Followers

Friday 23 March 2012

cikgu la sangat......

Jam loceng berwarna biru laut begitu asyik menjerit – jerit di jendela cermin. Alunan – alunan jeritannya begitu rakus menendang – nendang eardrum sehingga membuatkan aku tersentak dari tidur yang hanya berbaki 3 jam.

Argh,  kenapa perlu ada ayat – ayat touching ni. Dipendekkan cerita, aku kena buat praktikum. Kalo kat university, korang lebih sinonim dengan ayat praktikal.  Praktikum ni satu cara untuk aku tambah skill mengajar. Dari aku duk 8 sem duk ngadap buku ngan laptop je, mana ada feel. Sekali sekala kena lah ada hands on, baru betul content knowledge dengan skill ko tu bersepadu di satu title mahasiswa pendidikan.
realitinya, gua tak sehandsome seperti di atas, sila kecewa

Cukup dengan intro di atas.  Blog kali ni tak de pasal cinta- cinta, pasal hakikat lelaki mengejar cinta perempuan, tak de~ dah lama aku tinggalkan title mat jiwang. Aku sekarang bergelar cikgu, perlu untuk  aku tunjukkan satu pembawa watakan manusia yang  baik, cemerlang dan positif thinking kepada anak – anak murid gua. Walaupun pada hakikatnya aku bukan begitu.
Katakanlah aku hipokrit, tetapi aku tak kisah, kerana semua manusia perlu membawa 1 atau 2 watak lakonan di atas pentas drama dunia.  Sekarang watak guru, pakaian kena kemas, rambut kena sikat tepi, tag nama kena pakai.  Jumpa guru besar , guru senior, kena senyum. Buku RPH perlu ada di sisi, ibarat  beg tangan di tangan perempuan.
camnilah buku reko kalau korang nak tau

Jumpa murid, kena tunjuk nilai diri yang positif.  Hari ni aku kejar murid – murid lelaki.  Panggil murid – murid yang tak tuck in baju sekolah (baju tak masuk dalam seluar).  Padahal zaman sekolah dulu,  aku murid yang suka letak baju sekolah kat luar.  Tapi itu dulu, aku sekarang orang dewasa, kena bagitau apa itu adab pakaian yang berdisiplin pada anak – anak korang nanti. Aku tak hukum budak – budak tu. Aku pergi dekat dorang, pastu aku masukkan baju sorang demi  sorang ibarat seorang ibu yang  mengemas pakaian anaknya. Betulkan collar baju, seluar dinaikkan sampai paras pusat, pastu aku tepuk tepuk bahu dorang dan cakap “kan lagi hensem cam ni, pas ni cikgu tak nak tengok lagi baju kat luar, paham” nada aku tegas, tapi masih boleh diterima dengan senyuman dan anggukan mereka.


Lesson plan kena  update selalu. Setiap guru yang mengajar, wajib baginya menyediakan rancangan pengajaran harian. Tak boleh buta- buta ajar macam tu je. Sejak hari pertama, kepala aku duduk pikir pasal RPH , SET INDUKSI, hari ni nak ajar apa. Boleh ke tercapai hasil pembelajaran? Macam – macam lagi. Kawalan kelas pulak macam mana?




Dipendekkan cerita, seorang kawan maktab aku tak dapat control kelas. Bukan niat aku nak aim kelemahan dia dalam post ni. Tapi  untuk kebaikan semua orang, kalao cikgu – cikgu baru. Bila mula – mula masuk kelas, jangan tunjuk sangat kemesraan, tak perlu berpegang kepada teori mok soon sang sangat. Itu zaman mak bapak kita punya teori. Zaman budak – budak jumpa cikgu, semua tunduk kepala, tak berani nak bertentang mata, apatah lagi nak hantar surat cinta, inikan pula surat dari lawyer.



Zaman sekarang, budak boleh buat tak endah pada arahan guru. Konon  pekerjaan mak bapak lagi hot dari kerja cikgu. Ada aku kisah, pekerjaan mak bapak murid ? dalam polisis pendidikan aku, aku layan semua sama rata,  anak cikgu pun aku  marah,  anak tukang sapu pun aku tegur. Siapa buat silap, aku betulkan, siapa buat benda yang baik, aku puji. Aku tak nak kat akhirat nanti, aku dicop berlaku tak adil dalam pekerjaan aku, inikan pula pekerjaan  aku sebagai  seorang guru.

