Followers

Tuesday 13 March 2012

assignment Falsafah Pendidikan Kebangsaan



 assignment sem 1

Soalan
Falsafah pendidikan kebangsaan berhasrat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang melalui perkembangan individu yang menyeluruh serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat
(a)  Cadangkan tindakan yang dapat dilakukan oleh guru untuk mereliasasikan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
(b)  Sejauhmanakah guru dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka melalui pembelajaran sepanjang hayat seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.









1.0 Pendahuluan
 Falsafah, kokurikulum dan pedagogi, merupakan elemen – elemen yang menjadi sebahagian penting dalam membentuk kredeabiliti dan personaliti seorang guru yang baik.
Kemajuan sesuatu tamadun, peradaban, budaya ilmu sesuatu negara bergantung kepada sesuatu sistem pendidikan negara tersebut. Perkara ini disokong kuat oleh Mohd Razali Kamarudin(1998), yang menyatakan kemajuan sesuatu sistem pendidikan sesebuah negara sering dikaitkan dengan ketepatan falsafah pendididkan. Oleh yang demikian, Malaysia juga menyokong satu falsafah yang dinamakan sebagai Falsafah Pendidikan Negara atau dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dilaksanakan pada tahun 1989.
Antara intipati falsafah tersebut, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. (sumber : Penjana Minda Insan, ms 67).
Dalam mereliasasikan falsafah tersebut, guru merupakan ejen arkitek membina masyarakat berminda kelas pertama. Sesungguhnya profession perguruan merupakan kerjaya yang mulia di mata masyarakat. Pendidik pula dari kaca mata Islam merupakan  murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulamak. Guru berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masalah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Tuhan.  Pendidik merupakan ejen kepada tenggungjawab, kelengkapan, keilmuan  dan leluhuran peribadi. Istilah profesion keguruan (teaching profession) menurut The Chambers Dictionary (1994) bermaksud bidang pekerjaan yang berkaitan dengan pemindahan dan pembinaan ilmu, seni, kemahiran dan nilai kepada seseorang dengan cara kuliah, tunjuk ajar, teladan, nasihat, indoktrinasi, amali, bekerja bersama, berhujah dan berdiskusi sehingga terpahat dalam minda, pekerti dan perlakuan orang itu perkara yang dikehendaki. Profesion  keguruan bukan sahaja berkaitan dengan apa yang dikatakan sebagai pendidikan ilmu (kowledge education), malahan berkaitan dengan pendidikan karekter (character education) (Lanqing, 2005)










1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Kemajuan sesuatu negara turut bergantung kepada budaya ilmu,peradaban,dan  tamadun sesuatu masyarakat. Dalam menitikberatkan elemen – elemen tersebut, Malaysia telah mengubal satu dasar iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996.
Menurut kenyataan Dr Tajul Arrifin Bin Nordin dari Universiti Kebangsaan Malaysia, melalui aritkelnya “Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Menperkasakan Sistem Pendidikan Negara”. Antara reformasi terbesar pendidikan di Malaysia ialah penggubalan Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1987 yang kini dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada tahun 1996. (sumber Pendidik Mac 2007, Ms 59).
Ungkapan Falsafah pendidikan kebangsaan yang diluluskan oleh cabinet dalam tahun 1987 adalah seperti berikut
“Pendidikan di Malaysia adalah salah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mengwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi rohani, intelek, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan” (sumber: Pendidik Mac 2007, Ms 60).



