Followers

Friday 25 November 2011

dosa lepas..adakah aku seorang judge mentalist ? bab 1

           Pintu depan Kereta proton saga merah  yang disaliputi debu tanah merah ku tutup perlahan - lahan. Pastinya kelakuan sebegini tak selari dengan perangai aku yang kasar tetapi mengenangkan jasanya kepada abah, pastinya terbit sedikit rasa hormat akannya. Kereta ini tidak lagi seperti dahulu,  ketika zaman abah mula - mula mendapatkannya  semasa beliau mula bergelar guru. Banyak  peralatan kereta ini sudah uzur, dan  kena  pula dengan faktor tarikh pendaftaran kereta tersebut pada tahun 1989 jelas memperlihatkan kereta ini sudah tua dan layaknya ditukar ganti dengan kereta baru. Tapi abah masih lagi setia dengan keretanya sebagaimana keretanya setia membawa setiap beban sepanjang  umurnya yang sudah mencecah 23 tahun.

            Sedang mengenang kembali jasa kereta ini, aku teringat perbincangan antara aku dan  abah dalam perjalanan ke kebun pada hari semalam. Perbincangan tersebut benar - benar merisaukan benak hati aku kerana bagi aku tindakannya tidak dapat diterima dengan naluri dan akal fikiran. Masih jelas di ingatan aku wajah abah ketika abah bersungguh - sungguh menyatakan dan mempertahankan tindakannya sedangkan aku masih lagi sangsi dengan keputusan abah membuat tindakan yang sungguh  drastik itu. Semasa ketiadaanku, abah telah mengambil lagi seorang pekerja untuk membantu Yanto dalam mengusahakan ladang dan penternakannya di Bukit Naning. Pada mulanya, aku merasa gembira, kerana sekurang - kurangnya beban kerja aku sebagai pekebun dapat dikurangkan, namun kegembiraan bertukar menjadi kerisauan yang mengugat mimpi - mimpi lena aku di waktu malam. Pekerja tersebut merupakan rakyat tempatan, berbangsa India dan merupakan bekas banduan yang sedang menjalani proses pemutihan ataupun pengampunan. 

          Sepanjang bertahun - tahun aku menguruskan hal rumah dan perladangan, tidak pernah terdetik di benak hati aku untuk mengambil pekerja yang merupakan bekas banduan. Realiti sekarang, pastinya sukar untuk manusia memberi kepercayaan kepada mana- mana bekas banduan yang mereka tidak kenali, inikan pula untuk diambil sebagai pekerja? Aku membuka bicara" kenapa abah ambik dia? come on la bah, budak  - budak endon banyak je? kenapa perlu banduan? Serius?  tak bahaya ke? dulu dia masuk penjara sebab ape?

       Abah tenang...seperti sudah dapat mengagak reaksi aku yang cepat gelabah, tidak tenang apabila menghadapi masalah yang sukar diduga, dan mudah melenting apabila diusik ketenteramannya. Abah menarik nafas panjang dan diam seketika, seperti sedang mencari satu bahasa yang paling mudah dan senang digunakan untuk memperjelaskan tindakannya. Abah memandang depan sambil memberi fokus kepada pemanduannya dan namaku disebut secara perlahan" Anept, abah buat bukan ape, koperal tu yang merayu kat abah untuk ambik dia bekerja, sebab semua orang tak nak terima dia bekerja sebab dia ni bekas banduan. Abah menyambung lagi "dia bukannya ada siapa - siapa kat sini, Sekarang ni, dia dalam proses pengampunan, dia dibuang daerah selama dua tahun, dan sepanjang dua tahun tersebut dia tak boleh berada jauh dari balai polis sejauh 3 kilometer. Kalo dia tak de kerja, tak de tempat tinggal, macam mana dia nak hidup? " abah menjawab dengan penuh lembut tetapi tegas, kerana abah sudah menduga kelemahan aku, biarpun keras seperti batu, kalo disiram air, lembut juga. Aku masih lagi tidak berpuas hati, aku teruskan lagi penyoalan untuk mendapatkan kepastian. "Dia masuk penjara sebab apa bah? pertanyaanku dilontarkan dengan nada bersahaja. " Menyamun" abah menjawab juga secara bersahaja (=_=")

No comments:

Post a Comment