Followers

Friday 13 April 2012

Rindu seorang guru

Hari sabtu...hari untuk bersenang lenang, even dalam list assignment, ada 3 lagi yang perlu disubmit pada minggu ni. Tak kira, nak rehat gak. Getus hati aku yang masih kebudak - kebudakan.


Praktikum sudah habis, antara gembira dan sedih, dua perasaan menjadi satu dan akhirnya melahirkan perasaan terharu. Terharu sebab banyak pengalaman yang dibina antara aku dan warga SK Kedai Buluh. Pengalaman yang adakalanya manis dan adakalanya macam palat, tapi dua - dua mafaatnya hanya untuk mendewasakan aku.


Benda paling best, sepanjang praktikum ni, adalah di mana part murid - murid bagi hadiah dan kad ucapan. Even aku tak mintak, tapi dorang tetap juga nak bagi. Ada satu scene, di mana seorang murid perempuan darjah 3 Arif, Fakriah namanya, nak bagi pen dia sebatang kat aku sebab dia tak de hadiah nak bagi.

Aku refuse sebab ,tak kan aku nak ambil sesuatu hak murid, salah dari segi nilai kemanusiaan apatah lagi nilai  aku sebagai seorang guru. Fakriah dah start berair mata, last - last aku terpaksa amik dan aku simpan pen tersebut di poket baju. Rehat tu, aku pergi bilik guru dan amik pen biru aku, bagi kat Fakriah, sebagai pertukaran hadiah. Dua - dua happy dan sempat dia jerit, cikgu, nanti bila dah besar, saya nak kahwin dengan cikgu !!!.  hahaha

huhuh, even awek gua tak pernah cakap aku hensem

Beberapa murid lelaki darjah 5 dan darjah 6 kelihatan hendak berair mata bila majlis bersalam dengan guru - guru praktikum. Mana tidaknya, pagi aku mengajar mereka, tengah hari aku melatih bola baling dan bola sepak. Itu tidak termasuk aktviti pengakap yang akhirnya aku yang menjadi ketua komanden, mengajar mereka berkawad dan laung agung.


Teringat, teman praktikum aku,  meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kelas 4 A, murid lelaki puncanya. Aku jadi binggung, bukan ke kelas tersebut, bila aku menapak, murid - murid lelakinya akan senyap. Diam seribu bahasa, bila aku suruh mereka berdiri, mereka akan berdiri, dan bila aku suruh mereka duduk, mereka akan duduk. Itulah murid lelaki 4 A yang sentiasa akur dengan perintah aku.

Teman praktikum kata, murid - murid lelaki sering membuat bising dan tidak mahu mendengar kata dan sebagainya. Erm, aku tahu kenapa, murid - murid lelaki memang suka mengusik guru perempuan. Apatah lagi jika subjek yang diajar merupakan subjek yang susah.Pastinya murid lelaki akan cepat bosan. Aku lelaki, pastinya aku tahu naluri mereka.

Sebelum hari terakhir, banyak nasihat dan kata- kata motivasi aku berikan kepada anak - anak murid aku. Aku tak pandai nak beri hadiah, cukup aku beri mereka kepercayaan untuk menjaga bilik seni yang kami bina bersama.
tulisan aku buruk, hahahah

murid - murid 3 A. Fakriah yang bertudung ungu yang dekat dengan aku

dalam - dalam banyak anak murid, yang ni paling manja sekali dengan aku.Nabilah.  Rindu plak rasanya

Sebulan sudah tamat, terasa diri makin dewasa, Banyak ujian yang Allah bagi, dan sekarang pun aku masih lagi terasa diuji, sebab gusi aku membengkak dengan riang, kekasih lama datang lagi, sakit gigi namanya....Doakan aku cepat sembuh.


Situasi aku sekarang, ibarat seorang ibu tanpa anaknya... Apa nilai seorang ibu, jika tiada anak yang tersayang di sisinya dan apakah nilai seorang guru, jika nun jauh di sana, anak - anak muridnya merinduinya.

jujur, aku rindu anak - anak murid aku......

3 comments:

  1. *bidang lukisan- comel gila ayat!!! nk jadi cikgu jugak la..mcm best jerr :)

    ReplyDelete
  2. best :) bidang di mana ko rasa dihargai dengan penuh kasih sayang

    ReplyDelete
  3. alolololo........ sweetnyer student ko...

    ReplyDelete