Followers

Tuesday 24 April 2012

monolog lelaki version 2.0


it has been a while dear reader....aku tak de point nak menulis....mungkin aku dah boleh buat cam most blogger buat, wordless day ever?



Seminggu dua ni, aku banyak menjadi pendengar, pemerhati dan tak kurang juga tumpang pembuat keputusan kepada banyak masalah peribadi kawan - kawan especially perempuan la kan. Dan rutin biasanya, masalah dengan boyfriend, putus cinta dan perkara sewaktu denganya.



Tapi perkara tersebut hanya didiskusi hanya di laman muka buku, di alam maya yakinnya hanya jari dan idea pendapat boleh dikongsi bersama. Sedangkan di alam realiti, kita selalunya terdiam dan bila melihat di sebalik mata, kita hanya akan tersenyum dan berkata, its ok dear, rahsia ko selamat dengan aku.
 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
1 minggu ni, aku bisa jadi gila, gila menguruskan program olahraga tahunan IPG. Dari sekecil - kecil urusan hingga ke sektor yang melibatkan VIP dan sebagainya, aku djiadikan ruang bertanya, dan tak kurang juga tenaga tambahan dalam sektor - sektor membuat padang, trek balapan dan sebagainya.


Sepanjang program ni, aku bisa mengerti adalanya hidup kena sempoi, even aku sememangnya lelaki yang cepat gelabah. Cuba tenang, berlagak cool dan adakalanya muka kena sedikit diserikan dengan senyuman agar orang berasa senang untuk berurusan dengan kita. 

DAN HAKIKATNYA AKU SEORANG PEMBULI. KEH2

Ada 2 3 part sebelum dan semasa program berlangsung, aku rasa down, gila - gila punya down, tapi aku tahu sentiasa ada insan - insan yang komitmen nya tinggi yang ingin melihat projek ini berjaya.  Dan tak kurang juga individu yang tak der la terlibat mana pun, tapi dia punya kritikan, pergh ibarat dia tu big mam. Aku pun agak terkejut ngan reaksi individu tersebut, tapi dengar cerita kawan - kawan lain, individu tersebut memang gila, semua tak betul di matanya, yang betul hanya dia sahaja. 



heheh, Kenapa perlu dilayan orang gila? buat sahaja kerja kau, dan biarkan dia buat kerja dia, jika tegurannya betul, amik yang betul, tapi kalo tak betul, jangan layan.

beberapa kelemahan berlaku pada hari pertama program, jelas dan kelihatan, namun pada hari kedua, kelemahan dapat diperbaiki. Yakin bahawa manusa fitrahnya belajar dari kesilapan, jadi mengapa perlu dinilai di sebalik kegagalan sedangkan hasil pembelajaran itu lebih penting bukan?

Balik dari maktab, badan kelesuan, otak kemurungan, belum lagi hati yang hari - hari menerima ayat -ayat pedih dari pensyarah - pensyarah yang tak sebulu walaupun duduknya satu IPG. Pening pikir pengurusan pihak atasan, dan pihak bawahan macam student cam aku la yang jadi mangsa. Ibarat merayu pada yang tak sudi, cam tu la susahnya jadi ajk peralatan dan merangkap naib pengerusi projek , keh2 



soal cinta? well, ramai kawan2 dok tanya, kau masih single atau dah berpunya? kalau single? mengapa? nak masuk meminang aku? mana kan mungkin perempuan melayu meminang lelaki kerana mereka lebih pentingkan adat berbanding agama. Sedangkan di dalam Islam, siapa pinang siapa, itu hak lelaki dan perempuan cuma mas kahwin hak perempuan dan lelaki yang perlu membayar mas kahwin tersebut.

hakikatnya......aku dah dilamar. keh2. Thanks to seorang gadis yang ikhlas untuk melamar aku.  kepada awak yang di sana, saya tahu awak sedang membaca ini. Thank u kerana melamar saya, tunggu saya habis belajar, kumpul duit then saya pulak tunggu awak habis belajar. Lepas tu kita kahwin :) 


tak nak janji apa - apa, cukuplah kau di sana tahu yang aku di sini berusaha agar perancangan kita tercapai :)

mode: tak masal jiwang~

1 comment: