Followers

Saturday 14 April 2012

lawatan ke Institut Veterinar Kluang

Bulan lepas aku, abah aku dan adik aku, pergi ke Institut Veterinar Kluang untuk beli lembu. Lama dah aku pergi, cuma tak sempat nak upload, so ada kesempatan ni, aku upload la gambar - gambar ni.


sebelum korang nak masuk, make sure lapor diri kat pejabat pok guard. Bagi tahu tujuan utama korang datang, even nak lawat, melancong dan sebagainya. Dan korang akan dapat kad hijau ni



abah aku seorang yang minat dalam bidang ternakan, u name it, semua haiwan dia nak bela, kecuali ular sawa dan babi hutan.  Dia ada cakap dengan aku yang satu hari nanti, dia nak bela rusa. So no wonder la bapak aku cam agak terpesona melihat rusa - rusa di sini.



huhuh, ko boleh tengok sendiri, macam mana jinaknya rusa ni. One thing for sure, aku dengan abah aku, ada satu persamaan di mana tapak tangan kami cepat berpeluh.  So bila kami hulur tapak tangan kami pada haiwan ternakan cam lembu, kambing, kuda dan rusa, dorang akan jilat tapak tangan kami. Sebab peluh kan masin. Mungkin itu antara salah satu punca kenapa kami boleh jadi penternak.  Mungkin? hahaha






 Kami ke kawasan ternakan lembu. Kat sini, macam - macam jenis lembu diternak secara feedlot dan makan di kawasan padang ragut. Lembu yang biasanya terdapat di sini seperti Marfiwal ( macam lembu susu) dan droughmaster.


  
well, macam aku cakap, korang boleh tengok, lembu - lembu tu akan direct ke tapak tangan abah aku, then abah bagi lembu 's jilat tapak tangan dia. After that bapak aku akan bergerak ke tempat lain, lembu - lembu tu akan follow dia.



mesti korang tertanya, kenapa perlu bagi lembu rasa air tangan ? Sebenarnya tak semestinya air tangan. Ko campak baju ko dalam bekas air dia pun dah ok.  Then bagi minum air rendam baju tu kat lembu. Petua ni sebenarnya nak bagi lembu  - lembu tu kenal tuan dia, atau kemesraan di antara manusia dan haiwan ternakan. Pernah ko tengok lembu serang tuan dia? mesti jarang - jarang, sebab lembu ni binatang yang boleh cam manusia itu sebagai tuan atau musuh.


Ni anak lembu, baru 5 hari usianya waktu aku amik gambar ni. Sejak lahir, dia dipisahkan dari mak dia, dan diberi susu botol. Comel? aku pun rasa cam tu gak. Rasa nak culik je, pastu letak dalam bonnet kereta.





 Ok, anak lembu ni dah berusia 8 bulan ( dah lepas susu) dan boleh dijual. Abah aku amik 3 ekor, sebab permohonan hanya dibenarkan tiga ekor sahaja. Kalo tak, dah lama aku suh abah aku amik 15 ekor, sebab murah, purata harga seekor lembu di sini baru rm 360. Murah gila



Sebelum nak beli, cek dulu, ada sakit ke tak? kecatatan dan sebagainya. Kita sebagai pelanggan perlu tahu hak kita. So bila melibatkan jual beli dalam ternakan, pastikan korang check dulu keadaan ternakan tersebut. Bila dah dibeli, mana ada warranty, so pandai - pandai lah korang nak jaga. Sebab tu kena check betul - betul.

 kalo tak silap aku, ni lembu rodeo, alar yang cam biasa cowboy main lembu - lembu liar. Bukan untuk djual. Kenapa kurus? lembu ni dah tua, makan pun dah kurang.







Petang tu, aku pergi kedai sewa abah aku. Aku kadang kadang paham sangat dah apa yang terbuku di fikiran abah aku. Dia nak aku tahu setiap bidang  dan asset yang dia ceburi. Dia tahu,  anak - anak lelaki memang perlu didedahkan dengan hal - hal cam ni, supaya bila aku dah dewasa, aku boleh uruskan apa yang dia tinggalkan. Dan dia selalu pesan kat aku, kalo dia tak de nanti, uruskan harta dia sebaik mungkin dan jaga lah adik - adik yang lain. Masalahnya, aku cam tak bersedia lagi. Nak uruskan bidang perguruan pun aku selalu merungut kat facebook, camna nak uruskan benda - benda camni?

1 comment:

  1. Salam tn..nak tanya mcm mana cara beli lembu di institut haiwan ni

    ReplyDelete