Followers

Friday 5 August 2011

Gf or queen control

Jam kat handphone menunjukkan 11.40 pagi.......damn, lewat lagi. entah bila ntah tabiat bangun lewat aku nak berubah.aku membebel sorang - sorang dalam hati. Kalo dulu bangun lewat, boleh gak salahkan ex awek, Sebab nak temankan dia malam - malam gayut.  Sekarang dah hidup sorang - sorang pun bangun lewat. Ternyata memang kelemahan adalah dari diri sendiri, jangan gatal nak salahkan orang lain.

Sebab sekarang bulan puasa, aku kurang la sikit aktiviti yang boleh menyebabkan aku kepenatan. Kena pulak hari ni hari sabtu, so aku cam raja di atas singahsana, tak de sape leh kaco life aku kalo hari sabtu. Nak - nak bila hidup single ni, lagi la plenty of freedom . Ko nak main game ke, tengok movie ke, baca komik online ke, semua boleh.

Tak dak lagi si dia yang merajuk,  tak dak lagi si dia yang kecewa dengan perangai aku, tak dak lagi si dia yang tension sebab bf malas nak layan dan macam - macam lagi. Entah kenapa aku rasa, bila perempuan dah sayang sangat kat seseorang lelaki or bf, dia nak control gila - gila macam bf tu anak kecik yang perlu dijaga sepanjang masa. 

Come on la, memang la lelaki tu suka dimanjakan, tapi bila dicontrol? this is 2 different things that girls should know that caring and queen control will not be equal. Tolong jangan gunakan alasan "sebab saya sayang awak la saya control awak" . ERK, sejak bila plak ada istilah control dalam kasih sayang, Yang aku tau, parents control their children because love, tapi jarang - jarang pulak aku dengar gf should control bf because love to.

Well aku tau, perempuan memang caring, Itu memang fitrah kaum hawa yang Tuhan bagi, Tak de sape boleh nafikan fitrah keibuan wanita memang tinggi. Cuma lelaki kadang - kadang memang tak suka kalo gf dia bertindak macam gf tu mak dia plak. CONTOH AYAT YANG BIASA GF TU PAKAI

1. lepas ni saya tak nak tengok awak main dota, setiap kali saya call, mesti main dota. benci.......
2.jangan makan banyak - banyak, nanti gemuk, saya tak suka bf gemuk
3.awak ni kenapa? tak nak layan saya? awak ingat awak tu siapa?
4.kenapa awak ni, asyik bz je, tak pernah ke pikir pasal saya
5 kenapa awak ramai kawan perempuan, tak macam lelaki lain pulak saya tengok.

OK....aku teringin sekali nak sentuh pasal ayat no 4 tu, biasanya awek akan cakap, kenapa awak asyik bz je? 

girls, pertama sekali aku nak bagitau korang yang lelaki yang tak sambung belajar,lelaki yang tak bekerja, lelaki yang tau tau pikir pasal tanggungjawab tentang keluarga adalah lelaki paling free kat dunia ni. kalo korang nak bf korang layan korang sepanjang masa, silalah amik mana - mana pilihan di atas. 

Mesti korang akan tanya, dah tu bila masa free? eh ikut suka r, ada pulak dalam kamus dewan hidup lelaki adalah berbakti kepada gf sendiri?

Yang aku tau, tanggungjawab lelaki, yang pertama kepada ayah dan ibunya, kedua kepada akak dan adik perempuannya,  ketiga kepada isterinya dan keempat pada anak anaknya ( lelaki dan perempuan). Boleh tak sesiapa bagitau aku di mana letaknya tempat gf? Jawapannya tak de~ 

Pernah seorang member perempuan ni luah masalah kat aku, yang bf dia ni melebihkan adik perempuannya berbanding gf sendiri. Bf terpaksa menggunakan wang ptptn dia sendiri untuk menampung pembelajaran adik dia.  So gf dia tak puas hati. Ya Allah, geramnya aku kat member sorang ni, dekat setengah jam aku basuh otak dia. Antara soalan yang aku utarakan kat dia:

1.Ko rasa, kalo ko kat tempat bf ko, siapa yang patut ko dahulukan, gf ke adik ko sendiri?
2. Kalo ko susah, ko mintak tolong abg ko ke bf ko? 
3 kalo ikut dari segi tanggungjawab seorang lelaki, ko rasa ko berada di kedudukan mana?

Tiga soalan ni je, dah cukup wat member aku berfikir panjang, pastu aku slow talk balik kat dia lagak seorang guru kaunseling . Aku cakap cam ni r lebih kurang 

"ko patut bersyukur sebab dapat bf yang mementingkan tanggungjawab kepada keluarga berbanding nafsu bersama perempuan bukan muhrim". Bukan senang nak dapat lelaki yang tau tentang tanggungjawab, tau nak berkorban untuk keluarga. Cuba ko pikir balik, sanggup ke ko nak tengok bf ko tu melebihkan ko lebih dari ibu dan adik dia sendiri. Aku berani bet yang BF macam ni memang jenis setia, bukan setia pada gf. Tapi setia pada isteri dan keluarga. 

Kenapa aku cakap cam tu? lelaki yang bertanggungjawab lebih tahu tentang nilai seseorang wanita dalam hidupnya. Jika gf boleh bertukar ganti, tapi 10 kali matipun, ibu kandung tetap yang satu. Jika lelaki itu hanya beristerikan seorang wanita, dan wanita itu jenis memahami dan dan solehah, beri 10 orang wanita YANG 10 KALI LAGI CANTIK pun dia tolak kerana dia tahu belum tentu 10 orang wanita itu boleh bahagiakan dia sebaik isteri dia yang sorang tu.

Banyak lagi benda penting yang lelaki kena fikirkan berbanding melayan korang yang problem tak de la besar mana, tapi disebabkan semangat Independence yang kurang dalam diri korang menyebabkan bf - bf ni terpaksa melayan karenah korang.

Nasihat aku, kalau jadi gf, jadilah gf yang menerima kelemahan dan kelebihan bf korang, kalau tak boleh membantu, jangan susahkan. Simple kan? kalo korang jenis memahami, aku rasa tak yah tunang sampai setahun, kalo rezeki bf korang murah, esok lusa dah leh akad nikah.

Ada 3 benda yang menyenangkan seorang lelaki dalam hidupnya

1.kenderaan yang menyenangkan
2.kediaman yang menyelesakan
3.isteri yang membantu dan memahami

1 comment: