Followers

Monday 19 March 2012

assignment hubungan etnik sem 3

2.0 Soalan:
Jelaskan perbezaan budaya kehidupan dalam masyakat yang dikatan menjadi halangan dalam mewujudkan perpaduan dan intergrasi dalam kalangan etnik di Malaysia.
Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Pendapat ini disokong oleh Zulhilmi Paidi (2003) yang menyatakan perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Budaya merujuk kepada suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. Bahasa, sebagaimana juga budaya, merupakan elemen yang tidak dapat dipisahkan dari diri manusia sehingga banyak orang cenderung menganggapnya diwariskan secara genetik..
2.1 Usaha kerajaan dalam mengekalkan perpaduan di kalangan rakyat
“ Orang Melayu, Cina, India dan lain – lain kaum yang hendak menumpukan taat setia dan tinggal bersama serta menumpu dan menumpahkan darah serta kerja membanting tulan di negeri ini, tinggallah dengan baik antara satu sama lain kerana negeri ini berlainan dengan mana – mana negeri yang ada di dunia ini”
Tunku Abdul Rahman Putera Al – Haj
(Perdana Menteri Pertama)
Lapangan Terbang Sg Besi, Kuala Lumpur
3 Jun 1957

            “Berdasarkan petikan ucapan bekas Perdana Menteri Pertama Malaysia, dapat disimpulkan bahawa perpaduan merupakan satu elemen penting dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah dikecapi selama 54 tahun. Perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan ini hanya boleh dicapai melalui kerjasama antara kaum dan etnik di Malaysia. Melalui kesedaran dan ikhlasan bersepadu inilah tertubuhnya Parti Perikatan yang terdiri daripada gabungan UMNO, Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan kongres India Tanah Melayu (MIC)
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk atau penduduk yang terdiri dari berbilang bangsa, agama dan kebudayaan. Oleh itu perpaduan negara adalah matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial mahupun pendidikan. Menurut Zilhilmi Paidi (2003) tanpa perpaduan yang perlu dipertahankan, kemungkinan untuk mengecapi kemajuan bersama hanya tinggal menjadi kegagalan mutlak. Kebangkitan bangsa merdeka hanya akan bekesan dan bertambah kuat melalui perpaduan yang digembleng dari setiap kaum di Malaysia. Hujah ini diperkuatkan lagi melalui ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berbunyi:

Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang memiliki nilai hidup yang tinggi. Nilai hidup yang tinggi termasuklah sikap disiplin, tabah hati serta hormat menghormati antara satu sama lain. Bangsa yang mempunyai nilai hidup yang tinggi tidak akan pecah barisan apabila diserang, sebaliknya akan rapatkan barisan mereka dan berdiri tegak menangkis segala serangan. Mungkin beberapa daripada mereka akan gugur tetapi kerana barisan tidak retak dan berkecai apabila kemenangan diperoleh, maka yang gugur akan dapat dibangun dan dipulihkan semula”.
Tun Dr Mahathir Mohamad
Majlis Anugerah Perpaduan Formula Malaysia
Dan Pelancaran Yayasan Formula Malaysia
1 November 2000

“ Perpaduan Matlamat 1 Malaysia” merupakan ceritera perjuangan dan perjuangan Dato’ Sri Mohd Najib selaku Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Sehingga kini isu perpaduan masih lagi releven dan tidak boleh dipandang sebelah mata kerana impaknya begitu mendalam pada kemajuan negara dalam semua aspek. Sama ada kita sedar atau tidak, kejayaan negara yang dikecapi hasil suatu usaha yang konsisten dari semua pihak dalam mengekalkan keamanan sejagat melalui perpaduan. Buktinya, konsep perpaduan yang diperjuangkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib adalah kesinambungan dari perjuangan Almarhum Tunku Abdul Rahman (Pengerak Minda Rakyat 2010).

Dalam mencari jalan menyelesaikan masalah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dan inisiatif dalam mewujudkan suasana keamanan berteraskan perpaduan yang jitu. Namun begitu, perpaduan tidak akan dapat dicapai dengan mudah, berpegang kepada prinsip “ setiap perjuangan yang bermakna memerlukan pengorbanan yang besar” setiap individu dari pelbagai ras dan kaum perlu mengorbankan kepentingan masing – masing dalam menjiwai erti perpaduan yang sebenar.





2.2 Punca – punca masalah perpaduan di Malaysia
Terdapat beberapa sumber dari media massa seperti surat khabar dan internet yang menyatakan punca masalah perpaduan di Malaysia adalah disebabkan rakyat malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan keturunan. Perbezaan pegangan, kepercayaan dan kepentingan kaum yang perlu diperjuangkan dari setiap parti politik menyebabkan hubungan perpaduan menjadi renggang. Mengambil ikhtibar dari peristiwa 13 Mei 1969, babak hitam dalam sejarah negara Malaysia di mana prinsip perpaduan antara kaum diletakkan jauh dari persepsi masyarakat mengakibatkan perasaan syak wasangaka dan perjudis menebal da kalangan masyarakat hingga menyebabkan perbalahan yang merugikan melibatkan banyak nyawa dan harta benda (Majalah Info, 2010, halaman 10)

Segala - galanya bermula apabila dalam pilihanraya tahun tersebut isu-isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Berdasarkan peristiwa tersebut, dapat dilihat bahawa jatuhnya perpaduan di negara Malaysia apabila setiap dari kita mula mempersoalkan dan mempertikaikan hak – hak antara kaum di Malaysia. Sememangnya peristiwa 13 Mei 1969 cukup mendewasakan Malaysia dalam menguruskan perpaduan supaya keperihan yang terpaksa diharungi dalam mencapai keamanan tidak lagi berulang.(Dr. Sivamurugan Pandian, 2010).

2.3 Dasar Pecah Dan Perintah
Selain itu, dasar pecah dan perintah British sebelum zaman kemerdekaan turut mempengaruhi nilai – nilai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia hingga kini. Sebelum zaman kemerdekaan, British telah meletakkan ketiga – tiga kaum utama di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India di tempat yang berbeza mengikut peranan masing – masing. Pemerintahan tersebut bertujuan untuk menjaga kepentingan ekonomi British di tanah Melayu di samping menjarakkan jurang perpaduan di antara kaum. Kaum Melayu digalakkan tinggal di kawasan kampung untuk menguruskan pertanian, kaum cina pula ditugaskan bekerja di lombong – lombong bijih timah dan tinggal di bandar, manakala kaum india pula bekerja di estet – estet dalam menguruskan ladang getah di tanah Melayu. Menurut Rohani (2003) Implikasi dari dasar “pecah dan perintah”, ketiga – tiga kaum tersebut hanya berinteraksi ketika mereka menjalankan perniagaan jual beli di pasar.

 Hujah ini disokong oleh Hagiwara(1979);…dasar pecah dan perintah British telah mengasingkan ketiga – tiga komuniti ras – ras dan etnik antara satu sama lain kecuali dalam bidang penukaran ekonomi dalam perniagaan. Pergerakan politik berlainan yang mengikut garis golongan etnik juga muncul di semenanjung Malaysia. Setiap parti politik yang muncul hanya mempunyai sedikit perhubungan antara satu sama lain dan mereka akan berusaha mengukuhkan identiti dan kesedaran ras – etnik sendiri. Implikasinya hingga ke hari ini, penempatan kaum Melayu masih lagi di kampung dan desa kecil yang jauh tertinggal dalam arus kemajuan. Berbeza pula dengan kaum cina yang mampu mengaut keuntungan berlipat ganda dalam kemajuan kerana peratusan keuntungan perniagaan di bandar – bandar besar berlipat ganda lebih tinggi dari perniagaan berasaskan pertanian yang dijalankan di kampung – kampung yang selebihnya dipelopori oleh orang Melayu sendiri.

2. 4 Agama Dan Budaya
Perbezaan budaya dan agama juga turut menjadi persoalan mengenai faktor kegagalan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia ketika itu. Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Di samping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian. Ada yang berpendapat, bahawa kejahilan terhadap agama yang dianuti oleh segolongan masyarakat menyebabkan salah tafsiran dan membuat kesimpulan mereka perlu memerangi individu dan kelompok masyarakat yang berbeza pegangan dan agama dengan mereka. Isu ini menjadi barah hingga menyebabkan kebencian dan syak wasangka di kalangan masyarakat menular sesama sendiri. Kesannya, masyarakat Malaysia mula berantakan pada 13 Mei 1969.

