Followers

Wednesday 17 August 2011

aku dan Anjing...

        Kawasan perumahan aku dikelilingi oleh jiran jiran non muslim terutamanya jiran yang berbangsa Cina. Secara biasanya ,  jiran - jiran aku ni gemar membela anjing mungkin sebagai faktor keselamatan harta benda atau sebagai haiwan peliharaan semata - mata. Walaupun anjing lebih sinonim dengan aktiviti menyalak, tapi taman perumahan aku jarang - jarang dapat dengar salakan anjing , Yang terlepas? setakat seekor dua, tetapi tak serang orang. 

      Mungkin pembela - pembela anjing ni pun tahu tentang sensitiviti kaum Melayu yang beragama Islam, jadi kebiasaanya, anjing - anjing ditambat, dan diletakkan jauh dari pintu pagar bagi menggelakkan anjing - anjing ni menyalak pada orang luar.

    Aku ingat lagi, waktu aku ambik kelas tuisyen tingkatan 1 dengan cikgu perempuan aku yang berbangsa Cina. Kami biasanya panggil cikgu tu  "teacher" ataupun cikgu Ng. Dia ajar aku subjek sains dan metamatik. Memandangkan ayah aku pun cikgu, dan kawan baik kepada cikgu Ng ni juga, so biasanya aku dapat perhatian yang agak lebih dan banyak masa diluangkan untuk aku diajar secara individu.

Setiap petang sabtu dan ahad, aku akan pergi ke rumah cikgu Ng untuk belajar metamatik dan sains. Macam jiran - jiran non muslim yang lain, cikgu Ng pun bela anjing. Anjing bukan sebarang anjing beb, jenis Rotweiler lagi.



Jenis anjing Rottweiler ni, memang garang dan ganas, setiap kali student - student lain masuk je pintu pagar rumah cikgu Ng, mesti anjing tu menyalak - nyalak cam nampak hantu. Aku time tu pun baru tingkatan satu, dan macam budak - budak lain gak, aku akan cepat - cepat masuk ke dalam rumah cikgu Ng dengan langkah seribu. Walaupun anjing tu ditambat, kegerunan tu masih boleh dirasa, macam anjing tu berdiri sebelah aku je. 

Selagi cikgu aku tak suruh anjing tu diam, anjing tu akan menyalak - nyalak, sebab mungkin dia pikir kami ni penceroboh/ perompak. Tapi aku respek kat cikgu aku tu, dia suh anjing tu diam, terus senyap si Rottweiler tu lalu masuk ke dalam pondok anjing tanpa mempersoalkan apa - apa. Memang patuh gila sikap anjing ni rupanya.

Pernah sekali tu, aku bawak la bekal ayam goreng ke rumah cikgu, nak makan time lapar, sebab aku tak sempat nak makan tengah hari kat rumah. Sebelum kelas mula, aku makan kat halaman rumah cikgu Ng, sebab tak nak  bagi kotor ruang kelas dia untuk mengajar. 

Bila aku baru nak ratah peha ayam bersalut tepung kfc, aku tengok si rottweiler dah jelir - jelir lidah sambil mengoyang - goyangkan ekornya yang kontot. "Lapar r tu" dalam hati aku mendesus.  Aku tengok cikgu aku tu bagi  si Rottweiler ni nasi putih dengan saki baki tulang ikan yang boleh dikira dengan jari. Sian Rottweiler ni, vegeterian rupanya. (=.=").

Berbekalkan sikap empati aku yang masih kebudak - budakkan time tu, aku pun ratah dulu peha ayam tu untuk perasmian pecah tanah, pastu yang lebih, aku campak kat Rottweiler (tak kan aku nak suap plak kan. Rottweiler pun makan dengan gembira....asal ayat aku cam darjah satu ni?  

Sejak hari tu, aku rajin la membawa bekal untuk dimakan bersama - sama si Rottweiler. Apa yang aku makan, tu la Rottweiler makan. Kalo hari tu aku bawak ayam goreng berempah, dia pun turut sama dapat merasa. Kalo aku bawak telur goreng masak kicap, dia pun turut sama dapat rasa telor....ayat ntah ape - ape...Pernah sekali tu, aku bawak nasi putih ngan lauk sayur bayam. Aku pun  campak la sayur tu kat si Rottweiler. Hasilnya, Rottweiler hanya kuis - kuis sayur tu dengan jari kaki dan berpaling tanda merajuk. Dalam hati aku," dasar anjing" bagi betis nak peha. 

