Followers

Sunday 15 January 2012

praktikum, antara teori dan praktikal.

     Dua tiga hari ni memang kecoh pasal isu praktikum dalam batch aku. Dalam dua tiga suara di dalam kelas menggesa untuk aku mendapatkan maklumat praktikum seperti senarai sekolah yang ditawarkan, tarikh praktikum dan sebagainya.

       Secara jujurnya, ini kali pertama aku handle isu praktikum ni sebab sem – sem sebelum ni lebih kepada pembelajaran secara teori dan praktikum ni menjadi satu medan praktikal ataupun ‘hands on’ kepada guru pelatih sem 5. Bagi aku, (yang tak tau lagi praktikum ni macam mana) praktikum ni macam satu lapangan kepada kita orang untuk belajar menjadi guru dalam gelanggang pendidikan yang sebenar.

    Kalau dalam kelas – kelas pendidikan sebelum ni, kita diajar mengenai teori – teori pembelajaran seperti teori behaviorisme, teori kognitif, teori mentalis dan macam – macam teori yang merangkumi segala kelakuan dan tingkah laku manusia dalam proses pembelajaran. Bila aku menyentuh aspek manusia, client aku pastinya budak – budak bawah umur, purata umur mereka dalam 7 hingga 12 tahun.




      Aku dah mula terbayang pengalaman aku yang lepas  bersama budak – budak sekolah. Walaupun tempoh program PBS sebelum ni hanya 1 minggu untuk satu sekolah dan 4 buah sekolah  yang telah aku pergi dah menggenapkan tempoh 4 minggu yang bersamaaan sebulan di sekolah. Sepanjang  tempoh tu aku muka kenal konsep teori  yang kita belajar kadang – kadang tidak sama dan mungkin agak sukar untuk diaplikasikan dalam konteks lapangan kerja yang sebenar.

    Teori kognitif ke mana, teori behavior ke mana, tu belum teori  pengawalan bilik darjah lagi, semua ke laut. Time tu la korang mula rasa yang kemahiran tu kadang – kadang jauh lebih penting dari teori semata – mata. Kalau sebelum ni, dalam buku Mok Soon Sang, ayat dia lebih menjurus cikgu ke arah guru yang lebih mesra murid pada awal perkenalan bagi membina imej guru yang positif.




      Aku cabar mana – mana bakal guru terutamanya guru perempuan, cuba first day korang jumpa murid - murid ni, pastu buat – buat lembut dan friendly macam artis yang menyanjunggi peminat agar peminat menyanjung mereka kembali (cam yang konsep guru yang dianjurkan Mok Soon Sang).  Check the result after 2 or 3 week, dorang ni akan mula naik kepala dan martabat korang sebagai guru tidak lebih dari baby sitter dorang kat rumah. Time tu la bila lecture datang nak observe korang, kelas jadi hinggar binggar, budak – budak mula tak dengar kata, bising jangan cakaplah, korang tengah mengajar sesuatu konsep ni, rupa – rupanya budak sekolah darjah tiga tengah main hp kat belakang kelas korang handle tu.  Secara tidak langsung, perspektif guru pembimbing dan lecture yang datang menilai tu sendiri akan akan jatuh terhempas seperti perasaan hormat murid pada korang.


kelemahan teori


Ivan Pavlov theory 

      Bila aku jarang menggunakan teori – teori seperti teori Ivan Pavlov, teori Robert Glasser dan mana – mana teori pendidikan barat tidak bermakna aku menolak 100 peratus teori dorang. Ambiklah mungkin separa atau suku dari teori – teori tersebut dan cuba aplikasinya dalam konteks pengajaran yang sebenar. Tengok keputusannya macam mana?  Adakalanya konsep peneguhan dan ganjaran boleh digunapakai , seperti pemberian gula – gula kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan jawapan yang betul dapat menyumbang kepada pencapaian objektif pelajaran. Tetapi terlalu banyak ganjaran dari segi bentuk  lahrian  akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan peribadi manusia yang hanya bekerja untuk mendapatkan sesuatu kepentingan dan bukannya atas dasar tanggungjawab.


     Contohnya, jika hari ni seorang guru pelatih sering memberi hadiah walaupun tidak mahal, dan proses peneguhan ini berulang kali menggunakan ganjaran berbentuk fizikal. Lihat keputusan seterusnya, seorang guru berhenti memberi hadiah, bagaimana pula motivasi murid – murid tersebut selang 2 – 3 hari kemudian, adakah makin meningkat? Ataupun makin merundum.

