Pernah tak dalam hidup korang, maksud aku, korang yang sekarang, yang masih lagi tak tahu masa depan korang macam mana. Masih lagi was – was sama ada Ijazah – diploma yang korang pegang ni mampu menampung keperluan korang untuk 5 – 10 tahun akan datang?
Mesti ada kan? Don’t worry about that sebab bagi aku, Malaysia ni masih lagi sebuah negara yang mampu membekalkan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Pucuk pangkalnya adakah kita berpuas hati dan bersyukur dengan kerja yang kita dapat melalui gaji yang bakal diperoleh? Dan bagaimana pula kita menguruskan kewangan kita adalah menjadi titik tolak kepada kejayaan kita merancang kewangan yang sempurna mengikut gaya hidup yang sederhana.
Seperti korang, aku pun pasti akan terikat dengan hutang – hutang seperti bayaran ansuran rumah, bayaran ansuran kereta, pendidikan anak – anak, makanan, perubatan dan sebagainya. Bagi mereka yang tidak mempunyai satu perancangan kewangan, korang sebenarnya sedang mengali kubur korang secara perlahan – lahan, malangnya, apabila hendak dikambus, tiada seorang pun yang akan menolong. Itulah realiti, Bagi aku, mereka yang gagal merancang kewangan sebenarnya menjurus diri kepada satu sistem pengurusan diri yang tidak teratur melalui pengaliran wang tanpa matlamat yang kukuh.
Antara kesilapan – kesilapan yang sering berlaku dalam pengurusan wang adalah
First mistake, sentiasa menanguh untuk memulakan sistem perancangan
Ini merupakan salah satu masalah yang terdapat di kalangan masyarakat pada usia muda. Kejanggalan akan sesuatu sistem kewangan menyebabkan kita rasa malas untuk menguruskan kewangan kita sendiri. Sikap tangguh menanguh antara punca mengapa orang Melayu terutamanya gagal memiliki satu sistem kewangan yang stabil dan dapat menyumbang kepada simpanan.
Nasihat aku kepada gadis – gadis, bila dah berkahwin nanti, gesa suami korang untuk berbincang bersama, buat satu pelan kewangan keluarga untuk tabung pendidikan anak – anak, insuran perubatan , pinjaman rumah dan sebagainya. Jangan terlalu focus kepada kehidupan berdua sahaja tetapi focus kepada perancangan keluarga yang pastinya ada anak – anak yang bakal dilahirkan untuk dibesarkan.
Jangan tangguh, apa kata, masa korang keluar dating sebelum kahwin tu, try uji kepintaran bf merancang kewangan dia, tanya perancangan masa depan dia macam mana? Bagaimana gaji dan simpanan KWSP akan dihabiskan untuk pendidikan anak – anak dan kehidupan selepas pencen nanti?
Ni sikit – sikit tanya, U nak bagi berapa ribu untuk hantaran I? Mak I kata nak 20 Ribu, sebab I ada Ijazah, ( u yang nak kahwin ke mak u yang nak kahwin? )
U nanti, nak anak lelaki ke perempuan? Kalo lelaki nama ape? Kalo perempuan nama ape? Kalo kembar camne plak? Jadi matang please, tu soalan budak- budak bercinta masa PMR dulu
Second mistake, gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya
Korang pernah tak dengar lagu ‘Mantera beradu’ Malique dengan M Nasir, ada lirik dia tulis
“gagal merancang, merancang kegagalan”
Well, aku admit, ayat ni memang betul, tiada siapa yang merancang untuk gagal, tak der, cuba ko tanya penagih dadah tepi jalan, “ dulu awak memang rancang untuk jadi penagih dadah ke?” mesti dia jawab tak de kan. Tapi ramai yang gagal merancang akhirnya terjerumus dalam kegagalan
Back to main point, bila ko menguruskan sesuatu, ko kena tetapkan matlamat ko, tanya diri, melalui pengurusan kewangan ni, apa yang korang impikan? Menghantar ibu bapa pergi haji ? memiliki rumah sendiri sebelum umur mencecah 35 tahun? Berkahwin satu lagi? Dan macam – macam lagi.
So, katakan lagi 5 tahun korang bz dengan kerja, tak salah rasanya, korang amik sebatang pen warna biru, amik sehelai kertas warna putih, tulis matlamat korang untuk waktu sekarang.
Contoh
- - Apakah tiga maltamat kewangan aku?
- - Bila jangka masa pencapaian?
- - Berapa yang diperuntukan setiap bulan?
Third mistake, kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik
To ladies and gentleman out there, secara realiti, gaji yang kita dapat sering dihabiskan untuk membeli barang – barang mahal yang adakalanya kepentingan itu hanya sementara. Maksud aku mungkin setahun or 6 bulan, korang mula rasa, menyesal gila beli barang ni. Beli itu, beli ini, so wang yang diperuntukan untuk simpanan, hilang begitu sahaja.
Contoh, Handphone, gadget, barang kosmetik dan sebagainya hanyalah mainan media massa yang dipenuhi iklan – iklan untuk menggalakan korang berbelanja lebih dari keperluan korang sendiri. Kesannya, korang tidak mempunyai lebihan wang setiap bulan untuk disimpan dan sekiranya tabiat ini diamalkan dalam hidup, you will never have moment of sanity in this world of chaos, trust me.
Kenapa? Sebab Korang terlalu ikut trend semasa, tengok member pakai hp touch screen, korang nak pakai gak, tengok member korang ikat perut nak beli I Pad, korang pun sama nak ikat perut dan bontot, semata – mata tak nak ketinggalan trend gaya hidup serba glomour. Be yourself, live your life, jangan terlalu ikutkan suasana kalau diri lagi selesa hidup bersederhana.
Fourth mistake, keenganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah
Just for your information, ayah aku ada penasihat dia sendiri, so bila ayah aku pergi bank untuk berjumpa penasihat dia, dia akan bawak aku sekali. Tak selalu, tapi setiap pertemuan tu pastinya aku dapat Ilmu dan manfaat yang berguna.
Pernah tak kawan – kawan universiti, saudara mara dan sahabat handai dari ceruk mana, ajak korang join Mlm? Skim cepat kaya dan pembelian Insuran dan unit saham yang tidak menepati cirri – ciri perlaburan duit yang selamat? Mesti pernahkan. Alhamdulilah, sehingga kini, aku tak pernah menyertai mana – mana Skim cepat kaya dan Mlm (walaupun sering kali digoda, dirayu dan sebagainya) kerana perlaburan duit yang menjanjikan pulangan modal berlipat ganda dalam jangka masa yang singkat sebenarnya satu scam ataupun tipu muslihat perniagaan semata – mata.
Pergi jumpa mana – mana penasihat kewangan atau saudara mara yang ada kerja kat bank, dorang tak kan sekali – kali Join Mlm, kerana dorang lagi tahu sepak terajang Perniagaan cam ni.
Nasihat aku senang je, kalo sakit jumpa doktor, nak buat pelan rumah impian, jumpa akrkitek, nak anak jadi pandai, jumpa cikgu, nak urus kewangan, jumpa penasihat kewangan. Simple kan?
No comments:
Post a Comment