Followers

Thursday, 5 April 2012

My life...

Praktikum sudah hampir ke penghujungnya, dan aku rasa tiap - tiap hari aku dihujani soalan dari anak murid ' cikgu balik maktab bila? cikgu ngajor dok lagi pas ni? dan macam - macam lagi soalan yang aku kira macam satu pengharapan dari anak - anak murid supaya aku tak berhenti mengajar diorang.

Ingat tak sebak ke? Dorang anak murid aku yang aku ajar, dalam tempoh 3 minggu ni. Dari hubungan orang asing sehingga perhubungan guru dan murid. Dorang ajar aku bagaimana untuk membina kepercayaan antara kami. Dorang didik aku nilai - nilai keikhlasan. Dorang sedarkan aku, murid bukan untuk dinilai tetapi diberi perhatian dan kasih sayang.



Tiap - tiap pagi, aku akan melihat karenah anak murid aku dari darjah 1 hingga 6, berlari - lari, bermain polis entri dan macam - macam lagi. Semua zaman itu telah aku lalui semasa umur mereka. Hidup terasa aman melihat kanak - kanak comel berlari dan bila terserempak dengan aku, dorang akan jerit "cikgu!!" sambil tersenyum riang.

Aku seperti ayah aku, ada masanya terlalu serius. Aku pantang tengok murid - murid lelaki pakaian sekolah tak kemas.  Dan pastinya aku akan kejar murid - murid tersebut. tapi aku tahu, dorang masih kecil. Aku tak marah, aku cuma perlu pergi rapat dengan dorang, dan masukkan baju mereka ke dalam seluar, bagi kemas apa semua. Kadang - kadang aku rasa, aku dah macam bapak orang. I mean, fizikal mmg dah mcm bapak orang, cuma naluri keguruan yang buat aku lebih bersifat kebapaan. Bunyi geli plak bila aku tulis cam ni.



Bila praktikum ni, biasalah, kena ada guru pembimbing yang akan menilai apa semua. Dipendekkan cerita, sebab malas nak tulis panjang, aku dah dua kali di observe. Mula - mula memang aku cuak, sapa tak cuak kan?  huhu. Tapi anak - anak murid aku sungguh sporting. Dorang sentiasa menyokong aku dari depan dan belakang, memberi sokongan kiri dan kanan. Sampai aku rasa, setiap apa yang aku buat rasa dibalas lebih dari yang sepatutnya. Betul kata orang bijak pandai, kadang - kadang, nikmat bahagia bukan hanya melalui wang dan harta, tetapi rezeki yang Allah bagi tu luas. Rasa dihormati itu juga satu rezeki apatah lagi rasa disayangi, itu nikmat yang Allah bagi kalau kita ikhlas dalam perbuatan kita.


Aku bukan ustaz, aku cuma manusia yang biasa, ada silap dan dosa, Title guru tidak membezakan ibadat aku dengan orang lain. Cuma bila bergelar cikgu, aku selalu rasa aku perlu tunjukkan yang terbaik untuk anak - anak murid aku. Kadang - kadang, aku selalu terpikir, kenapa perlu  mak bapak hantar anak ke sekolah? Adakah kerana undang - undang di Malaysia yang mewajibkan kanak - kanak berumur 7 tahun wajib mendapat pendidikan formal?


Itu mungkin salah satu jawapannya, tapi yang pasti, parents perlukan someone or 1 sekolah yang dijamin selamat untuk anak mereka. Sekolah yang ada cikgu untuk beri pendidikan dan nilai - nilai murni pada anak -anak mereka. Bila aku tengok budak - budak sekolah berlari, melihat ibu bapa melayan karenah anak mereka yang baru darjah satu, membuatkan aku sedar, tugas guru bukan hanyak mendidik, tapi satu amanah dari ibu bapa. Mereka mengamanahkan anak - anak diorang pada guru dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari, dan sekiranya ada aktiviti ko kurikulum, masa akan dipanjangkan hingga ke magrib.



Tugas ini memang berat, namun ada nikmat disebaliknya. Jika dibandingkan life aku di maktab dan sekolah, aku lagi suka berada di sekolah, nilai - nilai kemanusiaan aku lebih terbuka bila berada dekat dengan kanak - kanak. Belajar untuk merendahkan status aku sebagai orang dewasa untuk bergaul mesra dengan mereka yang masih mentah dalam mengenal realiti dunia yang kejam ni.

Dunia memang kejam, bukan kerana Allah jadikannya begitu, tetapi tangan manusia yang menjadikannya hidup mereka porak peranda. Menjadi cikgu, bukan hanya untuk sampaikan konsep isi mata pelajaran tetapi  mendidik mereka bahawa,:

- jika kita tidak tahu sesuatu, jangan segan bertanya, belajar dari pengalaman orang lain

- jangan mengalah akan sesuatu kegagalan, its ok to menangis sometime, sebab fitrah manusia akan menyesal akan sesuatu kegagalan, tetapi kegagalan itu yang mendorong diri mencipta kejayaan

- Pedulikan mulut orang yang suka menjatuhkan, manusia tersebut cemburu akan kelebihan diri kamu

- budak - budak lelaki kena selalu berpakaian kemas, baru budak - budak perempuan suka

- budak lelaki jangan pukul budak perempuan, nanti mak dia marah

- budak perempuan jangan gedik ngan cikgu lelaki, cikgu tak suka 

dan macam - macam lagi. dua bawah tu perkara biasa aku selesaikan kat sekolah.

hari ni budak - budak 5 Bestari jumpa aku, ' cikgu kita nak bagi hadiah kat cikgu, cikgu last sini bila?"  soal anak murid ku yang bertubuh kecil. Dalam hati aku, " korang la hadiah - hadiah aku" 


Perjalanan balik ke rumah. Aku tak tahu kenapa mata aku rasa berair bila aku ingat balik apa sumbangan anak - anak murid pada aku sepanjang 3 minggu ni. Sebak wei, Untuk pertama kalinya aku rasa dihargai ikhlas dari insan. Biarpun kanak - kanak, dorang lebih tahu menghargai dari kita yang dah dewasa. 

Murid - murid 5 Bestari. aku sayang korang.

1 comment:

  1. Jgn pukul bdk pmpuan, nnti mak dia mrh... hahaha

    ReplyDelete