Followers

Sunday 24 July 2011

biar papa asal bergaya. oh yeah

Hari ni hari ahad, Di Terengganu, kelas/ hari bekerja/  dan kerja - kerja am dimulakan pada Hari ahad. Berbeza dengan rutin harian aku di negeri Johor,  di mana hari ahad tu adalah hari bapa - bapa bersantai di atas kerusi, duduk di halaman rumah, sambil minum seteguk dua air kopi buatan  tangan si isteri. Anak - anak pulak time tu boleh layan duduk depan tv sambil menonton animasi Dragonball di TV 2,  karton  Bey Blade di TV 3  dan tak ketinggalan karton Digimon di NTV 7. Suami Isteri tersebut hanya tersenyum melihat karenah anak mereka sambil kedua - dua tangan memegang erat antara satu sama lain.chewah



dragonball


digimon tamers


beyblade.


Sampai sini sahaja intro yang tak begitu berkaitan. Apa yang aku nak sampaikan sekarang bukannya untuk aku mengimbau kenangan - kenangan lama tapi nak mengajak korang untuk berfikir dan menghayati lirik lagu - lagu di bawah.





Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di pentas dunia

Sengaja aku ambil lirik - lirik lama iaitu perkataan " Melayu" itu dikekalkan dalam lagu tersebut. Walaupun dalam versi baru, perkataan 'Melayu' itu digantikan dengan perkataan 'kita' supaya lagu tersebut lebih bersifat perpaduan dan tidak hanya dinyanyikan oleh kaum Melayu sahaja.

Mungkin ritma, rentak dan lirik lagu ini tidak dapat menandingi carta lagu hits dalam hati korang seperti lagu Aishiterru, Percaya padaku oleh Ungu , Muka buku oleh Najwa latif dan sebagainya. ( tu hak korang, dan aku tiada hak untuk menafikannya)

OK,  sekarang cuba kita menilai mesej dalam lirik lagu 'anak kecil main api'. Macam ayat - ayat aku sebelum ni, aku percaya yang korang ni dah baligh lagikan mumayyiz. Dah cukup besar untuk menilai mana satu nasihat dan mana satu hiburan semata - mata. 

Aku tak kata yang lagu - lagu yang aku nyatakan di atas tu berbentuk hiburan semata -mata. Aku percaya yang setiap lagu ada keunikan, kekuatan dan nilai sedap di dengar bergantung kepada selera peminat sesuatu muzik.  Tapi hari ni aku bukan nak cerita tentang nilai kemerduan sesuatu lagu, kelunakkan suara penyanyi yang mendayu - dayu, BUKAN. Tapi aku nak cerita pasal mesej, info dan nasihat yang boleh ko dapat dalam lirik  lagu "anak kecil main api".

Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita

Pernah tak korang terfikir yang satu hari nanti, bila korang dah berkahwin, ada keluarga, ada anak? Mesti pernahkan (nak - nak kaum perempuan, selepas habis belajar, KAHWIN, kerana fitrah ibu mereka semakin meluap - luap dalam diri yang hanya boleh diselesaikan oleh kaum lelaki) .Please dont deny it, woman needs man as much we need them to)



Ok, stop with that pembayang , kita  teruskan kepada agenda kita. Bila korang dah berkeluarga, korang akan mula memenuhi tanggungjawab sebagai suami isteri dan sebagai ibu bapa. Sebagai ibu bapa, apa yang korang tinggalkan untuk anak - anak korang nanti? Sebelum korang berkahwin, pernah tak bakal suami / isteri korang merancang ekonomi keluarga pada masa akan datang ? Adakah dengan membuat jamuan kahwin secara besar - besaran sudah menunjukkan kemampuan suami itu menguruskan rumah tangga?



