Followers

Saturday 17 December 2011

bila orang mula kata aku mat jiwang

Gua lepak kat tepi beranda ( kat kebun) lepas pergi membaja pokok sawit.  Penat beb, ada dalam 6 ekar gak aku ngan adik lelaki aku, Arip dan ayah aku membaja tadi. Penat tok sah cakap r, peluh ngalir cam air paip je.  Yanto pulak sibuk meracun sorang – sorang pakai mesin.

 atas tu beranda selalu aku lepak sambil tengok - tengok farmville family

Pukul 5 petang, kerja selesai. Memang terduduk gak la aku dibuatnya. Maklumlah, dalam setahun ni berapa kali je aku cuti panjang untuk tolong family aku berkebun, so kudrat – kudrat jantan time sekolah dulu dah mula kurang, gua tengok adik aku Arip maintain je kuat. Yanto tak usah cakaplah, setakat baja cap kuda singa berat 50 kg setiap satu, dia pikul saja je atas bahu.  Gua syak dia ni ada pakai saka r,

Time tu aku pikir kejap, kalo tak de pekerja Indonesia kat Malaysia ni, silap – silap memang jam la kilang – kilang sawit kat Malaysia ni, Felda pun boleh jatuh bankrupt kalo tiba – tiba Indonesia panggil balik rakyat diorang dari kerja kat sini.Tapi tu la, orang kita tak pernah sedar, suka sangat kutuk bukan – bukan pasal sumber tenaga dorang ni atas beberapa isu yang aku kira cam remeh je.

Petang tu, cuaca ok, tak hujan, mendung – mendung kelabu je awan, so memang best la kalo nak riding kuda petang – petang cam ni. Aku suruh Yanto sediakan kuda, aku plak pergi amik saddle (pelana) dengan head collar. Yanto offer untuk pakaikan pelana pada kuda tu, aku cakap tak pe, gua boleh handle sorang kuda ni, malu lah kalo pandai riding tapi tak pandai pakaikan saddle pada kuda sendiri.

yang ni Yanto, baju merah tu adik aku, baju biru kawan waktu sekolah, Intan 

Cam biasa,lepas siap semua, bawak kuda jalan  anak – anak dulu, pastu henjut sesedap yang boleh supaya kuda boleh pergi laju. Gua paling enjoy time kuda start canter masa turun bukit. Memang enjoyla kan, sebab gua boleh rasa angin berdusup – dusup lalu kat tepi telinga. Tapi still tak boleh lawan masa aku riding kuda kat stable kuda kat Terengganu. Kuda aku baka Padi A, yang aku riding kat Terengganu, kuda thoroughbreeed, baka yang lebih besar. Masa riding kuda tu, ko akan rasa lebih stabil dan langkah kuda tu lagi jauh dan laju. Kalo nak dibandingkan dengan motor, memang langit dengan bumi la. Aku dah mula hilang minat pada moto panther aku yang dah tersadai kat uma. Aku sekarang tengah kumpul duit untuk tambah lagi bilangan kuda kat ladang aku tu. Nanti kalo dapat kuda bersaiz besar, cam thoroughbred, bimo, arab ke, boleh join sekali pertandingan lumba kuda kat Kelantan.


  yang ni kuda thoroughbreed, training kat Terengganu stable

Yang aku punya ni padi je, huhu, tunggu lagi 2 tahun, aku nak beli thoroughbreed

Lagi satu bukan apa, kalo kuda aku dah membiak cam lembu – lembu kat kebun ayah aku tu (mungkin 4 hingga 6 tahun) , aku berniat nak bagi seekor kuda  untuk bakal Isteri aku lepas kahwin nanti. Biar dia surprise tengok hubby dia romentik gila, orang lain belikan kereta or motor untuk isteri, aku belikan kuda untuk dia. Biar bila waktu free, dia datang ladang tu, main – main dengan kuda,  nak riding ke apa (jangan risau, nanti abang ajarkan) kalo tak pandai gak, tak pe, ayang naik kuda, abang pimpin kat bawah.  So jangan takut, kalau tiba – tiba kuda tu hilang kawalan sebab abang kan ada.

jangan risau, time tu, abang dah tak main kuda padi, kita beli kuda besar, boleh naik berdua. wakakaka


haha, yang baju merah tu kawan aku, nadirah

Semalam, ada orang post, kata aku jiwang bila baca blog aku, well tak salah rasanya aku nak jiwang selagi aku tak keluarkan unsur lucah~ sendiri mahu paham r der.

No comments:

Post a Comment