Followers

Friday 12 August 2011

sedih dan kehilangan........

        Aku bukan seorang yang alim,kaki tabligh jauh sekali. Tapi biasalah fitrah manusia macam aku, bila sedih dan rasa kehilangan kita akan mula mencari  siapa pencipta kita. Ibarat anak kecik yang kehilangan ibu bapanya di Mydin, menangis - nangis, berteriak dengan mengalir air mata. Minta dipertemukan segera dengan ibu bapanya. Begitulah  juga macam orang lain, bila kita susah, dengan Tuhan juga kita mintak petunjuk, mintak diberikan semangat dan diringgankan ujian. 

      Bila orang dewasa sedih, nak mengadu kat siapa? nak ngadu kat member, member bukan semua boleh paham. Nak ngadu kat parents? dah janji kat diri, bila besar tak nak susahkan parents. Aku tak pandai nak memberi ceramah berunsurkan agama, cukuplah sekadar aku ingatkan bila, kita rasa susah, kita ngadu kat Allah, bila kita rasa keseorangan, kita ngadu kat Allah, bila kita rasa kehilangan, kita ngadu kat Allah. Dan Allah Taala tak pernah bosan mendengar rintihan hambanya sebab dari kecik lagi aku diajar Allah kan Maha Mendengar lagi Maha Mengasihi.



Ramai orang (termasuk aku) hanya akan ingat Tuhan bila mereka berada dalam kesedihan, kepayahan, kehilangan, berduka lara dan merasa putus asa. Lebih teruk lagi apabila kita terus menerus jatuh dalam kesedihan yang kita sendiri cipta sedangkan segala nikmat yang Allah beri adalah bukti bahawa kasih sayang pencipta kepada hambaNya.

No comments:

Post a Comment