        Aku pernah baca satu kajian seorang Proffesor (mintak maaf, aku betul – betul lupa siapa prof dan tajuk kajiannya) dalam satu kajiannya, 20 orang murid diminta melukis satu karya setiap seorang, selepas siap melukis, 10 orang murid tersebut diberikan hadiah sebagai ganjaran (tanpa pengetahuan 10 murid yang lain). Ujian ini dijalankan sebanyak 3 kali dan setiap kali ujian dijalankan, hadiah diberikan kepada 10 orang murid yang sama. Untuk kajian keempat, mereka diminta untuk menghasilkan lagi karya lukisan Cuma kini tiada hadiah sebagai ganjaran. Hasil kajian mendapati, mereka yang sering menerima ganjaran enggan untuk melukis mahupun mengambil bahagian dalam ujian ini lagi. Manakala mereka yang tidak menerima ganjaran masih lagi melukis dan terus melukis faktor minat dan dorongan motivasi dalam bentuk pujian dan penghargaan menggunakan kata – kata. Jadi tak hairan kalau aktiviti yang bersifat kemanusiaan kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat, kerana kita telah diajar dari kecik untuk mengejar ganjaran yang lebih bersikap fizikal dari menolong orang tanpa mengharapkan balasan apa – apa.




        Macam tu juga konsep amal ibadat kita dengan Tuhan, ramai dari kita beribadat nak kejar ganjaran syurga yang dijanjikan Allah Taala, tapi kita sering lupa peranan kita sebagai hamba. Menjadi tanggungjawab kita mentaati perintah Allah sebab kita ni hambaNya dan bukannya mengharapkan ganjaran syurga semata- mata. Macam contoh, korang menjadi ibu bapa, dan mempunyai dua orang anak. Anak pertama bekerja dengan korang kerana dia mengharapkan ganjaran upah dari korang, manakala anak yang kedua bekerja dengan korang sebab dia ikhlas dan sedar itu tanggungjawab anak untuk berkhidmat kepada ibu bapa mereka. Sekarang aku tanya, antara kedua – dua anak ni, mana yang korang lebih sayang?


    Macam itu la sepatutnya ditekan dalam pendidikan, kita ajar murid bukan semata - matan kerana nak kejarkan 5 A (ganjaran) dalam UPSR, tetapi supaya mereka sedar tanggungjawab mereka sebagai murid (untuk belajar) dan tanggungjawab mereka sebagai anak menghormati guru seperti menghormati ibu bapa mereka sendiri.






 Jadi, to all new teachers out there, sebelum mengajar atau bergaul dengan budak, jangan berikan mereka ganjaran membuta tuli tetapi terapkan dulu rasa hormat mereka pada anda. Once you control the class, korang dah berjaya untuk ke peringkat seterusnya, tetapi sekali murid hilang rasa hormat pada anda, sampai akhir tahun nanti mereka tidak menghormati anda.

        Secara jujurnya, aku rasa konsep ganjaran dalam pendidikan sebagai peneguhan itu perlu, Cuma bergantung pada kepimpinan guru itu sendiri. Sama ada ingin memancing murid menggunakan harta benda atau menarik minat murid dengan menggunakan kata – kata motivasi dan dorongan yang lebih berbentuk kemanusiaan berbanding aspek fizikal semata – mata.

      Segala pengalaman dan kemahiran tu boleh kita dapat dari mana sahaja  bak kata Adam Adli (yang digantung 3 semester) , Cuma pengisian sesuatu makna dalam pengajaran itu yang penting sebab murid akan belajar dengan makna dan bukannya kerana faktor kebendaan. (ni ayat aku)

     p/s ; Sampai sekarang aku pelik, kenapa orang barat sering menggunakan haiwan (seperti anjing, chimpanzi, hamster) untuk kajian perubahan tingkah laku, dan paling aku pelik, kenapa mereka boleh aplikasikan kesan – kesan  perubahan tingkah laku dalam lapangan pendidikan  dan paling aku tak boleh terima bila teori – teori ni diajar kepada guru pelatih untuk ajar anak bangsa.


No comments:

Post a Comment