1.2 Peranan Pendidik Dalam Mereliasasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan Malaysia bermaksud pendidikan yang mengikut dasar pendidikan negara kita sendiri. Berteraskan pendidikan Malaysia yang bebas daripada unsur – unsur  negatif permikiran barat yang liberal – demokratik. Oleh itu pendidik dan warga pendidikan seharusnya berbangga dengan dengan konsep pendidikan negara kita sendiri. Terlaksananya Falsafah Pendidikan Kebangsaan membuktikan pendidikan di Malaysia telah mencapai tahap dinamik dan lengkap dalam persediaan menghadapi cabaran pendidikan global pada masa akan datang.sehubungan dengan itu, menjadi tanggungjawab guru mereliasasikan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan melalui proses pengajaran dan dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pendidik ialah seseorang yang mendidik dan memupuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah termasuklah seseorang guru besar dan pengetua
Pendidik yang mengamalkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Pendidik mengamalkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.
Sehubungan dengan itu, menjadi tanggungjawab seorang pendidik untuk mereliasasikan hasrat Falsafah pendidikan kebangsaan menerusi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Dalam mereliasasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidik seharusnya bertindak sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor. Menurut Pullias, Ear V (1962) dalam bukunya ”A teacher is many things” yang  menyatakan bahawa guru adalah segala-galanya. Pendidik yang mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukan sahaja bertindak sebagai penyampai ilmu tetapi juga bertindak sebagai fasilitator, pembimbing dan kounselor bagi meningkatkan kualiti pendidikan.  Tokoh pendidik, pemikir muslim tersohor, Iman Al Ghazali dalam ihya Ulum al-Din juga menekankan bahawa pendidikan ialah usaha untuk menanam perangai baik supaya mereka dapat menilai antara yang benar dan yang salah.
            Di sini jelas menunjukkan pendidik yang mengamalkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukan sahaja berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi dipertanggungjawabkan untuk membentuk keperibadian dan tingkahlaku murid sama ada di bilik darjah ataupun di luar bilik darjah.
            Menurut Abdul Malek Samsuri (2000) sebagai pendidik yang mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selari dengan meningkatkan kualiti pendidikan adalah tidak terhad kepada mengajar mata pelajaran sahaja tetapi adalah merangkumi semua komponen dalam pendidikan.  Ini dikuatkan dengan Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia  yang menyatakan bahawa “Guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan yang menyedari betapa pentingnya usaha  kearah melahiran modal insan seperti hasrat Teras Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengamalkan pendekatan berpusatkan pelajar dengan kaedah berguru. Minat, bakat, kebolehan dan potensi murid dikenalpasti disuburkan dan dikembangkan hingga ke tahap dunia tetapi dalam acuan pendidikan Malaysia (sumber: Pendidik Mac 2007, Ms 60).
Sehubungan dengan itu, guru yang mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan turut bertindak sebagai pembimbing dalam mengenal pasti bakat, kekuatan, minat serta kelemahan murid – muridnya. Ramai pendidik berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin.  Mereka tidak sanggup terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu.  Mereka memandang pelajar yang bermasalah ini dengan sebelah mata.  Pelajar ini tidak dipedulikan sebab mereka rasa mereka sukar dibentuk. Di sinilah berbezanya antara guru biasa dengan guru yang mengamalkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Abdul  Malek Samsuri ( 2007) Pendidik yang mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sentiasa menunjukkan minat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secra berterusan dalam menghasilkan usaha yang berkualiti bagi melaksanakan  Faslafah Pendidikan Kebangsaan akan terima pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini.  Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja maka seorang pendidik akan merasa puas dengan kariernya. Menurut Malek Samsuri (2007) ramai pelajar gagal kerana guru mereka telah meramalkan kegagalan mereka.  Guru mesti sentiasa faham, mengajar bukan sekadar memberikan maklumat dan penerangan semata-mata. Mereka juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi budaya, pemikiran dan tingkah laku.  Guru juga perlu berhati-hati dengan ucapan dan pandangan yang dilontarkan kepada pelajar kerana kesannya sangat besar dalam hidup pelajar.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan turut merangkumi aspek agama secara menyeluruh dan bersepadu. Tajul Arifin ( 2007) menyatakan pendidikan menyeluruh bermaksud pendidikan Malaysia bersifat holistik manakala konsep bersepadu bermaksud ilmu Wahyu iaitu al – Quran dan al- Sunnah adalah teras kepada ilmu akal.
Menurut Tajul Ariffin (2000) pendidikan secara holistik menggarap tiga permikiran iaitu idealisme (pembentukan idea), realisme ( aplikasi dalam kehidupan) dan humanisme (keharmonian tabii insan) secara bijaksana. Selaras dengan kehendak bersepadu maka ketiga –tiga permikiran itu hendaklah berpaksikan akidah.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan konsep insan merupakan salah satu reformasi terbesar negara Malaysia dalam melaksanakan falsafah pendidikan negara. Konsep insan berintikan peididikan di Malaysia bertujuan untuk melahirkan murid yang cemerlang, berintelek dan bertakwa.
Sehubungan dengan itu, seorang guru yang mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan haruslah mempunyai kesedaran dalam menerapkan nilai – nilai agama dalam pembelajaran dan pendidikan di dalam bilik darjah. Pendidikan seharusnya menunjukkan nilai – nilai budi pekerti seperti amanah, jujur, dan takwa kepada murid –muridnya agar menjadi teladan kepada mereka.
” Seimbang dan harmonis” merupakan salah satu konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertunjangkan moral dan ahlak. Pendidikan di Malaysia memberi penekanan yang sangat istimewa kepada pembentukan ahlak dan moral.
Kurang penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di kalangan warga pendidik menyebabkan krisis masalah disiplin di kalangan murid –murid meningkat. Pendidik seharusnya sedar guru merupakan ejen pembasmi kebodohan, ketandusan ahlak di samping memupuk nilai – nilai murni di dalam diri murid. Sehubungan dengan itu, guru seharusnya memainkan peranan dengan membentuk kepribadian murid  dengan sahsiah yang mulia seperti tawaduk,  berahlak mulia dan berbudi pekerti semasa proses pembelajaran dan pendidikan di dalam bilik darjah.
 Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal dengan berfokuskan pembinaan insan yang mempunyai keharmonian potensi rohani, intelek, harmoni dan jasmani. Potensi rohani berfungsi sebagai paksi. Oleh itu, langkah dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah dengan pembersihan rohani di dalam diri murid – murid. Usaha ini dapat dilaksanakan dengan amalan ibadah dan pengukuhan ahlak. Pendidik seharusnya membentuk ahlak murid – muridnya dengan menunjukkan cara hidup pekerti yang mulia umat Islam. Islam menuntut umatnya berahlak mulia dan berbudi pekerti. Amalan seperti menghormati orang tua, pembudayaan ilmu yang berguna dan kewajipan melaksanakan amal ibadat seharusnya menjadi elemen – elemen penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam atau di luar bilik darjah.
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakah salah satu konsep dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Konsep ini jelas membuktikan keunggulan dan ketinggian hikmah penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan meletakkan akidah sebagai teras pendidikan di Malaysia. Oleh yang demikian, guru yang mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan  seharusnya melaksanakan konsep serta falsafah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi membentuk kecemerlangan murid dari segi intelektual dan kerohanian. Pendidikan di malaysia yang bertunjangkan akidah merupakan bukti yang kukuh bahawa Malaysia meneutralkan pengaruh negatif yang terdapat dalam permikiran liberal dan demokrat barat.