Rutin ni aku amalkan selama setahun, hasilnya si Rottweiler kalo nampak je kelibat aku kat pintu pagar rumah cikgu Ng, mesti dia goyang  - goyang ekor sambil menjelir - jelir lidah mewakilkan emosi gembira. Kalo ikutkan hati aku yang masih keanak - anakan time tu, nak je aku bertepuk tampar mesra dahi si Rottweiler ni. Tapi memandangkan pengetahuan agama aku time tu agak surface, so aku tak berani nak pegang anjing. Takut berdosa besar dan masa tu tak geti lagi nak samak- samak ni. Budak - budak lagikan. Yang aku tahu time tu. Orang Islam tak boleh pegang dan bela anjing.

hasil hubungan intim aku dengan Rottweiler, aku dah tak takut lagi dengan mana - mana anjing. Mana - mana aku pergi, kalo anjing nak kejar, biasanya aku turun dulu dari basikal, pastu tundukkan badan dan cuba capai batu ke, kayu ke. Serius, anjing - anjing ni akan lari bertempiaran. 

Yang aku nampak anjing ni sebenarnya haiwan yang setia, lembut dan berjiwa sensatif. Korang pernah dengar anjing menangis tak? Bagi aku, berbanding kucing, anjing lagi senang memperlihatkan emosi dia. Kalo anjing tu lapar, dia akan menjelirkan lidah. Kalo anjing marah, dia akan menyalak sekuat hati dan cuba menyerang sebarang objek yang dianggap sebagai ancaman. Dan yang lebih penting, anjing adalah haiwan yang bersikap pelindung ataupun protective. Sekiranya Tuan anjing kelihatan diserang oleh individu, anjing tersebut akan terus meluru menerkam individu dan mengigit tangannya. 


Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahwa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani
oleh setiap orang mukmin.

Pertama :
Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.
Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.

Kedua :
Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya.
Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah.

Ketiga :
Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja.Dia selalu berjaga-jaga.
Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya
dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

Keempat :
Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris.
Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.

Kelima :
Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya
sekalipun dipukul dan dimarah.
Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya.
Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.

Keenam :
Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada
tempat manusia.
Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.

Ketujuh :
Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa
marah atau berdendam.
Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.

Kelapan :
Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan
dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas.
Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk.

Kesembilan :
Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan
atau tidak diberi,dia diam sahaja.
Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t.

Kesepuluh :
Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang.
Inilah tanda-tanda orang yang susah.




Lepas form 3, aku tengok si Rottweiler dah tak de. Aku pun tanya cikgu Ng, mana anjing cikgu? Cikgu cakap anjing dia dah bagi kat orang lain. Sebab cikgu pun tak de masa nak bagi si Rottweiler tu makan. Mungkin sebab tu si Rottweiler ni selalu miss lunch dia......Cikgu kata, dia buat semua ni pun sebab dia tak nak seksa anjing tu. Dia nak Rottweiler tu hidup riang dengan tuan yang baru.

Aku pun balik dengan keadaan yang hampa. Dalam hati aku bermonolog, kan bagus kalo ayah aku bukak kebun awal - awal, boleh bela si Rotweiler tu kat kebun. Tapi apakan daya, si Rottweiler pun dah tak de....

Sejak hari tu, aku selalu pasang angan - angan, yang aku nak bela  seekor dua anjing  jenis Rottweiler kat ladang aku sebab Ustaz Azhar kata tak ape bela anjing dengan syarat unttuk menjaga haiwan ternakan, menjaga harta ,memburu dan sebagainya.  

Baru - baru ni, aku saja geledah Mudah.my . nak cari Rottweiler puppy. saje nak tengok berapa harga seekor anak anjing jenis Rottweiler ni. Aku budget dalam rm 200 cam tu la. sekali hamik ko. Minimum rm 1000 ke atas.

COMEL......


Sekarang ni, yang menjadi kekeliruan aku, ada pendapat dari ulama mengatakan, hukum jual beli yang berkaitan dengan anjing ni adalah haram. Boleh tak sesiapa yang ada ilmu agama yang boleh dikongsi mengenai hukum jual beli anjing ni? Sebab bagi aku, nak harap orang lain bagi free, memang payah la. So kepada readers, sesiapa yang ada info mengenai kekeliruan aku ni. leh hantar kat email aku. Sebarang kritikan juga aku terima dengan tangan terbuka.



No comments:

Post a Comment