Followers

Monday 28 November 2011

Hijrah, kemalasan dan kerajinan

Aku mengira – gira not rm 50 sebanyak 31 keping yang aku terima pada hari ini. Alhamdulilah, rekod penjualan ayam kampong aku mencecah rm 1550 dalam masa 3 hari. Dengan jumlah penjualan ayam sebanyak 103 ekor dengan purata berat 1.7 hingga 2.0 kg aku yakin aku mampu melipatkan gandakan pendapatan aku pada bulan febuari tahun depan.  Stok ayam sebanyak 250 ekor dari 1000 ekor ayam perlu dihabiskan dalam bulan 12 ni bagi memberi ruang kepada ayam yang baru untuk dijual secara borong  sempena Tahun Baru China tahun depan.



Mak cik di kedai tersebut memuji kerana kemampuan aku untuk mencari duit. Dia terkejut bila mengetahui bahawa aku seorang guru pelatih yang sedang bercuti. Pada mulanya dia beranggapan bahawa aku seorang pekerja kepada tokey – tokey ayam yang berbangsa cina. Terbit sedikit rasa bangga kerana telah aku buktikan, anak Melayu juga mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai muslim dalam membekalkan makanan yang halal kepada saudaranya.


Tak lama lepas tu, mak cik mula membuka cerita tentang anak lelakinya yang sudah lepasan universiti  tetapi masih gagal mencari kerja kerana persaingan kerja yang sengit. Aku tanya “ kenapa tak tolong mak cik kat kedai je?  Jual ayam kat pasar pun kerjaya juga” jelas aku. Mak cik tu mendengus, “herm, tak da maknanya, harap je ada anak jantan, tapi pemalas”.




Pemalas….satu perkataan yang masih tergiang – ngiang di telinga aku sehingga ke hari ni. Dari aku start sekolah masa mula umur darjah 1 hingga ke tingkatan 2, aku dilabel sebagai pemalas oleh guru – guru dan rakan – rakan di sekolah. Well, itu je masalah aku, attitude aku yang buruk kerana menggangap kerja – kerja rumah yang diberikan oleh guru adalah benda yang sia –sia.



Aku bukannya murid/ pelajar kegemaran oleh mana – mana guru, baik di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Sering kali nama aku dilambung – lambung dalam bilik guru kerana popularnya manusia ini kerana kemalasannya menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Baik rotan, penampar, ketuk ketampi, diri kat tengah padang, U name it,  semua aku dah rasa. Tapi hingga ke hari ini, aku tak pernah simpan rasa benci aku pada cikgu – cikgu di sekolah. Tak kira seberat mana hukuman yang aku terima,  tak kira sehebat mana rasa menyampah cikgu – cikgu kat aku time tu, aku optimist dan bersangka baik.  Cikgu hanya menjalankan tanggungjawabnya mungkin sanubari aku time tu belum boleh terima rasa tanggungjawab pada diri sendiri dan orang lain.



Menjadi pelajar yang dilabelkan sebagai pemalas pastinya mengundang pengalaman buruk pada hidup aku semasa di sekolah. Aku bukan sahaja rasa seperti rasa tidak dihargai, sering kali rakan – rakan memandang sinis (tidak semua, sebilangan kecil), dan setiap apa yang keluar dari mulut aku dianggap sebagai tidak berasas. Tapi aku tak salahkan mereka, mereka mempunyai pandangan mereka sendiri dalam hidup, begitu juga aku. Jadi rasa kesedihan itu aku tolak tepi kerana setiap yang berlaku adalah berpunca dari sendiri dan bukannya orang lain.



Sering kali aku rasa tidak adil dan cuba untuk keluar dari kelompok masyarakat yang mengganggap murid/ pelajar yang rajin adalah mereka yang menyiapkan tugas yang diberikan dengan sempurna. Dan murid – murid yang mempunyai masalah sikap seperti aku seharusnya dihukum bagi memperbetulkan tingkah lakunya seperti yang diinginkan oleh masyarakat setempat.

Alhamdulilah, semasa aku di tingkatan 3, 4 dan 5, aku telah berjumpa beberapa orang guru yang mampu menyakinkan aku bahawa, pembelajaran bukan hanya melalui buku dan teori semata – mata. Pembelajaran secara mendalam melibatkan praktikal, pemahaman dalam konteks kehidupan yang sebenar  dan daya membuat keputusan dengan tepat dengan mengambil kira pelbagai aspek. Aku amalkan apa yang cikgu aku ajarkan, kaitkan dengan situasi sebenar, menilai dari perspektif yang pelbagai dan sedikit demi sedikit, rasa malas aku kepada proses pencarian ilmu mula berkurangan.