1.3 Pembelajaran Sepanjang Hayat Dapat Meningkatkan Tahap Profesionalisme Seorang Guru
Profession perguruan merupakan kerjaya yang dihormati oleh segenap lapisan masyarakat yang terdiri dari lapisan umur,kaum dan agama. Profession guru adalah salah satu kerjaya yang dianggap profession kelas pertama
Ada beberapa rangkaikata dan perkataan dari tajuk tugasan yang diberikan ini yang perlu diberi penghuraian iaitu “meningkatkan”, “profesionalisme perguruan”. Mengikut kamus Dewan, ‘meningkatkan ’ bermaksud meletakkan sesuatu kedudukan pada mata masyarakat, Ia bererti menaikkan atau meninggikan darjat sesuatu perkara, individu atau profesion, termasuk keguruan, mulia atau hina, tinggi atau rendah, bergantung kepada cara bagaimana masyarakat melihat perkara, individu dan profesion berkenaan. meningkatkan bermakna meletakkan kedudukan, darjat, pangkat, kemuliaan dan pandang umum seseorang yang memiliki sesuatu pekerjaan atau taraf hidup yang tinggi.  Oleh itu, meningkatkan tahap profesionalisme keguruan bererti meletakkan pekerjaan yang berkaitan dengan pendidik yang biasannya dilakukan oleh guru itu pada kedudukan yang tinggi di mata masyarakat.
Pendidik pula dari kaca mata Islam merupakan  murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulamak.  Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masalah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Tuhan.  Pendidik merupakan ejen kepada tenggungjawab, kelengkapan, keilmuan  dan leluhuran peribadi. Istilah profesion keguruan (teaching profession) menurut The Chambers Dictionary (1994) bermaksud bidang pekerjaan yang berkaitan dengan pemindahan dan pembinaan ilmu, seni, kemahiran dan nilai kepada seseorang dengan cara kuliah, tunjuk ajar, teladan, nasihat, indoktrinasi, amali, bekerja bersama, berhujah dan berdiskusi sehingga terpahat dalam minda, pekerti dan perlakuan orang itu perkara yang dikehendaki. Profesion  keguruan bukan sahaja berkaitan dengan apa yang dikatakan sebagai pendidikan ilmu (kowledge education), malahan berkaitan dengan pendidikan karekter (character education) (Lanqing, 2005)
Melalui pembelajaran sepanjang hayat seperti yang dinyatakan dalam Falsafah pendidikan kebangsaan dapat meningkatkan profession perguruan, guru perlu mempunyai ciri-ciri intelektual. Guru perlu menjadikan suka membaca buku sebagai satu amalan dan sentiasa memastikan diri mereka mempunyai pemikiran yang segar dan berkembang dan keseungguhan kendiri dengan yang sihat dan terbuka, melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh.  Di samping itu, untuk meningkatkan profession perguruan, guru perlu berketerampilan.  Tingkat  keterampilan bukan  sekadar menggunakan dan menguruskan teknologi  tetapi lebih penting keupayaan menyaring, mengadun, mengacuankan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita. Guru juga perlu melengkapkan diri sebagai pemimpin ilmu.
Peranan pendidik yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat yang dinyatakan dalam Falsafah pendidikan kebangsaan, haruslah mendokong dan meningkatkan keberkesanan dalam bidang masing-masing dan berkerja sebagai satu pasukan, bersikap inovatif dan fleksibel serta bersedia berkongsi pengetahuan demi memenuhi tuntutan dan harapan tersebut.  Pendidik adalah nadi bagi sekolah. Oleh itu, guru seharusnya berusaha sedaya upaya  untuk meningkatkan profesionalisme mereka yang merupakan kunci untuk pendidikan sepanjang hayat.
Melalui pembelajaran sepanjang hayat seperti yang dinyatakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat meningkatkan profesional perguruan, warga pendidik haruslah cuba menjadi pendidik yang perkasa, yang faham bahawa tugas-tugas mengajar, mendidik dan meneladan adalah pekerjaan yang mulia.  Pendidik dapat menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad (menentang, membasmi mencegah kejahilan, kebodohan, kelemahan, kealpaan, kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan dan kerja mengajar pula sebagai satu ibadah.
Menurut Abdul Malek Samsuri (2000) Sebagai seorang pendidik yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat seperti yang dinyatakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan  berperanan untuk meningkatkan profesionalisme perguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Untuk meningkatkan kualiti guru, peribadi guru perlulah dilengkapkan dengan sifat sabar terutamanya dalam menyampaikan ilmu dan mendidik pelajar(yang rata-rata masih belum matang dan nakal) dan melayan kerenah-kerenah mereka.  Mendidik pelajar-pelajar masa kini haruslah dilakukan seperti menarik rambut dalam tepung.  Rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.
            Untuk meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pembelajaran sepanjang hayat,  pendidik perlulah mempunyai ciri-ciri keperibadian, keintelektualan dan ketrampilan yang tinggi.  Secara peribadinya seseorang guru itu haruslah menjadi seorang yang didorong oleh keinginan untuk mencapai matlamat (mission-driven) dan yang cintakan profesionnya yang ”dunia”nya ialah sekolah dan pelajar, kecintannya ialah ilmu, kegembiraannya ialah kejayaan pelajar dan kesedihannya ialah kegagalan pelajar mempelajari ilmu yang disampaikan.  Lantaran itu, seseorang guru itu akan membuat yang terbaik, sentiasa bersikap positif dan berkeyakinan dalam apa-apa yang dilakukan.













