Followers

Sunday 4 December 2011

gambar sekitar farmville keluarga aku


ok, tercapai gak impian aku nak upload gambar - gambar aktiviti keluarga aku kat ladang kami. Tak nak cerita banyak, scroll ke bawah and enjoy the view ok. explanation akan  cuba diberikan untuk setiap gambar yang aku snap


OK, kalo korang masuk ladang aku time 3 hingga 5.30 petang, lembu aku akan meragut rumput cam gambar di atas ni. 



yang baju merah tu adik aku yang bongsu, 'Afiq', dia tengah cuba nak main - main dengan anak lembu susu yang baru kami beli



Anak lembu susu ni aku tak lepaskan lagi time ni. Bapak aku suruh kurung dalam kandang untuk 3 hari supaya diaorang ni boleh adapt dengan suasana persekitaran. So kira jadi lembu feedlot jap, hehe

lembu susu ni dikenali sebagai Friesian Cow. Kat Malaysia, baka lembu Friesian terlah di crossbreedkan dengan lembu baka Sahiwal di New Zealand supaya genatik baru anak lembu tersebut dapat menyesuaikan mereka dengan cuaca dan persekitaran permakanan di Malaysia


well, anak lembu ni memang jinak, aku cuma hulur ibu jari je, mesti dia jilat dan hisap ibu jari aku. Seronok gak la tengok karenah dorang ni nak manja - manja


ok, sekarang ni, kita cuba nak sesuaikan anak - anak lembu Friesian dengan lembu - lembu baka lain (brahman cross, kedah kelantan,  droughmaster)  


well, macam yang aku agak, lembu friesian ni memang mudah untuk adapt dengan kawasan sekeliling, kalo dulu kat kandang lama makan pallet, sekarang ni diorang dah cuba belajar makan rumput, daun sawit, tahu, dan tak lupa gak aku bagi roti, (sekali sekala x pe)

hehe, ni adik perempuan aku, Ela, dan sebelah tu kawan dia, haha. Yang sebelah tu nama dia Mok Mok. Baka Brahman crossbreed Umur baru mencecah 2 tahun pada tahun depan. So kira dia ni terselamat la dari korban Raya Haji tahun ni. 


Biasanya bapak aku letak harga untuk lembu saiz cam ni dalam rm 2600, serius, memang murah. Pernah sekali aku pergi ke kandang lembu yang lain, aku tanya la, berapa harga saiz camni, RM 3000 + RM600 siap korban.  Beza rm 1000 der. Tapi bapak aku cakap " tak pe, kita nak mencari customer tetap, bukan nak cari keuntungan sahaja, abah niat sedekah masa jual tu sebab bagi abah, sapa lagi nak tolong orang Islam kalo bukan orang Islam sendiri". Pastu sampai sekarang, aku tak berani nak bercanggah pendapat bila abah jual lembu dengan harga cam ni.





ok, ni aku (yang tengah dengan adik beradik lelaki aku) Arif yang berbaju kuning oren (19 tahun) dan Afiq yang berbaju (14 tahun) Sekarang ni Arif tengah tolong ayah aku uruskan ladang ni semasa ketiadaan  aku kat Muar. Aku pernah janji kat diri aku, lepas ni, aku balik bertugas kat Muar, aku akan luaskan lagi peranan ladang ni dalam business. Biar adik - adik aku hidup senang dengan titik peluh kami sekeluarga. 

haha, ni Ela dengan anak kambing, dia memang suka ngan kambing, sampai sekarang aku tak tau kenapa




Arif dengan mesin choper. Mesin ni untuk proses daun sawit jadi hancur untuk makanan lembu, kuda dan kambing. Nampak senang, tapi sebenarnya penat sebab nak pergi cari daun lagi, naikkan atas lori, bawak ke ladang, procces, pastu bagi haiwan ternakan ni makan.

camni la daun sawit selepas proses, ok lar, tu je dari kebun aku, nanti ada masa aku upload video plak. 

1 comment: