Followers

Tuesday 10 January 2012

 9 Januari 2009, aku kat maktab macam biasa, buat kerja aku sebagai student a.k.a guru pelatih. Sem ni turn aku jadi ketua unit, so menjadi tanggungjawab aku untuk tunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada anak – anak buah aku ( rakan sekelas).

Aku mula belajar bangun awal, pukul 6.30 setengah tu aku pastikan aku dah siap mandi dan solat subuh. Thanks to housemates, Zairul, Luqman,  Zakwan dan Hamdan terutamanya yang tak pernah jemu – jemu tegur kelemahan aku. Alhamdulilah, dalam beberapa tahun ni, korang banyak berkorban untuk tengok kawan korang sorang ni sujud balik pada Allah.

Pukul 6.50 gami biasanya aku dengan kawan – kawan serumah dah siap pakai baju yang menunjukkan kami ni seorang guru pelatih dan kita orang akan pergi ke maktab naik kereta MYVI Zakwan.  Pukul 7.00 singah satu gerai ni, bersarapan sikit kuih – kuih dan minum milo pekat panas .

Tak sampai 10 minit, terus gerak ke maktab,.kul 7.30 pagi, perhimpunan pagi macam biasa, aku buat peranan aku sebagai Ketua Unit, amik sebarang note yang mungkin melibatkan kelas. Pergi kelas, jumpa kawan – kawan, bergembira selagi boleh, gelak tawa, pastu lecture masuk semua orang senyap dulu (termasuk aku). Kalo ada sesetengah subjek yang aku tak suka,  aku akan buat muka mengantuk dan tertidur….tapi kalo kelas tu happening, mungkin faktor lecture tu suka buat lawak, aku la mahluk tuhan yang suka ketawa berdekah – dekah,  dan time tu baru aku teringat, yang aku ni seorang Ketua Unit, imej kena jaga….

Pukul 1.15, balik dari maktab, singgah beli makanan kat gerai biasa, Nasi putih dengan lauk ikan keli sambal bersama sayur goreng. Memang itu makanan ruji aku kat sini. Sampai rumah dalam 1.45 pm. Aku akan pastikan aku solat Zohor dulu baru makan. Tak sedaplah solat time perut tengah buncit, nak rukuk tu rasa senak je.

Pas makan, aku tak tidur. Bukak la facebook kejap, pastu tengok – tengok aktiviti apa yang perlu ketua unit buat untuk sem ni. Cuba tengok gambar kelas. Nilai seorang demi seorang, tengok kekuatan setiap ahli, buat list, dan kemudian baru aku cuba suaikan kedudukan/ jawatan setiap ahli dalam ahli jawatan kuasa program.  Bapak aku ajar, kalau nak jadi ketua, jangan jadi ditaktor, amalkan sisitem khalifah, bukan demokrasi…Aku pelik, apa yang dimaksudkan dengan sistem khalifah? Apa bezanya dengan sistem demokrasi yang kita amalkan?

Bapak aku hulur aku satu novel, ‘FAJAR SENJA’ (aku lupa siapa penulisnya) .Ni bukan novel cinta, tapi novel yang berkisar sirah – sirah nabi, dari awal pemulaan nabi Muhamad jadi kanak – kanak sehinggalah baginda wafat semasa menjadi rassul. Dan kemudian sahabat – sahabat nabi yang amik alih jawatan sebagai pemimpin umat Islam ketika itu. Dari Saidina Abu Bakar, kemudian Saidina Umar Al Khatab, diikuti oleh Saidina Uthman Affan dan Saidina Ali Abi Talib. Memang seronok aku baca buku ni. Perasaan kagum aku pada sifat leadership yang ada pada Nabi Muhammad dan sahabat – sahabat nabi yang lain. Baginda dan sahabat - sabahat lebih pentingkan kebajikan orang lain berbanding diri sendiri. 

OK, Dah masuk waktu asar, siap – siap nak solat asar. Ada masa sambung lagi…..


aku harap sangat sem ni aku dapat pimpin diri sendiri, pimpin iman, pimpin hati, pimpin amal ibadat aku menjadi lebih baik, dan tak  lupa juga mereka di atas ni. Korang banyak memimpin aku, tiba masanya aku balas jasa korang dengan sedaya upaya aku....Aku pohon Ya Allah, hidupkan sahabatku dengan iman dan matikanlah mereka dalam iman. Kau redhailah setiap amal ibadat mereka dan janganlah kau uji kami akan sesuatu yang kami tak mampu dan janganlah kau tarik hidayah yang Kau beri pada kami sesudah Kau berikan kami segala nikmat iman. Sesungguhnya semua atas keredhaan mu Ya Allah. Aku hamba Mu yang lemah lagi hina...hanya sujud pada mu ketika aku dilanda kesedihan tapi melupakan setiap perintah Mu di saat aku dalam kemewahan. ampuni diri ku Ya Allah, banyak hamba Mu yang telah ku saktiti termasuk diri ku sendiri, kasihanilah diri ku Ya Allah, sesungguhnya aku terlupa akan janji - janji ku sewaktu kau tiupkan roh aku dalam jasad seorang bayi. ampuni ku Ya Allah.........

No comments:

Post a Comment