Soalan 2
”setiap agama memandang kerjaya guru sebagai suatu pekerjaan yang mulia dan dihormati, sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, seorang guru haruslah menyedari tugas dan amanah untuk membangungkan insan sebagaimana yang dihasratkan Falsafah Pendidikan Guru”
Jelaskan bagaimana ciri – ciri insan guru yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Guru?
Jawapan
2.0 Ciri –Ciri Insan Guru Yang Dihasratkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2.1 Pengenalan
Ciri – ciri seorang guru yang dihasratkan Falsafah pendidikan guru,selaras dengan budaya kerja menurut Islam, setiap daya usaha individu dan organsasi haruslah merealisasikan objektif dan matlamat kearah penerapan nilai bersih, cekap dan amanah dalam konteks pembangunan manusia yang cekap, berdisiplin, bekerja keras dan sebagainya.  Para guru dalam organisasi sendiri seharusnya menjadi pendorong yang kuat bukan hanya dari segi penanaman nilai-nilai moral dan akhlak insaniah yang murni dan bermutu tinggi di kalangan murid, tetapi juga dalam membangun tenaga manusia yang komited kepada kerjanya yang dedikasi, bertanggungjawab dan sentiasa peka kepada peningkatan prestasi.  Rasulullah S.A.W. bersabda:
Sesungguhnya Allah suka apabila seorang itu bekerja maka ia tekun dan teliti” (iaitu berkerja dengan cekap dan bersungguh-sungguh
Maksud amanah yang terdapat dalam ciri – ciri yang dihasratkan falsafah pendidikan guru ialah bersikap rela hati dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam batas yang ditentukan. Konsep amanah pula menekankan sifat-sifat berikut:-
a.    Bertanggungjawab dan rela menjalankan tugas.
b.    Jujur, berdedikasi, luhur dan murni
c.    Tidak menipu, gigih dan ikhlas
d.    Tidak menyalahgunakan kuasa
e.    Patuh kepada pemerintah
f.     Bersifat jujur dan ikhlas kepada diri sendiri, rakan dan organisasi