Seharusnya isu perbezaan agama dan budaya tidak sepatutnya dijadikan isu yang boleh menimbulkan sebarang sentimen perkauman.  Apa pun agama yang dianuti, rata – rata menyeru agar penganutnya melakukan kebaikan, bersatu padu, berahlak mulia dan melarang sebarang perbuatan yang menjurus kepada kehancuran. (Majalah Info, 2010, halaman 24)

Firman Allah S.W.T bermaksud;
Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah S.W.T serta bertakwalah kamu kepada-Nya dan kerjakanlah sembahyang dengan betul dan sempurna dan janganlah kamu menjadi daripada mana – mana golongan yang musyrik iaitu orang yang menjadikan fahaman agama mereka, mereka berselisih pula menjadi berpuak – puak, tiap – tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya ( daripada fahaman dan amalan yang terpesong itu ”
Surah Al Rum, ayat 31 - 32

Berdasarkan firman Allah S.W.T di atas, jelas membuktikan bahawa Islam melarang sebarang persengketaan yang sia – sia.  dalam menjaga perpaduan negara, agama Islam dijadikan sebagai agama Persekutuan, namun begitu Malaysia tidak menyekat mana – mana kaum mengamalkan agama yang dianuti. Asas pengangan agama yang kuat mewujudkan keharmonian dan sikap hormat menghormati dalam kelompok masyarakat Malaysia

Menurut Laurent Merzger (2007) menyatakan sikap orang Melayu yang suka menabur janji atau lebih tepat dengan istilah “ janji Melayu” turut menjadi punca kepada keretakan perpaduan di Malaysia.  Seperti menjadi kebiasaan dan rutin harian bagi golongan masyarakat kaum Melayu yang tidak begitu menitikberatkan dalam mengotakan janji yang telah diberikan. Mengambil petikan dari tulisan Dr Mahathir Mohamad:  “time does not seem to be appreciated by Malays. Life is valuable, but time is not”. berdasarkan pendapat Dr Mahathir, jelas terserlah sikap orang Melayu yang suka menabur janji dan melengah – lengkahkan kerja hingga ke minit terakhir memberi satu persepsi yang negatif terhadap kaum Melayu itu sendiri. Budaya ini memberi imej yang buruk kepada orang Melayu dalam proses menjiwai perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sama ada kita sedar atau tidak, budaya negatif ini mempengaruhi hubungan sosial, ekonomi serta kebudayaan kaum Melayu dengan kaum lain. Kaum lain hilang keyakinan dalam menjalankan proses perniagaan dengan kaum Melayu. Kaum lain hilang kepercayaan dalam menjalinkan proses pembangunan bersama – sama kaum Melayu implikasi dari budaya orang Melayu yang tidak mahu berusaha membaiki kelemahan dirinya sendiri. Jika budaya ini berterusan menular dalam kalangan orang Melayu, kita akan terus tertinggal ke belakang dan perasaan syak wasangka dan iri hati terhadap kejayaan kaum lain akan terus menebal dan misi dan visi perpaduan hanya tinggal menjadi angan – angan dan akhirnya menjadi mimpi yang tidak kesampaian.

Selain itu, salah satu sikap orang Melayu yang dianggap lemah ialah budaya politik wang yang semakin berleluasa di kalangan parti politik Melayu itu sendiri. Amalan politik wang yang berlaku di Malaysia memperlihatkan ketidak tulusan parti politik dalam memperjuangkan hak kaum – kaum di Malaysia. Seperti senario politik di serata pelosok dunia, parti politik di Malaysia tidak terlepas dari amalan politik wang sehingga menyebabkan pegangan dan prinsip parti diketepikan demi kepentingan sesuatu individu. Mengambil petikan Yahaya Ismail (2003) yang menyatakan: “since 1987, UMNO has been nurturing dan promoting materialistic cultural values for politcal power” jelas memperlihatkan kelemahan parti dalam menangani masalah budaya politik wang. Implikasi dari amalan politik wang, perpaduan di antara kaum menjadi bertambah sukar, kepercayaan terhadap parti – parti politik yang seharusnya menjadi tunggak perpaduan menjadi rapuh dan hilang ditelan kerakusan amalam politik wang terbabit.

