Followers

Thursday 26 January 2012

saling sokong menyokong antara kaum, dosa ?

Rokok pall mall satu dik” ujar aku kepada budak casher di kedai runcit bapaknya. “ Rokok to habislah bang” sambil matanya melihat diri ku atas dan bawah. Dalam hati aku pelik, macam mana boleh habis? Rokok ni makanan ruji orang melayu dan indon. Kalo macam tu bagi rokok suria ke, nusantara ke? Budak indon aku tu dah kedarah nak isap rokok” aku berseloroh. Itu pun dah habis gak bang


Habis gak? Dah tu budak – budak endon aku ni nak hisap apa? Tak kan rokok dunhill? Lawan tokey dah ni. Sebenarnya aku tak hisap rokok, tapi sebab dari kecik aku belajar belikan rokok untuk budak – budak endon, so tak de lah kalut sangat kalau kaki – kaki smoker cerita pasal rokok ni. Dunhill mahal kot, sekotak sahaja dah boleh makan tengah hari dengan makan malam. Tak berbaloi rasanya beli sekotak rokok jika nilainya sama dengan kos makan tengah hari dan malam ko.


Tengah aku duk kalut pikir pasal rokok, datang pulak mak cik dalam pertengahan umur dengan cucunya. “ Tepung habis ke dik? Mak cik nak buat kuih macam mana? Gula pun main catu – catu ni ha”. Budak tu diam, mesti bengang sebab customer dah mula buat complain tentang isi kedai dia. Aku pun pikir gak, apa guna kedai runcit kalau barang yang kita nak beli tak de.


Datang pulak bapak budak tu merangkap tokey kedai menyelamatkan keadaan. “Sekarang kan tahun baru cina, memanglah banyak barang tak de, dorang kan pengeluar, kalo dorang cuti, kita peniaga pun sebenarnya menjual barang – barang yang ada je la.


Aku berlalu pergi dari kedai tersebut. Pastu aku mula pikir dalam – dalam. Tengok keadaan sekeliling aku, semua kedai – kedai milik orang cina tutup kerana cuti menyambut perayaan mereka termasuk kedai – kedai melayu sekali). Pastu aku teringat balik hari semalam, bila aku nak beli paku payung 3 kilo, sebab nak buat atap untuk kandang lembu. Bila pergi kedai hardware (milik orang cina) ada satu notis tampal kat pintu ( bercuti sehingga 28.1.2012) 

Aiseh, terbantut plan aku nak buat projek tu, paku dah tak de. Bukan kedai Melayu tak de jual, Cuma harga bapak mahal. Aku pergi ushar harga paku tu dekat kedai hardware Melayu, bapak mahal, 3 kali ganda dari harga sebenarnya. Bukan aku bodoh, tak pernah beli barang – barang ni semua, agak – agak la kan nak pancung pelanggan.



Berpegang kepada pepatah melanium ‘siapa lagi nak bantu orang melayu kalau bukan orang melayu sendiri’ aku pun amik gak, mengenangkan si penjual ni orang Melayu, sebangsa dan seagama dengan aku, pada hakikatnya dia sebenarnya memancung pelangan – pelangan kaum dia sendiri.


Pastu aku mula teringat satu picture iklan kat fb, suruh boikot barang – barang orang cina, macam tepung ape semua. Menilai dari situasi yang aku hadapi baru – baru ni, kalau aku boikot barang dorang, ada ke produk Orang Melayu yang boleh ganti produk yang telah diboikot tu? Berapa sumber kekuatan ekonomi orang melayu?Ada jaminan dari si tukang boikot, bahawa dengan cara memboikot barang halal dari kaum lain, kebajikan peniaga orang Melayu akan terjamin?


Cuba kita nilai pada tenaga pengeluar produk di negara kita . Kita semua sedia maklum, pengeluar gula terbesar di Malaysia adalah orang cina, pengeluar makanan asas macam tepung, mee kuning, tu semua hasil kerajinan mereka.


Mana kekuatan ekonomi orang Melayu? Ramai dari kita suka jadi pengguna, bukannya pengeluar. Sebab tu bila cuti tahun baru cina, kedai – kedai runcit Melayu tutup, ramai yang complain, padahal dorang tak tau, kalau barang tak sampai dari pengeluar, macam mana kedai runcit Melayu nak berfungsi.


Kadang – kadang pelik, ramai orang Melayu cakap, orang cina menindas mereka melalui ekonomi apa semua, tapi yang aku nampak secara realiti, kita sebenarnya saling bergantungan. Orang Melayu memerlukan barang – barang asas seperti mee kuning, tepung, telur dan bahan makanan lain untuk berniaga makanan kat warung (contoh) . Dan orang cina juga memerlukan duit orang Melayu sebagai pengguna yang membeli produk mereka. Apa guna ada barang dan produk hebat dan halal, kalau tiada si pembeli. Dan orang cina pun tahu orang Melayu menganut agama Islam, cukup sensatif dengan isu sumber halal dan haram.


Ni baru aku sentuh sektor sumber makanan, belum sektor – sektor lain lagi.


Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan ,kita semua saling bergantungan, hidup di bumi Malaysia, tak bermakna berlainan bangsa kalau tak saling membantu. Ramai dari kita cakap orang lain racist, padahal kita yang sangka kaum lain racist, kaum itu gak sama – sama membantu menaikkan ekonomi Malaysia.


P/s : balik dari uruskan ladang, bukak facebook, dua tiga budak maktab cuba tunjuk hero dalam laman sesawang dengan pengetahuan politik dorang yang suam – suam suku….Apa nak jadi, aku pun tak tahu la……..

No comments:

Post a Comment