Amanah merupakan sesuatu yang dipercayaikan kepada seseorang.  Ia merupakan barangan, tanggungjawab atau jawatan yang  diberikan kepercayaan untuk dijaga atau dilaksanakan. Orang yang amanah berpegang kepada konsep “biar pecah di perut jangan pecah di mulut’. Misalnya mendidik ialah jawatan yang diamanahkan kepada kaum guru.  Justeru kejayaan pekerjaan guru ini bergantung kepada keutuhan, kemampuan, perwatakan dan sahsiah diri yang baik.
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab perlu memahami gabungan prinsip tanggungjawab dan penanggunganjawab terangkum dan tersirat dalam konsep amanah.  Justeru amanah akan memancarkan pelbagai sifat baik dan positif, iaitu bertanggungjawab, bersungguh-sungguh, dedikasi, penglibatan diri, berbakti, berkorban dan sebagainya.

 2.3 Huraian Jawapan
Amanah melahirkan prinsip tanggungjawab.  Seseorang  guru yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan sesuatu tugas bermakna beliau telah diamanahkan untuk menyempurnakan tugas tersebut.  Seorang pendidik yang bertanggungjawab akan melaksanakan sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh dan merasa bersalah sekiranya gagal menyempurnakannya ke tahap yang terbaik.  Sebaliknya seseorang pendidik yang tidak bertanggungjawab akan melaksanakan sesuatu tugas secara sambil lewa dan tidak berusaha untuk meningkatkan profesionalisme perguruan.  Dengan itu, beliau gagal memenuhi piawai dan tempoh masa yang ditetapkan sehinggga boleh menyebabkan orang lain terpaksa memikul beban untuk membantu menyempurnakan tugasnya.  Oleh yang demikian, setiap tugas hendaklah disempurnakan dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas.  Dengan itu ciri – ciri guru yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Guru perlu sentiasa:
  1. Berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima tugas dan tanggungjawab
  2. Komited dan tekun melaksanakan tugas ke tahap yang terbaik
  3. Berusaha meningkatkan kualiti dan hasil kerja
  4. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang masa
  5. Bertanggngjawah ke atas hasil kerja, tindakan dan keputusan yang dibuat.
f.   Melaksanakan anugerah khidmat cemerlang.
Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini telah diberikan amanah.  Amanah ini berkait rapat dengan tanggungjawab.  Setiap perbuatan didunia ini akan dihitung di sisi Tuhan, Maha Pencipta.  Setiap perbuatan itu juga ada nilai di sisi manusia. Pada masa yang sama manusia bertanggungjawab kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan Negara. Setiap perbuatan dan aktiviti termasuk kerja, berada dalam lingkungan amanah, maka manusia mempunyai tanggungjawab dan penanggungjawapan untuk memastikan bahawa kerja dilakukan dengan sempurna. Namun demikian ramai dikalangan guru merupakan satu perkara yang dilakukan secara spontan setiap hari atau sebagai satu “routine” yang tidak melibatkan perancangan, etika, peningkatan mutu dan sebagainya.  Dengan itu kerja pada kebanyakan guru dilakukan ala kadarnya sahaja malah ada yang beranggapan bahawa profession guru merupakan satu perkara yang boleh dibuat atau tidak dibuat, ditangguhkan dahulu, dibuat secukupnya untuk memenuhi pepatah “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, dan mungkin orang yang terlalu kuat bekerja itu akan dianggap sebagai orang terlalu “ghairah” mengejar sesuatu atau berkorban lebih dari had yang sepatutnya.
Dalam situasi yang terakhir ini, para guru tidak pernah cuba menilai dan bertanya apakah tujuan bekerja?  Apakah etika perguruan yang baik?  Bagaimanakah caranya meningkatkan profesionalisme perguruan? Dan yang paling anehnya mereka tidak pernah mencari jawapan terhadap persoalan mengapakah guru harus mengajar?
Sepatutnya seseorang guru berkerja kerana menyahut tuntutan agama dan ia berkerja  kerana meningkatkan pencapaian tugasnya untuk kepentingan diri dan masyarakatnya.  Ia bekerja kerana ditugaskan Tuhan dan menunaikan adalah menunaikan tugas suci itu. Oleh kerana  pekerjaan seorang guru  merupakan tugas yang tidak dapat dielakkan dan merupakan tanggungjawab agama, maka seorang guru yang dihasratkan Falsafah Pendidikan Guru pula haruslah mematuhi disiplin, nilai dan etika kerja yang tertentu. Guru juga haruslah mempunyai sikap dan penilaian yang positif dalam melaksanakan tugasnya. Seorang guru juga haruslah menentukan objektif kerjanya di antara mencapai hasil kebendaan dalam bentuk rezeki untuk dirinya sendiri dan orang-orang di bawah tanggungannya dan habuan tertentu untuk masyarakatnya. Pekerjaan seorang guru  adalah menjadi tugas lelaki dan perempuan seperti firman Allah S.W.T.
            Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, lelaki atau perempuan,
              dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan
              kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami
              berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik
             dari apa yang telah mereka  kerjakan.”

                                                                                    (Surah al-Nahl, ayat 97)

