Followers

Wednesday 11 January 2012

posting oh posting

    Pukul 4.30 petang, kita orang balik dari maktab, sampai sahaja rumah, aku terus campak beg dan pakaian aku atas katil. Aku tak kongsi bilik dengan siapa, sebab bilik aku ni muat – muat untuk aku je. So tak jadi isu lah kalo aku nak berleging ke apa, sebab  duk berkhalwat sorang – sorang.


    Hari ni kecoh pasal isu senior – senior yang telah berjaya diposting untuk mengajar. Alhamdulilah,  lega gak hati bila dengar cerita ni, sebab kalo diorang tak posting macam mahasiswa UPSI, sedikit sebanyak akan menjejaskan peluang aku untuk posting mengajar nanti ( dua tahun lagi).

   Aku lepas tu tengok keputusan penempatan senior – senior di serata Malaysia. Dan macam biasalah, Sarawak menjadi negeri kegemaran untuk Menteri Pelajaran tempatkan guru – guru muda macam kami. Pastu aku review Johor, dalam belas- belas je bilangan guru yang dipost ke sana. 



    Aku mula tongkat dagu, asyik terfikir kemungkinan aku dipost ke Sarawak macam  senior – senior yang lain. Pastu aku teringat pulak cerita seorang senior lelaki yang baru kahwin sebelum diposting ke sana. Kesian, hari ni akad nikah, esok dah kena naik flight terbang ke sana.  Tapi tugas tetap tugas, amanat yang diberi harus digengam rapi agar nasib genarasi terbela dengan keringat seorang guru.

   Aku macam biasalah, back to the old plan, belajar sampai habis, lepas tu tunggu diposting. Bagi sesetengah individu yang mempunyai ijazah Perguruan, diposting tu macam pangilan keramat untuk setiap guru pelatih. Tak yah tunggu lama - lama macam guru – guru UPSI sampai 6 bulan ke atas, tahun lepas tamat pengajian pada bulan 12, bulan 1 tahun depan, dah dipanggil sekolah untuk melapor diri sebagai guru DG 41 ataupun  DG 1 1.



   Bagi guru –guru muda, starting basic gaji pada tahun pertama adalah RM 1925 mengikut skim baru perkhidmatan awam. Tidak termasuk elaun rumah, dan macam – macam elaun lain yang dah cecah RM 700 sebulan. Dan paling mantap, elaun kesusahan hidup mengikut tempat  - tempat di pedalaman. RM 500  paling minimum, maksimum pula RM 1500. Ok, let assume that aku kena posting ke Sarawak,( Kawasan paling rural sekali) pada tahun pertama ( kalo lepas temuduga pengesahan jawatan)

Rm 1925 + RM 700 + RM 1500 =  RM 4125.

   Banyakkan? Tapi kita kena beringatlah yang dah nama kawasan rural, kesukaran hidup tu pastinya harga yang terpaksa dibayar untuk elaun yang tinggi. Itu tidak termasuk kos penerbangan balik ke semenanjung, kos pengangkutan keluar dari ceruk hutan, naik sampan 2 3 jam semata – mata nak ke Bandar.  Tak de kemudahan internet  dan kemudahan di sekolah di pedalaman pastinya jauh beza dengan sekolah – sekolah di Bandar. Nak tau susah senang pengalaman mengajar di kawasan pedalaman, baca link ni http://duniacikgu.wordpress.com/2010/05/25/cabaran-dan-masaalah-mengajar-di-pedalaman/  .Tapi tak pe, bapak aku dah prepare aku untuk hidup susah. Kalo setakat tidur kat pondok, buka hutan jadi kebun, tanam pokok sawit, semua tu aku dah buat dengan budak indon sejak umur aku 13 tahun.





   Kalau diberi pilih, aku lagi rela posting ke Johor. Kenapa? Sebab aku  banyak tanggungjawab kat sana. Maksud aku, keluarga aku, biznez keluarga dan asset – asset yang perlu dijaga. Aku ada dua orang adik lelaki, tapi dah rezeki  Tuhan bagi, adik aku dua orang ni tak secerdas macam orang lain. Dah nama pun abang sulung, aku kenalah bertanggungjawab atas dua adik ni. Sampai bila abah aku nak jaga diorang. Dah tiba masa aku bawak peranan aku sebagai pelindung, bukan lagi dilindunggi oleh abah.

   Kalo setakat elaun,  aku rasa, income aku buat penternakan lagi banyak…seriously,  aku nak tolong abah uruskan penternakan, ladang kebun abah aku. Sebelah pagi, aku buat tugas aku sebagai guru, sebelah petang dan malam, aku jadi penternak.

   Mungkin orang akan judge aku, ko ni materialisitik la bro. Seriusly, ko betul,  tapi kurang tepat. Aku realistic person. Setiap aspek aku ambil kira baik aspek kebendaan dan rohani. Aku bersyukur sebab terpilih sebagai guru pelatih, dan kalo dikira – kira sepanjang 3 sem foundation dan 4 sem degree yang masih lagi berbaki 4 sem, aku dah habiskan elaun (duit rakyat) sebanyak RM 24,100 dalam masa 3 tahun ni. Masih ada baki lagi rm 16,000 untuk baki 4 sem.

    So kesimpulannya seorang guru pelatih telah ditanggung oleh Menteri Pelajaran melalui pemberian  elaun sebanyak RM 40, 000 secara jumlah kasar untuk pengajian satu tahun setengah  dan empat tahun untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Bagi aku, adalah menjadi tidak adil jika korang merungut bila kena posting mengajar ke kawasan pedalaman.


 Dan jika korang pikir – pikir balik, berapa juta duit rakyat telah diperuntukkan untuk mengeluarkan satu batch dari 27 buah IPG di Malaysia. Dan duit – duit tersebut adalah hasil cukai rakyat. Rakyat yang terdiri dari pelbagai lapisan, lapisan golongan atasan, pertengahan dan bawahan mengikut tahap gaji mereka. Untuk mereka yang telah banyak menyumbang, tidak sepatutnya aku merungut sekiranya aku diposting mengajar  ke tempat asing, kerana selagi roh dikandung jasad, selagi itu jasa ditabur sedaya yang boleh,

   Secara jujurnya, aku rela diposting ke mana –mana, Sarawak or sabah, or mana – mana kawasan pedalaman di Malaysia untuk membalas budi masyarakat. Orang berbudi, kita berbahasa, tapi menjadi orang yang berbudi lebih mulia dari jadi orang yang merasa.  So to Kementerian Pelajaran, postinglah aku ke mana korang nak, bring it on. 



No comments:

Post a Comment