2.5 Pendidikan
Perpaduan dari segi pendidikan di negara Malaysia masih belum dapat dicapai sepenuhnya. Mengimbas dari sejarah pendidikan negara pada awal kemerdekaan, wujud  empat aliran pendidikan yang berlainan sebelum terhasilnya Sistem Pendidikan Nasional. Empat aliran tersebut adalah aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India yang menggunakan silibus yang berbeza – beza berdasarkan keperluan kaum masing – masing. Jelasnya di sini, perbezaan sistem pendidikan mendorong kepada kegagalan perpaduan kerana kurangnya interaksi antara pelbagai kaum di peringkat awal kanak – kanak dan awal remaja.

Melihat konsep perpaduan dari perspektif pendidikan orang Cina, perpaduan menjadi sukar apabila pendidikan dan status bahasa Cina sering dibangkitkan dalam mempertahan identitii masyarakat Cina di Malaysia. Merujuk kepada Tan Chee Beng (1988)  dan Tan Liok Ee (1988) yang menyatakan simbol identiti orang cina yang signifken dan setiasa menjadi isu perhatian ialah pendidikan dan status bahasa Cina itu sendiri. Mengimbas kembali sejarah lama sistem pendidikan di tanah akhir sebelum merdeka, Laporan Pendidikan Barnes (Barnes report of 1951) yang mengkritik kepentingan Mandarin  sebagai bahasa penghantar di sekolah hanya akan melambatkan proses proses integrasi dan asmilasi kaum Cina dengan kaum lain sekaligus  melumpuhkan proses perpaduan di antara kaum. Ekoran dari laporan tersebut, masyarakat kaum Cina sedar akan mempertahankan identiti mereka dan bingkas bangun dalam mempertahankan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Malaysia hingga ke hari ini. Pendapat ini disokong melalui penyataan Tan Liok Ee (1988)  “bagi pemimpin masyarakat Cina itu, bahasa Mandarin harus dipertahankan dalam pengajaran, biarpun kehilangan bantuan kewangan kerajaan”.


            Melihat perpaduan dari prospek pendidikan negara, menurut kajian Abdul Rahim Ahmad (1983) didapati kesan sekolah terhadap matlamat perpaduan belum lagi menyeluruh, walaupun ada tanda-tanda yang menunjukkan sekolah sedang menuju ke arah ini.  Perasaan nasionalisme dan pengetahuan mereka tentang negara adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang sebaya yang tidak bersekolah dalam bahasa kebangsaan. Ini kerana isu perpaduan kaum masih jauh perjalannya dan pendidikan sejarah dianggap alat terpenting ke arah menjayakannya.  Ia bukan penyatuan atau asimilasi yang sepenuhnya secara spontan dan semula jadi tetapi ia sudah merebak kepada kanak-kanak dan remaja yang berpendidikan yang lahir selepas kemerdekaan Malaysia.” (Ghazali Othman 1986: 12) Dalam satu kajian lain pula (Ibrahim,1980),  mendapat hanya 40.9 peratus dari para pelajar sekolah yang mengaku dirinya sebagai orang Malaysia. Berdasarkan kajian tersebut, memperlihatkan bahawa keruncingan masalah nasionalisme di kalangan remaja menjadi lebih parah kesan dari kurangnya pendedahan sejarah awal tertubuhnya negara Malaysia. Lebih membimbangkan lagi tidak sampai separuh dari peratusan pelajar sekolah di Malaysia mengaku dirinya rakyat Malaysia. Jika semangat cintakan negara tidak dapat dicipta, bagaimana pula dengan ideologi perpaduan yang ingin disemaikan dalam diri pelajar Malaysia?