Jelas di sini bahawa ciri-ciri seorang guru yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Guru dari segi konsep, sistem, nilai, etika dan cara-cara bekerja yang produktif dengan sikap, komitmen dan niat guru itu sendiri sudah sepatutnya dirumus dan dijadikan formula yang konkrit ke arah Falsafah Pendidikan Guru
Ciri – ciri insan guru yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Guru memerlukan niat yang baik dan hasil niat yang baik menjadikan seorang itu beramanah, berdisiplin, penuh bertanggungjawab dan akan berusaha meningkatkan prestasi kerjanya  menjadi sesempurna mungkin. Niat yang bersih, cekap dan amanah menjadikan seorang guru itu bersikap jujur dan tidak berputus asa atau merasa kecewa dengan halangan dan cabaran yang ditemui.  Seorang guru tidak mudah berpuas hati dengan pencapaiannya malah akan berusaha mencapai hasil yang lebih baik. Seterusnya mereka akan bertindak sebagai penyumbang kepada pihak lain, bukan hanya penerima bantuan dari orang lain. Menanamkan rasa bersyukur di kalangan guru amat penting dengan menunjukkan sikap berterima kasih dan menghargai kejayaan, pencapaian dan anugerah yang diperolehi serta menunjukkan kepuasan terhadap nikmat yang diterima.  Antara ciri – ciri insan guru yang dihasratkan oleh Falsafah Pendididkan Guru ialah:
  1. Menghargai setiap nikmat yang diterima
  2. Menghargai dan berkongsi kejayaan bersama
  3. Menghargai kejayaan orang lain dan memberi pengkiktirafan kepada yang layak
  4. Sabar dan tenang menghadapi masalah dan redha menerima ketetapan, kegagalan dan ujian
  5. Bersederhana dalam meraikan kejayaan
  6. Mengucapkan ‘terima kasih’ atas bantuan atau sumbangan orang lain
  7. Menunjukkan kesyukuran dengan berkhidmat dengan lebih bersungguh-sungguh dan bersedia menabur bakti ke tahap optimum.

Sebagai seorang guru yang bersyukur, ia haruslah menjadi seorang yang dinamik menyumbang kepada kebajikan dan kerjanya haruslah bersih dan suci dari sebarang unsur-unsur negatif dan haram.  Hal ini semua merupakan unsur-unsur penting dalam strategi membina sumber manusia sebagai ejen kerja, sebagai guru yang dapat menyepadukan unsur-unsur nilai bersih, cekap dan amanah dalam bidang kepakaran dan profesionalismenya. .
Dari sudut pandangan Islam, penganutnya diajarkan supaya bekerja “seolah-olah mereka akan hidup selama-lamanya”, selain beribadat  “seolah-olah mereka akan mati  pada eskok hari”.  Ini bermakna Islam menegaskan supaya umatnya bekerja keras, tekun, bersungguh-sungguh, bertanggungjawab dan sempurna. Berasaskan ciri – ciri insan guru yang dihasratkan Falsafah Pendidikan Guru, adalah selaras dengan  budaya kerja menurut Islam adalah positif dan didokong oleh nilai-nilai murni.  Malahan setiap pekerjaan atau aktiviti dianggap mulia jika dilakukan kerana Allah s.w.t dan tidak bertentangan dengan syariat Islam.  Oleh kerana itu segala-gala yang dilakukan kerana Allah s.w.t. dianggap sebagai pembaktian dan pengabdian manusia kepada khaliknya.  Semuanya merupakan ibadat.  Kerja juga adalah ibadat. Islam juga melihat profession guru sebagai amanah.  Oleh itu seorang guru bertanggungjawab dan sekaligus mempunyai penanggungjawapan.  Penanggungjawapan yang tertinggi ialah kepada Allah s.w.t.








RUJUKAN
Abd Malek Samsuri 1997. Penggunaan teknologi pendidikan di kalangan guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu di daerah Muar.  Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Helsby, G. & McCulloch,G.(1996). Techer Professionalism and Curriculum Control’, in I.  Goodson and A. Hargreaves (eds). Teachers Professional Lives. London, Falmer Press.

Hussien Mahmood. 1992.  Guru permulaan: pengurusan berkesan.  Kertas kerja Seminar
 Nasional Kedua Pengurusan Pendidikan.  Institut Aminuddin Baki.  Kementerian

Kamaruddin Hj. Kachar. 1989. Kepimpinan professional dalam Pendidikan. 
Kuala Lumpur.: Teks Publishing Sdn. Bhd.







2 comments:

  1. salam..saye minta kebenaran...mengambil sedikit maklumat dalam esei anda....boleh x?
    tp sye dh ambik nie...kire halal yea....tikiu

    ReplyDelete