Followers

Monday 1 August 2011

Ujian di bulan puasa

 Jarum jam yang tergantung di dinding bangunan Balai Polis Kuala Terengganu menunjukkan 3.10 petang. Untuk pengetahuan korang, aku telah kehilangan wallet akibat dicuri oleh orang yang tidak dikenali dan paling aku geram adalah benda ni berlaku di rumah sewa. ( To my sister, Lena, PLS DONT TELL ABAH) . I will tell this story by myself. Kang kalo dia marah, x pasal - pasal kurang pahala puasa abah aku. 

Aku tak boleh nak salahkan sesiapa kecuali diri sendiri. Salah aku r, sapa suruh letak wallet tepi tingkap, kan dah kena amik. Damn u thief. Hati aku yang  egosentrik masih menyalahkan pencuri tersebut padahal memang kesilapan dari pihak aku yang suka letak barang merata. 

OK, ni satu pengajaran yang penting yang perlu aku terima yang kadang - kadang barang dalam rumah pun boleh hilang. Yang aku pasti, ini bukan kerja orang dalam sebab Housemates aku semua bakal cikgu. Aku dah cukup masak dah dengan perangai masing - masing yang tak kan amik barang orang lain tanpa kebenaran, inikan pula mencuri. Boleh kira, dari segi sahsiah lima orang penghuni dalam rumah ni, aku paling corot sekali tapi aku bangga sebab ada kawan perangai baik - baik.

        Macam biasa r, barang dah hilang, memang susah nak dapat balik. Atas alternatif sendiri, Aku pergi ke balai polis, buat Report. Aku ingat bila kena masalah cam ni, akulah orang yang paling susah atas dunia ni. Rupa - rupanya ada lagi orang lagi susah.

          Ada satu pasangan ni tua ni (dah kahwin la). Dorang buat aduan yang kedai runcit mereka dipecah masuk. Macam - macam barang hilang. Kerugian jangan cerita lah, pastinya berlipat kali ganda dari aku. Hilang peti wang, hilang bekalan rokok, dan macam - macam lagi. Aku rasa pencuri tu mencuri sambil bawak lori la. Sampai nak licin kedai tu dikerjakan. 

Aku mula kesian kat pasangan tu, tapi pakcik tu sempat mengukir senyuman kat aku sambil cakap " ramai orang susah sekarang ni, sebab tu terpaksa mencuri" sambil menunjukkan muka simpati mungkin untuk pencuri tersebut.  Aku tanya " Da tu pak cik tak geram ke"? Dengan selamba sambil mengukir senyuman nipis, iras - iras senyuman Tok guru, beliau menjawab"Tak pe , pak cik redho, hok barang dah hilang, kita redho je la, rezeki kan semua di tangan Tuhan". Pakcik dan makcik tu bangun dari tempat duduk sambil berlalu meninggalkan aku yang terpinga - pinga bangang,

Kalau nak banding situasi yang aku alami dengan apa yang pasangan tu alami, memang sah dan nampak nyata yang aku ni jenis manusia yang tak tau bersyukur. Kadang - kadang aku rasa malu gile dengan diri sendiri, dengan housemates aku, dengan Tuhan, Pasal hal kecik cam ni pun aku nak bising - bising satu rumah. Aku mula cari salah orang lain atas kesalahan yang memang puncanya bermula atas diri sendiri. 

Dalam perjalanan ke balai polis , aku time atas motor tu tak habis - habis membebel sorang - sorang bagi meredhakan emosi aku tengah bercelaru. Cari salah orang lain, salahkan takdir Tuhan dan macam - macam lagi keluar dari mulut orang yang tengah emosi.

Tapi bila emosi dah redha, hati dah tenang, otak dah stabil, secara automatik aku jadi malu dengan diri sendiri, Kena pulak insiden yang Tuhan tunjukkan kat aku bahawa ada lagi orang yang lebih susah ujian yang diturunkan oleh Nya.  Tapi orang tu tersenyum, dan redha. Berbeza pulak dengan aku yang kononnya bakal cikgu dengan kata lain seorang guru, pembimbing, penunjuk arah, contoh tauladan yang baik kepada muridnya. Tapi bila kena kena dugaan sikit cam ni, aku tewas dalam api kemarahan.

Balik dari bandar, aku uruskan apa yang temampu dulu, mengenangkan segala yang berpunca adalah  dari diri sendiri dan aku anggap benda ni macam satu ujian untuk mendidik diri aku menjadi lebih dewasa. 

Orang yang kuat bukannya diukur melalui kekuatan dan ketangkasan fizikal, tetapi melalui hatinya yang sabar apabila ditimpa musibah.

Orang yang sabar tidak menggangap ujian dari Tuhan itu satu musibah tapi sebagai peluang untuk menghapus dosa - dosa kecil  dan mendekatkan diri kepada Allah.

Selama ni aku ingat aku pandai nasihat orang, suruh bersabar, kuatkan iman, tabahkan hati bila ditimpa satu masalah. Tapi bila benda ni kena kat batang hidung sendiri, baru aku tau, yang cakap - cakap saja tak cukup, tapi amalkan dengan perbuatan dan semaikan dalam hati.

Aku redha Ya Allah,  terima kasih sebab masih menyayangi hambaMU ini, mungkin kalau jika tidak diberi peluang sekali lagi. pasti dah dicabut nyawaku masa dalam perjalanan ke balai polis tadi dan pastinya aku akan mati dalam kekufuruan kerana tidak mensyukuri nikmat Mu............

2 comments:

  1. be strong okay , god would not give test like this unles he knows you are strong neough for it ,

    ReplyDelete