Followers

Monday 30 April 2012

memperjuangkan politik, satu hak individu, eksplotasikan kanak - kanak? i dont think so



Malaysia semakin huru hara, seriously, negara mana lagi ko boleh tengok, minggu lepas demonstrasi mintak mansuh PTPTN, minggu ni demostrasi BERSIH 3.0.  Siapalah aku nak memberi pandangan, cukuplah dengan pendapat aku tentang isu negara ni hanya untuk aku.  Tak perlu aku minta pandangan aku dipersetujui oleh mana – mana pihak baik dari kerajaan atau pun pembangkang. Aku hanya individu yang hanya melukut di tepi gantang, mencari sesuap nasi untuk masa depan yang kiam kelam.

Bila kau makin besar, I mean besar jasad dan akal permikiran, kau akan belajar untuk mendengar, dan memerhati sesuatu isu dalam perspektif yang berbeza. Even ko pro government atau pun pro pembangkang, selagi ko manusia, cuba belajar guna akal sebelum buat keputusan apatah lagi mengeluarkan satu kenyataan.  Recently, aku yang merupakan pengguna Facebook tegar, dalam beberapa hari ni melihat pelbagai issue yang aku rasa agak berat diperbincangkan terutamanya dalam bidang politik.

Aku  melihat pertelingkahan pendapat di kalangan orang Melayu itu sendiri.  Ya , manusia itu berbeza pandangan dan ideolagi, namun perbezaan tidak seharusnya menjadikan kita saling bermusuhan. Kau rasa kau betul, mungkin 10 orang lain rasa  perjuangan kau tak betul. Dan mungkin orang lain rasa idea kau kurang releven pada waktu sekarang, tapi  mungkin idea tersebut boleh diterima 10 atau 20 tahun akan datang.



Please get me right on this issue.  Macam aku tegaskan, aku bukan penyokong tegar mana – mana parti. Korang boleh kata aku lalang, siapa kisah?  Undian atas hak masing – masing.  Entahlah, nak comment lebih, ilmu aku atas situasi politik di Malaysia pun masih di tahap mentah, apatah lagi nak berselisih pendapat dengan abang – abang politik di Malaysia.
Don’t get me wrong,  mengundi itu satu kewajipan, tapi parti yang disokong atas pilihan masing – masing  Kita semua dah besar, makin lama makin dewasa dan makin tua.  Cuma aku tak berapa nak setuju bila kita libatkan sekali kanak – kanak dalam satu demostrasi tu. Maksud aku, what the point to bring those innocent kids in your rally against the government?



Aku bakal cikgu, surely aku akan rasa tersentuh bila tengok kanak – kanak  tercedera, menangis disebabkan perangai sesetengah orang dewasa dalam menegakkan ideologi mereka.  Aku harap our government, x kira from any parties , tolonglah buat satu akta untuk melarang sebarang badan yang menggunakan kanak – kanak dalam apa – apa jua perjuangan mahupun program politik, baik kerajaan mahupun NGO.


Bagus kalau kita ada perancangan untuk anak –anak kecil kita, tapi untuk mengeksplotasikan mereka? Aku cukup tak setuju sama sekali. Aku behalf my self as a future teacher, tolonglah for the sake for our children, jangan ganggu waktu riang mereka dengan urusan orang dewasa. kanak - kanak sepatutnya dilindungi, bukan digunakan untuk kepentingan orang dewasa macam kita. If we practice this in our life, we will have the moment of sanity in this world of chaos.

PRU MAKIN DEKAT, KEMPEN SEMAKIN HANGAT,  TAPI JANGAN KERANA HAL DEWASA, KESELAMATAN KANAK – KANAK KITA BUAT- BUAT TAK INGAT .

No comments:

Post a Comment