            Bagi mengurang serta membasmi sentimen perkauman di kalangan awal remaja, kerajaan telah memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan bagi membentuk bangsa Malaysia yang bersatupadu bekerjasama serta hidup harmonis antara berbilang kaum di negara ini. Mohd Izham (2006) melalui kajiannya mendapati kesemua guru (100&) yang menjadi responden kajiannya bersetuju dengan penubuhan Sekolah Wawasan. Dari aspek matlamat penubuhannya, sebahagian besar guru (responden) mempunyai tanggapan tentang matlamat adalah untuk meningkatkan perpaduan, tolenransi dan kerjasama antara kaum – kaum di Malaysia.
2. 6 kesimpulan
Kesimpulannya, perpaduan merupakan elemen penting kepada pembangunan masyarakat dan negara dari pelbagai aspek. Biarpun berbeza budaya, pegangan dan agama namun dengan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain, perbezaan tersebut dapat memberikan manfaat yang optimum kepada semua kaum di Malaysia. Masa hadapan Malaysia yang menjanjikan cabaran di luar jangkaan pasti dapat diharungi dengan berkesan melalui perpaduan negara dalam mencapai aspirasi Wawasan 2020.




3.0 RUJUKAN
BUKU
Shellabear W.G (1981) Sejarah Melayu, Singapore. Malaya Publishing House.
Tan Chee-Beng. (1979). The Baba of Malacca: Culture and Identity of a Chinese Peranakan
Community in Malaysia. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
Tan Liok Ee (1988) Chinese Independent Schools in West Malaysia: Varying Responses
to Changing Demands. Dlm. Cushman, Jennifer W. and Gungwu, Wang. (ed.).
Changing Identities of the Southeast Asian Chinese Since World War II. Hong Kong:
Hong Kong University Press.
Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani. (2003) Pendidikan Negara Bangsa. Pahang.
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani. (2001) Kenegaraan Malaysia: Perkembangan Dan Isu – Isu. Pahang.
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Laurent Merzger (2007) Masyarakat Dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.



LAMAN SESAWANG
Muhammad Amirezwan. (2009, April 7). CABARAN KE ARAH PERPADUAN. Didapatkan Mac 20,
                        dari www.scribd.com:
                        http://www.scribd.com/doc/50543819/19809115-CABARAN-KE-ARAH-PERPADUAN
            Dr Sivamurgan Pandian. (2008,September 18) Formulasasi Perpaduan Masyarakat Berbilang Kaum. Didapatkan
                        Mac 20 Dari Utusan.Com:
Admin. (t.t). (2000, Ogos 15). SEKOLAH WAWSSAN HARUS DIBERI PELUANG. Didapatkan mac 20 dari   cikgu.net.my.berita

            JURNAL
Mohd Izham Haji. Mohd Hamzah & Jamalullail Abdul Wahab.(2006). Perlaksanaan Sekolah Wawasan: Memenuhi Kepelbagaian Pelajar Dan Perpaduan Kaum. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminudin Baki (IAB) 1 – 13



