Followers

Sunday 15 April 2012

putus asa? keseorangan? ada ubatnya



Pernah dalam hidup ni, aku rasa sorang – sorang, I mean, makan sorang – sorang, buat kerja sorang – sorang, selesaikan masalah sorang – sorang, mandi sorang – sorang, mandi berdua? Tunggu aku kahwin la

Benda tu aku rasa paling ketara masa aku praktikum sebulan dekat sekolah kedai buloh. Bangun pagi, pukul 5.45 pagi, siap mandi apa semua, pukul 6 tu aku dah bertolak dari rumah semata – mata nak elakkan jam kat jambatan kuala Terengganu. , Balik uma petang – petang, pastu tengok housemates yang lain dok sebok karang RPH. Tak de masa nak borak, apatah lagi nak berdota, nak berfoya jauh sekali.



Sepanjang hidup ni, aku sedar, yang kita kena hidup atas tapak kaki kita sendiri. Kita tak boleh nak hidup atas tapak kaki orang lain takut silap haribulan kita makan kaki orang tu.Masing – masing ada masalah sendiri, beban sendiri, tanggungjawab masing – masing even kita yang duduk serumah pun tak tahu masalah peribadi housemates kita macam mana.
Jadi lelaki, aku dah mula sedar, aku dah tak boleh nak bergantung lagi pada kawan – kawan aku. Benda ni macam kontra dengan sikap aku bila berada dekat dengan abah aku. Even aku anak sulong, aku selalu minta pertolongan abah aku. Huhu.


Even aku selalu rasa keseorangan, hakikatnya, aku tak, 4 orang kawan aku, Hamdan, Luqman, Zakwan dan Zairul selalu bagi teguran kat aku.  As usual,  dalam kami berlima, aku teruk sekali kot, sebab ibadat aku still cam gampang. Dorang always tegur, bagi nasihat dan tak kurang juga kata – kata sinis, yet memang patut pun aku terima. Even kadang – kadan aku geram gak. Tapi abah pernah cakap, elok gak dorang tegur, dari dorang diam.


Ok, back to main issue, Hakikatnya, kita sememangnya perlukan kawan dalam hidup kita untuk bagi peringatan apa semua. Tapi kita tak boleh nak harapkan kawan kita setiap masa, sebab kita akan kecewa akhirnya. Banyak benda yang kita kena usaha atas kudrat sendiri.


Hidup bukan mengenai besar mana kau ditimpa sesuatu musibah/ masalah ataupun ujian, tetapi hidup adalah bagaimana ko cuba bangkit dari musibah tu. Seluruh dunia akan tunding jari pada dahi kau dan cakap ‘ ko tak boleh buat / ko tak mampu. Tapi kalau ko cuba dan terus mencuba, Insya Allah ko akan berjaya.


Dan hakikatnya, lepas kau berjaya, kau akan sedar, yang usaha ko bukan kerana kudrat kau seorang, tetapi kerana kawan – kawan ada turut membantu, doa ibu bapa yang tak pernah putus dan Allah Taala yang sentiasa menguji ketahanan diri ko, just nak melihat kau membesar menjadi manusia yang kuat iman dan jasad.

1 comment:

  1. uikkk terkezut aq kwn ko yg pkai bju n tdung klabu tu muke mcm ana...

    ReplyDelete