Ramai yang di kalangan kita terutamanya orang Melayu yang sanggup berhutang keliling pingang (membuat loan sehingga puluhan ribu) semata - mata  ingin mengadakan majlis berkahwin secara besar - besaran. "Biar papa asal bergaya"  adalah resmi yang sering kali orang kita pakai untuk menunjukkan kuasa wang kita yang tidak seberapa jika dibandingkan kerugian yang bakal ditanggung oleh golongan pengantin yang baru mendirikan rumah tangga dari segi kualitatif dan kuantitatif.

Dari segi kuantitatif, golongan ini akan mengalamai masalah kewangan pada permulaan mendirikan rumah tangga. Dibebani dengan hutang hasil mengadakan jamuan besar - besaran,  Kos berpindah ke rumah baru( perabot, kemudahan am dan keselesaan) dan tidak lupa juga pengangkutan (kereta, motor, penggunaan minyak terutamanya). Sebelum ini hidup anda hanya berdua, mungkin tidak begitu terasa berat hutang, bagaimana pula jika akan hadir insan baru (anak kecil) dalam hidup anda berdua? Dari berdua,  kepada bertiga,  kemudian berempat, berlima dan sehingga cukup satu team pasukan bola dalam rumah korang? (rezeki Allah nak bagi, redha je la)


Dari segi kualititatif, kesan bebanan hutang yang menimbun akan menimbulkan stress dalam hidup berkeluarga. Faktor kegagalan menguruskan ekonomi dengan berbelanja secara melebihi kemampuan menyebabkan keluarga itu berhutang secara rambang tanpa memikirkan impak buruk tindakan tersebut. Tekanan stress yang melampau menyebabkan hilang komunikasi berkesan di antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak seterusnya menyebabkan perbalahan yang menjurus kepada penceraian.


Akhirnya, hutang - hutang lama kos majlis perkahwinan korang yang cemerlang, gemilang  dan terbilang selama 10 tahun lepas hanya akan langsai selepas anak korang yang pertama memasuki darjah empat sekolah rendah. 


Tak cukup dengan itu, korang tambah lagi hutang korang dengan membeli kereta baru, atas desakan kawan - kawan yang tak mahu korang ketinggalan dalam TREND BERKERETA MEWAH ( sedangkan rumah yang korang sekeluarga duduk tu adalah rumah sewa mula -mula korang hidup berdua hingga beranak pinak ). 





Nasihat aku, kalo korang dah berkeluarga, antara benda yang paling penting untuk disenaraikan dalam senarai untuk membuat loan adalah memiliki rumah sendiri.  Realiti masyarakat di Malaysia sekarang lebih gemar menukar kereta macam menukar baju (terutamanya kaum lelaki) sedangkan anak - anak korang dah merengek - rengek x selesa duduk di atas tanah orang lain.





Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda

Ramai yang beranggapan 'bumi dipijak milik orang' bermaksud tanah dijajah oleh penjajah luar negara. Berbeza pula dengan perspektif aku yang menganggap minda - minda kita yang dijajah dengan mentaliti kemewahan, kepuasan, dan keseronokan yang sementara akhirnya menyebabkan anak - anak kita merempat di kawasan kelahiran sendiri. Tiada tanah untuk bermain, Tiada tempat untuk berlindung, sekadar meneduh di tempat orang. NO VALUE OF SELF BELONGING . TIdak ada rasa kepunyaan di tempat kelahiran sendiri kerana tiada apa yang diwariskan oleh kita kecuali krisis hutang dan budaya menggadai segala harta pusaka demi kepentingan diri kita tanpa memikirkan  nasib genarasi akan datang.
.
Secara realitinya, benda ini berlaku dan akan terus berulang di kalangan masyarakat Melayu kita. Terpulang sama ada kita ingin mengulang kesilapan yang sama atau berubah untuk kebaikan anak - anak kita.

SILA RUJUK PERENGGAN PERTAMA AKU DALAM ARTICLE INI, MAMPUKAH KITA BERADA DALAM SITUASI SEDEMIKAN DENGAN SIKAP KITA YANG SEDEMIKIAN RUPA.......

1 comment: