Followers

Monday 16 July 2012

berlakon sebagai guru



Practicum is around the corner, tinggal lagi berapa hari lagi, gua seorang manusia biasa perlu berlakon sekali lagi. Sebelum ni sebulan tempoh diberi untuk melatih diri menjadi seorang manusia boleh dipanggil cikgu, guru ataupun sir. Panggilan yang acapkali disebut keramat, namun bagi ku, seorang guru pelatih , Ia adalah tanggungjawab.


Bagaimana panggilan guru tersebut mengubah personality aku secara vice versa. Kau mungkin tak percaya manusia seperti aku juga bisa mengajar sebaik mana guru lain. Aku bisa membangkitkan rasa seronok di kalangan murid, menyemarakkan semangat mereka dan mengajar mereka erti kehidupan. Seperti mana aku mengajar murid begitu juga mereka mengajar aku tentang nilai – nilai kehidupan dan apa ertinya bergelar manusia dewasa.



Soalan biasa, “ kau mengajar murid sekolah rendah’?”  Ya, jawapanku yakin. Tanpa perlu ada rasa segan mahupun malu, namun bukan rasa takbur dan riak merajai hati. Tiada beza yang begitu ketara, tiada satu dasar yang menindakkan kepentingan pendidikan awal manusia di satu institusi yang dipanggil sekolah rendah. Semuanya hampir sama, mendidik dan mengajar manusia dari pelbagai cabang ilmu, kemahiran dan nilai agama dan kemanusiaan.  Jadi mengapa perlu rasa malu jika pelanggan perkhidmatan aku adalah golongan insan  yang berumur dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun? Anggap ini satu takdir yang dibuat dengan perancangan Tuhan.



Mungkin aku bukan semulia manusia lain, sering kali aku rasa panggilan cikgu itu diibaratkan satu gelaran yang berat hendak dipikul dengan bahu. Apa yang kau rasa sekiranya kau berjalan – jalan ke bandar memakai seluar pendek dan tiba – tiba seorang anak murid memanggil kau dari jauh dengan panggilan ‘cikgu!!’ dan percayalah setiap pasang mata masyarakat akan tertumpu pada mu dari atas rambut hingga ke pangkal lutut. Dan di situ kau tahu bahawa masyarakat sudah mula menilai mu bukan lagi seorang yang biasa tapi seorang yang dipanggil guru. Sekecil – kecil kesalahan boleh menjadi sebesar jenayah membunuh kerana seorang guru telah dilantik masyarakat untuk menjadi model yang baik kepada anak – anak mereka. Rosak seorang guru, maka rosaklah sebuah genarasi.

Dua bulan tempoh diberi, lupakan kecermelangan yang lepas. Bukan pointer yang menjadi taruhan, tapi kepercayaan dan tanggungjawab yang jadi sandaran. Berikan buku RPH, akan dikarang beberapa skrip drama yang pastinya tiada mesej lain kecuali mendidik. Berhadapan dengan murid, membina kenangan, baik pahit mahupun manis, akan ku tempuh setiap detik kerana aku percaya ini jalanku.


Aku bisa menjadi seorang pelakon, namun aku berharap lakonan ku tidak menyakiti sesiapa. Seperti aku hurai dalam post – post yang lepas, aku seorang guru, juga manusia biasa, tidak mengimpikan syurga dan tidak bersedia untuk neraka. Mungkin amalan  melalui ilmu yang aku tinggalkan pada murid aku, kalau tidak banyak, sedikit pun jadilah untuk aku jadi jadikan alas di padang masyar kelak.

No comments:

Post a Comment