Followers

Tuesday 3 July 2012

pasar raya vs kedai runcit melayu



Life diteruskan macam biasa, tiada apa yang baru cuma kewujudan shoping complex iaitu Tunas Manja dah mula dibuka berhampiran dengan kawasan perumahan kitaorang. Sebelum ni aku merupakan pengguna yang lebih senang untuk ke kedai runcit berbanding ke Mydin ataupun Giant di bandar Kuala Terengganu.

 Tiada yang lebihnya Tunas Manja berbanding dengan shopping complex Hock Kee Seng (shopping complex yang berdekatan dengan rumah sewa aku duduk sekarang. Mungkin kerana promosi pembukaan membuatkan harga – harga sedikit murah dari segi barang runcit dan produk yang lain.

Persoalan yang bermain di minda aku sekarang, bukannya megahnya sesuatu kawasan perumahan kerana adanya sebuah atau lebih shoping complex, tapi nasib peniaga – peniaga runcit yang biasanya terdiri daripada peniaga Melayu.

Bila sebut isu kaum Melayu, ramai orang akan bangkitkan isu racist, tapi lebih baik kita lihat skop ni dari segi kekuatan ekonomi orang Melayu di kawasan perumahan kita. Berapa banyak kedai – kedai runcit yang sudah lama ataupun baru bertapak terpaksa gulung tikar kerana kehadiran shopping complex di kawasan kita.

Aku tak nafikan, lambakan shoping –shoping complex macam tesco, Giant, econsave banyak memberi impak, sama ada positif ataupun negatif bergantung pada kita untuk menilai menggunakan kematangan akal fikiran. Antara impak positifnya, pengguna seperti aku boleh membeli barang –barang keperluan dengan harga yang lebih murah.  Semua sedia maklum, shopping complex mempunyai keupayaan untuk membeli barang dan produk secara borong. Formula pembelian borong, lebih banyak dan berat kuantiti yang diambil, maka kos pembelian akan jadi lebih rendah. Jadi tak mustahil kalau shoping complex boleh menawarkan harga barang yang lebih murah dengan kualiti yang sama seperti di kedai runcit.

Semua benda pakai duit, even ko nak park kereta kau di kawasan bandar, kau dah dikenakan caj. Dengan hidup yang sentiasa menuntut kuasa kewangan, pastinya aku memilih untuk membeli barang dengan harga yang murah. Cuma keperihatinan aku terhadap nasib peniaga runcit mula terkesan bila petang tu aku nak beli 1 barang, iaitu pisau cukur. Mengenangkan hanya 1 barang je nak dibeli, so better aku pergi ke kedai runcit. Dipendekkan cerita, akak cashier ( owner kedai) kongsi masalah yang dia hadapi dalam dua tiga hari ni.

Pendapatan seharian dia sebelum ni tak kurang dari rm 250, tapi sejak kehadiran shoping complex ni, nak dapat rm 50 sehari pun susah. Dia pun tak nafikan harga barang kat shoping complex lebih murah kerana dorang mampu borong banyak. Berbeza dengan kes akak ni, dia menjual barang dengan harga yang sedikit mahal disebabkan harga borong yang tinggi bahkan lebih tinggi dari dari harga di pasar raya. Jadi, bagaimana golongan peniaga ini mahu survise?

 Aku suka untuk beli barang dengan kos yang lebih rendah, tapi aku tak nak tengok peniaga – peniaga Melayu ni gulong tikar. Aku cuba untuk menjadi Melayu yang lebih gembira melihat bangsanya berjaya berbanding teruja melihat bangsa kita jatuh satu demi satu terpaksa bungkus.  Berapa ramai orang Melayu yang sanggup keluar dari medan selesa dan berusaha mencari rezeki dengan berniaga? Sedangkan kita orang Islam tahu, 9 per 10 kunci kekayaan adalah dengan berniaga, itukan sunah nabi.

 Aku rasa sejarah yang sama akan berlaku di tempat aku, banyak kedai – kedai runcit Melayu terpaksa tutup kerana tiada sambutan lagi bila kehadiran Pasar raya Econsave di Muar dulu.

Sampai bila orang Melayu majoritinya kerja makan gaji? Lebih senang untuk terima gaji tetap dari majikan berbanding berniaga sendiri dan sampai bila peniaga dan pengeluar produk majoritinya bukan dari tenaga Orang Melayu itu sendiri.

Jawapan yang mudah, ramai orang Melayu macam aku lebih gemar jadi pengguna…..lebih mudah untuk membeli dengan barang dengan kos yang lebih rendah, dan biasanya terlepas pandang akan kekuatan ekonomi orang Melayu itu sendiri.

Aku rasa, dalam masa 2 bulan, kedai akak tu akan tutup…..kerana jarak antara kedai runcitnya dengan pasar raya tidak sampai 500 meter. Dan di saat itu, Orang melayu akan hilang seorang lagi peniaga..

No comments:

Post a Comment