Followers

Tuesday 6 December 2011

surat rasmi darjah 5

baru - baru ni aku karang satu surat rasmi untuk mohon membeli kuda kat veterinar kat kluang. Aku buat benda ni pun selepas lawatan aku kat sana, Serius, murah kot, tp tu r, sekarang ni setiap urusan jual beli kena lalu putrajaya. So ni sample surat rasmi aku. hehe. ak tau aku suck tulis surat -surat formal ni



Mohamed Hanif bin Abd Malek
No 14 -18, Lorong Perkasa,
Jalan Haji Jaib,
84000 Muar
Johor Darul Takzim

______________________________________________________________________________

Pengarah,
Bahagian Latihan Dan Pembangunan Kerjaya,
Jabatan Perkhidmatan Veterinar,
Kementerian Pertanian Dan Industry Asas Tani,
Wsima Tani, Blok Podium, Lot 4g, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerjaaan Persekutuan,
 62630 Putrajaya.                                                                                              6 DISEMBER 2011

Tuan,

Permohonan Untuk Membeli Kuda  Di Institut Veterinar Malaysia

Saya seperti yang bernama di atas dengan sukacitanya ingin mengemukakan pemohonan untuk membeli 5 ekor kuda baka Pony  Cross yang terdapat di Institut Veterinar Kluang Johor dengan harga yang berpatutan.

2. Untuk pengetahuan tuan,  Saya merupakan penternak yang meminati kuda. Saya telah mempunyai  3 ekor kuda padi yang telah dilatih untuk ditunggang. Walaubagaimanapun saya mendapati bahawa kuda – kuda saya tidak mampu untuk membiak seperti yang diharapkan.

3. Buat masa ini, saya mempunyai tanah yang ditanam dengan kelapa sawit sebanyak 41 ekar dan saya juga mendapati bahawa persekitaran tersebut dapat menyumbang sumber makanan yang mencukupi kepada kuda – kuda saya. Selain itu, kawasan saya juga mempunyai kandang kuda dan dalam perancangan, saya akan menambah lagi kandang kuda bagi menampung kuda baru di samping memberi penjagaan yang optimum kepada mereka.

4. Antara objektif saya menternak kuda antaranya untuk meluaskan penternakan kuda di daerah Muar. Melalui cara ini, rakyat setempat dapat mengenali dan didedahkan tentang haiwan ini dan berpeluang untuk belajar menunggang kuda seperti yang dituntut dalam sunah Nabi Muhamad S.A.W.

Sukacitanya saya sekiranya tuan dapat menerima pemohonan saya untuk membeli kuda di organisasi tuan. Saya telah memilih untuk menternak kuda kerana saya berminat untuk meluaskan lagi penternakan kuda di Johor oleh rakyat tempatan dalam merancakkan lagi produktiviti penternakan di kalangan kita. Saya percaya bahawa langkah ini dapat menyumbang satu fenomena yang positif dalam bidang penternakan.

Bersama ini, saya lampirkan beberapa keping gambar dan resume untuk rujukan tuan. Saya amat berharap di atas penerimaan tuan.

Yang benar

 

Mohamed Hanif bin Abd Malek 
(900701 - 01 - 5453)

No comments:

Post a Comment