Followers

Thursday 26 January 2012

guru dan usahawan, antara tanggungjawab dan pulangan pendapatan

Seekor demi seekor ayam kampung aku keluarkan dari sangkar. Ayam – ayam tersebut dipindahkan ke reban Makcik Ros dengan segera. Melihat dari kesibukannya melayan pelanggan yang datang ke pasar, aku dengan abah terus menghulur tangan untuk menolong memudahkan kerjanya.


Siap sahaja urusan, setiap berat ayam akan dikira dan pembayaran dilakukan antara peniaga dan pengeluar. Alhamdulilah, pulangan hari ini agak lumayan. Rm 1450 berpindah tangan. Abah mengghulur duit tersebut kepada aku untuk dikira. Not Rm 100 dan not Rm 50 disusun rapi dan dikira denga teliti. Aku hulur semula duit tersebut pada abah dan mengganguk tanda’ cukup’.


Itulah rutin aku sepanjang cuti sekolah ni (cuti sem). Tolong abah berniaga ayam kampung dan ayam daging. Selepas urusan menjual ayam selesai, kami bergerak pulang ke kebun kerana ada urusan lain untuk diselesaikan.


Aku kadang – kadang pelik tengok abah. Gaji dan elaunnya sebagai seorang guru penolong kanan di sekolah menengah adalah rm 6500 lebih. Kecemerlangannya dalam PTK 2 tahun lepas telah membolehkan abah untuk naik gaji melanggar dinding. Hasil jualan sawit abah melebihi rm 8 ribu hingga 11 ribu sebulan. Itu tidak termasuk lagi hasil jualan ayam kampung dan ayam daging yang puratanya rm 5000 hingga 6000 sebulan. Jika dikira purata pendapatan abah sebulan adalah rm 18 ribu hingga 23 ribu sebulan.


Tapi abah masih lagi dengan kereta proton saga lamanya.’ JBU 5760’ masih setia berkhidmat untuk abah. Abah tidak gemar bergaya mewah. Cukuplah dengan berbaju lusuh dan berseluar jean yang sudah pudar warna, sudah cukup untuk abah berasa yakin bergaul dengn orang di sekelilingnya. Kasut kuning Phua Chu Kang menjadi teman setia abah ke kebun untuk melindunggi kakinya dari terluka. Abah tidak guna handphone tocuh screen mahupun IPAD, cukuplah dengan Nokia yang mempunyai kemudahan MP3 dan camera 2 megapixel.


Meskipun abah tidak begitu kisah dengan penampilan hariannya, tetapi abah professional, apabila urusan kerjanya sebagai seorang guru. Abah mesti dilengkapi dengan pakaian kemeja dan seluar slack berwarna gelap yang siap digosok. Tali leher dan tag nama sentiasa menghiasi bajunya dan kasut kulit gelap sentiasa dikiwi. Abah pernah cakap ‘ pakaian tidak mencerminkan peribadi seseorang tetapi bila bergelar seorang guru, wajib baginya menjadi contoh untuk anak murid dengan berpakaian kemas dan berdisplin”. Teringat beberapa kali aku ditegur oleh abah sebab terlupa memakai tag nama ke sekolah. Abah pernah tegur “ manusia memang tak boleh lari dari membuat kesilapan, tetapi menjadi seorang guru, kita perlu menunjukkan tauladan dan bukannya kesilapan yang boleh dipertikaikan oleh anak murid kita”.


JBU 5760 masih meluncur selesa di atas jalan raya. Aku mengelamun sendirian di tempat duduk penumpang. Melihat pokok – pokok sawit yang rendang mengundang satu perasaan damai di hati. Kerinduanku pada Muar terubat bila melihat daun sawit yang menghijau.


Entah kenapa petang tu, aku menceritakan apa terbuku di hati selama tiga tahun kepada abah. “Anept sebenarnya tak minat nak jadi cikgu, abah” Perlahan nada suara aku bersuara. Abah tidak memandangku kerana fokusnya ketika memandu. Abah bertanya “sebab apa ? bukan dah tiga tahun belajar kat maktab, masih tak minat lagi?”


Anept rasa Anept lagi sesuai jadi penternak, usahawan ternakan, macam yang kita buat sekarang ni. Anept suka kerja macam ni, pendapatan lagi banyak. Kalau Anept duduk kat sini, kita boleh kembangkan lagi business kita. Sebelum ni kita hantar ayam daging hidup dekat pasar, dekat peraih, kenapa kita tak hantar terus ayam yang siap diproses ke kedai – kedai makanan?

Kalau ayam yang dah siap proses di pasar, harganya rm 7 hingga rm 8 sekilo, dorang amik dengan kita rm 3.50 hingga rm 4.50 sekilo. Mereka untung atas angin abah. Kita buat penghantaran terus ayam yang sudah siap diproses kepada pelanggan. Kita letak harga rm 5.50 untuk sekilo ayam. Kita sudah untung antara rm 1 hingga rm 1.50 untuk setiap sekilo, begitu juga dengan pelanggan, harga kos sudah dapat dikurangkan. Dua – dua untung, dah kira win – win situation la kan.


Abah diam sambil tersenyum nipis. Abah mula membuka bicara “ abah setuju dengan pendapat kau, tapi sabarlah, jangan tergopoh – gopoh, jangan ikut darah muda sangat nanti merana diri. Abah tahu, antara sebab ko tak minat jadi cikgu sebab kau lagi senang kerja ikut kehendak kau. Kau tak suka diarah oleh orang lain, kadang – kadang kau suka memberontak bila kau dipaksa atau dikerah melakukan sesuatu yang kau tak suka.


