aku dah bahagikan situasi aku pada tiga keadaan

  1. Life aku sebagai guru pelatih
  2. Life aku sebagai business partner dengan kawan – kawan
  3. Life aku sebagai anak kepada mak bapak aku

Life sebagai guru pelatih:

Korang pun sedia maklum, sem ni aku jadi ketua unit. Kalau dalam battalion, aku ni kira pangkat kapten. Tanggungjawab aku pada kepimpinan kelas yang juga merangkap kebajikan anak – anak buah aku.

Susah nak didik diri aku jadi manusia yang boleh dijadikan role model, lagi susah nak didik diri kita jadi Ketua. Walaupun ada masanya sebarang keputusan dengan anak – anak buah tu kadang – kadang agak susah nak dicapai. Tapi dari segi perlaksanaan kerja, dorang memang ok.


Sebagai ketua, aku kena percaya dengan keupayaan dorang buat kerja. Aku memang kadang – kadang jenis one man show ( suka buat kerja secara individu) tetapi bila melibatkan kerjasama kumpulan aku kena ubah sikit peribadi aku.



Aku kena belajar menghormati pendapat dan idea orang lain, walaupun pada hakikatnya aku selalu  perasan yang kononnya idea aku jauh lebih baik dari dia. Aku kena belajar untuk bekerja menjadi orang bawahan. Atau ajk rendah. Sebab di sekolah pun realitinya macam tu. Kita bermula dari bawah, belajar menerima arahan pihak atasan, sebab bila kita di atas nanti, kita akan tahu perasaaan orang bawahan.



Berborak pasal assignment, walaupun aku ni ftrahnya suka bersenang lenang, suka benda yang tidak menyusahkan,tapi bila tiba bab assignment, aku jadi orang lain. Bukan nak dabik dada, tapi kalo assignment2 yang melibatkan teori, aku jadi agresif dan bersungguh – sungguh buat terbaik. Korang baca gaya penulisan aku, macam tu la lebih kurang, tapi setiap fakta atau pendapat yang dikeluarkan, kena ada sumber rujukan, sapa dan bila pendapat tu dikeluarkan. Baru nampak ilmiah, tul x?  

Sebenarnya benda ni semua pun bapak aku yang ajar. Bapak aku pernah kondem assignment aku mengalahkan lecture yang nak bagi markah. Memang la x patut,  compare assignment aku time aku umur 19 tahun yang baru nak masuk degree, sedangkan dia sendiri dah ada PhD. Jangankan kualiti, ketebalan thesis dia pun aku x mampu nak kejar lagi.

Life aku sebagai business partner.

Aku ada buat business dengan kawan aku ni. Business online jual tudung dan kain. Link? Kejap lagi aku bagi, sebab belum siap sepenuhnya.






Arham ngan Yan, bila tiba bab business, memang gila – gila agresif, sampai aku pun tak terkejar. Bukan sebab masa, Cuma kadang – kadang attitude malas aku tu melampaui batas. Sampailah one day, Arham tegur. Huhu, amek kau anept. Malas lagi, kan dah kena Sound.

Life aku sebagai anak



Yang ni buat aku sebak sikit, yer la, aku ni jenis family guy. Famili tu lagi penting dari diri sendiri. Walaupun aku ni kadang – kadang egosentrik dan adakalanya mementingkan diri. Ada masanya bila aku nak makan nasi kat kedai, aku akan pikir, mak bapak aku dah makan ke belum? Adik Arif kat kebun tu makan apa. Automatiknya, aku mula rasa aku cam tak adil dengan family aku. Aku kat sini, kadang – kadang makan kat kedai, family aku tu masak sendiri.


Tu pun kadang – kadang aku terpaksa menebalkan diri sebab terpaksa mintak lagi duit tambahan ngan bah aku, pasal duit kat sini kadang – kadang tak cukup,Sama ada taraf kos hidup makin mahal ataupun aku makin boros.

Life aku sebagai bf.



Aku tak de komitmen sebagai teman lelaki, sebab aku tak de teman wanita.  Sejujurnya, korang tengok, life – life aku kat atas tu.  Aku sendiri tak perlukan teman wanita sekarang ni. Aku sudah cukup bz dengan hidup aku dengan perkara orang lain.  Mungkin aku sudah frust dengan perempuan atau mungkin aku mmg betul2 bz.

Ada sekali member perempuan ni chat ngan aku.

Member: ko cari je la penganti nept oi

Aku : malas la, aku nak jadi gay plak , hahahah

Member: gila! Nabi tak ngaku umat wei,

Aku: gurau je la, fitrah aku masih di jalan yang benar
.
Member:baguslah gitu, ko nguratlah  si (rahsia), aku rasa dia pun suka kat ko

Aku: gila kau, ustazah tu, jangan wat gila, tak pasal – pasal aku rosakkan anak orang nanti

Member: tak de lah, ko je pikir cam tu, aku rasa ko ok je.

Aku: hahah, yer la tu, ok r beb, ada kelas r, jap lagi lecture aku nak masuk

Member, ah ko, memang, cita pasal love, mesti ko nak ignore, ok r, assalamualaikum

Aku. Waalaikumusalam J

Bukan aku nak ignore, Cuma aku tak rasa aku perlukan seorang wanita sekarang ni, sebab?
Budak perempuan kelas aku yang seramai 15 tu pun dah  cukup ramai aku nak jaga, nak tambah sorang lagi?

Sape perlukan 1 bila ko dah ada 15?


No comments:

Post a Comment