Followers

Saturday 7 January 2012

mengurus dan mengumpul kekayaan, salahkan di sisi Islam?

         Lu kumpul duit banyak – banyak buat ape? Bukan boleh masuk kubur pun, bapak ko mati pun tingal duit atas muka bumi, camtu gak ngan ko nanti. Islam tak pandang la harta benda ni, yang penting hati’ Buat apa kumpul harta banyak – banyak, susah nak masuk syurga nanti


         Itu antara ayat – ayat sopan yang sering aku terima bila aku menegur beberapa individu mengenai pengurusan kewangan mereka. Relax lah, Allah tak pernah menilai darjat manusia akan seberapa banyak harta benda yang kita ada, tapi takwa pada Tuhan tu yang menentukan darjat seseorang hambaNya .


       Aku sendiri percaya bahawa setiap rezeki di muka bumi ni sebenarnya tiada nilai di sisi Allah. Kenapa aku cakap macam tu? Kalo semua harta benda kat dunia ni tinggi nilainya di sisi  Allah, sesungguhnya tiada sedikit pun, mahupun secebis rezeki Allah akan beri pada orang yang ingkar akan perintahNya. Dan aku pasti orang – orang kafir pastinya hidup merempat,  walaupun mereka berusaha bermati - matian sekiranya rezeki dan nikmat di dunia tinggi nilainya di sisi Allah. Tapi macam aku cakap tadi, semua harta, rezeki dan nikmat kemewahan di dunia ni sebenarnya tidak membawa nilai apa – apa kepada Allah, dan oleh kerana Allah tu Maha Pemurah, diberikan semua nikmat kemewahan harta kepada semua manusia , walaupun kepada orang kafir sekiranya mereka berusaha .


          Dunia dan akhirat perlu seimbang, sebab tu aku sebagai insan yang baru nak belajar hidup, perlu sedar yang pengurusan kewangan (hal dunia) tu penting supaya urusan akhirat aku nanti tidak dipengaruhi dengan hal – hal dunia yang tak setel. Sejauh mana kita lari, sejauh mana kita cuba hindari hal – hal yang melibatkan pengurusan kewangan, selagi tu la dunia akan menguasai kita.


        Baru – baru ni aku baca Majalah Gen Q. GENERASI AL QURAN KREATIF. Volume 1, ISU 3. Memang mantap tulisan Hafiszi Othman mengenai hikmah pengurusan kewangan dalam Islam.



       Kalau aku kaki plagiat, mungkin aku akan copy paste apa yang dia tulis dalam majalah tu dan letak dalam blog, lepas tu mengaku segala yang ditulis hak aku. Tapi aku ada falsafah aku sendiri. So aku ringkaskan apa yang baca dalam penulisan beliau yang sebanyak dua helai. Tulisan dia ringkas, padat dan kemas penyusunan isi. Secara overall. Isi yang disampaikan juga mesra pengguna, boleh dihadam dengan mudah dan cara penulisan menunjukkan penulis ini mempunyai perasaan humble ketika menulis dan bermatlamat untuk menyampaikan maklumat berunsur nasihat kepada pembaca dan bukannya berniat untuk bermegah – megah dengan ilmu yang ada.


       Apa yang boleh aku tulis kat sini, hikmah pengurusan kewangan dalam penulisan beliau
Mengapa saya mesti mengurus wang


1.              Supaya saya mendapat lebih banyak rezeki – mengurus adalah tanda bersyukur kepada nikmat. Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7,, Jika kamu bersyukur, maka Allah akan tambah lagi nikmat Ku. Dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab ku sangat pedih.


2.           Supaya Allah lebih sayang – mereka yang menguasai wang menguasai hidupnya. Kuat dirinya dan keluarganya. Bina ummah disenggani manusia dan disayanggi Allah. Sabda Rassullah S.A.W dalam riwayat Muslim yang bermaksud “Mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai Allah daripada Mukmin yang lemah”.

3.         Supaya cepat bebas kewangan – bebas kewangan beerti saya mempunyai masa saya sendiri untuk urusan akhirat

    Letak tangan kat dada, pastu ikrarkan saya bebas kewangan/ saya bermula awal/ Allah sayang saya sebab saya menguasai wang saya.

Sumber: Hafiszi Othman (2012) ‘Apa yang ditunggu lagi”Majalah Gen Q. GENERASI AL QURAN KREATIF. Volume 1, ISU 3.storm reader. Sdn. Bhd

Nak baca selanjutnya, pergilah beli kat kedai – kedai majalah, kalo novel ombak rindu tu boleh layan 2 3 kali, setakat majalah ilmu yang berharga rm 7 pun nak lokek ke?

No comments:

Post a Comment