Bergerak awal dari rumah seawal subuh untuk ke sekolah tak menjadi bebanan bagi aku.  Macam Hamdan cakap, mesti ada hikmah kenapa aku dapat sekolah jauh – jauh.  Antaranya, untuk latih aku bangun pagi. Kalo dulu dalam rumah ni, aku bangun paling lewat sekali. Tapi sekarang, aku paling awal, siap kejut housemates aku lagi.

Aku cikgu seni, so seperti guru library, mesti ada perpustakaan, guru sains kena ada lab.Tapi dipendekkan cerita, sekolah aku tu tak de bilik seni sebab bilik tu dah dijadikan bilik simpanan buku teks. Double standard sungguh.  Aku apa lagi, direct jumpa GPK. Mintak kunci dan kebenaran untuk gunakan bilik tu. Itu hak aku sebagai guru seni dan tanggungjawab aku untuk kendalikan bilik tu.  GPK pun paham niat murni aku dan terus bagi aku kunci tu. “pas ni, semua pasal bilik tu saya serahkan pada awak, hok mana – mana barang yang tak de tu, awak tulis, nanti kami beli” pesan guru GPK pada aku.
meja guru aku di sekolah tersebut

bilik seni . berhabuk dan tidak tersusun pada mulanya



proses pembersihan fasa pertama, pindahkan buku susun atur perabut



 proses pembersihan fasa ke dua, bersama anak anak murid 5 Bestari







Thank you atas pertolongan anak – anak murid aku yang sungguh komitied untuk datang petang – petang semata – mata nak kemas bilik tu.  Padahal baru 1 kali je aku ajar diorang. Sebab tu aku cakap, sebagai seorang guru, first impression tu penting. Budak boleh nilai ko, ko ni boleh dipijak atau boleh dihormati. Aku pilih untuk dihormati dari dipijak oleh anak murid aku. Tunjukkan siapa cikgu dan siapa murid dalam bilik darjah. Aku siap bagi peringatan, bila kita belajar, kita belajar betul – betul. Bila kita bergurau, kita bergurau. 


Kesannya, budak hormati kau sebagai seorang guru, dan sayangi kau macam seorang kawan.  Yang penting budak copy apa yang orang dewasa buat. Kalau ko tunjukkan nilai yang baik pada kanak – kanak ( anak kau terutamanya) maka dorang pun akan ikut perangai kau.  So hati – hatilah bila berkelakuan di depan kanak – kanak. Orang cakap, nak lihat masa depan negara, lihat remajanya. Lain plak bagi aku, nak tengok kegemilangan sesuatu negara, tengok mak bapaknya, kalo baik soleh, Insya Allah, negara akan stabil kerana baka pendidikan yang baik – baik. Kalau sebaliknya? Maka ko dapat tengok macam yang biasa ko tengok ko tengok pada remaja sekarang.


Ada satu part paling menyentak hati aku sepanjang minggu ni. Bukan kerana lesson plan, bukan kerana jarak jauh dari sekolah,  bukan kerana meja guru aku best, tapi kerana murid itu sendiri. Macam biasa, bagi aku, bila orang buat kerja,  kena bagi upah.  Aku pun hulur rm 15 pada tujuh orang anak murid aku kerana kudrat mereka menolong aku membersihkan biik seni.
Kau tau jawapan dorang? “ Cikgu, mok kite ajor, dok boleh amik duit, kita orang tolong suka – suka je” jawapan amir disambut dengan anggukan kepala 6 orang kawanya yang lain yang hanya berumur 11 tahun. Aku paksa, tapi dorang tetap berpegang teguh kepada nilai murni yang mak bapak dorang ajar iaitu keikhlasan.




Aku tunduk malu, untuk menilai keikhlasan murid – murid yang umurnya separuh dari umur aku yang sudah mula tahu apa itu yang dipanggil pertolongan dan apa itu keikhlasan. Siapa sangka ibu bapa mereka yang hanya bekerja buruh kasar dan berniaga di pasar malam boleh menerapkan konsep nilai murni jauh lebih baik dari aku, seorang guru?  Aku dalam hati berdoa, semoga  perjalanan anak muridku menjadikan mereka teguh dan kental . Aku berdoa Allah permudahkan jalan anak murid ku, dan tetapkanlah nilai mereka ini pada untuk masa depan. Sesungguhnya Allah bersama – sama dengan hambaNya yang ikhlas……

gambar hiasan

Petang tu, aku belanja dorang kopok lekor dengan ABC. Hidup kena happy, apa  yang aku raikan, bukannya kerana pekerjaan aku, tapi kerana pengalaman yang Allah beri….

No comments:

Post a Comment