Followers

Wednesday 14 December 2011

reality and sarcastically, pengaruh wang dalam hidup orang perempuan.

   Aku tak tau nak mula bicara ni cam mana. Macam biasalah, setiap kali aku tulis blog, aku akan tanya soalan macam ni “ pernah tak korang bla bla bla ?” Soalan tu sebenarnya lebih kepada niat aku untuk relate pengalaman aku dengan pengalaman korang supaya  mesej yang aku cuba sampaikan lebih bermakna dan secara tidak langsung menyentuh hati korang.

   Well,  baru semalam rasanya aku post pasal kewangan dan kuasa duniawi, realiti dan perancangan. Alhamdulilah, aku tak harapkan satu rating yang tinggi, sebab yang aku tekankan adalah mesej yang cuba disampaikan dapat diresapkan dalam hati korang. And the result, agak memberansangkan, ada sms – sms dari sahabat handai yang memberi respon positif dan berminat dengan cara penulisan aku.

   Ok, enough with that intro, kalau semalam, bila aku menulis tentang perancangan kewangan, apa yang lebih aku tekankan adalah peranan lelaki itu sendiri  dalam merancang kewangan mereka. Mungkin seorang dua yang perasan, bila aku suruh gadis – gadis di luar sana berbincang dengan bf mereka mengenai pengurusan dan perancangan kewangan, antara tujuannya


1.     Lelaki itu mempunyai lebih kesedaran dalam perancangan masa depan keluarga secara ekonomi, sosial dan paling penting rohani.

2.    Lelaki akan lebih terurus apabila sistem kewangannya dirancang oleh pihak kedua iaitu Isteri dan turut dilaburkan untuk pihak ketiga iaitu orang tua dan anak – anak.

3.    Lelaki bertindak sebagai ketua keluarga dan isteri berperanan sebagai penasihat, juru runding dan naib pengerusi dalam berbincang untuk perancangan ekonomi keluarga, pinjaman kewangan dan sebagainya.

  Kalo korang pernah baca satu post aku,  yang bertajuk “status menyirap”  dalam blog ni, secara tidak langsung korang akan paham kenapa sesetengah perempuan adakalanya mengukur kualiti seorang lelaki berdasarkan kuasa duit mereka.


    Mungkin ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan di atas, tapi itulah realiti, suka atau tidak,  itulah nasib orang lelaki yang baru nak mula hidup mereka sebagai orang dewasa yang mula bekerja. Kuasa duit yang terhad yang tidak selari dengan arus kemajuan dunia yang sering menuntut kita berbelanja lebih dari kemampuan dan keperluan. Kesannya, ramai lelaki yang sering menggaru kepala, bila disoal mengenai simpanan, perancangan kewangan untuk masa depan, dan paling – paling menyentak hati bila bakal mentua dah mula bagi warning kalo hantaran nanti kurang dari rm 15 ribu.




   No wonders lelaki mati lebih awal dari wanita…seriously…pembangunan dan kemodenan adakalanya memendekkan jangka hayat kita.

  Ok, hari ni aku nak menjentik kesedaran orang perempuan pula dalam pengurusan kewangan korang.

Sebelum aku membebel lebih jauh, take some few notes tentang fakta – fakta di bawah.

1.     Purata jangka hayat perempuan adalah 4 hingga 5 tahun lebih lama dari lelaki. Secara purata mereka akan menghabiskan akhir 1/3 dari hayat dengan tidak berkahwin, tetapi bujang  samada menjadi janda ataupun bercerai

2.    Hamper 85 peratus orang tua adalah perempuan

3.    80 peratus penghuni rumah kebajikan adalah perempuan

4.    60 peratus perempuan tidak mempunyai pencen

5.    Perempuan masih lagi memperolehi pendapatan 20 peratus hingga 40 peratus kurang dari lelaki walaupun mempunyai taraf pendidikan dan pekerjaan yang sama

6.    Di antara wanita berumur 35 hingga 55, kira – kira 1/3 perempuan dan 2 / 3 akan menjadi miskin ketika mencapai umur  70an

7.    Untuk setiap tahun yang diperuntukkan oleh orang perempuan untuk menjaga anak, mereka perlu bekerja 5 tahun tambahan bagi mendapatkan balik pendapatan yang hilang, pencin,dan kenaikan pangkat.

8.    20 peratus dari wanita tidak berkahwin

Sumber : Minguan wanita, keluaran istimewa Unit ASNB

  Aku rasa korang semua dah cukup matang dan dapat menilai fakta – fakta di atas. Masalah pengurusan kewangan tidak terhad kepada kaum lelaki sahaja.  Berdasarkan fakta- fakta di atas, memperlihatkan perancangan kewangan untuk tempoh masa yang panjang sangat diperlukan agar korang tidak reput di kemudian hari.

  Dalam kehidupan seorang wanita dewasa, ada beberapa stage yang akan, mungkin dan terpaksa dialami oleh korang sepanjang hidup ni dalam pengurusan kewangan.