3.0 Refleksi

Nama: Mohamed Hanif Bin Abd Malek
No Matrik: 123438
No kad pengenalan: 900701 -01 -5453
            Alhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi, atas limpahan kurnia – Nya, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini pada tarikh yang telah ditetapkan. Tugasan WAJ3106 Hubungan Etnik di bawah bimbingan En. Hasnul Hadi Bin Tengah yang bertarikh 20 Februari. Secara jujur, saya berpendapat tugasan kali ini  merupakan tugasan yang mencabar di samping membuka minda saya untuk melihat isu perpaduan di negara dari pelbagai perspektif dan pendapat.
            Saya diberi tugas untuk menjelaskan perbezaan budaya kehidupan dalam masyakat yang dikatan menjadi halangan dalam mewujudkan perpaduan dan intergrasi dalam kalangan etnik di Malaysia. Pencarian makulumat dijalankan melalui pembacaan majalah, internet, jurnal dan buku mengenai konsep perpaduan dan budaya. Saya membuat proses pemerolehan ilmu dengan mencari maklumat di Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail dan menemui beberapa buah buku penulisan ilmiah yang berkaitan dengan perpaduan.
Sepanjang pencarian maklumat, saya mendapat beberapa input yang bermakna yang dapat digunakan di dalam tugasan saya. Walaubagaimanapun, setiap pemerolehan ilmu tidak bermakna sekiranya ia tidak diamalkan di dalam kehidupan seharian. Secara amnya, perpaduan di Malaysia masih lagi tidak menyeluruh dari pelbagai aspek terutamanya dalam sistem pendidikan di Malaysia. Walaubagaimanapun kesedaran tentang kepentingan perpaduan itu perlu dalam setiap diri masyarakat untuk mencapai kesejahteraan hidup di negara yang aman damai. Sehubungan dengan itu, sebagai bakal guru yang juga merupakan agen perpaduan dalam sistem pendidikan negara, saya perlu menyiapkan diri saya dengan pelbagai makulamat semasa mengenai isu perpaduan dalam kesedaran menerapkan nilai kekitaan dan patriotisme  dalam kalangan murid kelak.
Hubungan antara kaum yang kompleks perlu diurus dengan betul bagi membendung sebarang persengketaan yang membawa kepada kerugian kepada semua pihak. Berteraskan semangat perkongsian kuasa, semua kaum di Malaysia menikmati hak – hak yang adil dan saksama melalui Kontrak Sosial yang dipersetujui oleh kaum Melayu dan bukan Melayu.  Berdasarkan persetujuan tersebut,  perpaduan antara kaum masih lagi releven untuk dipertahankan meskipun ada anasir – anasir jahat yang cuba memecah belahkan rakyat Malaysia.
Sebagai bakal guru, saya perlu mengamalkan budaya hormat – menghormati serta bertolak ansur dengan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Berlandaskan sikap percaya mempercayai dan hormat – menghormati di antara satu sama lain di kalangan rakyat Malaysia, perkembangan negara membangun dengan pesat di atas kaki sendiri tanpa wujud keadaan huru – hara  dan hasad dengki antara kaum.
Melalui tugasan ini, saya sedar akan kepentingan pendidikan yang boleh menjadi medan perpaduan. Kepentingan peranan seorang guru dalam proses memupuk perpaduan di kalangan murid merupakan langkah pertama dalam membentuk idealogi Pembinaan Negara Bangsa. Untuk mencipta masyarakat dan negara yang utuh, guru merupakan agen perpaduan yang berperanan membentuk satu masyarakat yang bersifat satu rupa bangsa yang perlu bersatu padu dan taat setia kepada negara. Jelasnya di sini, medan pendidikan merupakan cititera perjuangan dalam memperkasakan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Sekiranya perpaduan di negara ini tegap melalui pendidikan, maka hala tuju untuk mencapai aspirasi Wawasan 2020 bukan lagi sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.
Pada pendapat saya, kesukaran tugasan yang diberikan kali ini berada di paras sederhana kerana bahan – bahan untuk tugasan boleh diperolehi melalui pembacaan bahan ilimiah dan kajian – kajian terhadap sejarah pembangunan negara. Walaubagaimanupun, tugasan kali ini berjaya membuka minda guru pelatih di samping melatih mereka melihat sesuatu isu dari pelbagai sudut. Untuk menghasilkan guru yang berkualti dan professional, tugasan – tugasan ilmiah yang menyentuh kepada realiti semasa perlu dilaksansakan bagi membuka skop cara pemikiran guru yang berminda kelas pertama. Tugasan dan kajian yang bersifat holistik, komprehensif dan ideal merupakan satu langkah efektif dalam melatih kekuatan intelektual dan sahsiah di kalangan bakal guru.
Kesimpulannya, tugasan Hubungan Etnik merupakan tugasan yang boleh mencorak pemikiran guru pelatih untuk menjangka pola kehidupan masyarakat pada  masa hadapan. Cabaran semasa mengenai perpaduan dalam pelbagai aspek merupakan cabaran yang perlu diharungi oleh bakal guru dalam melaksanakan tugas guru kerana tugas mendidik masyarakat merupakan cetusan harapan kepada Pembangunan Negara Bangsa.
            

16 comments:

  1. aku tak kisah kalo korang nak copy, tapi at least, tinggal la cmment bawah ni.

    ReplyDelete
  2. Nk copy please...tengs :)

    ReplyDelete
  3. mohon copy yaa... :)

    ReplyDelete
  4. salam bro anept, mohon copy ya ;) moga sukses slalu :)

    ReplyDelete
  5. Mohon Copy tq...

    ReplyDelete
  6. mohon copy ya. tq

    ReplyDelete
  7. Terbaik boss. Sila beri tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  8. mintak copy tuan :)

    ReplyDelete
  9. nk copy wt rjukan..mekasih

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum, saya nak copy untuk rujukan. terima kasih

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum,, halalkan saya copy utk buat rujukan tq

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum minta izin copy ya

    ReplyDelete