Cakap abah memang betul, aku lagi senang kerja mengikut cara aku sendiri. Tak suka dipaksa akan sesuatu pekerjaan yang aku tak minat. Aku masih lagi ingat pengalaman bekerja di kedai makanan segera MCD di Muar selepas SPM . SHITT sungguh rasanya. Berdiri selama 8 jam, buat berger, bersihkan lobby, buang sampah apa semua, kerja separuh mati, kena maki dengan Manager. Bila cukup bulan, tengok – tengok gaji aku cuma RM 450. Rasa sunguh – sungguh tak berbaloi masa tu. Terus aku buat surat berhenti dan aku janji dengan diri aku yang aku tak kan kerja bawah orang lagi.


Abah tau kau suka dengan kerja sekarang ni. Kau lagi senang bekerja sebagai boss, mengarah budak – budak endon mengikut kehendak kau. Abah tau semua tu sebab abah yang latih kau untuk uruskan pekerja – pekerja kita bila abah tak de. Abah tahu diri kau macam mana, degil, tak sabar, cepat marah, keras kepala, suka ikut darah muda dan semua sikap ni yang menyebabkan kau kau tak minat nak jadi cikgu sebenarnya.


Kata – kata abah tepat ke dahi, terus menusuk ke hati menyebabkan aku sedikit terpana. Diam kelu seribu bahasa. Tiada hujah – hujah yang dapat mematahkan kata – kata abah melainkan mendiamkan diri.


Abah tahu semua perangai kau, sebab perangai tu semua dapat dari abah. Abah dulu pun keras kepala, degil dan panas baran. Sebab perangai ni lah abah digelar guru disiplin yang paling garang di serata daerah Muar. Sebut sahaja Cikgu Malek, pastinya bekas pelajarnya dari beberapa buah sekolah di Muar akan tersenyum menggenangkan hukuman rotan yang mereka terima akan kenakalan mereka. Aku sendiri sebagai anaknya tidak terlepas dari kegarangan abah, sudah beberapa kali sebat dan rotan singgah di badan dan alhamdulilah, aku membesar menjadi manusia.


Walaupun banyak sikap negatif pada diri kau, tapi abah tahu kau jenis tabah, kau tak suka mengalah bila diuji dengan sesuatu masalah. Kau suka berusaha dan terus berusaha. Bila kau sukakan sesuatu, kau akan berusaha sebaik mungkin untuk dapatkannya. Walaupun kau cepat marah, kau cepat sedar dan cepat sejuk. Kau tak kekok untuk minta maaf dengan orang yang kau lukai walaupun kau ni manusia yang egonya tinggi.


Anept, ada satu benda yang kau kena sedar dalam hidup ni. Kita hidup ni bukan untuk kejar harta dunia semata – mata. Sehebat manapun manusia dengan hartanya, bila dia mengadap Tuhan, semua hartanya akan lebur, takwa dan amal ibadatnya di dunia yang menjadi kayu ukur sama ada dia akan ke syurga atau ke neraka.


Aku diam membisu,


Menjadi cikgu, ini bukanlah satu peluang pekerjaan semata – mata. Kerja ini memang tidak akan menjadikan kau manusia yang kaya dengan harta dunia. Tapi bila di akhirat nanti, kerja inilah salah satu platform untuk kau menempatkan diri kau di syurga.


Bila kau menjadi seorang cikgu, kau telah diamanahkan untuk mendidik pelajar kau dengan ilmu dan nilai murni. Mak bapak sekarang sibuk bekerja sehingga lupa tanggungjawab rohani pada anak – anak, sebab tu ramai bangsa kita jadi penagih dadah, jadi bohsia, jadi penagih dadah. Sapa lagi nak dipertanggungjawabkan kalau bukan kaum guru sendiri?


Niat kita bukan hanya untuk mengajar murid pandai membaca dan mengira, tapi mengajar mereka tentang nilai – nilai norma masyarakat dan keagamaan. Mendidik mereka bahawa hidup ni tak semanis yang mereka sangka dan akan ada timbang tara untuk setiap perbuatan yang mereka lakukan.


  Abah tahu kau tak minat nak jadi cikgu sebab kau rasa susah dipertanggungjawabkan dengan hal – hal macam ni. Amanah adalah benda paling berat dan mati adalah benda yang paling dekat. Sebab itu, abah pilih untuk jadi cikgu, sebab rasa tanggungjawab pada anak bangsa sendiri dan agama. Abah tahu setiap pekerjaaan yang halal abah buat, akan ada pahala disebaliknya dan semulia – mulia pekerjaan selepas Nabi adalah guru.


  Ada tiga benda yang bermanfaat untuk anak adam selepas mati. Pertama, ilmu yang berguna yang ditinggalkan, kedua doa anak yang soleh dan ketiga amal jariahnya semasa di dunia. Abah rasa, pekerjaan cikgu amat sesuai dengan konsep ilmu yang berguna dan insya Allah, konsep amal jariah tu abah cuba capai. Cuma abah risau konsep kedua tu, Sambil mata abah menjeling aku.


  Aku mula menukar topik “abah majlis konvokesyen PhD abah tu bila? Senang sikit Anept nak amik cuti nanti. “ aku tersengih – sengih kerana terpaksa menukar tajuk, takut lebih banyak lagi syarahan yang bakal dilontarkan oleh abah nanti.

No comments:

Post a Comment