1.  Wanita bujang

so what? aku memang syok kat dia pun

 Dalam peringkat ni, korang bertanggungjawab atas segala masalah seperti pinjaman, perbelanjaan, kebajikan orang tua, adik beradik dan sebagainya.  Benda – benda cam ni korang dah tak boleh nak letak atas bahu mak ayah lagi sebab menjadi tanggungjawab korang untuk melindungi dan bukan lagi dilindungi. Korang kena bijak merancang kewangan korang secara individu dengan mengambil kira tangungan di bawah agar masa depan korang lebih terjamin

2.  Berkahwin

wanita berkahwin dan bekerjaya

Bila korang berkahwin,  dan korang merupakan wanita yang bekerjaya bermaksud ada dua sumber pendapatan keluarga iaitu si suami dan si isteri. So kira suami dan isteri ni pasangan ekonomi dan anak – anak merupakan asset yang perlu jaga rapi dengan perlaburan yang stabil. Contohnya kehidupan yang ideal, kewangan yang mencukupi dan jaminan keselamatan keluarga seperti perubatan dan pendidikan anak – anak. Benda ni penting dowh, perkahwinan bukan takat ko duk sanding atas pelamin 3 4 ribu, pastu malam ko ngan laki ko leh layan asmara dana n tiger show atas katil. Kalo ko tak sedarkan laki ko, sape lagi?

3.  Berkahwin – suri rumah sepenuh masa




Bagi aku, bila menjadi seorang wanita, berhenti kerja kerana ingin menjadi suri rumah yang efisyen kepada suami dan anak, itu merupakan satu kerjaya professional dan pengorbanan yang mulia untuk keluarga.  Tidak menyumbang sumber pendapatan kepada keluarga tidak bermaksud si isteri tidak berfungsi dalam meringankan beban suami, tapi pelbagai alternative yang boleh diguna pakai dalam perancangan kewangan keluarga.  Si isteri boleh

Ø  membuat jadual pengurusan beli barang dapur dan rumah dengan harga yang berpatutan
Ø  mengurangkan kos pendidikan tuisyen anak – anak dengan mendidik sendiri anak – anak selepas waktu sekolah
Ø  mengurangkan kos makan di luar dengan menyediakan masakan yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga dengan kos yang jauh lebih rendah.
Ø  Mengemas rumah dengan cita rasa sendiri sekaligus mengurangkan kos untuk mengaji pembantu rumah Indonesia

See, siapa kata suri rumah bukan kerjaya? Aku tak nak mintak lebih, kalo si isteri boleh sambut aku yang letih bekerja sepanjang hari dengan senyuman manis dengan secawan teh dan sedikit ondeh – ondeh pun da cukup. Kalo boleh cabutkan kasut dan urutkan kaki cam cerita ombak rindu pun dah kira heaven bagi gua. Serius. Hati aku tersentuh part maya Karin cabut kasut dan picit kaki aoron aziz dalam movie tu.haha
part ni memang buat aku touching, serius

4.  Janda/bercerai/ kematian suami – perempuan merupakan ketua rumah tangga
  Pernah tak  dalam hidup korang, yang tengah couple, baru nak kahwin, lama dah kahwin terpikir sesaat “kalau suami aku {tinggalkan aku/ kawin lain/ ceraikan aku/ mati dulu} apa jadi kat aku ea? Macam mana anak – anak nanti? Macam mana pengurusan kewangan keluarga?



  Untuk pengetahuan korang, selaku ibu tunggal, korang merupakan tempat bagi anak – anak bergantung. Walaupun lelaki bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak - anak, tidak semua lelaki yang sedar akan tanggungjawab mereka, dan untuk pengetahuan korang, jangka hayat lelaki memang pendek berbanding perempuan jadi tak hairanlah kalau kadar bilangan ibu tunggal di Malaysia ni meningkat dengan mendadak.


Jalan penyelesaian
Ø  Tetapkan perancangan kewangan besama suami untuk anak – anak agar masa depan pendidikan, kos perubatan dan insuran ditanggung bersama .
Ø  Mempelajari ilmu pengurusan kewangan dengan berkesan melalui agensi – agensi yang berdaftar
Ø  Hidup bersederhana dan berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan.
Ø  Hidupkan satu perniagaan dan turut serta dalam program keusahawanan  yang dianjurkan oleh persatuan  ibu – ibu tunggal  di Malaysia.

  Panjang dah aku bebel, korang menilai sendiri, mana fakta dan auta, reason aku tulis semua ni, sebab aku pun ada dua orang adik perempuan, so bila aku tulis benda ni semua, aku harap adik- adik perempuan aku baca dan sekurang – kurangnya bila aku tak de, dorang boleh baca warkah aku kat sini. Mana tau, bakal isteri aku pun boleh baca semua ni. Hahahahah.

1 comment: