Followers

Monday 28 November 2011

Anak lembu susu

       Aku termenung sendirian sambil menongkat dagu menggunakan tangan kiri. Sambil – sambil jari telunjuk scroll mouse ke atas dan kebawah mencari maklumat yang aku perlukan dalam laman maya ni. Alhamdulilah. Selang berapa minit, monitor menunjukkan sesuatu yang sangat menarik perhatian aku.

         “ Anak Lembu Susu Untuk Dijual” lokasi: Johor  call 012 -******** Encik San. Aku melihat maklumat harga untuk seekor lembu. Purata dalam rm 800 hingga ke rm 1200. Jari menekan button kiri mouse dan “save as” untuk mendownload page tersebut.
20 haribulan 11, aku sampai muar, terus aku cerita kat abah tentang maklumat yang aku dapat. Abah pun cam happy je tengok bila aku cerita pasal anak lembu susu tu. Bukan apa, pernah sekali aku ngan abah tengok lembu susu jantan milik kawannya
Subahanallah, besarnya. Serius kalo nak dibandingkan dengan lembu jantan aku, memang jauh beza r. Cam ibu jari ngan jari telunjuk. Lembu susu tu memang besar, badan kembang dan purata daging lebih dari 75 peratus dan peratus lemas pun kurang.

         Aku tunjuk kat ayah aku pasal page yang aku save tu. Ayah aku tengok dan suruh aku dail no encik san. BLA – BLA – BLA.  Ok , abah terus setuju tapi kena tengok dulu anak lembu tu macam mana.  So dipendekkan cerita aku ngan abah drive kereta dari muar ke JB dan masuk felda untuk tengok anak lembu yang dijanjikan.

        Sampai sana, (malas nak cerita panjang), lepas tawar menawar, uruskan pengangkutan dan alhamdulilah, deal jadi . RM 11,150 untuk 10 ekor anak lembu susu jantan dan seekor anak lembu betina.

Kat bawah ni gambar – gambar anak lembu yang berjaya dipindahkan ke ladang kami





              Baru ni aku deal balik dengan owner asal lembu ni. Pastu dia kata ada stock baru, dalam 30 ekor. HUHU. rezeki jangan ditolak der, kalo lembu murah, raya haji 2 tahun lagi boleh jual seekor dalam rm rm 3500 hingga rm 4000. Insya Allah. 

4 comments:

  1. assalamualaikum. boleh ke saya minta info pembekal anak lembu susu kat felda tu? saya pun sedang cari anak lembu utk dibela. terimakkasih. faizalrazali@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Salam bro..mne nk dpt lembu susu area jb tu..blh bg no owner

    ReplyDelete
  3. Salam bro....blh bg no owner nk cari juga..tak pon klu ada brg sendri pon leh cite
    m.yunus1203@gmail.com

    ReplyDelete
  4. ENCik tolong bagi nombor owner nak cari lembu susu....
    contact saya 0162805491... tolong cepet sikit cal

    ReplyDelete