Followers

Tuesday 17 January 2012

sombong dan ego




Aku lepak sorang – sorang dalam libarary IPG sambil ditemani buku – buku dan majalah di rak. Jam di handphone menunjukkan pukul 10 suku pagi.  Hawa dingin aircond yang sejuk nyaman mengundang satu perasaan senang di celah ketiak ku yang kebasahan. Sambil – sambil mencari satu buku yang sedap dibaca untuk mengisi ruang kelaparan perut yang tidak kesudahan. Mata aku liar melihat junior – junior perempuan yang kian meningkat dewasa dan semakin comel jika dibandingkan dengan kakak – kakak senior mereka yang kian kelihatan tua dimamah dek usia. Kesan pemakanan duit elaun gamaknya.


Sedang mata aku gatal tidak bersempadan, tiba – tiba pengamatan ku tertumpu pada satu majalah, bukan majalah Mangga, or majalah artis  tapi Majalah Solusi Isu no 40. Tangan aku pantas mencapainya secepat mungkin takut diambil oleh orang lain.



Aku amik dan baca satu – persatu  helai demi helaian. Dengan kusyuk mata meniti setiap bait – bait perkataan .  Dan ada satu rencana yang menarik minat aku, “Apabila Hati Bongkak” tulisan HJ. Zainuddin Ali.


Ayat intro dia memang menarik dan menyentap hati aku, “orang yang sombong ialah orang yang memandang dirinya sangat sempurna dari semua segi,  sering memandang rendah pada orang lain, menggangap orang lain tidak layak untuk mengerjakan suatu urusan malah dia juga enggan menerima kebenaran” (Haji Zainuddin Ali, 2011)






Banyak input yang dapat aku terima dari hasil tulisan beliau, cara – cara penulisannya yang ringkas tapi padat dengan isi – isi yang bernas serta disertai dengan hadis dan surah yang sah. Antara yang disentuh dalam rencana beliau ialah larangan bersikap sombong,  akibat bersikap sombong dan hukuman yang diberikan kepada orang sombong di akhirat.



Orang yang sombong  di akhirat nanti akan mendapat kehinaan daripada Allah  dengan dikecilkan  saiz tubuh mereka sekecil semut, dan kehinaan datang  dari pelbagai sudut kepada mereka DARI SEGENAP PENJURU.


Rassullah bersabda dalam hal ini, maffumnya, “orang yang sombong akan dihimpunkan pada hari akhirat dalam bentuk semut –semut kecil berkepala manusia. Dari segala tempat datang kehinaan pada mereka, mereka digiring ke penjara ; neraka jahanam yang disebut bulas , di bahagian atasnya yang menyala – nyala  dan mereka diberi kotoran najis penghuni neraka”. (Riwayat al Tirmizi dan Ahmad)




Serius lepas baca artikel ni, aku mula reflect pada diri aku sendiri. Selama ni aku memang manusia ego dan ego itu sendiri adalah sombong, dan kerana sikap sombong ni Iblis dibuang dari syurga tetapi kenapa manusia macam aku masih nak mengamalkan ego?


Aku pernah ego pada kawan – kawan aku, pernah sombong dengan orang tua, kadang – kadang pernah sombong dengan Allah, tapi Allah masih lagi bagi aku peluang untuk bernafas. Punyalah banyak perintahnya yang aku tinggalkan tapi Allah masih lagi bagi nikmat rezeki kat aku. Dan aku yang tak sedar diri ni masih berlaku sombong dengan nikmat Tuhan beri. Aku selalu anggap setiap rezeki yang aku dapat adalah hasil usaha aku dan keluarga aku. Padahal, semua ni milik Tuhan, Dia boleh amik bila- bila masa je yang dia nak. Bila pikir – pikir balik, aku ni kecil je. Entah kenapa kaki merasa berat hendak ke kelas menggenangkan rasa sombong tu pernah ada   dan masih lagi menjadi darah daging dalam sifat aku………





No comments:

Post a Comment