Followers

Tuesday 9 August 2011

GURU DAN RPH

        Aku menghirup nescafe beng ( nescafe ais) yang suam - suam sejuk  yang aku order dari kawan aku. Sambil - sambil  tangan kiri menyelak buku Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah dari darjah satu hingga darjah enam.

        Mata pula melilau mencari bahan - bahan untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Sedang otak blur seribu idea untuk menjana RPH yang unik lagi pelik untuk dipersembahkan kepada lecturer aku esok hari. 

contoh  Rancangan Pengajaran Harian muka depan 


         Kepada mereka yang mempunyai kerjaya selain dari kerjaya guru, mesti rasa ganjil atau rasa janggal dengan singkatan RPH. Ok, memandangkan korang semua akan ada anak lepas kahwin, dan anak korang perlu diberikan pendidikan secara formal di sekolah, jadi wajib bagi aku sebagai bakal guru menerangkan apakah itu RPH.

         Secara bahasa pasarnya, RPH ni diibaratkan rancangan ataupun plan untuk seorang guru sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran. Tujuan RPH ini adalah untuk memudahkan seorang guru membuat persediaan secara rapi dan tersusun sebelum, semasa dan selepas pengajaran di dalam kelas.

           Aku bagi contoh yang berkaitan rapat dalam kehidupan kita seharian. Jika hari ini kita nak masak ayam masak kicap. Maka kita kenalah sediakan bahan - bahan yang sepatutnya digunakan dalam resepi tu. Kalo korang tanya aku, aku akan jawab, bahan - bahannya. 


  • ayam
  • kicap
  • sos tiram
  • bawang putih
  • bawang besar
  • sos cili 
  • cili
  • halia 
  • garam dan gula


       Bahan - bahan dah ada, so masak pun kena la ikut prosuder yang betul. contoh, bersihkan ayam, potong kecik - kecik ke, 13 ke janji senang nak muat dalam kuali. Pastu kupas bawang putih dan bawang besar termasuk halia dan cili. Tumbuk secukup rasa. panaskan minyak. goreng ayam tersebut sehingga separuh masak. kemudian tumis bahan - bahan yang sudah dikupas sehingga naik bau. Tuangkan sos cili,  sos tiram dan segelas or setengah gelas air masak. Masukkan ayam yang sudah digoreng dan tuang kicap hingga nampak warna merah kehitaman. Bagi menaikkan rasa, tambah sedikit gula dan garam secukup rasa. Pastu siap. Nak bagi wangi, letak bunga cengkih.



       APA yang aku cuba sampaikan sebenarnya, setiap apa yang kita BUAT perlu ada rancangan, strategi dan kena fikir tindakan selanjutnya. Macam tu la gak dalam membuat RPH ni. Seorang guru perlu bijak dan kreatif dalam memikirkan cara yang menarik dan sesuai dalam mendidik murid yang datang dari pelbagai latar belakang.

       Contoh, katakan hari ni aku nak ajar murid mewarna menggunakan Poster Colour, dan tersebutlah kisah yang sekolah yang aku ajar tu nun jauh di pendalaman Sabah dan Serawak. Dengan kemudahan yang kurang serta bahan - bahan seni yang agak susah diperolehi, macam mana nak mengajar mereka mewarna menggunakan bahan basah? (water colour, poster colour). Sebagai bakal guru ( tak kira guru apa pun) kita kena ada back up plan. Kalo tak de poster colour, kita boleh ajar murid explore bahan lain. Contoh, air kunyit boleh menimbulkan warna kuning, kicap boleh menimbulkan warna gelap jika dicampur kuantiti air yang banyak, warna sirap boleh menghasilkan warna merah yang pekat. Jadi tak menjadi sebarang masalah bagi seorang guru itu jika dia bijak merancang dan memikirkan jalan penyelesaian.




       Sama la gak dengan cerita masak memasak tadi. kalo tak minyak masak, kita guna minyak kelapa. kalo tak bawang besar, kita gunalah bawang merah. kalo tak de sos cili, kita gunalah sos tomato. Kalo tak de ayam, kita guna itik ke, angsa ke. janji berkaki dua dan halal dimakan.

       Berbeza bahan tapi prosuder memasak masih sama dan hasilnya masih sama, makanan dapat disediakan, sedap (bergantung cara memasak) dan mengenyangkan (bergantung pada perut tukang masak) . Macam tu gak nak merancang Rancangan Pengajaran Harian. Seorang guru perlu kreatif dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran tu menarik lagi menghiburkan walaupun keadaan dalam kelas kurang selesa dan kemudahan yang tidak seberapa.

     Seorang guru boleh menggunakan bakat terpendam seperti menyanyi, berlakon dan berlawak bersama murid -murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran . Secara jujurnya, aku dulu tak suka proffession perguruan, disebabkan kemasukan aku ke IPG adalah disebabkan desakan ibu bapa dan natijahnya aku dulu memang tak suka cikgu - cikgu aku yang agak skema semasa mengajar. Jadi perasaan anti terhadap kerjaya guru membuak - membuak, tapi selepas 3 tahun aku berkecimpung dalam pendidikan guru ni, baru aku tau yang kerjaya guru ni menyeronokkan dan menghiburkan.


GREAT TEACHER ONIZUKA

       Guru diberi peluang untuk merancang strategi pengajarannya mengikut kreativiti. Guru boleh berlakon, bernyanyi dan bergelak tawa bersama pelanggannya (murid - murid) sebagai sampingan kerana niat mendidik adalah aim utama bagi seorang guru. So RPH ni aku anggap macam lirik lagu, skrip drama, satu karya seni, lukisan yang bernyawa dan macam - macam lagi imej positif. kerana setiap benda yang aku sebut tu, tujuannya hanya satu iaitu menyampaikan mesej. 

Jika lirik lagu mendendangkan melodi kepada pendengar musik
Kalau skrip drama mempertontonkan situasi kehidupan kepada penonton tv
Manakala lukisan memperlihatkan keindahan  hasil tangan manusia
Dan RPH ni adalah strategi peperangan bagi seorang guru dan satu karya seni agung untuk murid - murid

Bila aku dah wat blog ni, tetiba aku dapat idea plak wat RPH ni.  Betul kata bapak aku, hati kena ikhlas, baru semua nampak senang dan menyeronokkan.


Impian aku, nak jadi cikgu yang cool, tegas tapi mesra. Biar semua murid rasa pengalaman menyeronokkan semasa belajar. I am teacher, and this what I do......Taylor Mali. Aku tau setiap dari korang (bakal ibu bapa) mengharapkan yang terbaik dari seorang cikgu mendidik anak korang pada masa depan. So doakan la bakal - bakal cikgu ni teguh hati dalam menuntut ilmu, supaya genarasi masa depan tak kelam seperti sekarang.

No comments:

Post a Comment