 Aku mula optimist, aku tidak berpegang kepada satu pegangan bahawa “belajar rajin – rajin, dapat keputusan baik, boleh masuk Universiti, terus berjaya”.  Kerana bagi aku, berjayanya setiap manusia itu kerana mengejar ilmu dan ilmu yang dimaksudkan tidak terhad dalam buku teks sekolah semata – mata.

 Aku belajar yang sepanjang kehidupan seharian kita, ada ilmu di sekelilingnya, melalui amalan – amalan praktikal kita dalam kehidupan seharian . Cuma kadang – kadang masyarakat setempat tidak sedar bahawa ilmu yang mereka pandang tidak penting sebenarnya boleh membawa mereka lebih jauh dalam bidang kejayaan.


Pernah tak zaman dulu, bila cikgu tanya “ nanti dah besar nak jadi apa?” pastinya pilihan kita, doctor, jurutera, peguam, arkitek dan macam – macam lagi pekerjaan yang menjanjikan satu pulangan yang lumayan. Kenapa hal ini berlaku? kerana zaman kanak – kanak kita telah dipengaruhi oleh idea – idea orang dewasa ataupun ibu bapa kita sendiri yang mempunyai pandangan jauh bahawa profession yang disebut tadi boleh menjanjikan kesenangan hidup.



Sampailah kita berjaya menggengam segulung ijazah, diploma atau sijil, walaupun mungkin tidak berjaya mendapatkan proffesion yang dianggap professional oleh sesetengah masyarakat, tetapi kita masih bermimpikan kerja yang diatur tempat duduknya di pejabat, ada penghawa dingin dan bekerja mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak atasan, tanpa kita sedar bahawa rezeki kita mungkin boleh pergi jauh tanpa kerja  makan gaji.


Sehingga kini, aku sering bertanya pada diri sendiri, adakah malas itu ditakrifkan sebagai kegagalan menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru, ataupun satu kegagalan mencari idea dan peluang dalam mengubah kehidupan kita yang rasa selamat di zon yang selesa.


Masih lagi aku teringat sahabat sekolah rendah aku, Farizal, graduan Universiti di Jepun. Secara jujurnya, aku menghormatinya sebagai kenalan lama dan bangga kerana ada anak Melayu berjaya menimba ilmu di peringkat tinggi di Jepun. Pernah sekali, sewaktu dalam kereta dalam perjalanan ke kebun aku, dia tanya,” ko dulu malas ek, tapi tak sangka pulak ko boleh rajin macam ni sekali  (aku try nak ingat balik perbualan ni sebaik mungkin). Aku tersenyum, mungkin rasa seronok, apabila seorang kenalan lama mengiktiraf usaha kita memajukan diri sendiri dan rasa malu kerana sikap buruk aku sewaktu di sekolah dulu. Percaya atau tidak, Farizal  merupakan pelajar contoh di sekolah rendah dan sekolah menengah. Berbezanya dengan aku, tetapi jauh di sudut hati aku menjadikan dia ni dalam pesaing sewaktu zaman sekolah dulu. Untuk berjaya dalam hidup, aku sentiasa percaya persaingan positif tu penting dalam meningkatkan motivasi dalam hidup kita. Tuhan maha merancang dan menentukan, selepas beberapa tahun, aku jumpa balik pesaing aku, dan dari rasa persaingan, timbul rasa bangga apabila melihat salah seorang bangsa aku melanjutkan pelajaran dalam engineering di Jepun.




     Sehingga kini, aku belajar dan terus belajar, cuba untuk berhijrah dari sesuatu yang buruk,  kepada sesuatu yang lebih baik. Setiap kali ada kesempatan, aku akan bertemu dengan guru –guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah, aku pergi mintak maaf kat semua cikgu yang pernah marah dengan tingkah laku malas aku dan aku dah buktikan yang hasil didikan diorang yang tak pernah serik marah dan hukum aku, aku menjadi seperti apa yang mereka tengok di depan mata. Seorang bakal guru dan bakal usahawan ternakan.  


    Aku juga percaya, bahawa setiap rakan – rakan dan kenalan lama di sekolah pastinya sedang mencuba sebaik mungkin dalam hidup mereka. Kerajinan tidak terhad kepada pencarian ilmu, tetapi lebih kepada usaha dalam mengubah diri kepada sesuatu yang lebih baik. Tiada yang lebih menggembirakan apabila melihat rakan – rakan yang terdiri dari bangsa sendiri maju. Moga kita berjaya dalam setiap apa yang kita lakukan. Amin. Mungkin terlambat, tetapi aku nak ucap gak, salam Maal Hijrah kawan - kawan

yang malas

anept malek


No comments:

Post a Comment