Followers

Friday 5 August 2011

berkunjung ke bazar ramadhan

OK, hal pasal wallet hilang dah settel, Kad Ic, kad atm dan lesen semua dah dibuat. Selama 3 hari aku berulang dari  Batu Rakit ke Kuala Terengganu menggunakan motor modenass cc 110. Penat tok sah cakap r, aku terpaksa menebalkan muka bertemu dengan lecturer - lecturer untuk mohon perlepasan awal. Tu tak termasuk menebalkan muka untuk meminjam duit sesama member.

Korang boleh bayangkan tak, yang wallet korang kena curi, kat tangan korang x de satu sen pun. Dah la nak buat report bayar rm 2. kos minyak ulang dan balik rasanya ada dekat rm 20 gak aku kena. Tu tak termasuk denda yang aku terpaksa bayar kerana hilang I.C untuk kali ketiga! Nasib baik ada diskaun, so aku kena bayar rm 110. Tapi cam aku cakap sebelum ni, tak de duit weh. Nak keluarkan duit, kad atm pun kena rembat.

Ok, tu masalah yang dihadapi selama 3 hari lepas. Alhamdulilah, aku berjaya settelkan satu persatu dengan bantuan keluarga dan rakan - rakan. 

############################################################################

       Macam orang lain gak, aku berpuasa dan akan berbuka bila tiba waktu. Kadang - kadang aku masak, kadang - kadang - kadang aku main beli je. Ikut selera tekak. Nampak sedap, aku beli, kalo tak sedap, aku blah cepat - cepat. Bukan ape, aku takut nak memberikan harapan palsu kat peniaga - peniaga kat situ.

       Tapi kebiasaanya, budget aku tuk beli makanan dalam rm 5 je. Nampak je aku boros, padahal kalo nak membeli sesuatu, terutamanya makanan, aku akan tanya harga dulu, nak rasa memang tak boleh r, (puasa kan) pastu aku belek - belek NAK TENGOK ADA TELUR LALAT KE TAK. Bila dah kenan kat hati baru aku cakap "bagi ni seringgit" sambil tersenyum. Bila peniaga dah siap pack, hulur duit dengan tangan kanan pastu cakap "saya beli" automatik peniaga tu akan cakap "saya jual" dan senyum balik kat aku.

Simple kan akad dalam berjual beli? senang amal kalo dah jadi amalan harian dalam hidup kita, pembeli puas hati, peniaga pun happy. Tapi entah kenapa aku tengok sebilangan orang macam susah je nak tersenyum ataupun bermanis muka ketika menjual atau membeli sesuatu. 

Pernah sekali, aku nak beli juadah berbuka puasa kat Muar (lokasi dirahsiakan) . Ada peniaga murtabak ni jual murtabak ( tak kan jual ayam golek pulak) . Macam biasar r ingredient yang biasanya digunakan adalah tepung yang sudah diuli, daging - daging yang dah dihancurkan dan telur ayam.

Penjual murtabak tu bapak kerek, dia cakap murtabak dia paling sedap sepanjang pasar di situ, pastu duk nganjing - nganjing murtabak yang dijual oleh peniaga lain. Teknik strategi perniagaan dan marketing mungkin.
Untuk tarik customer dan perniagaan cepat maju, kalo tak tabur pasir kat oven orang lain memang tak sah.

Petang tu, aku lalu macam biasa, sekali ada satu akak ni tegor la peniaga murtabak tu, dia cakap, dia nampak sisa tahi ayam kat kulit telur yang digunakan. Akak tu siap tanya "kenapa  tak basuh dulu?"  

Aku pun pelik, kenapa brother tu tak basuh telur ayam yang ada tahi tu, adakah dia nak tunjuk kesegaran telur yang baru keluar dari bontot ayam? Aku pun tak paham sampai sekarang.

Peniaga tu cakap, "sikit je, kalo akak tak nak beli, tak per, ramai lagi orang leh beli murtabak saya" dengan nada bengis. Aku rasa brother tu lupa yang dia skang kat bazar ramadhan. Orang boleh dengar apa yang akak tu cakap dan orang pun boleh wat kesimpulan mudah dengan reaksi brother peniaga murtabak.

                                                 "peniaga ni pengotor dan kurang ajar"

Selang 3 hari kemudian, aku datang balik bazar tu, aku tengok tempat brother peniaga murtabak tu dah diganti dengan tempat peniaga ayam percik. Serius, aku leh wat kesimpulan kat situ, peniaga perlu hormati pelanggan  dan pelanggan pun kena tahu hak mereka. Kalo peniaga wat salah, pelanggan boleh tegur, dan peniaga perlu amik insiatif dalam menyelesaikan masalah yang diutarakan. Baru  dua - dua puas hati.

sejak hari tu, setiap kali aku beli murtabak, mata aku mesti aim kat telur dulu.

No comments:

Post a Comment